Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, June 5, 2015

Mat sabu husam tewas

Apa khabar saudara Islam Demang semua?

Akhirnya Mat Sabu dan Husam tersungkur di selekoh terakhir balapan dan TG Haji Hadi, Ustaz Tuan Ibrahim srta pasukan meeeka meranduk pita penamat dengan senyum bergaya.

Memang lah rebah belum bererti kalah namun dalam pusingan ini tiada istilah lain bagi menggambarkan keputusan yang dikongsi hampir semua calon bukan-ulama dalam PAS.

Di luar dewan muktamar orang ramai menerima keputusan ini dengan rasa syukur, termasuk lah Demang. Apa ertinya membuang UMNO jika penggantinya tidak terlebih baik? Sekurang-kurangnya UMNO telah membuktikan mereka lebih berani berdepan dengan rakan-rakan mereka dalam BN.

Itulah mesej tersirat kekalahan team Mat Sabu: ukhwah Islamiyah jauh lebih penting berbanding percaturan politik kerana di situlah asas siloturrohim yang menjadi jambatan antara rohim ke jannah.

Di sudut hati Demang hanya satu harapan; barisan kepimpinan 2015-2017 ini akan lebih menghampirkan perjuangan PAS kepada Islam, bukan lagi berpaksi pada pendirian bebal ciptaan chauvenis DAP: 'Asal Bukan UMNO'. Adakah jika bukan UMNO maka segalanya menjadi halal? Demang memang tidak boleh faham anutan songsang ini.

Dalam negara seperti Malaysia, strategi politik memang perlu licik namun mesti sentiasa berpegang pada tali Islam kerana apabila tali itu putus maka tunggulah saat kemusnahan kita.

Di satu pihak lagi, DS Najib masih bergelut dengan bekas mentornya bagi menjelaskan isu-isu mutakhir yang dibangkitkan. Bagi Demang, fakta-fakta yang diberi selepas sesuatu kejadian (dan selepas ditanya berkali-kali) adalah alasan. Jikalau 'tujuan' seharusnya ia dinyatakan sebelum orang mempersoalkan sesuatu kejadian.

Parti rojak (PKR) pula sedang melengung kekosongan. Apa diharap pada puan presiden yang tidak lebih baik daripada patung yang menunggu arahan dari sebalik tembok penjara? Sedangkan yang di dalam sana itupun belum ketentuan nasib sendiri. Lebih merisaukan rakyat ialah berapa banyak dana tidak diketahui sumbernya telah terlebur sepanjang tempoh perjuangan sia-sia demi seorang manusia dan keluarganya. Akan dibiar begitu sahajakah oleh para pembiaya?

Demang percaya malam ini tawkey-tawkey DAP dan PAP bermesyuarat lagi sambil memegang sempoa.

Sebenarnya kerja meruntuh bukan lah susah sangat. Sentiasa ada ramai yang mahu membantu jika kena dengan upahnya.

3 comments:

Anonymous said...

UMNO Tetap unggul dan menjadi parti teras perjuangan melayu islam di malaysia. PAS tetap PAS. Saya selaku ahli umno mengucapkan tahniah kpd barisan kepimpinan pas 2015-17 .bagi rakyat yg non-partisan , mereka juga sangat gembira dengan ketewasan jemaah dokongan DAP yg diterajui mat sabu itu. mat sabu dan geng2nya telah banyak membuat kerosakan kepada imej parti pas sepanjang menjadi kepimpinan tertinggi pas pada sesi lepas. kenyataan2 mereka yg banyak berkiblatkan kepatuhan kpd DAP & PKR , yg langsung tidak selari dengan konsep perjuangan PAS itu sendiri akhirnya telah melenyapkan pengaruh politik mereka kali ini .

Diharapkan jemaah kepimpinan PAS sesi 2015-17 lebih menumpukan usaha tentang penyatuan Ummah sesama kita umat melayu islam di malaysia. Biar pun kita berbeza fahaman politik , tetapi kita tetap berkongsi Allah swt , rasulullah saw , dan islam yg sama. UMNO tetap memandang PAS sebagai saudara seislam yg harus dihormati & dilindungi .itu kewajipan UMNO selaku parti pemerintah.jangan kita biarkan kafirun di dalam DAP & PKR memecah-belahkan kesatuan muslimin kita di negara tercinta.tidak harus perbezaan politik dijadikan asas kebencian antara 1 sama lain. org UMNO pun solat , org PAS pun solat. org UMNO pun manusia dan punya perasaan , begitu juga org PAS .kita semua adalah sama. 1bangsa , 1agama ,1negara .kita boleh saja berpolitik , tetapi berpolitik dan bersainglah secara sihat dan tidak melanggar batasan syarak dan norma kehidupan manusia berakal lagi bertamadun .

salam ukhwah jemaah kepimpinan PAS 2015-17 . dan selamat maju jaya. demi Islam , Melayu & Malaysia tercinta.

Anonymous said...

Umno di ambang kepupusan...

Anonymous said...

umno dah mati..yg tinggal hanya nama. pada mesyuarat2 cawangan baru ini banyak...banyak cawangan terpaksa buat mesyuarat 2 kali sebab tak cukup korum. untuk kali ke-2 ajk sampai terpaksa merayu-rayu untuk ahli-ahli hadir. "datang bagi nama sudah,lps tu nk balik balik lahh..!". sampai macam tu sekali orang dah fed-up,meluat dengan umno.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)