Pusingan pertama pertembungan Tun Mahathir dengan Najib Demang kira akan selesai tanpa banyak perbezaan mata.
Sebagaimana yang diduga, ada beberapa isu yang dikemukakan di peringkat awal hampir-hampir langsung tak disentuh kemudiannya. Contohnya isu Attantuya yang sebenarnya telahpun selesai secara perundangan.
Isu 1MDB kekal menjadi 'punching bag' utama permainan ini dan kebanyakan serangan bertumpu padanya.
Oh ya, jika anda masih melihat pada isu ketahuilah bahawa anda sedang tertipu dalam 'games of the year' yang sedang berlangsung. Anda sepatutnya melihat pada para pemain dan penyokong kedua-dua team sebab markah keseluruhan akan dikumpul dari situ.
Dalam pusingan pertama Najib membuktikan bahawa beliau berjaya mengawal media sosial dengan agak baik. Meskipun Demang tidak terlibat namun dalam diam Demang akui Najib menyapu banyak mata dalam kategori tersebut.
Maksud Demang, hampir semua blogger dan facebooker otai kekal menyebelahi Najib, termasuk yang selama ini diketahui sebagai peminat tegar Tun.
Demang kagum cara Tun M selaku pasukan pelawat sekaligus sebagai penyerang bertindak, amat tenang dan cuba mengaut mata setiap kali Najib melakukan kesilapan dalam memberi respon. Setakat ini Najib tidak melakukan banyak kesilapan kecuali ketika membatalkan program kontraversi 'Nothing to hide' tempohari.
Sebenarnya ia adalah suatu tragedi yang hampir-hampir menyebabkan Najib tersingkir terus daripada pertandingan. Ia adalah kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku dan dengan sedikit senyuman sinis, Tun mendapat jutaan undian bonus daripada juri awam!
Agak menarik juga dilihat betapa penganjur sayembara kali ini seolah gagal menarik minat penyokong pasukan lain untuk turut serta ke dalam kancah isu. Kecuali di peringkat awal, isu-isu yang digunakan seolah tidak menarik minat orang ramai.
Ini mungkin disebabkan parti-parti lain bersiaga dengan muslihat UMNO atau kerana parti lain juga masing-masing sedang menghadapi masalah besar yang perlu diselesaikan.
Secara keseluruhannya, UMNO masih mengawal permainan. Meski ada beberapa cubaan tidak matang dengan mengungkit tindakan Tun ketika menjadi PM namun ia segera dipadam sebelum sempat merebak.
Tindakan memasukkan isu Proton, menara KLCC, dan sebagainya bagi memburukkan Tun hanya akan mencalarkan imej Najib dan memberi mata percuma pada Tun.
2 comments:
Sokongan pd najib adalah sokongan palsu kerana kepentingan, sokongan pd Tun demi survival, just wait PRU14 result, jika najib dikekalkan, kalau BN kekal pun, mungkin PM 'll be from Sabah / S'wak.
Hi nama saya Jeanne Xavier dan saya seorang wanita dari Kanada, saya bekerja dengan pemerintah Kanada untuk jangka waktu yang sangat lama dan saya mampu untuk mendapatkan begitu banyak uang selama waktu saya di kantor yang dibuat berjumlah $800,000,000. dan karena itu saya memutuskan untuk berinvestasi pada pinjaman pribadi bisnis untuk membantu memecahkan masalah-masalah keuangan saya sesama manusia. saya memutuskan untuk memberikan pinjaman apapun di 2%, jadi jika Anda tertarik untuk mendapatkan manfaat dari perusahaan saya Anda dapat menghubungi perusahaan saya melalui email: jeannexavier111@gmail.com
Post a Comment