Samada Najib terlupa atau tidak tergamak untuk mendoakan bekas PM agar lebih cepat mengadap Ilahi, ternyata usia panjang Tun Mahathir memang memberi masalah pada karier beliau.
Demang tidak dijemput dalam majlis 'Nothing2Hide' semalam dan ia adalah wajar kerana sebagai rakyat biasa, gamaknya Demang harus berusaha sendiri mencari maklumat berkenaan isu semasa. Nampaknya kecanggihan teknologi maklumat tidak mampu menyelesaikan masalah untuk memperolehi maklumat yang tepat.
Mujur media sosial cepat menyalurkan maklumat dan Demang terpaksa percaya apa yang Demang terima dan kalaupun hendak ditapis, masih menggunakan sumber pihak ke-3, ke-44, ke-511, ke-5726 dan terkadang Demang dapat info daripada orang yang ke-28 juta.
Maka Demang menjadi salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang amat kecewa dengan pembatalan program semalam. Kesudahannya Demang tidak dapat juga mengetahui penjelasan daripada sumber perdana (prima). Terpaksa lah Demang bergantung semula pada analisis (tafsiran) sendiri bersumber media sosial dan lain-lain.
Sebagaimana yang Demang jangka (Demang tak tahu apa pula jangkaan pihak penganjur) pembatalan tersebut sudah tentu bukan akhiran sebuah isu sebaliknya bermulalah perang secara terbuka antara pihak yang menyokong PM dengan pihak yang tidak berpuas hati. Mahu tidak mahu terpaksalah Demang menafsir semula apa yang sedang berlaku.
Di sebalik isu yang dilagangkan itu, cabaran amat besar yang harus ditempuh ialah memenangi PRU yang akan datang. Demang menolak faktor nyanyuk atau niat membantu Mukhriz menjadi PM dan Demang berbaik sangka bahawa inilah kerisauan sebenar Tun Mahathir.
Maka individu yang akan menjadi ketua bagi menghadapi peperangan (PRU) tersebut harus benar-benar mantap. Secara mudahnya, orang itu bukan sahaja mesti bersih bahkan dilihat bersih. Justeru proses menjadikan ia bersih harus bermula dari sekarang.
Demang percaya, itulah yang sedang Tun lakukan sekarang.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang sukar difahami. Kita telah melalui pengalaman yang sama semasa Tun sendiri menjadi PM. Apabila beliau diliputi terlalu banyak pertuduhan dan hilang kepercayaan maka beliau dengan rela berundur.
Ia berulang semasa Paklah menjadi PM. Maka apabila Paklah enggan berundur secara rela, terpaksalah dipaksa dan ditekan sehingga gagal bertahan.
Kali ini ia berulang lagi dan anggap sahaja sebagai proses biasa dalam memastikan UMNO terus menguasai kerajaan. Itu sebabnya pembangkang yang faham melihat proses ini dengan penuh debaran. Bagi yang kurang sabar, akan campur tangan dan akhirnya terpinga-pinga sendirian.
Apapun, Najib selaku penyandang berhak untuk mempertahankan diri. Bahkan perlu juga ada kumpulan yang membantu beliau untuk mempertahankan diri. Ini adalah proses semulajadi yang perlu diraikan dengan matang. Andai Najib berjaya, maka layaklah beliau mengetuai angkatan perang dalam PRU nanti dan jika beliau tewas dalam siri ujian ini, maka pengganti beliau akan ditabalkan.
Barangkali pengganti Najib bukanlah terlebih bagus daripada beliau namun sekurang-kurangnya individu tersebut belum banyak tercemar. Jika hendak ditohmah pun, perlukan masa dan jika hendak berkhianat pun, belum begitu berani.
Demang belum mahu menyebelahi mana-mana pihak sebab proses ini baru bermula namun untuk berdiri lama-lama di atas pagar pun, tak boleh juga.
8 comments:
Betul kamu ambil jalan tengah tapi, kalau kipas-lipas ahli mesyuarat tingkap dengan hulu-balang baling kerusi disamping kepala-ular dah disumbat ditembok sungai buloh, walau begitu teruk keadaan pun Si bugis-degil lagi berdarah pahlawan (dengan nada sombong) tak boleh tewaskan, apa lagi GE14?
Soal rakyat-melayu-muslim-majority di hujung tanduk akibat perjudian 1MDB yang dibuat senyap senyap!
Tembelang dah pecah tuh yang gelabaan.
PRU 14 lah yang ditakuti bukan Tun M sahaja tetapi rakyat yang mengundi BN & ahli Umno, Panglima Perang BN mesti lah bersih dan tidak tercemar dgn segala isu Nagatif terutama sekali salah guna kuasa & wang Negara, lebih-lbih lagi ketika rakyat mengeluh terhimpit dgn kos sara hidup yg tinggi ketika ini, kita jangan lupa juga pd PRU 13 BN hilang undi popular, jika sekiranya isu 1MDB tidak ditangani dgn baik untuk menyakinkan rakyat bahawa Pm x terlibat sebagaimana yg digembar gemburkan & PM sendiri x mahu mengalah, Tsunami pasti membadai UMNO/BN.
Persoalannya kenapa tidak sabar-sabar sangat hendak cepat menuduh Najb. Kenapa Tun tak sabar-sabar hingga siasatan selesai. Tuduhan yang dibawa perlukan angka terperinci. Bukan main tuduh2 sahaja.
Tun harus berfikir cara manusia yang bijak pandai, perlukah terikit-ikut cara manusia yang tidak bertamadun membalikkan kereta polis di jalan raya. Najib cuma minta masa untuk siasatan disiapkan. Siasatan pun sedang dijalankan. Kenapa Tun sangka siasatan akan diselewengkan. Tun pun tahu PAC itu siapa anggotanya. Atau ada sesuatu perkara yang melibatkabkan kepentingan Tun dan keluaga Tun terbongkar.
Cara Tun memang suka cantas mencantas. Sejak dari Dato Musa Hitam lagi Tun tak suka ada penghalang kepada kerja Tun. Tun pun ada penyokong setia Tun seperti Tok Mat, Sanusi Junid, Megat Junid, Kadiaq mamak begitu juga dengan Najib, dia pun ada pengikut setia dia. Tun hendak semasa Tun jadi PM orang ikut cara Tun. Kini masa tak jadi PM pun nak suruh orang dengar cakap Tun.
Masa Tun ada ISA. Tun juga kawal Media. Masa Najib tiada ISA media tak dikawal dan terkawal kerana sebelum Tun undur diri Tun awal-awal lagi memperkenalkan internet dan media sosial. Senang untuk Tun komen apa sahaja secara TERBUKA apabila Tun tidak lagi menduduki singgahsana Putrajaya. Begitu juga Tun perkenalkan wawasan yang jauh melangkau waktu. Siapa yang nak tanggung kiranya wawasan itu terpaksa melalui jalan berliku kerana tindakanTun sebelum ini.
Najib terpaksa menghadapi perkara Anwar yang bermula zaman Tun, Tidak pun timbul nama Tun diheret di jalanan. Namun Najib yang dimaki hamun.Begitu juga dengan lain-lain perkara yang dimulakan oleh Tun Najib terpaksa tanggung.
Perkara 1MDB bukan perkara kecil. Ia harus dibentangkan selengkapnya. Orang tua jangan ajar orang muda jadi gelojoh. Takut-takut terpancut awal.
Yes, itulah yg sebenarnya. Tun takut apa ntah, macam diburu malaikat maut je. Org tua yg tiba2 hilang sabar.
Walaupun aku ahli UMNO tapi aku dah haramkan tangan aku dan keluarga untuk mengundi BN sekiranya najib tak tarik balik GST. Ada aku kisah. Apa yang aku dapat dari UMNO. Sebuah parti yang menyusahkan pendokongnya dengan GST.
Nasib baik GST dah dilaksanakan oleh kerajaan pada saat kebetulan kejatuhan harga minyak, makanya rating kewangan negara tak jatuh. 10:34 AM mungkin jadi ahli parti kerajaan cuma untuk kepentingan poket sendiri sahaja selama ini.... Rakyat Indonesia dan Kembojapun tak kesah dengan GST 10%, kenapa? Patriotisme dan tak bermental subsidi kot.
Ada anom tulis, saya tokok tambah lagi bagi sodap..
Mahathir Mamak, nama asal Iskandar Killai A/L Iskandar Ali Kutty, pon bukan nama asal, beranak di Koraila, India, sudah Nyanyok, Meroyan sebab IPP milik kroni dia semua dipaksa jual kepada 1MDB. Dulu dia yang rancang black-out seluruh negara untuk tubuhkan IPP. IPP menjual tenaga dengan harga yang tinggi kepada TNB. Tan Sri Ani Arope tidak bersetuju lalu letak jawatan. Kawan saya mendapat bonus 18 bulan semasa kerja dengan IPP. Bayangkan berapa keuntungan yang IPP dapat dengan mencekik darah rakyat. Bayangkan berapa Banyak KOMISEN untuk Madey, ANAK CUCU and the GANG berkoyan-koyan.
Lepas tu dia minta pulak RM2 billion untuk bailout Proton kunun2nya untuk R&D. DS Najib tak bersetuju. Sebagai Pengerusi Proton kalau Madey genius sangat pulihkanlah Proton. Dulu Proton maju sebab cukai import kereta tinggi. Macam tu lah cara dia nak tunjuk hebat. Nak tunjuk hebat tapi pelekeh rakyat. Lain dulu lain sekarang Madey, you are nothing but a loser hence, you also have to compete in order to win. Kenapa Perodua berjaya tapi tidak Proton. Maknanya Madey, kau otak lembap bukanlah pandai sangat.
Tun Dollah letak jawatan, syarat menantu dia Khairy dapat status Menteri. DS Najib setuju selepas PRU13 dan Khairy kena tunjuk kewibawaan dan ketokohan utk jawatan. Kau Madey marah sangat dgn Khairy sbb anak Botak @ Pondan@Gay kau kalah dlm pemilihan UMNO. Madey, kau paksa DS Najib supaya Khairy tak diberi liputan dan peranan dlm apa2 pun jua rancangan kerajaan supaya politikal milage Khairy merosot. DS Najib bukan jenis main belakang macam kaulah Madey LANUN, cuma Khairy memang species Bodoh lagi tak sedar diri.
Lagi syarat kau letak kat DS Najib supaya membantu anak kau siHaramjaddah Mirzan yg terbukti Bonggok, Lembap, suka Berjudi, kalah besar bila berjudi, berapa kali Kerajaan nak kena BAILOUT anak celaka kau Madey? Last kau paksa Mokhzani jual saham dlm SapuraKencana utk tanggung bayar hutang anak bodoh Mirzan. Kenapa tak suruh Mokhzani jual sekali saham kau dalam MAXIS?
Apa citer kilang kondom beri pada Marina di SADHU, daerah Outram dlm perjalanan ke Hatyai? Hee hee banyak2 kilang KILANG KONDOM yg kau kasi makan kedarah anak bini cucu kau. Apa citer Bank kau dekat Guam yg lagi satu anak kau kat Jepun Mirinda jaga?
PRU 14. Masa tu kerajaan sudah kaya kerana GST. Peniaga tidak boleh lari dari cukai lagi. Begitu juga Madey pun susah nak dapat komisyen (black money) lagi kerana ianya akan dapat dikesan dengan sistem GST yang lebih efficient. Wang-wang haram tidak boleh mengalir keluar dari negara lagi. Malaysia menjadi negara maju. Gaji kakitangan kerajaan dinaikkan 25%. Cukai korporat diturunkan untuk bersaing dengan negara lain bagi mendapatkan FDI (Foreign Direct Investment). Banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Cukai pendapatan turun untuk bantu golongan pertengahan. BRIM naik dua kali ganda.
Madey akan hapuskan BRIM. Dia tak kan bagi duit kat orang susah. Sudah tentu BN akan kalah kerana sebahagian besar penyokong kerajaan adalah penerima BRIM. Selain dari BRIM kerajaan juga ada banyak sediakan modal untuk orang yang mahu berniaga melalui TEKUN dsbg. Jadi soal lebih baik bagi joran dari bagi ikan tidak timbul. In fact Kerajaan bagi kedua-dua sekali. Sapa yang mahu berniaga boleh berniaga. Sapa yang mau makan gaji boleh makan gaji.
Kesimpulannya BN akan menang pada PRU 14. Jangan termakan hasutan Mamak Celaka yang ingin merosakkan negara. Madey, kau nak bertanding ker dlm pemilihan UMNO atau kau Nak Anak Botak Mukhriz Gay Pondan jadi PM? Haram Orang UMNO mengundi utk Anak Botak kau yg tak ada pendirian..gagal mentadbir Kedah, gagal patuh pd Presiden, Perdana Menteri... Kalau Amerika paksa kau, kalau Mukhriz jadi Perdana Menteri waktu tu, apakah Mukhriz akan JUAL MALAYSIA, kerana nak selamatkan kau Madey Celaka?
bila tak bleh nak jawab soalan2 yg diketengahkan, maka mulalah label-melabel..
kalau rasa lebih tau pasal isu ni, silalah tolong jelaskan supaya rakyat semua faham...
Post a Comment