Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, June 10, 2015

Najib belum bersalah

Demang siarkan salinan Whatsapp yang baru Demang terima tadi.

Respon pada statement Tun M di Majlis Dialog Nothing 2 Hide.

- Perkara yg disebut oleh Tun M agak umum dan boleh memesongkan. Bila pulak kita kena tanya singapura untk buat servis keretapi di negara kita? Kalau melibatkan woodland di Singapore memang perlu persetujuan Singapura

-Agak dramatik untk samakan negara kita dijajah semata-mata Najib berkompromi dgn negara jiran dengan dasar 'menang-menang'.  Zaman Tun M dgn Lee Kuan Yu dan Bush untk bertegang urat sudah berlalu....Era 'cowboy diplomacy' sudah berlalu.

- Samada Tun M bersetuju atau tidak tentang polisi baru dan dasar baru tidak relevan. Tun M bukan PM. Jika Tun M tak setuju maka Najib perlu ikut dan taat? Apa mandat yg Tun M bawa?  Dalam parti UMNO, semua ahli boleh bagi pendapat. Tetapi akhirnya Presiden yg akan beri kata putus. Dan beliau perlu bertanggungjawab atas keputusan beliau.  Sebagaimana ahli parti akur pada keputusan yg dibuat oleh Tun M sewaktu jadi Presiden, beliau patut akur pada Presiden UMNO sekarang.

- Tun M becakap pasal hilang wang berbillion, Tun M dah lupa agaknya tentang kehilang 30 billion wang negara pada akhir 90an yg disebabkan kegagalan Bank Negara bermain 'forex' di pasaran matawang? Nilai sekarang 30 billion tu ialah ratusan billion, jauh lebih besar dari nilai liabiliti 1MDB (perlu diingat, 42 billion liabiliti itu diimbang oleh 51 billion aset; tapi Tun M hilangkan 30billion wang reserve negara).

Tun M lupa agaknya skandal MAS di mana Tajudin  Ramli (anak suruhan Tun Daim) di arah beli MAS dgn harga rm8 sesaham (waktu tu MAS ada tunai 600juta lebih)  kemudian beberapa tahun lepas itu tatkala MAS sudah hampir muflis, menjual kembali MAS.pada kerajaan pada harga rm8 sesaham (nilai pasaran hanya rm3). Bukankah itu sekandal berbillion yg mengorbankan duit kerajaan dan rakyat? Sebab Tun M dan Daim yg buat, ianya ok? Atau mgkin masa tu tiada media sosial rakyat tidak tau?

Adakah Tun M maklum pada kabinet tentang skandal forex bank negara dan skandal MAS?  Juga kenapa Tun M tak maklum yg beliau minta Najib bagi dana hampir 2 billion untk bail out Proton yg kini ditangan 'budak' beliau Tan Sri Syed Mokhtar? Kenapa ok guna berbillion dana rakyat untk kawan2 beliau?

- Menggadai telaga minyak Terengganu adalah satu lagi cerita sensasi yg dimulakan oleh mantan MB Terengganu yg juga ketua bahagian Kmn.

Telaga minya bukan milik Terengganu tetapi milik kerajaan pusat yg diurus oleh Petronas. Terengganu hanya dpt 5% hasil wang ehsan minyak tersebut.

Bon (pinjaman) sebanyak rm5 billion perlu dibayar balik menggunakan sebahagian dari duit 5% ini setiap tahun. Maksudnya kalau duit itu 2 billion setahun, sebahagian darinya, mgkin 100-300 juta setahun digunakan untk membayar hutang tersebut setiap tahun. Dana dari hutang tersebut iaitu sebanyak rm5 billion digunakan untk pelaburan.

Oleh itu tidak tepat  dikatakan 'telaga minyak' Terengganu 'dicagar'.

- Kenapa sampai sekarang tiada dokumen yg dijunjung oleh Rafizi ke SPRM tentang 1MDB sebagaimana beliau menjunjung dokumen2 tentang skandal NFC (lembu)? Mana dia dokumen dari Sarawak Report?

- Bila pulak keadilan sejagat berasaskan seseorang atau entiti itu bersalah sehingga dia buktikan dia tidak bersalah? Bukankah sepatutnya Innocent Until Proven Guilty atau tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah?  Adakah adil jika saya lemparkan beberapa tuduhan yg serius terhadap si 'A' (tanpa sebarang bukti, hanya melalui fb dan WA) kemudiannya minta 'A' memberi penjelasan dan buktikan 'A' tidak bersalah....
Lepas itu saya lakukan perkara yg sama pada 'B', 'C', 'D'........

Kenapa 1MDB perlu buktikan ia tidak buat ini dan itu? Bukankah Tun M atau DAP perlu kemukakan bukti yg mensabitkan Jholo dan lain dgn 1 MDB?

Bukankah lebih baik kita tunggu laporan dari Auditor General? Kalau benar ada penyelewengan, kita juga mau mereka yg bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Saya percaya Tun M tahu apa yg dia buat. Beliau bukannya bodoh. Tetapi medebatkan isu dengan tahap intellectual yg rendah dan fakta yg lemah adalah bukan Tun M samasekali. Dikelilingi pula dgn org yg frustrated dan punyai rekod mengugut parti dan keluar parti seperti Ketua Bahagian Kemaman adalah sesuatu yg cukup 'low standard' bagi Tun M.

Samada usia telah memamah keupayaan berfikir secara rasional (serta higher order of thinking) oleh negarawan yg cukup saya hormati ini, ataupun Tun M mempunyai muslihat lain dan sebab yg tersembunyi.  Apapun beliau perlu berhenti sejenak... semoga Allah memberi petunjuk pada beliau InsyaAllah.

Oleh
YB HAJI WAN ABDUL HAKIM B TAN SRI WAN MOKHTAR
KETUA PENERANGAN UMNO NEGERI TERENGGANU
9 JUN 2015

Demang tak nak komen apa-apa namun sependapat bahawa: Tun tahu apa yang beliau sedang buat dan jangan terperanjat jika.... Najib pun tahu. He he...

5 comments:

Anonymous said...

Saya hormat Tun M, tapi hakikatnya Zaman Tun M telah berlalu. Saya tidak nafikan segala jasa-jasa beliau. Tapi saya kecewa dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

Sepatutnya Tun M bantu DS Najib mentadbir Negara, satu legacy yang Tun M tinggalkan. Bukan memutar belitkan fakta yang menggelirukan rakyat macam saya. JIKA benar, DS Najib bersalah atas apa juga, buat LAPURAN POLIS. Senang cerita. Biar DS Najib diadili di Mahkamah bukan di facebook dsb.

Saya sokong DS Najib sebab dia PM saya. Saya bukan ahli UMNO, PAS PUSS PISS, atau Parti Kencing Rakyat. Saya beratur pangkah BN sebab saya yakin pada Kerajaan yang ada sekian lama. Telah terlalu banyak jasa jasa BN dari PM yang pertama.

Tidak semua PM sempurna, kita semua manusia biasa. Saya tidak sangka TUn M sampai hati buruk2 DS Najib sedemikian rupa.

Saya sentiasa doakan agar Allah swt terus menganugerahkan limpahan Taufik, Hidayah dan Innayahnya pada DS Najib untuk terus memerintah Negara tercinta.

Sebenarnya Pembangkang di Malaysia ni merepek. Tapi malang sekali musuh UMNO adalah dari dalam selimut, dari dalam seluar sendiri.

Tak habis habis cabaran dan dugaan UMNO. Allah swt selamatkan UMNO.

Anonymous said...

aku nampak najib ni sebagai Ah Jib Gor

Anonymous said...

tak payah ckp byk lah. Wan Mokhtar tu dulu kaki balun duit gak..

Anonymous said...

Bukan sebab 1mdb sahaja..
Memang lps setahun Najib jadi PM aku dok meluat ngn dia.. Tiada pendirian.. Tak tegas
Tunduk dgn tekanan dari Puak Pembangkang.. Terutamanya Kaum Cina.

Isu perkauman sewenang2nya dipermainkn. Apa tindakan Najib? KDN? syukur Melayu banyak bersabar.

1mdb apa faedahnya pada rakyat..?
Yg aku nmpk satu sahaja pengambil alihan stesyen janakuasa yg boleh kawal taraf elektrik.
Yg lain aku taknmpk..
1mdb buat harga hartanah melambung tinggi.. Patut la harga rumah skrg mcm hilang akal.. Yg kaya bertambah kaya.
Aku takut tergadai tanah2 kt malaysia di jual 1mdb. Habis kena bailout Bila tak mampu nk byr hutang.

1mdb berapa peluang pekerjaan yg dibuka utk rakyat Malaysia?

Apa khidmat sosial yg 1mdb beri utk rakyat Malaysia?

Apa perolehan keuntungan 1mdb sejak ditubuhkan?

Dengan hutang luar Negara yang meningkat
Berkali ganda dibawah pentadbiran Najib. Memang amat merisaukn.

Kerajaan sekarang terlampau Boros. Mulut Najib hanya mengeluarkn janji berupa Wang ringgit utk memenangi hati rakyat.

Nilai mata Wang yang semakin lemah disebabkn polisi2 kerajaan yg lemah Dan tidak meyakinkn pelabur.

Gst yg menghimpit seluruh rakyat. Hingga segala urusan khidmat kerajaan pun dikenakan GST.

Kerajaan nampak lemah tunduk pada syarikat telco mengenai GST yg mengaut keuntungan melampau.

Apa yg aku nampak Najib memang Boros, lemah dlm memimpin kerajaan.

Undurlah beri peluang pada yg lain.

aku said...

salam admin,
agak2 la kalau nak kipas najib bro..
tq

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)