Boleh tolong sambung?
Rasanya ramai yang akan memberikan sambungannya "raja disanggah' namun sebenarnya konsep tersebut bukanlah konsep sebenar sistem kesultanan Melayu.
Kata-kata tersebut dinukil dalam zaman pasca modern atau lebih tepat di zaman sosialis sedang cuba menguasai dunia.
Limpahan fahaman sosialis tiba di tanah air kita sebelum merdeka dan meresap ke dalam masyarakat apabila ramai karyawan terpengaruh dengannya termasuk penulis, pembikin filem, jurnalis, wartawan dan sebagainya. Melalui media yang dikuasai mereka, fahaman sosialis dengan cepat mempengaruhi masyarakat.
A. Samad Said salah seorang daripadanya.
Fahaman sosialis mudah berkembang kerana ideanya tampak sempurna dan dilihat mampu memberi keadilan pada rakyat. Musuh utama sosialis ialah kapitalis dan sistem feudal.
Sosial tidak seagresif komunis. Justeru pendokongnya tidak terus menolak sistem feudal terang-terangan sebaliknya meletakkan syarat bahawa selagi raja itu adil maka ia masih boleh ditaati manakala jika baginda berlaku sebaliknya, wajib ditentang. Itu fatwa sosialis.
Antara tindakan aktivis sosialis di Tanah Melayu ialah memberi dimensi baru pada karya agung Sejarah Melayu. Watak Hang Tuah yang selama ini dianggap adipati Melayu dicalar dengan dakwaan Hang tuah telah mencabul semangat setiakawan sekaligus sosialis mengesyorkan agar Hang Jebat dinobatkan sebagai wira baru yang berani menegakkan keadilan.
Kasim Ahmad memulakan langkah mengherokan Jebat.
Rata-rata orang Melayu tidak pernah membaca buku Sejarah Melayu. Meski dulu ia menjadi teks wajib di Tingkatan Enam tetapi berapa peratus rakyat Malaysia yang memasuki kelas persediaan universiti itu? Berapa peratus pula pelajar pra-u tersebut yang membaca dari kukit ke kulit karya agung itu? Atau sekadar membaca sinopsis atau buku ramalan peperiksaan?
Sebahagian besar orang Melayu hanya merujuk kesah Hang Tuah melalui filem dan tulisan sumber kedua (skunder).
Maka dengan mudah persepsi sejarah dialih bagi memburukkan kesultanan Melayu.
Demang bawa catatan di atas berikutan timbulnya kontraversi antara seorang menteri dengan seorang raja baru-baru ini.
Isunya: wajarkah golongan istana campur tangan urusan politik?
Sebenarnya soalan di atas memang mudah namun jawapannya bukan setakat YA atau TIDAK. Terlalu banyak catatan sejarah yang perlu diselak.
Secara ringkasnya, negeri melayu, contohnya Johor adalah milik sultan Johor. Bagi membantu baginda dalam urusan pentadbiran, dilantik MB (bendahara) dan MB menyusun kabinetnya.
Seluruh jentera pentadbiran tersebut dilantik atas nama sultan. Maka jika sultan tidak berkenan lagi, terpulanglah pada keputusan baginda.
Jika ada perkara termasuk politik yang baginda tidak berkenan, tidak bolehkah baginda menegur?
"Raja adil raja disembah, raja zalim akan berjawab di hadapan Allah"
2 comments:
malangnya umat islam pun dah terikut2 dengan konsep raja zalim raja disanggah. kalau ditelusuri sejarah konsep ni popular pada zaman dinasti raja2 cina yang bertukar tangan dari satu dinasti keluarga kepada dinasti keluarga yang lain. sedangkan dalam islam ketaatan pada pemerintah pada perkara yang wajib atau harus ditaati adalah dituntut selagimana pemerintah tak halang orang islam beribadah. ketaatan pada pemerintah masakini dianggap kolot bahkan dituduh pula orang yang taat pada pemerintah dengan pelbagai perkataan yang kurang enak seperti balaci, anjing, pak turut, macai dan lain2. merekalah sebenarnya yang berlaku zalim bila menghina dan memaki saudara seagama yang berlainan pendapat. semoga umat islam diberi kekuatan untuk menghadapi zaman penuh fitnah ini.
jentayu
Raja adil raja ditaati,
Raja zalim, sabor aje ler.
Post a Comment