Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, December 5, 2016

3 ciri orang politik yang perlu anda simpati

Cerita 1:
Seorang lelaki didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang ahli politik.
Hakim: anda mengaku bersalah?
Tetuduh: tidak yg arip. Saya cuma tutup mulut dia dengan plaster.  Takkan la boleh mati.
Hakim: memang itupun sebab kematiannya.

Cerita 2:
Orang politik jika lawannya sudah menjadi kawan maka dia akan bergaduh dengan kawannya pula.

Cerita 3:
Apabila orang politik memberitahu anda 10 perkara maka 13 daripadanya tidak boleh dipercayai. Ini dipangggil teori 13/10.

Tuesday, November 22, 2016

Pelajar cemerlang 6A meninggal dunia

Wan Adibah Farhani yang memperoleh keputusan 6A dalam UPSR dipercayai menghidap kanser limfoma atau kelenjar darah meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Innalillahi... moga arwah ditempatkan di jannah bersama sekalian orang beriman dan beramal soleh. Beruntung dia dipanggil mengadap Ilahi di usia muda, bahkan setelah selesai menghadapi ujian.

Saya percaya hanya orang yang redho, cekal, tabah, dan tahu bersyukur akan mendapat kejayaan cemerlang begitu.

Saya yakin ramai yang menitiskan air mata menerima berita ini. Itu pelahiran emosi. Apa pula yang bemain di fikiran anda?

Saya bukan nak manipulasi peristiwa di atas sebaliknya saya percaya setiap yang Allah tentukan ada perkara yang kita boleh renungkan.

Sepanjang minggu ini hampir semua sekolah mengadakan majlis penyampaian hadiah. Ia adalah satu usaha positif bagi mengiktiraf, menghargai, dan memberi motivasi pada para pelajar cemerlang.

Biasanya 3 pelajar yang mendapat nombor 1, 2, dan 3 akan menerima hadiah. Selain itu orang yang sama juga biasanya menerima beberapa hadiah mata pelajaran terbaik.

Mungkin kelompok ini terdiri daripada 6 orang pelajar cerdas akademik daripada 35 orang jumlah keseluruhan pelajar kelas tersebut.

Persoalannya, bagaimana dengan baki 30 orang rakan sekelas yang terkebil2 memandang dari lantai dewan?

Untuk tidak menjadikan tulisan ini terlalu panjang, saya ringkaskan melalui saranan berikut:

1. Jangan terlalu fokus pada hasil atau 'goal' sebaliknya berilah sepenuh perhatian sepanjang proses pembelajaran, sepanjang tahun, dan sepanjang tempoh persekolahan anak2.

2. Alangkah manisnya kenangan di sekolah jika semua murid bantu membantu untuk sama2 berjaya. Namun adakah ini akan berlaku jika setiap kali selepas ujian hanya pelajar cerdas akademik diberi penghargaan dan diraikan manakala pelajar yang lebih ramai hanya memandang terkebil2 dari jauh? Tak cukup dengan itu, dimarahi dan dipandang lekeh kerana tidak mampu menguasai kemahiran yang diajar.

3. Tanya semula diri sendiri, adakah ketika kita memberi pengiktirafan pada segelintir pelajar cerdas, dalam masa yang sama baki pelajar yang lebih ramai sedang diberi pengesahan bahawa mereka kelompok pelajar bodoh, nakal, dan tidak berguna?

Saya tak kata pengiktirafan kepada yang cerdas akademik itu tidak bagus tetapi fikirkan sama kelompok anak manusia yang lebih ramai yang sedang termangu2 tidak mengerti dan akhirnya merasakan dunia ini sentiasa tidak adil.

Berita kemarian tadi melibatkan pelajar cerdas akademik yang biasanya selalu mendapat pujian dsbnya. Bagaimana pula jika berlaku pada pelajar yang tidak pernah diberi penghargaan bahkan sering dimarahi?

Cheguman
#titipan 56

Ikuti titipan cheguman *tanpa iklan*, sertai
https://chat.whatsapp.com/L6MFV5HZ7wS0XZ3ADqcaip

waadat.blogspot.my

Monday, November 21, 2016

Senang dapat senang hilang



Demikian hebatnya jenama kodak suatu ketika dulu sehingga apa sahaja gulungan filem gambar dipanggil kodak.

Hari ini, jika anda tertinggal sekotak filem di stesyen bas pun anda boleh mendapatnya semula selepas beberapa jam melainkan jika dibuang oleh pekerja kebersihan.

Zaman IT dengan cepat menukarkan semua filem dan kertas menjadi imeg digital.

Sayangnya, sebagaimana mudah ia diperolehi, begitu juga mudahnya ia hilang. Meski amat mudah disimpan namun amat sukar untuk didapatkan semula.

Dari album gambar menjadi storage hard disc, disket, pen drive, kad memori, cload dsbnya... yang mana masih anda simpan dan mampu dicapai?

Cheguman
#titipan 55


Minyak Morhabshi

Tuesday, November 15, 2016

Lebih baik daripada terbaik

Apakah yg lebih baik drpd terbaik?

Ketika di kantin saya dengar seorang guru bercerita dia tidak dapat layanan terbaik di hospital. Apabila di klinik seorang misi merungut perkhidmatan pos kurang memuaskan. Tiba di pejabat pos, kerani di situ mengeluh pihak sekolah tidak melayannya dengan cekap.

Hospital tu memang lembab. Kata cikgu.
Nama je poslaju tapi lembab. Kata misi.
Pihak sekolah lembab. Kata posmen.

Oo... nampaknya semua merungut sebab lambat. Semua mahu cepat. Tidak cukup pantaskan manusia sekarang? Tidak cukup lajukah alat teknologi hari ini?

Masa zaman kodak, berapa lamakah masa yg diambil bagi membolehkan ibubapa di sabak bernam selangor utk menatap foto anak kesayangan di sydney australia?

Hari ini anda boleh mengikuti kuliah ustaz radzi melissa di langkawi sambil minum petang di cameron highland tanpa perlu siaran tv.

Kalau dulu ketepatan menjadi prioriti kini kecepatan juga sudah dimaksudkan dgn kualiti. Dan kualiti bukan sahaja sentiasa ditambah setiap hari malah setiap detik diambil kira. Hmm... patut la.

Apakata selepas ini kita hampiri sipetugas dan selidiki kekangan yg beliau hadapi. Dengan itu kita akan lebih mengerti dan bersimpati.

Err.. macamana urusan kita tadi? Jangan bimbang, Allah kan ada..?

Cheguman
#titipan 56

Ikuti titipan cheguman *tanpa iklan*, sertai
https://chat.whatsapp.com/L6MFV5HZ7wS0XZ3ADqcaip

waadat.blogspot.my

Sunday, November 13, 2016

Memilih bos atau pekerja?

Apabila rakyat US memilih presiden baru, apakah yg mereka pilih? Bos atau pekerja?

Pertama, mereka menyerahkan kuasa. Kuasa itu nanti akan digunakan ke atas diri mereka sendiri. Dengan kata lain, rakyat yg merdeka memberi kuasa kpd org lain bagi memerintah mereka.

Kedua, mereka memilih seseorang untuk melakukan sesuatu bagi pihak mereka.

Jika anda kurang bersetuju dgn kedua2 cadangan saya itu, anda boleh pilih yg ketiga iaitu *bekerjasama*. Ertinya, pemerintah dan rakyat sama2 ingin mencapai kejayaan bersama mengikut level masing2.

US hanya contoh dan begitu jugalah yg berlaku di Malaysia.

Cheguman
#titipan 54

Ikuti titipan cheguman *tanpa iklan*, sertai
https://chat.whatsapp.com/L6MFV5HZ7wS0XZ3ADqcaip

waadat.blogspot.my

Sunday, October 30, 2016

Anda juga penting sebenarnya

Nampaknya tiada siapa begitu pedulikan anda. Dalam grup pun anda seolah tiada. Hampir tidak pernah menyampuk saat rakan2 grup bertingkah sembang.

Suatu hari anda bepergian ke satu daerah. Lazimnya seperti kebanyakan orang sekarang andapun memuatnaik foto di laman sosial.

Tak semena2 seorang teman yg menetap di daerah tersebut menyisip mesej untuk berjumpa. Maklumlah, teman lama walau tak begitu rapat dulunya. Sama2 belajar saat remaja.

Meski jadual agak sendat anda berjanji untuk hubungi semula.

Tiba saat untuk kembali, anda pergi diam2. Pelawaan teman terbiar begitu shj. Alaa... Belum comfirm pun.

Anda lupa bahawa meski teman itu tidak begitu penting namun sebuah janji memang amat penting.

Kadang2 kita tidak tahu bahawa diri kita adalah penting pada orang lain. Setidak2nya kita adalah sebahagian daripada memorI lamanya.

Cheguman
#titipan 49

Ikuti titipan cheguman *tanpa iklan*, sertai
https://chat.whatsapp.com/L6MFV5HZ7wS0XZ3ADqcaip

waadat.blogspot.my

Friday, October 28, 2016

Ada agenda tersembunyi

Bagi yang sezaman dengan saya, dulu-dulu hanya ada TV1 & TV2. Malah dalam sebuah kampung cuma 2-3 buah rumah yang ada tv. Siaran pun dari pukul 5 petang hingga 12 mlm sahaja.

Sekarang sebuah rumah ada 2-3 tv dan siaran 25 jam sehari. Ada ratusan saluran dari seluruh dunia. Ada aplikasi media sosial yg macam tv. Macam2 bentuk tv atau tube online 24 jam terus ke tapak tangan.

Kalau dulu amat sukar utk dapat maklumat, hari ini maklumat datang sendiri. Contohnya, mesej yang anda sedang baca ini.

Maka tugas kita bukan lagi mencari maklumat tapi menapis maklumat yang disumbat pada kita setiap saat.

Lebih berat lagi, ia bukan maklumat mentah semata-mata. Ia tiba pada kita setelah diproses dan dianalisis tanpa kita sedar.

Contohnya gambar yg diedit. Adakah anda fikir ia dibuat untuk suka-suka semata?

Maksud saya, pembawa maklumat telah dengan sengaja memprogramkan sesuatu maklumat itu untuk mempengaruhi kita agar bersetuju dengan mereka.

Ada yang promote produk, ada yang iklankan fahaman politik, dan ada yang cuba memasukkan ajaran agama mereka. Yang saja-saja nak jadi popular pun ramai. Istilahnya mempromosi diri.

Masing-masing ada agenda. Itulah sebabnya orang ramai makin keliru dan celaru.

Takpe. Anda boleh kata saya adalah salah satu contoh org yang sedang cuba mempengaruhi anda.

Cheguman
#titipan 45

Ikuti titipan cheguman *tanpa iklan*, sertai
https://chat.whatsapp.com/L6MFV5HZ7wS0XZ3ADqcaip

waadat.blogspot.my

Wednesday, October 26, 2016

Petani dan baju

Ini cerita klasik. Saya baca masa sekolah rendah. Maaf, ia panjang sikit tapi menarik. Tak percaya, bacalah.

Begini ceritanya...

Pada suatu hari ketika pak abu sedang bekerja di kebun, seorang jiran melewati dan menyapa.

"Pak Abu tak ke jamuan en kamal ke?" Tanya jiran itu.

"Oh ya. Baru saya teringat." Sahut Pak Abu. Beliau pun segera mengikut jirannya ke tempat jamuan.

Apabila mereka tiba, tuan rumah dan para tetamu hanya menyapa dan bertegur sapa dgn jirannya shj. Tiada seorangpun yg mahu mendekati pak abu.

Pak abu segera sedar bahawa beliau tidak dilayan kerana berpakaian kotor dan busuk. Akhirnya pak abu meninggalkan majlis tsbt.

Pak abu pulang ke rumahnya. Dia segera mandi, memakai pakaian yg bagus2 serta berwangi2an. Kemudian beliau segera kembali ke tempat jamuan.

Ternyata kali ini pak abu disambut oleh tuan rumah serta para tetamu dgn amat baik. Pak abu diajak makan bersama para tetamu lain.

Ok. Saya berhenti di situ sekejap. Dalam buku yg saya baca menceritakan pak abu bukannya makan sebaliknya memasukkan makanan ke dlm pakaiannya sambil berkata:

"ha, makanlah wahai bajuku. Makanlah. Tuan rumah tidak menjemput aku tapi menjemput engkau. Makanlah puas2."

Itu versi dulu. Masih relevan kah? Jika anda menjadi pak abu sanggupkah anda buat begitu?

Saya percaya anda pun tau. Sebenarnya pak abu tak perlu buat begitu. Tindakan yg diambil pak abu iaitu menukar pakaian dan kembali ke tempat jamuan itu sudah cukup.

Hanya dgn menukar baju, persepsi org ramai terhadap pak abu pun berubah.

Tukarlah baju anda dan kembalilah kpd org ramai dan lihat bagaimana mereka melayan anda kali ini.

Cheguman
#titipan 44

Ikuti titipan cheguman *tanpa iklan*, sertai
https://chat.whatsapp.com/L6MFV5HZ7wS0XZ3ADqcaip

Thursday, October 20, 2016

Antara gol dan duit syiling

Bayangkan perlawanan bola sepak tanpa gol. Maksud saya, tiang gol.

Bagaimana pula jika anda memasuki stadium dan di tengah padang ada pengadil seta 2 pasukan sedang melakukan upacara melambung duit syiling?

Masa kecik2 dulu kami selalu bermain bola tanpa gol. Hanya gelecek dan 'pasing' sesama sendiri sambil menghalang pihak lawan drpd mengusasai bola. Seronok jugak.

Acara lambung duit syiling pula dilakukan hanya jika terpaksa apabila keputusan masih seri sehingga tamat masa permainan.

Agak2 anda, yg mana lebih seronok: menonton perlawanan tanpa jaringan atau menonton acara lambung duit syiling? Ok la. Saya tukar sikit.... acara tendangan penalti.

Namun hari ini lebih ramai yg memandang gol itu maha penting sehingga sanggup menghalalkan cara dan tindakan.

Cheguman
#titipan 40

Ikuti titipan cheguman *tanpa iklan*, sertai
https://chat.whatsapp.com/L6MFV5HZ7wS0XZ3ADqcaip

Tuesday, October 18, 2016

Baling selipar

Hari ni nak main apa?

Ambik 3 belah selipar, tegakkan dan baling dgn selipar lain.

Main, sembang2, gurau2, gelak2, bergaduh, merajuk, dan berkawan semula. Esok main lain pula.

Selipar, tin susu, ranting kayu hatta garisan atas tanah hanya alat. Yg penting nak bermain. Malah bermain pun cuma alat. Yg penting nak bersosial.

Hari ini bermacam alat sosial (skrg dipanggil media sosial) muncul sesuai dgn zaman. Hakikatnya, sama shj.

Kerja, sembang2, gurau2, gelak2, bergaduh, merajuk, dan berkawan semula. Esok jumpa lagi.

Demikianlah adanya kita. Sedar tak sedar diri makin dimamah usia.

Cheguman
#titipan 39

Ikuti titipan cheguman *tanpa iklan*, sertai
https://chat.whatsapp.com/L6MFV5HZ7wS0XZ3ADqcaip

Tuesday, October 11, 2016

Petua pesan orang tua

Petua maknanya Pesan orang tua... Ia telah melalui proses penghadaman yg panjang.. ratusan malah ribuan tahun. Yg tinggal pada kita ialah patinya.

Justeru ia selalunya *benar* kerana dah teruji dek zaman.

Cheguman
#titipan 33







Minyak Morhabshi (NOT140604520K)

Sunday, October 9, 2016

Kerajaan tak boleh diharap

Kerajaan memang tak boleh diharap.

Baru2 ni diumumkan cuti perayaan deepavali sama spt cuti raya puasa: 3 hari.

Padahal dlm perlembagaan perkara 3, Islam adalah agama bagi negara kita. Malah populasi penganut hindu cuma 2.5% berbanding ummat Islam yg mewakili 66.6%. Jika dibundarkan 66.6% akan menjadi 70%.

Tiada siapa pun membantah sbb semua org seronok dapat cuti lama. Pembangkang pun diam sbb bimbang undi hilang.

Maka saya katakan, pembangkang juga tidak boleh diharap.

Siapa nak kita harapkan? Tiada, kecuali Allah.

Selagi kita berharap pada yg lain, selagi itulah kita akan berterusan kecewa.

Saya bukan nak menghasut atau bersikap rasis. Sepatutnya semua pihak berlaku adil. Jika anda ada 2 org anak, seorang kurus dan seorang gemuk kenapa nak belikan kasut yg sama saiz? Adil kah?

Setidak2nya, hormatlah puak majoriti.

Dlm sebuah grup baru2 ni saya lontarkan betapa kita kurang beri tumpuan pada pertanian. Ada ahli grup yg respon, kerajaan sepatutnya utamakan bidang pertanian.

Nampaknya minda spt pahat dgn penukul masih kejap dlm diri kita. Semuanya nak tunggu pihak lain mulakan atau pihak berkuasa bertindak. Diri sendiri macamana? Tak bolehkah proaktif?

Setau saya belum ada undang2 yg melarang kita bertani. Jadi, kenapa tak buat? Takde tanah?

Ptg tadi saya bawa adik ioar saya seorg guru melihat tanah yg baru saya beli. Bincang utk buat projek pertanian yg sesuai di situ.

Dlm perjalanan pulang beliau ajak saya singgah di ladang cili yg diusahakan rakannya berbangsa india.

Setakat ni ada lbh kurang 3000 pokok cili dlm polibeg sdg berbunga. Cuba kira, jika sepokok keluar hasil rm5 maka lelaki india tsbt akan dpt pulangan sekitar rm15 ribu satu pusingan.

Tanah seluas 1 ekar itu bukan milik lelaki India itu tapi disewa dari org melayu. Berapa sewanya? Rm800 utk *SATU TAHUN*. Bukan sebulan rm800, ye.

*Apa yg anda nak kata?*

#cheguman
#titipan 31

Utk mengikuti titipan cheguman, sila join
https://chat.whatsapp.com/L6MFV5HZ7wS0XZ3ADqcaip

Monday, October 3, 2016

Antara lembah dan puncak gunung

Saya pernah pijak dasar laut tapi belum pernah menjijak puncak gunung.

Ye lah. Mandi di teluk kemang pun dah dikira memijak dasar laut.

Bukan calang2 manusia boleh sampai ke puncak gunung. Lagipun di puncak gunung memang tak boleh menampung ramai orang.

Berbanding pergunungan, pantai yg landai atau lembah yg luas lebih ramai dpt menampung manusia.

Rasanya semua org tahu puncak gunung amat sukar ditakluki namun hampir semua org mengimpikan utk sampai ke puncaknya. Akhirnya yg kecundang lebih ramai.

Drpd yg sedikit itu, ramai juga yg menyesal berada di puncak gunung. Pemandangan memang indah namun setakat boleh dipandang. Nak menetap lama pun tak sesuai. Akhirnya terpaksa turun atau dipaksa turun kerana ada org lain yg ingin duduk di situ.

Alangkah baiknya jika lembah yg luas ini kita manafaatkan bersama sbg syurga sementara menunggu waktu utk berpindah ke syurga yg kekal abadi.

Cheguman.
#titipan 27

Saturday, October 1, 2016

Isu phd Azizan Osman

Siapa yg diuji sebenarnya?

Pagi ni kita dikejutkan isu dakwaan bhw motivator & konsultan keusahawanan terkenal (Dr) Azizan Osman menipu dgn phd palsu.

Saya tergamam hingga tak sedar airmata mengalir. Besarnya dugaan Allah. Bukan pada beliau shj malah utk saya juga. Selebihnya pada rakyat malaysia dan ummat Islam.

Sbg seorg yg terbiasa 'respon' pada isu semasa saya gagal utk diam padahal saya tau itu yg terbaik.

Hampir setiap pagi saya mengikuti live video beliau di fb dan cukup byk perkongsian yg saya kutip.

Benarkah insan yg dianggap 'hebat' itu seorg penipu?

Mengingat pada tazkirah paksu saya ustaz radzi (melissa) sedikit sebanyak dpt mengendurkan emosi saya. Pesan chairman minyak morhabshi itu pada saya tidak lama dahulu, semua yg berlaku di atas bumi ini adalah ujian Allah dan di sekeliling kita hanyalah alat2 ujian yg diletakkan utk kita lepasi.

Jika kita ambik periksa dan diberi soalan sukar adakah kita marah pengawas peperiksaan, pihak sekolah, atau org lain di dalam dewan itu? Atau kita koyak kertas soalan serta mengamuk maki hamun penggubal soalan?

Org ramai adalah ujian bagi DAO dan DAO adalah ujian pada org ramai. Mereka dan anda adalah ujian bagi saya. Tapi dosa, masing2 terima. Begitu juga pahala.

Kpd DAO, ini masa terbaik utk meningkatkan gred kualiti diri. Samada DAO memang bersalah atau mangsa fitnah, ia menguji kemampuan beliau melepasinya dgn cara yg betul.

Bagi yg kutuk2 tanpa usul periksa atau menyebarkan aib org walau dgn yakin dan berfakta, ingatlah selalu bhw Allah yg memberi penilaian dan markah.

Utk diri saya, Allah buka peluang ini utk saya menilai kembali tindakan selama ini dan dlm usaha merancang masa depan agar tidak mengabaikan hukum Allah. Kalau tak banyak pun, sedikit takkan tak pernah buat salah?

Bolehkah diundur masa?

Sepatutnya adalah lbh molek pihak berkenaan senyap2 hubungi DAO, beri teguran, dan tawarkan beliau buat phd betul2 di universiti mereka. Bukankah itu dpt menghindari konflik dlm masyarakat?

Memandangkan DAO adalah org berpengaruh dan terkenal yg beragama Islam maka sedikit sebanyak ia menjejaskan pandangan org bukan Islam. Ibarat meludah ke langit atau menepuk air di dulang.

Pesan org tua2 jgn dikesampingkan.

Banyak yg nak saya tulis tetapi lebih banyak berkata2, lebih besar ruang utk berbuat silap.

Wallahualam.

Cheguman.
#titipan26

Thursday, September 22, 2016

Bukan nak sembuhkan

Salam. Sempat tengok cheguman tv alhijrah hari tu?

Hmm....

Tiba2 anda terserempak dgn org jatuh motosikal. Kakinya nya berdarah. Apa nak buat?

Atas dasar kasihan anda pun cuba membantu. Mangsa mengerang kesakitan. Adusss... nak buat camana ni? Anda ambil tisu dari kereta dan cuba tekap tempat luka. Namun darah masih keluar.

Anda lihat sekitar, nampak serumpun pokok senduduk. Hmm... kata org daun senduduk boleh hentikan pendarahan. Hentam sajalah.

Anda bergegas ambil beberapa helai daun, lumatkan dgn tangan dan terus tampal pada luka. Anda tekap beberapa minit dan nampaknya darah mula berkurangan.

Akhirnya anda dapati darah pun berhenti. Alhamdulillah. Mangsa yg makin pulih dari pening2 kerana darah byk keluar mengucap syukur dan berkali2 ucap terima kasih. Bermula dari situ anda dan dia serta keluarga menjadi sahabat baik.

Namun bagaimana jika darah tidak juga berhenti dgn ikhtiar anda itu?

Saya percaya, itu bukan masalahnya. Siloturrohim tetap akan terjalin.

Pertolongan kita bukan utk menyelesaikan semua masalah seseorang sebaliknya sbg tanda mengerti dan simpati. Moga dgn itu Allah beri penyelesaiannya iaitu kesembuhan.

Itu yg nak saya terapkan dlm perusahaan saya. Insyaallah.

Wallahu'alam.

*Cheguman*
*Titipan #23*

Thursday, September 15, 2016

Melaka dijajah atau tidak?

Di atas reruntuhan kota melaka kita bina putrajaya.

Retorik atau realiti?
Mari kita semak sejarah. Alaa, sejarah darjah 5 je pun.

1511 portugis datang dengan kapal buruk dan senjata api yg kerajaan china dan kebanyakan negeri di kepulauan melayu tak nak guna lagi.

Dan, mereka menang. Ha3x... jenaka apakah ini?

Menggalas Angan
Portugis dtg dgn 3 impian iaitu menawan *pusat dakwah Islam di nusantara*, *memusnahkan pusat pentadbiran empayar Islam*, dan *melumpuhkan pusat perdagangan antara bangsa* yg selama ini .memegang urat nadi pelabuhan Venice mereka.

Oleh kerana malu untuk berpatah balik walaupun melihat kekuatan tentera dan persenjataan empayar Melaka, akhirnya portugis berjaya juga masuk ke tengah kota melaka.

Entah siapa yang mengisytiharkan portugis menang saya tidak tau tapi yang nyata, kesultanan melaka berakhir di situ.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Kawasan yg meliputi semenanjung tanah melayu dari selatan siam hingga ke singapura, kepulauan riau, sebahagian borneo, sebahagian sumatera dan sedikit pulau jawa dulunya di kenali sebagai empayar MELAKA. Ini bukan cerita negeri melaka yang ada sekarang.

Feringgi Diperdaya
130 thn org portugis terkurung dlm kota afamosa. 3 impian besar tinggal angan2 shj. Pernah org2 feringgi itu hampir kebuluran setelah dikepong selama 3 bulan dari segenap penjuru.

Apa bodoh benarkah orang melayu ketika itu tidak mahu menyerang dan membelasah feringgi yang tinggal nyawa-nyawa ikan?

Saya tidak mahu menjadikan mesej panjang ni sarat dengan angka dan fakta. Anda boleh cari sendiri guna google.

Cuma saya nak ajak anda merenung:

Realitinya Begini
Dari 1511 hingga 2016 berapakah jumlah org serani di malaysia dan berapa ramai org melayu yg dikristiankan? Ertinya, misi keagamaan portugis gagal 99.99999%.

Benar, masjid Kampung Hulu hanya dibina pada zaman belanda tapi itu masjid di dalam kota melaka. Yang di luar? Tak solat jumaatkah orang melaka selama 200 tahun?

Sejak 1511 hingga belanda masuk 1641, kawasan semabok dan klebang pun portugis tak berani jijak. Pemerintah jenis apakah tu?

Buktinya? Kalau dah takde bukti binaan kristian di situ maka memang lah tiada apa nak dijadikan bukti.

Dan, jika orang feringgi hampir kebuluran 3 bulan terkurung dalam tembok afamosa, kekayaan apa yang mereka kecapi? Pernah dengar orang kaya dan berkuasa kebuluran? Kalau tak lalu makan sebab sakit tu lain la.

Pendapat saya, portugis hanyalah dijadikan alat untuk meminggirkan kesultanan melaka. Rakyat jelak dan kecewa. Org melayu sendiri membuang keturunan parameswara kerana dilihat mengkhianati amanah yang dipinjamkan.

Cuma orang melayu gagal mengawal impaknya sehingga pihak lain terluang mengambil kesempatan.

Lahirnya negeri-negeri kecil
1511, sultan melaka lari ke kampar. Seorang puteranya dibawa ke perak dijadikan sultan dan seorang lagi mengasaskan kerajaan johor.

Kedah, selangor, pahang, terengganu, kelantan dan beberapa wilayah lain berlepas diri dan bernegeri sendiri-sendiri.

1641 belanda datang namun jadi kera sumbang. Beberapa perjanjian (mou) dgn negeri lain tinggal di atas kertas sahaja. Contohnya perjanjian perdagangan dengan sultan kedah dan perak yang tak pernah orang melayu hormati.

Alaa... belanda bukan boleh buat apa-apa.

Namun perjanjian london 1824 hampir melumat terus bangsa melayu di nusantara. Kepulauan melayu dikerat dua oleh inggeris dan belanda.

Kesannya, saudara kita dari seberang yang datang mencari rezeki di semenanjung kita gelar Mat Indon.

Maka terburailah siloturrohim atas prinsip sempadan negara. Ok, tak lah sampai begitu. Namun lebih kurang begitu lah.

Kaca Jatuh Ke Batu
Pernah ada usaha menyatukan semula nusantara namun apalah sangat yg boleh dibuat bagi mencantum gelas kaca yg telah bersepai.

Akhirnya orang melayu di kepulauan riau, jawa, sumatera dan sekitarnya merdeka sendirian dan khalifah diganti Mr Presiden.

Biar begitu negeri-negeri di semenanjung tidak putus semangat dan usaha. Para pemimpin dan ulama dapat juga memujuk dan melentur rasa ego dan sombong diri raja2 melayu utk membentuk negara baru yang dinamakan Persekutuan Tanah melayu.

Alhamdulillah, ia masih mengekalkan nama tanah melayu.

Berkongsi Rumah
Org melayu terpaksa bersetuju membenarkan tanah melayu dikongsi bersama imigran yg dibawa masuk oleh inggeris tapi dgn syarat mesti dibezakan hak org melayu dgn mereka. Tuan rumah tetap tuan rumah.

Itu meterai yg tak boleh dirungkai. Muktamad sampai qiamat. Entah lah, berapa lama lagi boleh dipertahan.

Hmm... dah panjang sgt ke? Sikit lagi.

Usaha Mengembalikan Empayar Melaka
1963 kita cuba luaskan lagi wilayah. Untung2 boleh jadi macam empayar melaka. Singapura, sabah, sarawak, dan brunei dipelawa. Saat akhir brunei menarik diri namun kita berjaya meluaskan persekutuan.

Dan kita namakan ia sebagai Malaysia.

Malaysia itu ISLAM.
Malaysia asalnya dieja dlm tulisan jawi dan apabila diterbalikkan rupa2nya menjadi *ISLAM*. Saya percaya dan saya ada hujah mengenainya. Namun biarlah saya cerita lain kali. Tun Dr Ismail faham.

Tak cukup dgn ejaan, dimaktubkan dlm perlembagaan bertulis pada Perkara 3 bahawa "agama bagi persekutuan ini ialah Islam".

Oleh kerana tiada paksaan dlm Islam maka kaum2 lain dibenarkan mengamalkan ajaran asal mereka dengan syarat tidak menyinggung perasaan atau mengganggu ummat Islam. Istilahnya, 'dengan aman dan damai'.

Ia dicatatkan dlm perlembagaan, Perkara 3 dalam baris yang sama. Bukan saya reka2.

Saya ingin sambung lagi iaitu Islam dlm rukunegara tapi saya taknak dera anda sampai tertidur.

Wallahualam.

Wednesday, September 7, 2016

Gigi gigi roda

Titipan #019

Assalamualaikum.

*Mukadimah*

Apabila saya tulis panjang2, ada yg komen tak sempat nak baca. Yg lebih 'direct' (telus?) akan tanya, ada ke yg nak baca?

Maka saya ubah cara. Saya tulis panjang2 tapi saya kerat2 jadi bahagian yg kecil dan saya cadang utk pos setiap hari.

Tiba2 saya rasa bukan shj menjadi seorg yg kedekut malah seolah merendah2kan org yg mahu menghadam.

Lebih penting dari itu, saya tidak mahu timbul salah tafsir kerana bahan yg diterima belum lengkap.

Maka saya ambil keputusan utk hidangkan semua sekali utk anda tatap. Saya ambik pendekatan iaitu beri seekor ayam dan siapa suka peha, makan peha, yg gemar dada ambik dada, manakala yg suka hati jgn la ambik hati.

*Cerita Gambar Semalam*

Kata org gambar mampu menceritakan segalanya. Saya tambah sikit dan ubah sikit "...menceritakan macam2 tanpa arah."

Maksudnya, lain org lain yg ditafsir. 1000 org yg belek, 1 juta huraian boleh kita dengar.

Saya dapat gambar itu apabila saya taip 'mesin' dalam google. Rupa2nya apabila saya taip 'gear'pun gambar yg hampir sama muncul.

Samada gear atau mesin, ia hanyalah nama utk kita kenal.  Lbh krg sama macam kita letak nama pada anak2 kita. Tapi itu nama khas. Mesin nama am.

Berbalik pada gambar yg saya kutip itu, kita nampak pada beberapa roda diletakkan ikon manusia. Kalau saya boleh edit gambar itu saya akan letak ikon haiwan, pokok, batu dll pada setiap roda kecil di situ.

Itulah kita. Bahkan kita juga adalah salah satu roda kecil antara sekian byk roda ciptaan Allah. Semua di sekeliling kita bukanlah sekadar objek kaku dan mati. Ia adalah sebahagian diri kita. Jika roda2 di sekeliling kita sompek atau rosak maka akhirnya kita juga jadi tak berfungsi.

Maka jika berlaku demikian, yg mana nak kita baiki dulu?

*Yg Menitip vs Yg Menatap*

Apabila org menitipkan gambar, mereka akan sertakan tajuk atau sedikit penerangan. Jika tidak, org yg menatap gambar tu akan merapu dan merepek yg bukan2.

Baca baik2, ada dua istilah di situ iaitu menitip dan menatap.

Jgn fikir apa yg kita titip itu juga yg si penatap nampak. Selalu jugak..
Lain yg kita tampil, lain yg ditafsir.
Lain yg kita cakap, lain yg ditekap.
Lain yg kita ungkap, lain pula yg diserkap.

Itu salah satu sebab kita kena ada mazhab. Kecualilah kita dah setaraf imam maliki, hanafi, hambali, atau syafie.

Imam ghazali pun tak berani buat mazhab sendiri. Imam ghazali tak baca quran kah? Atau beliau tak faham bahasa arab?

Banyaknya mazhab bukan utk kita menuduh kelompok lain salah sebaliknya membuktikan kita sedia berbeza pendapat dlm soal tertentu.

Kalau nak buat mazhab sendiri, silakan. Kalau tak nak ikut mana2 mazhab pun boleh tapi kalau sesat camana?

*Cermin Diri*

Sekrg belek semula gambar itu. Apa yg anda lihat? Roda? Manusia? Pokok? Haiwan? Apa2 sahaja lah.

Itu semua adalah benda2 yg melingkungi hidup kita. Mereka setiap masa berinteraksi dan bertindak balas dgn kita dan akhirnya membentuk diri kita. Secara umumnya begitu lah. Tapi klu anda boleh jadikan semua itu tidak berbekas pada diri anda, anda memang handal.

Handal pun banyak maksudnya. Pencuri pun dikatakan handal. Handal mencuri. Pendekar pula lain handalnya.

Apa yg nak saya sampaikan ialah setiap di sekeliling kita adalah faktor yg menjadikan siapa kita. Dan kita juga adalah salah satu faktor yg membentuk diri mereka.

Mereka adalah cermin diri kita dan imej yg muncul pada cermin di hadapan kita adalah diri kita sendiri.

*Di Belakang Skrin*

Ada pula org kata, sekeping gambar lebih baik drpd 1000 patah perkataan. Sebenarnya ia bermaksud dlm konteks seluas frame atau skrin hp anda shj.

Dlm kehidupan pun begitu juga. Apabila org tunjukkan sekeping gambar, kita kena sedar banyak benda lain ada di sekeliling gambar itu yg tak muncul pada skrin. Namun ia adalah sebahagian faktor yg menjelmakan gambar itu.

Lihat semula gambar pada hp anda itu. Apa yg ada di luar hp anda? Ada jari dan tangan anda. Pada jari ada cincin dan pada tangan ada jam dan/atau gelang.

Lihat ke luar lagi. Barangkali ada meja dan di atasnya ada kertas atau gelas dan piring roti canai yg tak bersisa.

Lihat pula di sekeliling. Ada apa dan siapa? Hati2, barangkali ada yg sdg memerhatikan anda atau sdg mengharapkan sesuatu dari anda.

Cuba anda berinteraksi dgn benda2 itu tapi jgnlah bercakap dgn gelas. Kalau anda belum kahwin, nti takde yg nak jadikan pasangan. Yg nak kawin lg pun elok jgn buat.

Tolak gelas itu dgn kasar. Apa akan jadi? Nak lagi baik kesannya, tolak gelas itu hingga jatuh ke lantai. Anda akan dapati bukan shj gelas itu yg menjerit bahkan tuan kedai juga silap2 ikut bertempik.

Demikianlah realiti hidup kita. Anda buat, anda dapat. Dan balasan itu bukan shj datang dari objek yg anda buat tapi boleh juga datang dari org lain.

Malah kadang2 yg tak berkenaan pun ikut masuk campur.

*olehSebab makaAkibat*

Bolehkah kita jadikan roda2 yg bergigi itu sbg analogi pada siloturrohim? Setiap roda bukan shj bersentuhan bahkan berkait dan saling menggerakkan antara satu sama lain.

*Penutup*

Apabila saya menghantar gambar roda lewat mesej *Titipan #016* saya terima beberapa respon segera.

Saya percaya ramai lg yg dpt mengagak arah bicara saya meski hanya melihat  gambar tsbt pada kali pertama. Ibarat kata org sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.

Walaupun anda dah tau, saya nak tulis jugak. 😎

*Coda*

Saya sdg membuat ujikaji ke atas diri saya sendiri satu ayat yg pernah saya baca: jika anda ingin berjaya, anda perlu jayakan org lain terlebih dahulu.

Ujikaji ini bermula sekitar 1993 masa saya baru belajar berniaga dan sampai skrg belum selesai.

Wallahu'alam.

Cheguman.
0194402211.
noorazmanaminudin@gmail.com

Thursday, September 1, 2016

Bukan apa tapi bagaimana

Titipan#015

Assalamualaikum

Tau berita ni, kan?
Seorang pelajar maut terjatuh dari bangunan sekolah ketika cuba membantu rakannya mengambil beg yg sengaja dilempar oleh pelajar lain. Korban adalah ketua kelas tsbt yg cuba menolong.

Innalillah... Alfatihah.

Maka,
Phak polis pun segera menyiasat.
Pihak sekolah buat laporan.
Pihak bomba buat kajian.
Para ibubapa beri pandangan.
Pakar kaunseling usul cadangan.
Pakar motivasi bagi panduan.
Para ulama memberi bimbingan.
Para ustaz & ustazah memberi nasihat.
Parti pembangkang buat rumusan.
Parti kerajaan ambil tindakan.
Jiran2 turut bertandang.
Saudara mara segera datang.
Orang ramai bersembang.
para netters viral di media sosial.
Masing2 dgn cara masing2.

Wajarkah?

Rasanya, wajar. Semua org ada peranan dan tanggungjawab masing2 dan itulah yg sdg mereka lakukan. Dgn kata lain, mereka buat kerja mereka, dgn kepakaran & kemahiran yg mereka ada.

Yg penting, tidak persalahkan org lain. Hmm... Ok, yg salah, salah lah. Itu cerita lain. Ambiklah tindakan sepatutnya.

Kena ingat. Apa shj yg berlaku adalah takdir Allah dan Allah nak tengok *bagaimana* kita menghadapinya.

Ia bukan soal *apa* tapi *bagaimana*.

Cheguman
0194402211

Monday, August 29, 2016

Tua sebelum waktunya

Kali ni saya menulis utk org yg biasa2 mcam saya. Bagi  anda yg luar biasa, hal ini mungkin biasa bg anda.

Pagi ni saya dengar lagu shila majid di radio. Entah berapa ratus kali dah dengar lagu ni. Sebenarnya saya bukanlah fav sgt dgn lagu ni. Biasa je.

Saya tak berapa suka sbb lagu ini takde kena mengena dgn saya langsung. Saya takde kawan yg hidupnya setiap hari pergi dan balik kerja dan hari minggu kwn dtg rumah berbual dan malamnya mrk ke disco.

Saya pernah masuk disco masa muda bersama kwn2 bujang. Bagi saya, disco ni tempat paling sesak dan paling serabut dlm dunia. Muzik hingar bingar sampai tak boleh nak bercakap. Org menari terkinja2 dan bagi saya mrk langsung tak faham seni muzik.

Malah sy agak hairan kenapa lagu ni jadi popular. Cuma pagi ni baru saya perasan lagu ni adalah satu nasihat yg agak bagus.

Dia suruh kita berubah. Jgn hidup gitu2 je. Pergi lah berjln ke negeri org... hongkong, paris, las vegas. Cuma dia guna contoh satu golongan yg ber-rutin begitu. Kita?

Tiba2 saya terfikir, bagus jugak klu saya ikut nasihat shila majid ni. Duit? Hmm.... klu nak berubah, kena lah berdoa dan berusaha. Bayangkan betapa sukarnya bagi org biasa macam saya kumpul duit dll utk ke las vegas. Tentu besar momentumnya nanti dan itulah namanya perubahan.

Insya-Allah saya berniat nak buat haji dulu thn dpn. Doakan saya bersama ibu dan isteri.

Cheguman.

Utk menerima mesej berkala spt ini sila save whatsapp saya +60194402211 dan send mesej 'assalamualaikum cheguman. saya nak join mesej motivasi'.

Friday, August 26, 2016

Buruk atau bosan?

Assalamualaikum. Kali ni tak panjang sgt.😎

Kata mereka, keluarlah dari kotak. 📦
Kemudian ada pulak yg kata kena keluar dari kepompong.⚱
Ada yg lbh agresif ajak org melawan arus dan suatu ketika dulu popular dgn konsep anjakan paradigma.📡

Sejauh manakah positifnya🔋 kata2 tu?

Saya ingat lg masa ujian lisan BM (SPM 85) saya ditanya apakah konflik remaja? Saya jwb, pertentangan fikiran antara golongan tua dgn muda.🔫

Sayangnya apabila diminta huraikan, saya cuma dpt lakukan hanya slps keluar dari bilik temuduga. Itupun sekadar dlm kepala.🗿

Beberapa mesej📝 panjang yg mungkin anda telah terima dari saya sblm ini mirip pada provokatif yg mengajak anda menentang arus. Agaknya saya masih belum cukup matang😅. Ye lah. Pemikiran yg menentang arus dan agresif biasanya dilakukan org muda👯. Manusia matang selalunya telah sedar realiti kehidupan dan tau beza fantasi dgn realiti📊.

Air yg mengalir ke hilir adalah fitrah, sistem, dan realiti. Apabila ia menjadi rutin maka akan mengundang bosan. Kebosanan memaksa manusia mencari kelainan. 🔬

Manusia yg bersifat baru memang gemarkan sesuatu yg baru. Kelemahan itu disembunyikan dan akhirnya kita menjatuhkan hukuman bahawa yg lama itu tidak baik🔨. Padahal kita cuma bosan dgn rutin dan apa shj yg bersifat lama. Adakah bosan itu sifat yg baik?

Cuba lihat sejenak di sekeliling anda skrg samada dgn mata atau sekadar imaginasi terhadap sesuatu yg telah lama anda miliki. Adakah ia memang telah menjadi buruk? 📻

Saya percaya anda akan dpt mengkelaskan kpd beberapa kategori:
🕳Lama dan buruk.
☎Lama tapi masih cantik.
📻Lama, klasik serta nostalgik.

Oh ya. Jgn hadkan pada benda shj. Ia mungkin seorg manusia atau lebih tepat lg manusia yg anda sayangi💑.

Skrg buat penilaian semula. kenapakah anda mahukan yg baru? Kerana kualitinya atau kerana kelemahan anda yg mudah bosan?🤔

Kenapa pengusaha kantin sekolah akhirnya ditukar? Kualiti atau bosan? Buku resepi mrk hilang kah?🤒

Kenapa durian musang king begitu popular? Adakah kerana durian pokok di belakang rmh ayah anda yg pernah anda puja suatu ketika dulu sudah bertukar menjadi tawar?👻

Kenapa pula anda membeli kereta baru🏎 dan menjual kereta lama? 🚙

Kenapa guna nama Cheguman atau Demang sedangkan nama Noor Azman itu sudah cukup baik?😅

Kenapa pula saya keluarkan dan jual minyak morhabshi👍 sdgkan sudah byk pilihan di pasaran?

Ada 5 soalan di atas dan anda tak perlu bersusah payah mencari 1 jawapan yg boleh diguna utk semua soalan. Biasanya 5 soalan memang perlukan 5 jawapan berbeza. Ini bukan teka teki.💡

Sebenarnya saya boleh menulis dan mengutus mesej📮 kpd anda lbh kerap tapi saya terpaksa bersabar krn tidak mahu anda BOSAN.

Saya percaya, jika kita tiada sifat bosan, mungkin kita sudah lama jadi kaya.

Kannnnn?😎

Saturday, August 20, 2016

Yang menang dan yang kalah

Akhirnya Lee Chong Wei menang atau dlm ayat lainnya, Lin Dan kalah di olimpik rio.

Mahu menangis atau ketawa?

Saya tak anti sukan. Bersukan ni bagus. Riadah. Sihatkan tubuh badan.

Sukan mula menjadi rosak apabila dijadikan pertandingan. Sukan tambah merosakkan lagi apabila ia berbentuk perlawanan, yakni mengalahkan pihak lawan.

Tidak anehkah meraikan kejayaan di atas kekecewaan insan lain tanpa rasa bersalah?

Saya lebih gemar muzik. Semaklah mana2 lagu. Ia memujuk, menghiburkan, dan memberi inspirasi.

Saya ingat lagi kata ustaz Ismail Kamus dlm satu ceramah masa saya remaja; muzik macam pisau. Masa tu saya faham, tapi faham yg sesuai dgn usia saya masa tu la.

Dlm satu hari berapa ramai guna pisau utk buat kerja yg baik2? Berapa ramai dlm kg, dlm daerah, dlm negeri, dlm negara, dan dlm dunia yg guna pisau utk potong sayur & buah utk dijadikan makanan? Berjuta2 org la kan? Mmg itupun gunanya pisau.

Berapa ramai pula yg guna pisau utk cederakan atau bunuh org? Dlm bulan ni berapa ramai org kampung anda kena bunuh dgn pisau?

Secara semulajadi, pisau adalah utk kebaikan sehinggalah manusia sendiri yg menyalahgunakan.

Begitu juga muzik. Klu ada pemuzik yg ambil dadah, itu masalah dia. Klu ada penyanyi yg buka baju masa menyanyi, tu sbb dia rasa bakat dia dlm muzik tak cukup bagus.

Budaya menewaskan pesaing utk muncul juara tak abis dlm sukan je. Ia melarat dlm kehidupan termasuk pendidikan dan perniagaan. Manusia terdidik betapa utk menang kita perlu kalahkan org lain. Klu takde org nak dikalahkan maka diri sendiri dijadikan pencabar.

Saya bukan ustaz tapi saya rasa cara tu bukanlah ajaran Islam. Dlm perang tu lain la. Dah namapun perang.

Dlm Islam ustaz ajar kita buat apa shj kerana Allah. Dlm hubungan sesama manusia kita disuruh menolong, bukan menjatuhkan.

Di balapan, murid2 diajar supaya mengalahkan pelari lain utk menang. Yg berjaya mengalahkan semua pesaing dijulang dan diberi hadiah. Diisytihar sbg juara dan diraikan dgn meriah.

Yg kalah berteleku di tepi gelanggang melayan kecewa. Tak cukup lagi, dikutuk dan dipersenda.

Dlm sukan berpasukan spt bola sepak kanak2 diajar supaya bekerjasama menewaskan pasukan musuh. Kalau boleh, kalahkan mereka seteruk2nya tanpa ampun. Kill or to be killed.

Strategi diatur termasuklah dgn memanipulasi peraturan supaya nampak halal.

Dalam kelas, murid dijanjikan siapa yg dpt nombor 1 akan dpt hadiah. Maka anak2 manusia berlumba lagi dan saling kejar mengejar, bahkan kdg2 melalui tipu muslihat.

Sekali lagi kita bergembira meraikan seorang juara tanpa sedar 29 murid lagi sdg kecewa.

Penyakit dengki khianat pun bercambah. Kita yg menyuburkan.

Slps itu kita sibuk memperbetul keadaan. Padahal lebih buruk dari tikus membaiki labu.

Kita bercakap pasal sharing tapi kita sendiri amat bimbang utk berkongsi.

Kita bukan lg fokus menyelesaikan masalah sebaliknya mencipta masalah dan mengambil upah menyelesaikan masalah yg kita reka.

Dan kita tak malu mengaku sbg juara pembantu manusia.

Salam,
Cheguman.
+60194402211
Facebook.com/noorazmanaminudin

Tuesday, July 19, 2016

Manusia tanpa kepala berkeliaran di pejabat kerajaan

Nampaknya kemunculan lembaga tanpa kepala berkeliaran di pejabat kerajaan sudah tidak dihairankan lagi. Malah para ketua jabatan lebih senang keadaan begitu. Kaki dan tangan yang bekerja tanpa kepala memudahkan urusan.

Entah apalah yang sakit hati sangat pada pemakaian jubah Demang pun tak tahu. Maka dalam etika pemakaian kakitangan awam, pemakaian jubah pada waktu bekerja tidak dibenarkan.

Oleh kerana kakitangan kerajaan hanyalah memiliki kaki dan tangan sahaja tanpa tubuh, hati dan otak maka tiada siapalah dari kalangan kakitangan kerajaan yang berani menyoal balik apa sahaja arahan yang dikeluarkan.

Apabila Demang tanya, jawapan yang diberi ialah, itu adalah peraturan. Demang tanya balik? Siapa yang buat peraturan? Turun dari langit? Jawapan yang diberi, kita kakitangan rendah, ikut sahajalah.

Nampaknya oleh kerana lama sangat 'ke laut' (istilah untuk persembahan yang teruk) pihak berkenaan lupa bahawa kakitangan kerajaan bukan hanya ada kaki dan tangan untuk bekerja malah mereka juga boleh menulis di media sosial, bersembang sambil ngeteh, serta yang paling bahaya, kaki dan tangan itu ada hak mengundi bagi memilih kerajaan baru.

Adakah pegawai atasan pembuat peraturan itu memang kategori KE LAUT atau ini satu lagi modus operandi bagi mensabotaj kerajaan yang sedang memerintah?

Kenapa Demang kemukakan isu ini? Lihatlah sekeliling dan tengoklah trend pakaian sekarang. Kalau dulu kumpulan nasyidpun berselendang di bahu dan para ustazah masih ramai berskaf sahaja, hari ini kita dapati corak pemakaian muslimin dan muslimat di negara kita telah jauh berubah. Kenapa?

Kalau itupun tak boleh nak fikir, memang ke laut la.

Friday, July 15, 2016

Tun Mahathir tubuh parti baru lawan umno

Menggelupur penyokong tegar Najib apabila Tun M mengumumkan akan muncul parti baru dan menyertai pembangkang bagi mengambil alih kerajaan melalui PRU akan datang.

Antara cemuhan yang akan dilontar ialah 'orang tua nyanyuk' dan 'tak sedar diri'.

Apa bolehkah slogan itu menjadikan rakyat marah pada Tun dan kembali menyokong UMNO dan BN?

Demang kata, jangan haraplah.

Rakyat tahu yang Tun bukannya nyanyuk atau buang tebiat. Sebabnya, kebanyakan rakyat dan ramai rakyat kebanyakan merasakan kerajaan sedia ada gagal memulihkan keyakinan mereka dalam kebanyakan isu.

Bagi Demang, Tun bukan saja-saja nak dengki pada Najib. Penolakan Tun ada asasnya. Kumpulan Najib gagal memahami situasi atau mungkin juga dah faham tetapi tidak mampu mencari penyelesaian. Andaian kedua Demang itu lebih menakutkan!

Bersikap terbukalah. Jika Tun tidak menentang kerajaan pun, penentangan tetap berlaku. Positiflah.

Demang tak kesah jika penyokong Najib yang juga sahabat seperjuangan Demang marahkan Demang sekarang. Kita tahu perjuangan dan kita tahu apa yang diperjuangkan. Siapa yang lari dari landasan perjuangan sebenarnya?

Mengecam Tun bukan caranya. Demang dah katakan lama dulu. Namun Najib tak mampu nak lepaskan diri daripada penasihat-penasihat upahan yang jumud dan beragenda peribadi.

Jika benar Najib hebat, ayuh kita selesaikan masalah ini secara telus dan berani.

Pertama, muhasabah diri. Kedua, buang ke laut mana-mana individu yang orang tak suka. Ketiga, laksanakan Islam luar dan dalam.

Kalau nak laksanakan Islam, maka buat dengan ikhlas. Jangan jadi hipokrit sebab orang nampak dan orang tambah meluat.

Bab aurat, kalau dah itu yang rakyat mahu, suruh Rosmah pakai tudung. Kalau itupun susah sangat, memang susah la.

Wednesday, July 13, 2016

Gengster kuasai malaysia

Berita empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut ditembak dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung, di sini awal pagi ini nampaknya tidak menarik sangat untuk diviralkan. Mungkin sebab kes begitu sudah jadi perkara biasa, tambah pula ia berkemungkinan akibat dadah.

Sebut pasal dadah, Demang tidak fikir bahan asasnya ditanam di Malaysia. Biasanya dibawa masuk dari Thailand yang menjual apa sahaja termasuk perkhidmatan seks.

Apabila berkaitan perniagaan import eksport, selalunya ia bukan sahaja dilakukan individu orang jahat biasa sebaliknya melibatkan kumpulan besar.

Kumpulan penjahat itulah yang dipanggil gangster.

Demang teringat kata mantan IGP TS Musa Hasan ketika minum di sebuah warung tidak lama dulu: negara kita ni dikuasai gengster. Wallahu'alam. Demang cuma ulang semula kata-kata beliau.

Demang pernah hadir taklimat Yapeim dan pengurus besarnya menceritakan bagaimana Yapeim pernah membuka pasaraya harga murah di utara. Namun pada suatu hari lori-lori yang membawa bekalan stok telah ditahan oleh gengster tak dibenar menurunkan barang.

Beliau memaklumkan, pihak polis Kedah dan Penang gagal selesaikan masalah tu dan akhirnya pihak bukit aman terpaksa campur tangan. Itupun sekadar untuk melepaskan lori-lori tersebut dari ditahan sahaja.

Seorang rakan Demang pernah bercerita bagaimana beliau diancam dengan pistol apabila membekalkan ikan bilis pada harga murah di beberapa kedai runcit.

Nampaknya rakyat Malaysia tak boleh buat apa-apa pada gengster. Polis pun kalah.

Demang teringat bagaimana pengundi cina di Penang mengubah undi dari Gerakan kepada DAP dalam PRU lalu. Ia berlaku seolah ada satu arahan yang dilakukan senyap-senyap dan ia dipatuhi.

Monday, July 11, 2016

Di sebalik maki hamun bas rempuh kereta

Memang mengerikan melihat video bas ekspres yang merempuh beberapa buah kereta di lebuhraya petang semalam.

"Kurang ajar," getus hati Demang serta merta.

Demang mainkan semula rakaman video dan lihat dengan lebih cermat. Nampaknya bas tersebut hilang kawalan. Baru Demang terfikir apa yang berlaku sebenarnya!

Ya, jelas bahawa bas tersebut hilang kawalan. Mungkin breknya rosak. Keadaan jalan yang sedang menurun memaksa bas meluncur ke bawah dengan amat deras. Rasa bersalah pulak Demang kerana cepat sangat menghukum pemandunya.

Apabila Demang buka media sosial, Demang lihat kemalangan itu dah jadi viral. Bahkan ramai yang mencela dan menyeranah sang pemandu malang.

Ramai yang lupa bahawa itu adalah suatu kemalangan.

Kita biarkan pihak berkuasa melakukan siasatan samada ia berpunca kecuaian teknikal manusia atau sikap pihak penyelenggara sehingga brek bas gagal berfungsi. Mari kita lihat bagaimana pemandu bertindak pantas dan cekap menguasai keadaan yang tidak menyebelahi beliau.

Pemandu bijak memandu basnya ke tengah jalan berlorong dua itu. Tindakannya menyebabkan geseran dengan kenderaan lain sekaligus memperlahankan bas dan akhirnya memberhentikannya.

Memang berlaku kerosakan namun ia jauh lebih baik berbanding membiarkan bas terus meluncur deras dan menyerah pada keadaan. Risikonya lebih besar. Bas mungkin akan menghentam kenderaan lain 'secara penuh' yang mengakibatkan kesan lebih buruk.

Jika pemandu cuba mengelak daripada menghimpit kenderaan lain, beliau dan puluhan nyawa penumpang di dalam bas akan berdepan dengan kemungkinan lain yang lebih bahaya seperti terjunam ke dalam gaung.

Maklumat daripada portal rasmi memaklumkan cuma dua orang cedera dan tiada sebarang kematian dalam kemalangam tersebut.

Alhamdulillah. Dalam keadaan orang terlibat tidak ada apa-apa, janganlah kita pula yang buat dosa memaki hamun dan membuatkan hati para pemandu bas lain terasa.

Barangkali ada kalangan pemandu bas yang tak pasal-pasal disindir itu adalah saudara mara dan rakan taulan kita juga.

Selamat hari raya.

Tuesday, July 5, 2016

Paus Benediktus XVI masuk Islam

Berita Paus Benediktus XVI memeluk Islam sepatutnya meletup satu dunia namun jejakan yang Demang lakukan melalui Google mendapati hanya beberapa blog yang mengisahkannya dan tampak berasal dari satu sumber kabur. Kebanyakannya pula bersalur dari Indonesia.

Kita boleh sahaja menuduh Google telah menapis dan menyembunyikan berita namun Demang lebih cenderung mengesyaki bahawa berita itu adalah palsu.

Benar atau bohong bukanlah persoalan yang ingin Demang kemukakan di sini. Kita lihat dari sudut lain iaitu apakah kesannya jika ia benar?

Mari kita lihat dari sudut bangsa Melayu.

Tanpa merujuk pada mana-mana statistik, kita dapati negara Islam agak ketinggalan dalam pelbagai bidang terutama ekonomi. Orang Melayu di Malaysia juga masih belum mampu bersaing. Bayangkan jika penganut kristian yang selama ini berada terkehadapan memeluk Islam. Demang percaya mereka akan lebih jauh meninggalkan kita.

Ini bukan soal assobiyah kerana assobiyah yang Islam haramkan merujuk pada tindakan mengambil hak kaum lain. Jika majoriti orang kristian sudah menjadi muslim maka kita akan melihat dua kelompok muslim iaitu muslim yang maju dan muslim yang ketinggalan.

Malanglah jika kita di kelompok kedua. 

Memanglah dari satu sudut kita bersyukur dengan kemasukan saudara baru namun bagaimana pula dengan survival bangsa?

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainlan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Harap fahamkan betul-betul fikiran Demang. Kita bukan nak menyekat orang lain menjadi muslim sebaliknya sedang melihat bagaimana pula nasib bangsa sendiri? Akan bertukar menjadi maju atau menjadi semakin ketinggalan?

Barangkali ada yang menganggap tidak ada masalah jika orang kristian yang telah menjdi Islam lebih maju. Merekapun orang Islam juga. Sekali lgi Demang tegaskan, itu bukan persoalannya.

Jangan lupa dengan realiti di Malaysia. Kemasukan orang Islam dari Indonesia dan Kemboja yang dengan cepat menguasai perniagaan pakaian serta orang Islam dari selatan Thai yang menguasai perniagaan makanan menyesakkan orang Melayu dalam kedua-dua bidang tersebut. 

Bagaimanakah nasib orang Melayu apabila kaum Cina menjadi muslim? 

Adakah orang Melayu akan terus sekadar menjadi pemerhati? Ia akan berlaku jika sikap dan budaya kerja kita masih tidak berubah.

Begitu juga dengan cara kita berpolitik. Ramai kalangan kita yang masih menganggap bahawa untuk menang kita mesti mengalahkan pihak lain. Dalam pendidikan pun begitu juga. Kita masih takut  membenarkan pelajar meneroka ilmu dengn cara yang baru. Sistem peperiksan yang terlalu mengongkong masih enggan diubah meski sistem baru telah mula dilaksanakan.

Friday, June 24, 2016

Bolehkah bayar zakat tak melalui pusat zakat?

Minggu lepas warga media sosial diviralkan dengan satu mesej kononnya persoalan dari seorang bukan Islam iaitu kenapakah masih ada orang Islam yang miskin sedangkan kutipan zakat berjuta-juta setiap tahun?

Maka seperti biasa ramailah yang melatah. Sebagaimana lazimnya berlatah, si pelatah akan menyebut sesuatu tentang orang lain. Kalau orang Kedah melatah maka yang terlontar ialah perkataan seperti 'anu pak hang', 'anu mak hang' dan sebagainya.

Oleh kerana isu berkaitan zakat maka yang dihamun para netters ialah pusat zakat.

Persoalannya, benarkah jika masih ada orang Islam yang miskin maka itu kerana kesalahan urus tadbir zakat? Apa pula peranan dan tanggungjawab kita yang kadangkala berjiran dengan keluarga miskin?

Kononnya sipenyoal adalah orang bukan Islam. Adakah dia tahu bahawa wang kutipan zakat bukan hanya untuk orang fakir dan miskin sahaja? Ada 8 asnaf yang berhak menerima zakat.

Berikut lapan golongan asnaf yang layak menerima wang zakat sebagaimana firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.

Maka ringkasannya:
1. Fakir.
2. Miskin.
3. Amil.
4. Muallaf.
5. Riqab.
6. Gharimin.
7. Fisabilillah..
8. Ibnus Sabil.

Pembahagian zakat di atas bukan direka oleh manusia bahkan ia merupakan perintah Allah swt. Lihat petikan ayat al-Quran di atas. Jika kita rasa ia tidak baik maka itu adalah kerana kita yang gagal memahami hikmah di sebalik perintah Allah. Jangan sampai kita secara tidak sedar mempertikai perintah Allah taala. Nauzubillah.

Kenapa begitu mudah terpesona dan keliru apabila diprovok?

Dalam pada itu ada pula yang dengan bangganya mengaku mereka sudah tidak percaya pada pusat zakat dan menyerahkan sendiri zakat kepada orang miskin.

Ia tidak salah tetapi perlu diingat bahawa bukan hanya golongan fakir dan miskin sahaja berhak menerima zakat. Ada enam lagi asnaf yang berhak ke atas wang itu. Jika majoriti individu orang Islam menyerahkan sendiri zakat kepada golongan tersebut maka bagaimana dengan enam asnaf lain?

Sementara itu, adakah individu pembayar zakat itu mempunyai senarai semua asnaf fakir dan asnaf miskin? Tidakkah nanti akan berlaku sebahagian orang miskin menerima zakat daripada beberapa pihak manakala ada pula yang langsung tidak terserempak dengan pembayar zakat?

itu baru dua asnaf. Ingat, kita ada lapan asnaf yang berhak ke atas wang zakat!

Mahu tidak mahu kita kena akui bahawa pemusatan kutipan dan agihan wang zakat memang perlu!

Persoalan baru Demang ialah kenapa orang bukan Islam tersebut mempersoalkan hal ehwal orang Islam? Adakah ia ikhlas untuk membantu, atau kerana jahil? Atau secara sengaja mahu orang Islam saling mempersalah antara satu sama lain dan seterusnya merosakkan sistem yang dibina ribuan tahun?

Apabila kita mengaku menjadi pengikut Muhammad SAW maka diri kita adalah muslim dan mukmin. Sebagai muslim kita memperakui dua kalimah shahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, seterusnya mengamalkan 4 rukun lain iaitu solat, membayar zakat, berpuasa, dan menunaikan haji.

Manakala sebagai mukmin kita mempunyai enam kepercayaan tanpa berbelah bahagi.

Lima rukun Islam berupa aturan (sistem) yang wajib dituruti dengan sempurna. Jika cicir salah satunya maka apa akan jadi?

Maka Demang buat andaian, percubaan orang bukan Islam tersebut mempersoalkan kutipan zakat adalah bertujuan merosakkan salah satu sistem dalam Islam. Ia adalah usaha menggugat kepercayaan sesama Islam dan akhirnya apabila tiada lagi kepercayaan maka sistem akan runtuh.

Orang kafir adalah wakil syaitan dan antara modus operandi syaitan ialah menimbulkan rasa was-was dalam hati manusia.

Kenapa kita mudah terpengaruh?

Akhir kata Demang ingin lontarkan satu persoalan pada sikafir tersebut. Semua orang tahu bahawa kaum cina menguasai ekonomi di Malaysia. Bahkan dalam ranking 10 individu terkaya di Malaysia, sebahagian besar adalah daripada kaum cina. Soalannya, jika demikian kuat ekonomi orang cina kenapa masih ada orang cina yang berada dalam kemiskinan?

Sebelum mempertikaikan institusi zakat orang Islam, pergilah pertikaikan taikun-taikun kaum anda yang hanya tahu membesarkan perut sendiri dan kaum kerabat mereka sahaja.

Kepada pusat zakat, pertingkatkanlah kualiti perkhidmatan kalian dan berusahalah membantu dengan hati yang ikhlas.

Monday, June 13, 2016

Melayu makan cekodok bukan kek

Kalaupun bukan cekodok, bingka aka bingkang pun boleh. Yang jelas kek bukanlah makanan orang melayu.

Makanya kenapa orang melayu sekarang berfikir soal kek, berebut kek, potong kek, nak agih kek, tagih kek?

Lebih baik buat cekodok atau lempeng. Ramas-ramas pisang, taruk air, kepal-kepal buat cekodok atau tepek-tepek atas belanga jadi peknga aka lempeng.

Seperti biasa, walaupun Demang mulakan dengan cerita cekodok dan kek namun bukan itu intipati utama yang nak disampaikan. Tradisi penulisan Demang, itu hanyalah mukaddimah sahaja. Anda kena lihat yang tersirat.

Idea kek terbukti tak menguntungkan orang melayu. Apatah lagi sejak awal pembahagian kek 30%-40%-30% sudah tidak berlaku adil terhadap orang melayu. Cuma apabila dirasionalkan, ia sekadar lebih baik daripada tiada langsung. Maklumlah ketika merdeka, ekuiti melayu cuma 0.2%.

Bahan untuk buat cekodok tidak mahal dan mudah dicari. Tak perlu simpan dalam buku resepi. Godeh macamanapun ia tetap berasa cekodok atau lempeng. Kalau nak lebih sedap, sediakan kuah atau sambal untuh cicah.

Idea cekodok dan lempeng membolehkan lebih ramai yang merasa. Malah kalau nak makan sampai kenyangpun tak banyak masalah. Cuma tambah tepung. Tak macam kek, bukan boleh ditambah sesuka hati. Bertambah tepung; telur, gula, dan margerin juga mesti ditambah. Silap timbok atau salah bakar, kek bantat atau hangit.

Maksud Demang ialah buatlah sesuatu yang mudah dan sesuai dengan selera melayu. Sebagaimana dalam hal makanan, begitu jugalah ekonomi.

Orang melayu tak reti berniaga dalam bangunan besar. Kalau adapun, tak ramai. Lihatlah bangunan2 MARA yang berderet2 kosong tak beroperasi. Ada satu dua pintu dibuka pun, produk yang dijual boleh dipadankan dengan bilangan jari tangan sahaja. Tak payah tambah jari kaki.

Bukan sahaja kedai produk biasa, kedai makanan melayu juga tidak menarik pelanggan jika dijalankan dalam bangunan besar. Orang melayu lebih genar makan di warung. Kalau disediakan bangunanpun mereka lebih suka lepak di bawah payung. Itupun jika hujan.  Jika tidak, pelanggan melayu lebih gemar terdedah di bawah langit.

Janganlah tunjukkan Demang 2-3 restauran melayu yang berjaya. Lihatlah yang majoritinya.

Demang pernah buka restoran berhawa dingin dan akhirnya terpaksa ditutup tidak sampai setahun selepas itu kerana tidak mampu bersaing dengan gerai dan warung. Majlis bandaran pun bukan seronok sangat melihat restoran begitu. Pelbagai peraturan dikenakan sehingga pengusaha menggelupur dan akhirnya kejang dengan pelbagai surat saman.

Sebelum anda kecam Demang kerana tidak pandai berniaga, Demang cabar anda mulakan sebuah restauran dengan modal RM100k. Mana tau mungkin anda ada bakat atau ilmu yang boleh Demang menuntut pula.

Akhirnya perniagaan pengusaha melayu menjadi sinonim dengan jualan langsung. Bisnes tanpa premis. Pengguna menjadi agen dan menjual pada rakan sekerja, jiran tetangga, dan saudara mara.

Jika demikian, maka apa salahnya sistem sedemikian terus diperkasa?

Jualan langsung tidak semestinya melibatkan produk seperti makanan tambahan, ubatan berasaskan herba, dan pakaian sahaja. Sebenarnya apa sahaja produk boleh dijalankan secara jualan langsung dari agen kepada pengguna atau sering juga disebut dari pengguna kepada pengguna dan dari pengeluar kepada pengguna.

Salah satu produk yang sekarang amat popular dijual secara langsung dari pengeluar kepada pengguna ialah makanan. Ia termasuklah kueh kering, kueh mueh basah, sehinggalah masakan panas sperti mee goreng, nasi ayam, atau juadah berbuka puasa.

Sistem perniagaan begini disemarakkan lagi dengan adanya media sosial yang memudahkan komunikasi dan promosi terus kepada pelanggan.

Tiada bangunan y inggi pencakar langit bukan bermakna negara ridak maju. Apa ertinya kota bermenara hebat jika melayu hidup melarat?

Demang tidak memusuhi orang tengah dan amat sedar kebaikan perkhidmatan yang kelompok ini mampu sediakan. Seharusnya ketiga-tiga pihak ini yakni pengeluar-agen-pengguna bekerjasama.

Kehadiran golongan agen jualan yang menjadi orang tengah meski kelihatan menambah kos namun hakikatnya menjimatkan kos tidak langsung seperti petrol, susut nilai kenderaan, parking dan tenaga manusia.

Marilah kita raikan kecenderongan orang melayu yang suka bersosial melalui sistem jualan langsung. Sekaligus ia mampu menggerakkan ekonomi negara, khususnya orang melayu.

Untuk melengkapkan sistem ini maka Demang kemukakan sistem Kaunter Penghantaran Setempat (KPS) yang bertindak melancarkan lagi sistem penyampaian produk terus ke rumah pengguna tanpa tambahan kos yang ketara.

Jika anda kata ia menambah kos penghantaran, Demang kata ia menjimatkan kos pengiklanan yang jauh lebih mahal dan menggalakkan pembaziran serta seringkali pula tidak patuh syariah.

Thursday, May 12, 2016

Dua isu jadi viral minggu ini

Dua isu budak-budak minggu ini ialah:
1) UMNO berusia 70 tahun atau 28 tahun?
2) Protun tak faham perlembagaan berikutan kutip tandatangan rakyat biasa untuk singkirkan PM.

Perlu sangatkah dipertikai usia UMNO? Parti-parti hanya seperti rumah. Rumah boleh sahaja diubahsuai atau diruntuhkan terus untuk dibina rumah baru.

Mana lebih penting; rumah atau isinya? Mana pula lebih penting; isi rumah atau penghuninya?

Pemilik rumah boleh sahaja mengekalkan bentuk rumah asal atau mengubahsuai dan menukar perabotnya. Bahkan boleh juga berpindah ke rumah baru di tapak lain. Dulu-dulu ada rumah yang diusung dan diletakkan ke tapak lain.

Jangan lupa, pemilik rumah bukan sahaja boleh hilang kerana meninggal dunia. Yang hilang dari rumah kerana bercerai pun ada. Selain itu ada juga yang berhijrah ke penjara atau berpindah ke rumah janda.

Itu kalau pemilik. Kalau sekadar penyewa atau pengurus lagilah bahaya.

Dalam isu kutipan 1 juta tandatangan bagi menolak Najib, Demang tak fikir Tun tak faham peraturan perlembagaan. Maka kenapa dipersoal perkara faham & tak faham perlembagaan? Sepatutnya proNajib menyiasat apakah muslihat Tun dan penyokongnya di sebalik tindakan itu.

Adalah kurang bijak menuduh orang yang biasanya cerdik itu bodoh.

Oleh kerana dua isu di atas adalah isu budak-budak maka mari kita teka, apa sebenarnya agenda Tun dan Najib yang depa sembunyikan dari hampa?

Wednesday, May 11, 2016

Berniaga dari dapur

Baca dengan rileks. Jika anda sedang sibuk, sila tandakan laman ini dan kembali ke sini apabila anda telah bersedia.

Berapakah pendapatan tetap anda setiap bulan? Kata orang, BERAPA itu tidak penting. Soalnya ialah cukup atau tidak?

Apapun, syukurlah kerana anda masih hidup hingga kini dan masih mampu menikmati rezeki tidak kira dari mana sumbernya. Jangan malu jika rezeki anda itu tiba pada anda melalui orang lain sebaliknya malulah jika anda tiada usaha untuk menyalurkan rezeki pada orang lain terlebih dahulu.

Menerima pemberian itu normal kerana seorang rajapun sering diundang dan diberi makanan percuma. Bahkan seorang jutawan atau ulama besarpun selalu dibelanja oleh rakyat biasa.

Berapa tahunkah lagi baki umur anda? Sudah tentu anda tidak mampu mengiranya. Berapa tahun pula sudah anda lepasi? Berapa banyak yang telah anda perbuat? Berapa peratuskah pekerjaan anda yang dibayar gaji dan berapa banyak pula yang hilang tanpa sebarang upah daripada orang yang sepatutnya membayar pada anda?

Pernahkah anda terfikir bahawa sepatutnya anda mendapat bayaran apabila memberhentikan kereta bagi memberi laluan pada seekor anak kucing yang melintas jalan?

Nampaknya beberapa perenggan awal tadi anda telah dihujani dengan persoalan demi persoalan sahaja. Saya sengaja buat begitu kerana saya tahu jawapan segala persoalan tersebut ada pada anda. Saya akan bantu anda menyusunnya kembali supaya dapat dimanafaatkan semula.

Apapun jawapan anda terhadap persoalan pertama saya tadi, ternyata anda masih diberi rezeki, masih bernafas, dan masih mampu membaca sehingga ke titik ini.

Untuk persoalan kedua, ia memang tiada jawapan. Maka apa yang boleh anda buat ialah lakukan sesuatu yang baik sehinggalah anda mati. Alangkah beruntungnya meninggalkan dunia ketika sedang berbuat kebajikan pada manusia lain demi mendapat keredhoan Ilahi.

Saya percaya, bagi kes kucing tadi tiada siapa pernah mempersoalkan bayaran termasuklah anda.

Secara umumnya semua manusia ingin menjadi baik dan berbuat baik. Namun realitinya tidak semua benar-benar merealisasikannya dan hanya segelintir yang mampu melakukan secara beriltizam.

Anda di golongan mana?

Mari kita telusuri ragam manusia lain dan cuba fahami mereka. Tempat paling mudah memerhati tingkahlaku manusia ialah dalam media sosial seperti FB. Selain itu ialah di jalanraya terutama di persimpangan berlampu isyarat.

Ketika fb mula diperkenalkan, ramai yang menjadikannya sebagai tempat meluahkan keluh kesah. Namun hasil tarbiyah dari pihak tertentu samada secara individu mahupun melalui organisasi terancang, luahan perasaan secara personal-external sudah semakin kurang.

Namun kebiasaan menghambur kemarahan pada pihak ketiga masih berlaku dan agak leluasa. Tembok paling mudah dilepaskan kemarahan ialah pemimpin dan kerajaan yang memerintah. Ia adalah sasaran normal.

Seperti yang saya umpilkan tadi, manusia ingin menjadi baik. Namun sedar tidak sedar sebenarnya kebanyakan dari kita sekadar ingin dilihat baik. Soal riak hanya Allah dan pelakunya sahaja yang tahu.

Melepaskan kemarahan dan menghalakan kasalahan pada pihak lain adalah gambaran ketidakpuasan hati. Sekali lagi saya katakan ia adalah normal namun tidak membebaskan anda dari masalah sebenar. Kita tidak mampu mengubah sesiapapun melainkan diri sendiri.

Berbalik pada soal rezeki yang menjadi persoalan utama tulisan ini, saya percaya anda dapat membezakan antara pendapatan dalam bentuk wang dengan rezeki. Saya tidak menjanjikan anda kedua-duanya bahkan salah satu daripadanya pun di luar kemampuan saya.

Saya cuma boleh mencadangkan anda satu praktis yang boleh anda lakukan. Biarpun ia bukan satu-satunya pilihan yang anda ada namun ini dapat membantu anda untuk istiqomah.

Apabila ramai manusia yang berkeluh kesah tentang wang, maka membantu mereka menambah pendapatan adalah satu kebajikan. Ingat, apabila saya mengatakan 'membantu mereka menambah pendapatan' maka itulah yang saya maksudkan. Saya tidak mengatakan ingin menambah pendapatan anda. Ia tidak termasuk dalam fokus utama program ini. Jika ada rezeki anda, alhamdulillah.

Aneh? Jika anda belum bersedia membantu orang lain maka perenggan berikutnya bukan lagi satu keperluan untuk anda membacanya.

Golongan pertama yang terbeban secara langsung dalam isu kenaikan kos hidup sudah tentulah ketua keluarga. Apa yang boleh kita bantu? Saya rasa kita tinggalkan dulu kelompok ini dan pergi pada golongan kedua iaitu surirumah.

Surirumah bermaksud lelaki atau wanita yang tidak melakukan pekerjaan yang bergaji. Mereka menguruskan rumahtangga dengan sumber kewangan yang disediakan oleh pasangan mereka.

Antara tugas mereka ialah menyediakan makanan untuk keluarga. Idea saya ialah: apa kata kita minta mereka memasak lebih sedikit dari biasa?

Biarlah saya berterus terang. Cadangkan pada beberapa orang suri rumah supaya memasak lebih daripada biasa dan jualkan masakan yang paling sedap pada penduduk setempat. Bukankah ia menguntungkan? Tidak perlu buka restauran atau warung.

Cuba kirakan berapakah modal yang perlu dikeluarkan untuk membeli bahan mentah dan lihat di restoran berapakah harga yang dijual. Perbezaan antara harga bahan mentah dengan harga jualan makanan yang siap dimasak adalah keuntungan bersih suri rumah tersebut.

Tiada kos sewa premis atau upah pekerja.

Persoalan yang mungkin ditanya ialah siapakah yang akan membelinya dan siapa pula yang akan menghantarnya ke rumah-rumah pelanggan?

Saya fikir lebih baik saya yang bertanya pada anda soalan tersebut tetapi dengan sedikit kelainan:

1. Mahukah anda mencari surirumah yang berminat melakukannya bagi menambah pendapatan mereka?

2. Mahukah anda memdapatkan remaja atau belia yang mahu mencari wang saku dengan melakukan tugas penghantaran dalam kawasan taman perumahan secara berjadual?

Jika anda tidak sanggup melakukan dua perkara di atas maka anda tidak perlu lagi membaca soalan ketiga:

3. Tahukah anda bahawa tugas yang akan anda lakukan ini memberi anda peluang pendapatan tambahan?

Hubungi saya dan kita akan bincangkan dengan serius. Oh ya. Soal promosi kepada pelanggan, biar saya yang uruskan sebab saya ada team yang mampu melakukannya.

Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morha Marketing
75150 Bukit Baru Melaka.
SMS/whatsapp/call: 0194402211

Saturday, April 30, 2016

Jangan pertahan najib

Kata team Mahathir, jika Najib digantikan maka peluang UMNO untuk menang lebih cerah.

Ada penyokong Najib jawab, apa pula tujuan pembangkang mendesak Najib letak jawatan? Nak bagi UMNO menang juga?

"Secara logiknya, ia tidak logik." Kata seorang pengulas yang bukanlah di atas pagar.

Pendapat Demang pula, untuk membantu Najib mengekalkan jawatan bukanlah demgan cara memberitahu rakyat bahawa Najib baik apatah lagi menuduh team Mahathir tidak baik. Apa yang perlu dilakukan penyokong Najib ialah membuktikan bahawa Najib masih relevan.

Bagaimana?

Pertama, kawal harga barang keperluan. Caranya bukan dengan memaksa puak kapitalis nenurunkan harga tetapi dengan menambah pengeluaran produk berkenaan.

Bagaimana? Soalan itu bukanlah Demang yang patut jawab tetapi pengarah-pengarah pelbagai agensi kerajaan lah kena fikirkan.

Kedua, tingkatkan pendapatan rakyat. Jangan lah nampak hanya satu cara sahaja iaitu menaikkan gaji dan elaun kakitangan kerajaan atau memaksa gaji minimum pekerja swasta, atau menambah peruntukan BRIM. Ia hanya akan memberi galakan pada puak kapitalis menaikkan lagi harga berlipat ganda.

Sekali lagi Demang cadangkan, tingkatkan produktiviti rakyat dengan menambah sumber pendapatan. Ia tidak sama dengan menaikkan gaji dalam pekerjaan sedia ada.

Apabila ramai rakyat mengeluh pasal harga rumah yang melambung tinggi, kerajaan boleh berikan sahaja rumah secara percuma. Sebagai pulangan, penerima rumah tersebut perlu bekerja dengan kerajaan dalam bidang pengeluaran.

Tak faham? Kerajaan binalah kilang dan sediakan rumah untuk para pekerja!

Tak logik? Tun Razak dah buktikan 50 tahun lalu dengan penubuhan FELDA. Ladang atau kilang, persamaannya ialah kedua-duanya menghasilkan PRODUK.

Sunday, April 24, 2016

Games tokdet dan pakjib

Selewat-lewatnya Oktober 2016 Pakjib akan letak jawatan. Itupun kalau Sarawak masih sempat diselamatkan. Kalau Sarawak masih dipegang BN, Pakjib ada peluang untuk buat permintaan terakhir. Itu sahaja. Stop must be stop. Its enough.

Orang politik tak buat permintaan terakhir begitu sahaja depan publik. Kalau adapun, itu hanya gimik persembahan. Mereka akan susun strategi agar perkara yang tersimpan di hati dapat direalisasikan. Orang politik amat realistik meski di luar nampak penuh retorik dan persepsi.

Pakjib akan hulur proposal bawah meja. Kalau perlu, ikut celah kangkang. Tajuknya ialah 'sepupu saya akan menggantikan saya'.

Sudah tentu Tokdet sudah lama mengetahui perkara ini. Kalau ketua bahagian di Kedah nikah di siam tanpa pengetahuan bini tua pun Tokdet boleh tahu, takkan helah dua kupang Pakjib Tokdet tak faham?

Demang kurang bersetuju dengan tuduhan sesetengah pihak bahawa Tokdet menentang Pakjib kerana mahukan anakandanya menjadi PM. Alasan lebih tepat ialah Tokdet tidak mahu H2O jadi PM.

Kenapa Tokdet menolak H2O? Sebenarnya bukan hanya Tokdet yang meluat dengan H2O yang bagaikan anak rusa nani itu bahkan majoriti rakyat ada sedikit geli geleman dengannya.

Sebagaimana yang Demang tulis sebelum ini, air dengan air sampah ke tepi juga, maka begitulah percaturan Tokdet dan Pakjib. Bidak-bidak tidak pernah dibenarkan membuat keputusan.

Ketika Tokdet dan sekutunya menghunjam Pakjib dengan rangkaian misil yang dilepas satu demi satu, Pakjib pula tidak berundur begitu sahaja. Bom-bom jangka dan jerangkap samar diletak merata-rata. Panglima-panglima perang yang dirasakan boleh melompat melangkahi sepupunya akan ditebas atau dicacatkan.

Demang percaya anda faham maksud Demang. Sebagai bukti, perhatikan beberapa pemimpin seperti DZH dan Tokpa. Pakjib cerdik. Dia akan arahkan orang-orang yang ingin dipancungnya untuk mengeluarkan kenyataan yang bangang dan bengong. Kesannya, rakyat akan sakit hati, benci dan populariti orang itu pun merudum. Dalam pada itu, Pakjib akan balik dari luar negeri dan berlakon sebagai pembela rakyat dan pura-pura memujuk rakyat.

Sementara itu, sepupunya yang diharapkan akan menaiki singgahsana bendahara direhatkan secukupnya. Proses pengeraman H2O bukan sahaja bagi mengelakkan dia bercakap perkara yang bodoh-bodoh malah juga bagi memastikan bulu-bulu halus anak rusa nani itu nampak kembang dan bersih.

Meski keadaan politik agak rumit namun ada sedikit ruang yang rakyat mampu berharap. YDA kita Demang dengar agak uzur. Moga Allah memberikan baginda kesihatan yang baik. Namun jika sudah sampai ketetapan Ilahi, kita akan dapat bakal pengganti yang lebih hebat.

Demang amat optimis dengan beberapa calon antaranya baginda sultan Perak yang intelektual atau sultan Kelantan yang warak.

Kita jangan lupa bahawa ketua negara kita bukannya PM tetapi Yang Dipertuan Agong yang juga ketua agama Islam. Dalam negara Islam, ketuanya adalah khalifah atau sultan. Jangan pening sangat perkara asas ini.

Semoga Allah terus memberi rahmat kepada Malaysia Darul Islam.

Monday, April 11, 2016

Sekolah manusia

Ini sekolah apa?
Ini sekolahmu 'nak.
Guru akan mengajarmu menulis dan membaca, menghafal dan mengira

Sekolah apa kalau begini?
Aku dimarah apabila masih tidak dapat mengeja ketika kawan2 lain sudah fasih membaca

Ini sekolah apa?
Ini sekolah yang kami bina untuk kau
Supaya dapat belajar cara beribadat yang betul
Supaya kau mampu menghafal ayat-ayat sebanyak mungkin
Supaya kau dapat menulis semula jawapan seperti yang guru ajar, di atas kertas apabila ditanya dalam peperiksaan

Sekolah apa kalau begini?
Apabila loceng berbunyi guru masuk ke kelas menyuap maklumat
Dan memaksakan latihan demi latihan,
kemudian keluar untuk ke kelas lain setelah loceng berbunyi lagi.
Padahal perutku sedang kosong
Pagi-pagi tadi ibuku sudah keluar bekerja tanpa menyediakan sarapan.
Aku mengantuk
Malam tadi bapaku pulang lewat dan mereka bertengkar sehingga aku tidak betah lena.

Ini sekolah apa?
Ini sekolah yang disediakan negara
Kau akan diajar, dibimbing, dilatihtubi sehingga kau mampu menjawab apa sahaja soalan peperiksaan yang diajukan
Nanti kau akan lulus cemerlang, menjawat jawatan bagus
Dan menjadi warga yang patuh.

Sekolah apa kalau begini?
Aku bukan mahu menjadi doktor, lawyer, atau pensyarah
Aku cuma mahu jadi petani
Tidak bolehkah kalian bimbing aku menjadi pengusaha tanah yang berjaya?
Aku bukan mahu menjadi ulama sperti dua tiga kerat rakanku yang cerdas otak mereka.
Aku cuma mahu jadi peladang yang mahir
Mengeluarkan hasil
Dan sedar siapa pemilik sebenar yang menumbuhkan pokok-pokokku.

Aku mahu bermain, bermain yang sungguh2 dengan fizikal dan perasaanku
Bukan bermain supaya sekolahku dapat nama
Bukan bermain supaya jurulatihku mendapat pujian
Bukan bermain untuk ditonton khalayak ramai

Aku mahu belajar mengaji
Aku mahu belajar kenapa aku perlu mengaji
Aku mahu belajar kenapa aku perlu mengaji walaupun aku bukan siapa-siapa dI dunia ini

Aku suka muzik
Aku mahu tiup seruling dan lagukan melodi indah
Aku mahu ketuk kulit rebana dan kompang dengan irama talu dan tingkah yang meriah
Bukan menatap not-not togel yang tiada kudengar bunyinya
Bukan mendengar herdik guru dengan rotan ditangan yang sedia membelasah punggungku tiap kali aku menggendang meja.
Aku tidak mahu diconteng muka dengan makeup tebal di hari persembahan menghafal senikata kaku yang tidak aku faham.

Aku mahu sekolah yang mampu menjawab persoalan di benakku walaupun aku tidak pernah menggerakkan lidahku untuk bertanya
Aku mahu tahu kenapa ibuku perlu keluar bekerja
Aku mahu tahu kenapa bapaku selalu pulang larut malam
Aku mahu tahu kenapa ibubapaku sering bergaduh
Aku mahu tahu apa harus aku buat apabila mereka berperang lagi.

Aku juga mahu tahu kenapa aku disuruh belajar ayat2 janggal yang tidak pernah kudengar ditutur begitu oleh orang di kampungku sebab aku bukan mahu jadi pengarang buku
Aku juga mahu tahu kenapa aku wajib lulus periksa?
Apa perlukah aku menghantar resume untuk jawatan petani di tanah sendiri?

Ini sekolah apa?
Beginikah sekolah anak manusia?



Monday, April 4, 2016

Bangunlah anakku

Anehnya rumah ini anakku
Semua yang kaulihat itu hanyalah dinding
Dulu memang ada jendela dan pintu di situ
Lama sebelum kau dan aku lahir
Mereka menutupnya dengan lukisan-lukisan
Lantas bangunan, pohon, gunung, bukit hatta laut yang kau nampak itu hanyalah palsu
Ia sudah lama tiada
Lama sebelum kita lahir

Tidurlah anakku
Kehidupanmu ada dalam mimpimu
Kebenaran yang kau pelajari lewat tutur gurumu
Hanya muncul ketika engkau masih lena
Tatkala kaubangun dan kau buka jendela
Kaupasti kecewa
Kerana mereka telah menutupnya dengan batu bata

Anakku
Justeru kau hanya perlu bangun
Ketika kebanyakan manusia sedang nyenyak tidur
Tika itu kau berdiri hanya dengan tuhanmu
mengadu dan bermohonlah
Tiada lagi tabir bagimu.

Monday, March 7, 2016

Hisham h2o ganti najib, mukhriz jadi tpm

Demang lihat mahu tidak mahu najib akan berundur juga dalam masa terdekat akibat tekanan berterusan.

Alangkan banduan akhir lagikan diberi peluang membuat permintaan terakhir maka begitu juga Najib.

Najib mahukan jaminan kehidupan selepas bersara beliau tidak akan diganggu. Untuk itu PM yang paling sesuai bagi memastikan najib selamat ialah sepupu beliau sendiri, Hishamudin Tun Husin (h2o)

Sebagai mastermind, Mahathir juga mahukan bahagiannya iaitu Mukhriz (MM) akan menduduki TPM.

Air dengan air, sampah ke tepi juga. Gajah dengan gajah beradu, kancil mati di tengah.

Persediaan najib sudah lama. Hishamudin dipindah ke kementerian yang sunyi supaya tidak banyak melakukan kesilapan sebab ramai yang benci setiap kali h2o bercakap.

Dalam masa yang sama, zahid dipamerkan sebagai menteri flip flop yang gemar menukar kenyataan.

Itu sebabnya jika kita lihat gerakan dalam media sosial, para cybertrooper pronajib dalam masa yang sama mengejek dan mempersenda zahid. Malah cybertrooper yang menyokong tun turut memperlekeh zahid. Yang menyokong najib dan anti mahathir, lebih-lebih lagi lah.

Adakah ia satu kebetulan?

Apabila zahid mengeluarkan sesuatu kenyataan berkaitan negara, adakah ia dilakukan secara peribadi atau bersandar pada fakta dan izin ketuanya? Begitu juga apabila beliau menukar kenyataan yang telah dibuat, bolehkah dilakukan sesuka hati sendirian tanpa restu bos?

Ketika isu bangla, najib berada di luar negara dan balik segera untuk menyelesaikan 'masalah yang ditimbulkan oleh zahid'. Strategi yang hampir sama pernah dilakonkan oleh mahathir dalam isu memali (pemecatan musa hitam) dan sebelum anwar disingkir.

Lihat dalam isu pencerobohan sabah,  isu syiah-mat sabu dan terbaru isu pekerja bangla 1.5 juta. Tidakkah aneh zahid seolah-olah berdiri seorang diri di tengah padang dan ditembak oleh kawan dan lawan? Siapa cybertrooper upahan najib yang mempertahankan zahid?

Begitulah permainan orang bangsawan. Mereka bermain catur dan bidak-bidaknya adalah kita rakyat bawahan. Kasta sudah ditetapkan dan mereka tidak berminat mengubahnya atau menjemput ahli baru.

Kerusi PM akan digilirkan dalam kalangan mereka dan rakyat kekal menjadi rakyat jelata.

Zahid Hamidi atau sesiapa sahaja yang datang dari luar kelompok bangsawan tunggu sahajalah di tepi tangga.

Kalau tanya Demang, Demang pilih zahid. Visi islam beliau sangat jelas dan sedang giat meski dilakukan dalam senyap.

Yang tau, tau le.

Sunday, March 6, 2016

Agenda 1: pak harun memangkas dahan

Tikaman haba mentari jam 9.45 pagi tidak melunturkan semangat Pak Harun mengemas tanaman. Ranting dan dahan dipangkas supaya lebih kemas. Dalam pada itu sempat juga dia membalas sapaan orang kampung yang melintasi taman awam itu.

Meskipun perbuatan Pak Harun pagi ini ialah memotong dan memangkas pohon-pohon yang sedang subur namun tidak ada sesiapa yang melarang. Mereka kenal Pak Harun yang berpuluh tahun bekerja sebagai tukang kebun. Pasti beliau tahu apa yang sedang dilakukan.

Memotong dahan pokok bukan untuk membunuh pokok sebaliknya bagi menambahbaik lagi pokok itu dan meningkatkan manafaat pada makhluk lain.

Dahan usang dipancas, daun kering sentiasa gugur dan putik baru akan muncul lagi sehingga saatnya sang pokok tumbang ke bumi atas perintah Penciptanya.

Tiada siapa tahu tarikh qiamat maka lalui kehidupan ini dengan tertib.

Bersambung...

Saturday, February 6, 2016

Enjit enjit semut

Lama betul Demang tak menulis di sini.

Kali ni Demang nak ajak nyanyi...

Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas

Sambung lagi...

Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas

Takkan dah bosan kot?
Sambung lagi...

Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas

Sikit je lagi...

Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas

Oo.. masa hang kat atas, hang cubit aku. Hang tunggu aku naik atas satgi.

Lagu paling bosan tapi ramai yg tak bosan2 lagukan dari zaman berzaman.

Sampai bila?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)