Masa zaman remaja saya, macamana rupa seluar atau baju tidak kesah. Malah koyak rabak pun tidak mengapa asalkan ia Levis, Lois, atau Amco.
Ketika itu definisi kualiti ialah jika semua orang ada maka saya perlu ada. Koyakpun tak mengapa. Pasaraya terbaik ialah 'kedai bundle'.
Dulu saya tidak tahu dari mana datangnya pakaian terpakai itu. Yang pasti, dari luar negara terutama negara maju. Ada yang kata dijual oleh pemiliknya dan ada yang kata dicuri.
Saya fikir, kedua-dua andaian itu tidak masuk akal. Orang kaya tak perlu jual pakaian lama walaupun beliau sedang muflis. Orang muflis hutang berjuta takkan boleh ditebus dengan melelong pakaian keluarga.
Tuduhan curi pula lebih pelik. Industri pakaian terpakai telah berlangsung puluhan tahun dan melibatkan ribuan kontena dan kapal besar merentasi benua. Adakah semua penguasa di seluruh dunia bersekongkol dengan pencuri pakaian?
Telahan paling sesuai ialah pakaian bundle adalah hasil pengumpulan pertubuhan kebajikan di seluruh dunia untuk mangsa bencana.
Ada yang dihantar terus kepada negara terlibat namun ia melibatkan kos yang amat tinggi. Sebahagiannya lagi dijual dan wang hasil jualan dibelikan makanan untuk mangsa berkenaan.
Jika benar, barbanggalah kerana anda yang terlibat telah membantu usaha kebajikan. Perkemaskan niat dan insya-Allah beroleh kebaikan.
Jika ada yang mencuri, moga lekas mendapat hidayah sebelum tertangkap.
Tajuk sebelum ini
No comments:
Post a Comment