Ramai orang bekerja untuk orang lain. Itu tiada masalah. Masalahnya ialah semua tindakan kita perlu mendapat kelulusan dari orang lain.
Kalau dia kata esok baru anda boleh buat, maka anda terpaksa tunggu esok. Masalahnya ialah setiap hari ada esoknya.
Yang digelar esok itu ada sehingga qiamat.
Ini bukan sahaja berlaku pada pekerja atau orang bawahan terhadap pihak atasan bahkan sering terjadi pada majikan yang terlalu bergantung pada pekerja.
Saya khususkan skop ini kepada leader.
Leader terbaik sudah tentu muhammad saw. Baginda tidak hanya menyuruh bahkan baginda yang memulakan. Bukan sahaja memulakan, bahkan terus lakukan tanpa berhenti. Konsisten.
Justeru jika anda bercita² untuk berperanan sebagai leader maka jangan hanya berangan².
Jika anda tanya bila ahli pasukan anda akan bergerak, maka yang berbahasa melayu akan jawab ESOK manakala yang berbahasa inggeris akan kata TOMORROW.
No comments:
Post a Comment