Ada orang yang buka mata sahaja terus capai hp dan buka wasap. Adakah kita salah seorang daripadanya?
Tak apalah. Yang penting kita sudah ucap alhamdulillah kerana Allah tambah usia sehari lagi bagi meneruskan amal soleh kita di dunia fana (sementara) ini.
Sebenarnya mesej boleh datang daripada pelbagai cara. Media sosial cuma salah satu darinya. Seorang kanak² yang senyum pada kita juga adalah suatu mesej. Adakah kita juga sudi melemparkan senyum ikhlas pada orang lain hatta pekerja bawahan?
Penyebaran mesej² positif sedikit sebanyak memberi ilham untuk kita bergerak ke arah lebih positif. Itupun jika kita mahu positif. Begitu juga mesej² negatif akan mempengaruhi penerimanya ke arah tidak baik.
Namun sebelum sebarkan sesuatu, fikirkan adakah ia mendorong ke arah kebaikan atau sebaliknya kerana di situ adalah amalan yang membawa pahala atau dosa.
Bagi yang memahami, di situ juga ada mesej tuhan. Nak lebih banyak, bukalah alquran.
No comments:
Post a Comment