Ada orang kata, hidup adalah untuk menyelesaikan masalah. Menariknya, penyelesai masalah akan menerbitkan masalah baru.
Ada dua jenis masalah iaitu masalah yang tiba² muncul dan kita cari penyelesaiannya. Satu lagi ialah kita buat masalah dan mencari penyelesaian.
Contoh masalah jenis pertama ialah lapar. Penyelesaiannya ialah cari makanan. Manakala menukar kereta sebelum habis bayaran adalah masalah jenis kedua.
Apapun, proses mencari penyelesaian akan menghasilkan dua tindakan iaitu amalan baik atau amalan jahat. Seterusnya dari situ akan ada dua balasan samada pahala atau dosa yang berakhir dengan syurga atau neraka.
Nampaknya seolah² tanpa masalah berakhirlah kehidupan. Atau, sudah gila.
No comments:
Post a Comment