Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, October 14, 2018

Anwar menang boleh terus jadi PM


Akhirnya seperti yang diramal anwar ibrahim menang dengan majoriti besar.

Maknanya, isu peribadi tak mampu menggugat kemahuan pengundi.

Kadang² bagus juga tuduhan, apatah lagi jika melampau². Dalam politik, macam² boleh jadi. Sebab itu dalam marketing ada pengusaha yang buat aksi over acting.

Demang tak mahu tergopoh-gapah buat analisis. Cuma Demang lihat anwar ada dua pilihan: kekal bersama mahathir yang pernah mengkeronyok beliau sekeluarga luar dalam atau bersatu dengan umno yang pernah menyokong mahathir membunuh beliau.

Kelebihan jika pilih umno ialah melayu akan jadi majoriti.

Maksud Demang anwar akan buat keputusan berdasarkan untung rugi. Emosional memang perlu tolak tepi sebab kedua² pilihan memang ada nostalgia pedih.

DAP, MCA, dan Gerakan dah lama bersatu. Melayu nak tunggu tsunami apa lagi?


Thursday, October 11, 2018

Anwar tetap jadi menteri


Bacaan awal Demang, anwar akan kalah di PD. Demang sekadar menterjemah harapan Tun sebenarnya.

Bohongkah Tun pada wan azizah dan team PKR 2A? Tidak.

Menang atau kalah, anwar akan tetap masuk kabinet mahathir. Bezanya, masuk bermaruah melalui pilihanraya atau masuk dengan leher terbelengu melalui belas ehsan mahathir.

Yakni, melalui lantikan.


Bekas PM ke 4 merangkap PM ke 7 kita itu nampaknya masih Allah berikan kehebatan.

Hebat tidak sentiasa bermaksud baik. Dunia hanya tempat ujian.

Berbalik pada nasib anwar, keinginan melampau untuk menjadi PM bagi menebus maruah peribadi telah menggelapkan matanya dari melihat sebarang isyarat dan amaran di kiri kanan jalan.

Sandaran pada harapannya ialah ajal. Yakni, jangkaan bahawa mahathir takkan lama lagi usianya. Paling² pun 5 tahun.

Bagi regim Tun, 5 tahun adalah masa untuk menyelesaikan apa yang tak sempat diselesaikan dulu.

Memang ada plan peralihan kuasa antara mahathir dengan Paklah dulu. Namun banyak yang telah dirosakkan KJ dan rakan² tingkat 4-nya yang gopoh menyauk kesempatan.

Maka kesempatan 3-4 tahun ini adalah untuk anwar dan mahathir menyelesaikan apa yang patut sementara umno dipengsankan.


Mana networking melayu?

Kes 1 (depan mata Demang)
Seorang wanita cina bertekak dengan pegawai SPR hanya kerana ia enggan keluar dari tempat mengundi dengan alasan menunggu seseorang. Padahal orang lain mematuhi arahan SPR tanpa banyak soal.

Kes 2 (diceritakan oleh ketua pusat mengundi yang rapat dengan Demang)
Calon DAP bertegang leher dengan pegawai SPR walaupun ternyata dia yang melanggar peraturan.


Kedua² kes berlaku pada hari mengundi PRU baru² ini.

Yang Demang pelik, sikap biadap mereka seolah² mereka sudah tahu mereka akan menang.

Dari mana mereka tahu? Kenapa mereka begitu yakin akan menang?

Ya. Mereka ada networking yang tersusun kemas. Proses pengundian PRU hanya untuk mengesahkan informasi yang mereka ada.

Mereka ada jaringan yang boleh dihitam-putihkan melalui satu arahan sahaja.

Itu yang kita tiada.

Sebenarnya kita dah ada. Dah lama. Tetapi mungkin kerana dah terlalu lama maka dah rosak. Dah tak boleh diguna.

Lantas kita kena bina semula. Maksud Demang, kena susun semula.

Demang nampak, institusi masjid boleh diperkasa. Kita mula dari situ. Tak perlu ada kuasa.

Kita buat apa yang boleh, kita guna apa yang dah ada.


Wednesday, October 10, 2018

Kes terbaru, anwar bakal tewas



Barangkali separuh dari rakyat Malaysia dah tonton video YB samseng di melaka.

Sekali imbas Demang sangka itu YB bukan melayu. Rupa²nya wakil rakyat melayu DAP.

Nampaknya anganan anwar untuk melangkah ke Putrajaya sebagai PM akan tinggal kenangan. Dalam ayat yang lebih indah, tinggal dalam lipatan sejarah.

Semua orang tahu bahawa DAP adalah sekutu PKR. Marah DAP bermakna marahkan PKR.

Anwar akan bertanding atas tiket PKR di PD.


Kes YB kurang ajar itu boleh dijadikan masterpiece (dalam istilah baiknya) bagi menggoncang sokongan rakyat pada PKR, khususnya anwar di PD.

Ternyata exco melaka a.k.a YB samseng itu dilihat tertekan demi mempertahankan golongan elit bukan melayu.

Orang akan bertanya: mana perjuangan PKR yang kononnya mewakili suara rakyat marhaen? Bahkan dalam kes terbaru ini orang kampung dihina secara terang²an.

Permainan apakah ini? Kenapa di saat anwar akan melangkah ke kerusi tertinggi yang dijanjikan, kes ini muncul?

Memanglah orang akan kata, adun pengkalan batu itu memang begitu. Kahaw.

Namun kena ingat, alat yang lazim digunakan untuk menyembelihlah yang akan digunakan apabila ada tugas penyembelihan.

Faham ke faham ni?

Ok. Secara terusnya, apabila kita ambik seorang pekerja untuk tugas membancuh kopi maka apabila kita nak minum kopi, pekerja itulah yang akan disuruh.



Kalau UMNO memang mahu anwar berada dalam kabinet bagi menyaingi team mahathir maka buatlah sesuatu.

Jika tidak, anwar akan kalah.

Tapi bagus jugak kalau anwar kalah. Kerajaan yang ada sekarang akan lebih cepat tumbang.

Sunday, October 7, 2018

Jom blogger cari duit


Demang dah bagitau 10 tahun dulu, blogger kena cari income sendiri. Dengan itu blogger tak perlu bergantung pada orang politik mana² parti.

Apabila kita tak dibayar oleh sesiapa maka kita boleh tulis apa sahaja. Yang penting Allah tak murka.

Yang wajib kita berharap ialah pada Allah taala. Itu semua dah tahu, kan?

Ok. Jom cari duit cara blogger.

Berapa kena bayar untuk join? Aik... Demang dah bagitau, ini projek cari duit bukan projek bagi duit kat towkey skim cepat kaya.

Tak reti jual barang? Eh.. Bila pulak Demang kata kena jual barang?

Hanya tulis blog? Ya. Kita kan blogger. Tulis blog je le.

Ok. Hubungi Demang sekarang untuk tawaran ini melalui Whatsapp. Kita bincang.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)