Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, May 16, 2019

Mesej-mesej menarik hari guru 2019

Saya kagum dengan penulis² mesej hari guru tak bernama setiap kali hari guru tiba.

Sayang pulak kalau hilang begitu saja. Maka saya simpan di blog Waadat ini supaya mudah dicari semula.


Mesej 1

Anekdot Hari Guru

Seorang guru telah menyediakan satu papan putih di tempat yang bebas dan terbuka. Disediakan j uga pen "marker" yang berwarna-warni di situ.

Datang seorang pelajar yang gagal satu subjek lalu dia menulis sesuatu pada papan putih tersebut.

_*Guru ini baik tetapi tidak pandai mengajar*_...

Tidak lama kemudian datang seorang pelajar pandai, lalu dia menulis:

_*Guru ini sangat baik dan sangat pandai mengajar*_,

Datang seorang pelajar yang gagal banyak subjek pula lalu menulis:
_*Guru sekolah ini  tidak berkualiti kerana tidak pandai mengajar. _*

Tatkala riuh di sekolah, datang seorang pelajar yang mendapat A dalam semua subjek lalu menulis:

*Sekolah ini amat bagus sekali. Guru-gurunya sangat baik hati, sangat memahami dan suka membantu pelajarnya.._*


Datang seorang bekas pelajar sekolah ini yang amat berjaya dalam hidupnya, lalu menulis:

*_Sekolah ini amat berjasa, membawa berkat kepadaku dan guru-gurunya sangat pandai mengajar dan mendidik ..*_

Selepas itu, datang seseorang yang tidak dikenali lalu menulis yang berikut pada papan putih itu;

_*Buang masa mendengar perkara yang dicakapkan oleh cikgu dan tiada apa-apa aku dan anak aku dapat di sekolah ini. *_

 Setelah itu, datanglah pengetua sekolah itu lalu memadamkan semua yang tertulis pada papan putih itu.

Terpadamlah semua tulisan pada papan putih itu. Papan putih itu  kembali putih dan bersih.


*Pengetua itu berpesan kepada gurunya... *

’’Janganlah risau akan kata-kata orang kerana setiap orang membaca dunia atau kehidupan seseorang (tidakk kira bidang pendidikan atau bukan) dengan tafsiran pemahaman dan pengalaman yang berbeza."

Teruskanlah melangkah selama engkau berada di jalan dan laluan yang benar meskipun terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan hal dirimu kepada sesiapa pun.

Yang menyukai dan menghargaimu, tidak perlu tahu akan semua kebaikan yang kamu lakukan dan yang membencimu, tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.

Hidup bukan siapa yang terbaik,
tetapi hidup tentang siapa yang hendak berbuat baik dan yang sentiasa membaiki atau memperbaik diri

Hari ini dan semalam merupakan hari yang berbeza, pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua hamba-Nya.

Kita bukan sesiapa untuk menilai orang lain. Sebaik-baik penilai ialah Allah SWT yang MAHA MENGETAHUI.


Bahagia atau derita,  hidup mesti diteruskan. Kaya atau miskin, teruskan berusaha. Hanya kita yang mampu mengubah diri kita. Ciptalah kebahagiaan mengikut acuan sendiri. Corakkan hidup kita dengan warna warni kehidupan mengikut kemampuan sendiri. Kata-kata yang baik perlu dijadikan azimat. Kata-kata nista dan cemuhan mahupun kutukan dan fitnah, biarkanlah berlalu dibawa angin.

Kebahagiaan milik semua orang. Hidup senang dan tenang tidak semestinya dengan mempunyai wang yang banyak dan harta benda dunia yang melimpah ruah. Kita bahagia, kita tenang dan senang dengan apa-apa yang ada. Tingkatkan sifat syukur. Insya-Allah kebahagiaan akan datang,  penderitaan akan berlalu pergi.

Ingat, sesiapa pun anda, usah terlalu memikirkan kata-kata orang lain. Pujian dan kejian, kedua-duanya UJIAN.

SELAMAT HARI GURU 2019  💐

------------------------------------------------------------

Mesej 2

*Beza cikgu dengan cicak*

Murid : Cikgu tau tak apa perbezaan cikgu dengan cicak?
Cikgu: (nak kenakan saya la tu) 😌😌😌Cicak ada ekor, cikgu takda ekor. Cicak makan serangga, cikgu makan nasi. Cicak keluar waktu malam, cikgu keluar rumah awal pagi...
Murid: Semua jawapan cikgu salah😄😄😄😄
Cikgu : (dah agak dah) Abis, apa jawapannya?😔😔😔
Murid: Cicak lekat d dinding, tapi cikgu lekat d hati kamiii 😁😁😍😍😘😘😊😊
Cikgu: 😭😭😭😭😭
.
.
Selamat Hari Guru kpd SEMUA warga pendidik
Terima Kasih Cikgu.. Jasamu Dikenang...

------------------------------------------------------------


Mesej 3

(SAJAK KHAS BUAT GURU)
Versi: PAHANG

Cikgu...
Aok ter macang liling ter laa
Tiuk dek orang aok buat dekk je
Aok buat sadin je
Jaih air mate ke tanoh ... dokk.. aok buat rilek je
Aok serupe liling ter la
Mengkala tepadang
Cepat cepat cucuh dek deme
gone gaye pun .. cikgu ter la pangge dek orang...
lantok laa orang nok mbuat gone gaye pun... Aok buat steady je
Aok buat keje aok je
Aahh..Tuhan nye tau bende hok gebale dek aok ter...
Sebak dek aok ter la
kome reti mmbace ABC...
Mengkala tidok... tade aroh la
Nok gone kann yakk...
Pendek kate...
Hok dah jadi dokto...
Hok jadi misi... Polih... Asko... Penguruih...
Belake seme laa...
Takde cikgu... keraih la wokme situ...                       
Teruihh kan perjuangan aok ter cikgu !!!             

Ingat jase cikgu... berkat dunia akhirat wokme
*SELAMAT HARI  GURU*

------------------------------------------------------------

Link video Hari Guru

1. https://youtu.be/khUzShYnx84


Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?
Guna kapal seberang
Kubur macam bilik pengantin


No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)