Jatuh, bangun.
Jatuh lagi, bangun.
Jatuh lagi, bangun lagi.
Masa jatuh semua tau. Semua nampak kita jatuh. Kita sendiri lebih² lagi la. Kita yang jatuh tentulah kita tau. Bukan takat tau, sakitnya pun kita yang rasa.
Kemudian kita bangun. Tak ramai yang tau. Kita sendiripun kadang² tak perasan yang kita dah berdiri. Maklumlah, kesan sakit masih ada.
Ketika kita berjaya bangun itu sebenarnya satu kejayaan. Ramai yang jatuh tak bangun².
Saya lupa dari mana saya dengar kata² ini:
"Apabila hidup lebih banyak gagal berbanding jaya maka kemampuan hadapi kegagalan itulah kejayaaan."
Subhanallah.
Puasa atau Pause?
Guna kapal seberang
Kubur macam bilik pengantin
Boleh pijak bahu kawan
No comments:
Post a Comment