Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, June 17, 2019

Isu wahabi untuk bunuh karektor

(Wahabi, salafi, dan sunni)


Ketika saya mengambil ujian lisan SPM lebih 30 tahun lalu saya ditanya: "apa masalah remaja?"

Terkejut dengan soalan tak disangka itu saya jawab spontan: "pertentangan pendapat antara orang muda dengan orang tua."

Selepas itu saya menyesal dengan jawapan yang mengheret saya kepada persoalan yang tak mampu saya jawab.

Memang sampai sekarang saya masih memikirkannya.

Semasa di tingkatan 6 saya belajar tentang kaum muda dan kaum tua. Di rumah saya selalu mendengar ayah menyebut pasal amalan² yang berbeza dalam kalangan jemaah masjid di kampung.


Kata arwah ayah fahaman kaum muda makin menular dan selalu jadi perdebatan dengan jemaah yang tidak sependapat.

Sebagai anak kandung kepada ulama pondok dan dibesarkan pula oleh ulama pondok (ayah tirinya), ayah saya rasanya berada dalam kelompok kaum tua.

Saya lihat beliau juga berkawan baik dengan imam² kampung keluaran pondok.

Hari ini sebenarnya isu berkenaan masih begitu. Cuma istilah kaum muda dan kaum tua sudah kurang diguna.

Di media sosial termasuk blog dan youtube masih berlegar masalah tahlil di kubur,  doa qunut, bilangan rakaat tarawih dsbnya.

Bahkan isu yang dulu tidak saya dengar telah ditimbulkan antaranya solat tarawih berjemaah atau seorang diri. Begitu juga wirid selepas solat fardhu beramai², bilangan tasbih, hinggakan berkenaan zikir yang hanya menyebut nama Allah.

Istilah popular bagi isu ini ialah: bida'ah.

Dalam tulisan ini saya bukan nak sentuh soal benar atau salah aqidah kedua pihak. Saya bukan ahlinya atau ada autoriti untuk bincangkan.


Saya cuma salah seorang anggota masyarakat yang mau tak mau terdedah pada pertelingkahan tersebut. Mahu tidak mahu ia berkaitan langsung pada diri saya dan saya perlu meletakkan diri pada tempat yang sepatutnya.

Bagi saya perbezaan pendapat antara kaum muda dengan kaum tua tidak akan habis sebab sepanjang zaman tetap akan ada orang muda dan orang tua.

Orang muda akan jadi tua dan kanak² akan menjadi orang muda. Bila akan habisnya?

Di celah² pertelingkahan tersebut muncul pula istilah wahabi, salafi, dan sunnah wal jamaah. Ini juga bukan perkara baru. Cuma dengan kerancakan komunikasi zaman ini ia menjadi bumbu yang semakin marak.

Dari amalan ibadah khusus seperti solat, ia berjangkit kepada amalan umum. Seterusnya menyusup masuk ke politik dan dipolitikkan.


Contohnya gelaran wahabi dimanipulasi menjadi senjata untuk memusnahkan seseorang yang berbeza pendapat. Mengecop seseorang dengan title wahabi diharap akan mengurangkan sokongan pada individu tersebut.

Seharusnya perbezaan pendapat antara kaum muda dengan kaum tua diterima seperti kita meraikan perbezaan bermazhab. Tidak perlu mendakwa guru masing² lebih hebat hanya untuk menunjukkan kitalah yang betul.

Hubungan dengan Allah taala amat unik. Kita makhluk sedangkan Dia pencipta yang tidak pernah kita lihat. Kita mengetahui dan beriman pada Allah taala melalui rasululullah saw. Hanya iman.

Justeru tidak perlu berlagak kita sahaja yang betul. Belum tentu. Bahkan jika ilmu dan ibadat kita lebih baik dari orang lainpun kita belum tentu baik 'pada pandangan' Allah. Kata ulama, jika kita masuk syurgapun bukan kerana ilmu dan amal ibadat kita sebaliknya dengan rahmat Allah taala.

Bersederhanalah. Raikan perbezaan pendapat. Yang dulunya muda kini menjadi tua. Yang tua pula akan menemui sendiri Allah taala apabila telah sampai ajal.

Tuntutlah ilmu, kerana itu adalah kewajipan. Beribadatlah kerana itu juga kewajipan. Samada Allah terima atau tidak bukanlah urusan kita.

Kita bukan penilai. Kita hanyalah hamba.

Wallah'ualam.

Video haziq vs azmin
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?

9 comments:

Anonymous said...

Muda sinonim dgn idealistiknya, radikalnya dan mengambil-memandang mudahnya.

Tua sinonim dgn tolerennya, konservatifnya, lebih teliti, sukar berubah, memandang jauh ke depan.

Yg muda harus dihormati tenaga dan semangatnya.

Yg tua dihormati ilmu dan pengalamannya.

Yg penting, jgn taasub, yg batil pun ttp dibela dan dipertahankan, hanya kerana ianya dr kelompok sendiri.

Anonymous said...

Di mana ada wahabi, pecahlah perpaduan ummah. Sesama Islam bertelagah. Sesama Islam sesat menyesatkan, bid'ah membid'ahkan, syirik mensyirikkan, kafir mengkafirkan.

Jauhilah wahabi, jauhilah cara berfikir wahabi, jauhilah ilmuan ilmuan wahabi, jauhilah org org yg cenderung kpd cara berfikir wahabi.
Wahabi merosak ummah dr dalam. Wahabi merasa pembela agama, hakikatnya perosak agama tanpa sedar.
Celaru pegangannya antara ekstremism khawarij dan liberalism.

Tauhidnya cenderung mujassimah mushabbihah.
Syariatnya rosak membid'ah sesama Islam.
Tasaufnya rosak, ego merasa benar sendiri, menyesatkan sesama Islam.

Anonymous said...

Fahaman Wahabi kata apa2 amalan yg tidak dilakukan oleh Nabi tapi kita lakukan adalah bidaah. Setiap bidaah adalah sesat. Dan sesat masuk neraka..

Akibatnya umat berpecah belah..sbb salah menyalahkan.

Sebenarnya ....apa2 yg kita lakukan biarpun tak pernah dilakukan oleh Nabi tapi kalau mendatangkan manfaat dan tiada nas yg menghalang sesuatu amalan itu maka hukumnya harus..

Contoh. Wirid lepas solat. Benda yg tak dilakukan oleh Nabi. Tapi sbb benda tu benda baik dan tiada nas yg menghalang amalan tersebut maka boleh ajer nk dilakukan...

Anonymous said...

Punca silapnya wahabiyah, bila menafsir nas nas agama secara literal mudah, secara zahiriyah semata mata, dan menganggapnya, itulah makna hakikinya.

Bg kita ASWJ pula, kita memahaminya dgn dua cara, dua kaedah ;
1. Secara tafwidh, tak ditafsir, tak diterjemah, tak diberi makna. "Kalam Allah swt itu sbgmn yg Dia Firmankan menurut erti yg dikehendakiNya"
2. Secara takwil, ditafsir dgn makna yg bersesuaian, paling tepat menurut para imaam kita. Kita org awam pula bertaklid kpd para imam kita, tp bukan taklid membuta tuli, kerana kita juga boleh memahami, hujah dan huraian para imam kita.

Kekeliruan antara kaedah tafwidh dgn tafsir literal wahabiyah, wahabiyah memberi makna dan menafsir secara zahir dan mrk meyakini itulah makna hakikinya, bahkan mrk insist sesiapa yg tidak memahaminya sbgmn yg mrk fahami, mk telah kufur terhdp dalil berkenaan. Inilah puncanya perbezaan besar kita dgn wahabiyah. Ini juga jadi punca, tidak sedikit ilmuan agama yg turut keliru, bahkan gagal memahami mengapa para imam kita yg terdahulu menyusun ilmu tauhid sebegitu rupa. Sesetghnya pula bahkan menuduh para imam kita sbg membuat buat bid'ah ilmu, hingga dituduh sbg ahli kalam, ahli falsafah, ahli ra'yi yg sesat. Yg dgn itu pula kita pula semua dituduh pengikut para imam yg sesat.

Sestgh ilmuan agama hari ini, tidak jelas fikrah mrk, apakah wahabiyah, cenderung ke wahabiyah, sympathizer to wahabiyah, atau gagal memahami salah silapnya wahabiyah ini. Hingga bg mrk tak salah wahabiyah ini, dan kesalahannya bukan kesalahan yg besar dlm agama, dan boleh saja kita ikuti fikrah wahabiyah ini. Yg pastinya, bila tak lurus mk pastilah bengkok keadaannya. Mk lbh selamat bg kita yg tidak mendlm ilmu agama ini, mengikut sahaja para imam mujtahid kita, yg turut diikuti oleh para imam besar umat spt Al Imam Al Ghazali, Al Imam Al Asqalani, Al Imam An Nawawi dsb.

Salah dlm beraqidah, besar kesannya, dunia apatah lg Akhirat, mk jauhilah para ilmuan wahabiyah ini, atau mrk mrk yg tak jelas fikrah ASWjnya.

Moga ada manfaat.

Anonymous said...

Tafsir ikut pendapat sendiri cara wahabi ni popular bg yg baru baru mengenal agama, samada di klgn org asal keturunan Islam dan di klgn yg convert, kerana ianya mudah, baca Quran, baca hadis, tafsir ikut sendiri sendiri. Tp jika rendahkan diri, rendahkan ego, terus dalami ilmu ilmu agama, pasti ketemu jalan yg sebenar. Yg ikhlas mencari agama pasti ditolong Allah swt.
Cara mudahnya, berguru dgn ilmuan ilmuan, guru guru, ust ust / ustzh ustzh ASWJ Maturudi Ashari. Tak perlu bersusah susah fikir sendiri atau nak cari sendiri.

Unknown said...

Pandangan yang baik. Terima kasih atas respon. Membantu kefahaman saya.

Unknown said...

Sayapun berpendapat begitu.

Unknown said...

Setuju.

Unknown said...

Ya. Perpecahan itu yang dibimbangi.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)