Suatu pagi ketika sedang memandu ke sekolah, Demang terdengar imbasan berita di radio tentang seorang ibu yang berjaya menyelamatkan beberapa orang (kurang pasti jumlahnya) kanak-kanak di sebuah asrama dalam satu kebakaran. Belum sempat wanita itu meraikan dan mensyukuri kejayaan, beliau mendapat tahu bahawa anak kandungnya sendiri telah mati hangus di tingkat bawah bangunan itu. Mungkin beliau menyangka akan ada orang lain yang menyelamatkan anaknya memandangkan dia sedang bertungkus-lumus menyelamatkan kanak-kanak lain di tingkat atas.
Demang teringat satu kesah pembunuhan beramai-ramai di Amerika pada suatu ketika dulu. Maka terdapat segolongan manusia yang bertanya: “Ke manakah Tuhan pada malam tersebut?”
Semoga tidak ada orang muslim yang cuba bertanya: “Adakah Allah SWT bersikap adil terhadap wanita tersebut?”
Demang akui, jika perkara tersebut berlaku kepada diri sendiri, belum pasti Demang mampu menghadapinya dengan tenang dan sabar. Demang belum layak menduduki ujian setinggi itu.
Peristiwa tersebut sebenarnya boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Di sini Demang ingin mengajak anda menginsafi erti pengorbanan dan keikhlasan kepada Allah. Sejauh manakah kita melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa sebarang keinginan bagi mendapat ganjaran, lebih-lebih lagi sekadar mengejar habuan?
Allah SWT tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Demang yakin demikianlah yang berlaku pada wanita tersebut. Begitu hebat ujian yang terpaksa beliau hadapi. Jika beliau membantu kanak-kanak lain tanpa mengharapkan orang lain menyelamatkan anak kandungnya, maka beruntunglah beliau. Namun jika beliau mengungkit-ungkit betapa pengorbanannya tidak dibalas dengan sewajarnya oleh orang ramai maka ‘lagha’lah ibadatnya itu.
Apapun, jasa wanita tersebut amat besar dan Demang berdoa agar Allah Taala memberi kekuatan jiwa yang hebat kepada beliau dan turut memberi ganjaran pahala atas pengorbanannya.
Di mana pula kedudukan kita? Adakah kita tabah menghadapi ujian Allah Taala? Sebelum itu, adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita dengan ikhlas?
Sekarang musim pemilihan UMNO. Barangkali ramai dalam kalangan kita yang terlibat secara langsung sebagai perwakilan. Adakah kita ikhlas dalam memikul amanah rakyat dlm memilih calon terbaik?
Demang percaya, semua orang ingin menjadi baik. Semua perwakilan akan mengundi berdasarkan kualiti iman dan taqwa, bukan kerana sogokan wang (rasuah).
Namun, akan ada nanti ‘perwakilan’ yang sedang kesempitan wang. Hutang keliling pinggang. Anak-anak memerlukan wang. Keluarga kekurangan wang. Maka amanah dan tanggungjawab terpaksa dikesampingkan. Syaitan dan nafsupun membisikkan hujah dan alasan bahawa tidak salah menerima rasuah demi anak-anak dan keluarga. Bukankah melindungi keluarga itu wajib? ...mencari alasan bagi mewajarkan tindakan.
Maka mereka lupa betapa ujian yang Allah Taala hadapkan kepada mereka itu amat kecil berbanding ujian yang dihadapi oleh wanita yang kehilangan anak tadi.
Subhanallah.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
38 comments:
Assalamualaikum Cheguman,
Apa yang Cheguman nukilkan memang patut kita semua renung-renungkan.
Sebagai ibu, saya amat memahami APA yang ibu itu lalui sama ada ianya satu cerita benar atau rekaan semata.
Pengorbanan itu mungkin luas skopnya dan tidak terhad antara keluarga, darah daging sendiri atau pun sesama insan, soalnya adakah kita ikhlas dan tidak menggungkit sebagaimana yang Cheguman tuliskan juga.
Bila kita ungkit sahaja HABISlah pahala kita.
Tapi yang tak mengungkit itulah yang susahnya.
Sama-samalah kita berdoa agar kita tidak teruji sesuatu yang diluar kesanggupan kita menerimanya sejajar dengan janji Allah pada kita.
Sdr. Demang,
Memang itu taqdirnya. Ditaqdirkan Allah akan memberi dua ganjaran sekali gus. Pertama ganjaran kerana menyelamatkan kanak-kanak lain dan ganjaran kedua adalah di atas keredhaannya merelakan taqdir kehilangan anaknya.
Beruntunglah ibu tersebut sekiranya keikhlasan melebihi segala-galanya. Ikhlas di atas pertolongan dan juga keikhlasan dan keredhaan di atas kehilangan anaknya.
Bukan saja demang, diri saya juga belum tentu lagi
Makcik,
Berita itu saya dengar di radio Sinar mgu lps. Tapi cuma sepintas dan saya tak pulak cari berita selanjutnya.
Bagi saya, kanak-kanak itu beruntung kerana meninggal dunia semasa kanak-kanak. Namun perasaan ibunya, hanya Allah Taala yg mengetahui. Semoga beliau tabah.
Yang saya fikirkan ialah adakah perwakilan UMNO yg diamanahkan utk memilih bakal pemimpin negara nanti sanggup mengenepikan calon yg menawarkan wang sebagai habuan agar memilih mereka.
Sanggupkah mereka membuat pengorbanan itu? Saya tahu betapa wang tersebut besar maknanya kepada mereka dan keluarga. Namun, mereka juga perlu sedar bahawa wang tersebut tak kemana... Jangan sampai selepas mereka mengambil wang itu dalam masa yang sama anak kandung mereka di kampung ditimpa kemalangan!
mountdweller,
Sebagai makhluk yang diciptakan, kita memang tidak layak mempertikaikan ketentuan Yang Mencipta. Namun Allah Taala maha pengasih lagi maha penyayang.
Saudara tentu byk pengalaman yg berkaitan perkara tersebut.
ha cheguman, orang Umno kalau dia benar bertaqwa dan jujur, dia takkan terima wang rasuah dan buat ugutan. kalau dia tak jujur, maka nafsulah yang akan dilayannya. Dan harus ingat, peringatan tuhan telah datang. jadi maknanya, tuhan masih sayangkan Umno. jangan anggap kekalahan Umno dan BN kerana pembangkang semata-mata. Ia adalah kerana peringatan dari tuhan yang maha esa.
Sedingin Salju,
Memang benar kata saudara. Kalau ikutkan Demang, pengkhianat negara macam tu patut ditembak je.
Ya betul tu. Pengkhianat ni, memang sangat teruk dan keji perbuatan mereka tu. mereka ini buta sejarah.
salam demang..
jgn la kita halakan rasuah pada umno cuma.kita halakan pada semua rakyat.jangan la demi menyelamatkan orang-orang ini,bangsa kita mati dalam kebakaran.
Ya, boleh terima jugak cadangan encik ni. Bagus.
Tuan,
Saya dah masukkan blog tuan dalam blogroll saya (25 posting terkini). Sekiranya ada kelapangan, jemputlah ke blog saya di htpp://nobisha.blogspot.com
nak tanya sat. Apakah isi kandungan blog encik?
bangsa malaysia adalah ikut perlembagaan dan rukun negara serta kontrek sosial 1957...
bangsa malaysia tak kan terjadi kalau dengan model yang kita khayal sendiri... tanpa perkara di atas.
jemput ke
http://aberamly.wordpress.com
http://ramlyotai.blogspot.com
http://awanggedeber.blogspot.com
http://hanturaya57.blogspot.com
thank u
Aku,
Saya setuju. Cuma sekarang ni musim UMNO sedang berebut pencalonan maka saya tujukan kpd org UMNO. Tidak bermakna hanya org UMNO shj yg buat 'kotor'.
nobisha,
Terima kasih. Satu penghormatan buat saya.
OTAI,
Saya pernah teruja dgn gagasan 'Bangsa Malaysia' yg dicetuskan Tun DrM. Namun setelah mendengar pandangan beberapa pihak termasuk orang akademik, saya meragui kemampuan utk membentuk satu 'bangsa baru' dlm masa terdekat. Saya fikir lebih realistik jika kita kembali kpd fikrah manusia yg dijadikan Allah bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk saling kenal mengenal dan bekerjasama.
Demang ! saya mimpi jumpa Demang sebenar semalam ?
adakah dia wali ? atau orang maqam tinggi ? tapi dia mertua kpd pemerintah Raja Suran di bukit siguntang yg dari keturunan iskandar zulkarnain...dan seorang raja di Palembang juga...
pelik tapi benar.
mcm mana entah dia datang dan saya dpt tahu dialah demang lebar daun.
saya buta sejarah dan baru sekarang saya tahu demang lebar daun adalah manusia hebat zaman silam.
ada setitik air sejarah saya salin di sini:
Menurut Sejarah Melayu, ia berlaku apabila Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri raja Aftabul ‘Ard kerajaan Basram di bawah laut. Hasil daripada perkahwinan ini, lahir tiga orang anak, Nila Pahlawan, Kerishna Pendita dan Nila Utama. Mereka dikatakan muncul di Bukit Siguntang, di tengah Sungai Melayu yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang (pada waktu itu, negeri ini dikenali sebagai kerajaan Buddha Sriwijaya sebelum kemunculan kerajaan Hindu Majapahit).
Setelah mereka muncul di Bukit Siguntang, Palembang, tiga beradik ini bertemu dua orang wanita, Wan Empok dan Wan Walini yang sedang berladang di sana. Dipendekkan cerita, Wan Empok berkahwin dengan Nila Pahlawan, Wan Malini dengan Kerishna Pendita. Nila Utama pula mendapat gelaran baru sebagai Sang Si Perba.
Menurut Sejarah Melayu, pada masa itu Palembang sedang diperintah oleh seorang raja yang dipanggil Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bertemu-muka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu.
Berita ini tersebar jauh ke merata tempat sehingga raja-raja lain pun turut sama bertumpu ke situ. Sesetengah raja datang membawa kaum keluarga mereka. Maka Sang Si Perba pun mengambil mana-mana puteri raja yang elok untuk dibuat isteri dan mereka menerima sahaja kerana rasa bertuah bermenantukan anak cucu Iskandar Zulkarnain. Malangnya, semua puteri ini kedal setelah “dijamah” baginda (Tak pasti ‘kedal’ penyakit apa. Mengikut ceritanya, ini berlaku disebabkan ketinggian daulat baginda).
Tersebutlah nama Wan Sendari anak Demang Lebar Daun yang cantik paras rupa. Sang Si Perba ingin memperisterikannya tetapi si bapa pula takut puterinya pun akan kedal juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”
Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Si Perba itu keturunan raja-raja besar… Maka titah Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”
Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”
Sang Si Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”
Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.
apa komen demang moden ?
harap ada artikel khusus dari demang moden ttg perkara ini.
Sang Si Perba pun bertitah:
“Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”
“Janji yang mana itu, tuanku?”
“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”.
menarik frasa tu....
Oh wow, aku sendiri jadi tak faham encik.
Sikap Rakyat Terhadap Pemerintah Yang Dianjurkan Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya taat kepada penguasa adalah termasuk ke dalam dasar aqidah/i’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Tidak ada yang menyelisihi aqidah ini kecuali kelompok yang jahil atau pengikut hawa nafsu. Cukuplah usaha yang bersungguh-sungguh dari para ulama dalam menjelaskan aqidah yang murni ini di dalam kitab-kitab mereka sebagai bukti akan agungnya dan keutamaan kewajiban taat kepada penguasa/pemerintah/kerajaan. Bahkan dahulu dikatakan: “Enam puluh tahun bersama penguasa yang zalim itu adalah lebih baik daripada semalam tanpa penguasa.” (Fiqh as-Siyasah asy-Syar’iah, hal. 121, DR. Kholid al-Anbari Dar Minhaj)
Kewajiban mendengar dan taat kepada penguasa terletak kepada seluruh perkara yang bukan perkara maksiat kepada Allah s.w.t., kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam soal kemaksiatan kepada Allah. Dalil-dalil yang menerangkan usul yang agung ini di antaranya adalah sebagai berikut:
Allah s.w.t. berfirman;
Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisa [4]: 59)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah menyatakan:
“Ulil Amri mencakupi dua golongan, iaitu ulama dan penguasa.” (Majmu’ Fatawa, 18/158) (Lihat pula Tafsir at-Thobari, 5/93, Ibnu Katsir, 1/530, Fathul Bari, 8/254, Risalah at-Tabukiah, hal. 47)
Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda;
Wajib bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah berbuat kemaksiatan. Apabila penguasa memerintahkan melakukan kemaksiatan maka tidak perlu didengari dan ditaati (kemaksiatan itu). (Hadis Riwayat Bukhari 13/121, Muslim 3/1469)
Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani Rahimahullah menyatakan: “Hadis ini menunjukkan wajibnya taat kepada penguasa, hal itu berlaku dalam perkara yang bukan maksiat. Hikmahnya taat kepada penguasa adalah agar menjaga persatuan kalimat, kerana yang dinamakan sebagai perpecahan adalah kehancuran.” (Fathul Bari, 13/112)
Wajibnya taat kepada penguasa adalah bersifat umum, tidak kira sama ada kepada penguasa yang baik atau yang zalim selama mana mereka masih muslim, mengerjakan solat, tidak boleh memberontak sehinggalah jelas kekafirannya. Inilah keyakinan Ahlus Sunnah wal Jama’ah, mereka mendahulukan nash-nash (dalil-dalil) syar’i dan tidak mengikut hawa nafsu. Persoalan ini berbeza dengan keyakinan sebahagian kelompok Islam yang membolehkan memberontak apabila melihat penguasa berlaku zalim (merupakan salah satu sifat/sikap puak Khawarij), atau kelompok yang terlalu menganggap suci penguasa hingga maksum dan tidak perlu menasihatinya!! (Ini berlaku di dalam kaum Syi’ah/Rafidhah). Allahu al-Musta’an. (Perbahasan ini banyak mengambil hujjah-hujjah dari dua sumber utama Muamalatul Hukkam Fi Dhauil Kitab was Sunnah oleh Abdus Salam bin Barjas, al-Wardul Maqthuf oleh Fauzi al-Atsari dengan sedikit tambahan oleh penulis)
ADAB KEPADA PENGUASA
Islam mengatur bagaimana seharusnya hubungan di antara rakyat dengan penguasa, agar hubungan ini berjalan dengan harmoni sehingga terbentuklah sebuah susunan/jalinan masyarakat yang diidam-idamkan. Berikut ini adalah sebahagian adab kepada penguasa;
1. Menghormati penguasa
Islam sangat memuliakan penguasa, ini adalah kerana beratnya tugas yang mereka tanggung/pikul. Tidak boleh bagi sesiapa pun untuk memperlekehkan penguasa, sama ada dengan celaan, ghibah (umpatan) atau yang selainnya. Namun amat mendukacitakan ajaran yang mulia ini (yang berlandaskan al-Qur’an & as-Sunnah) sudah banyak dilupakan oleh sebahagian kaum muslimin. Jangan hairan seandainya ada penguasa dijatuhkan kehormatannya (diaibkan), dicela dan direndahkan. Ketahuilah wahai saudaraku, Rasulullah melarang keras sikap merendah-rendahkan penguasa, Baginda Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda;
Para penguasa adalah naungan Allah di muka bumi. Barangsiapa yang memuliakan penguasa, Allah akan memuliakannya. Barangsiapa yang menghina penguasa, Allah akan menghinakan dia. (Hadis Riwayat Baihaqi 17/6, as-Sunnah, Ibnu Abi Ashim, 2/698. Lihat as-Sahihah 5/376)
Imam Ibnu Abi Ashim dalam kitabnya as-Sunnah (2/727) dari Muawiyah bin Abi Sufyan dia berkata: “Ketika Abu Dzar keluar menuju Robadzah dia bertemu dengan sekelompok penduduk dari Iraq. Mereka berkata: ‘Wahai Abu Dzar kami sudah tahu apa yang dilakukan penguasa ke atas-mu, duduklah dan pasangkanlah bendera pemberontakan, maka orang-orang akan berhimpun bersamamu.’ Abu Dzar berkata: ‘Tenang.. tenang wahai saudara se-islam, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda: ‘Akan ada sepeninggalanku para penguasa. Hormatilah mereka, barangsiapa yang mencari-cari keburukannya, sungguh dia telah meruntuhkan dinding Islam. Tidak akan diterima taubatnya sehingga dia mengembalikan dinding yang dirosakkannya itu sebagaimana awalnya.”
Semoga Allah merahmati Sahl bin Abdullah at-Tustari yang telah berkata: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menghormati penguasa dan para ulama. Apabila mereka mengagungkan dua golongan ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka. Apabila mereka merendahkannya, bererti mereka telah menghancurkan dunia dan akhirat mereka sendiri.” (Tafsir al-Qurthubi, 5/260)
2. Jangan dicela
Mencela penguasa adalah kesalahan yang besar. Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda;
Janganlah kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertakwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat. (Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq DR. Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya)
Ziyad bin Kusaib al-Adawi berkata: “Aku pernah bersama Abu Bakrah duduk di bawah mimbar Ibnu Amir yang sedang berkhutbah dan memakai pakaian tipis. Abu Bilal berkata: ‘Lihatlah pemimpin kita, dia memakai pakaian orang fasik!’ Abu Bakrah berkata: “Diamlah! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, Allah akan menghinakannya.” (as-Sahihah, 5/376)
Larangan mencela penguasa bukan hanya kerana memelihara kehormatan kepada mereka semata, akan tetapi demi membendung dan mencegah kerosakan/keburukan yang besar. Tidak mustahil bahawa diawali dengan soal cela-mencela akan berakhir dengan pemberontakan. Fahamilah wahai saudaraku! Taatilah sunnah Rasulullah dan pendirian para sahabat-sahabat Rasulullah.
3. Ingkarul mungkar kepada penguasa
Amar ma’ruf nahi mungkar merupakan salah satu asas yang sangat penting di dalam agama ini. Tegaknya amar ma’ruf nahi mungkar akan membawa kepada lahirnya kebaikan dan menghapuskan pelbagai kebatilan/kemungkaran. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (Surah Ali Imran [3]: 104)
Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda;
Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka dengan lisannya. Apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman. (Hadis Riwayat Muslim, 49. Ahmad 3/10, Abu Daud, 1140. Tirmidzi, 2172. Nasa’i 8/111. Ibnu Majah 1275. Ibnu Hibban 306)
Lantas apabila sudah jelas kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar, bagaimanakah cara yang syar’i dalam mengingkari kemungkaran penguasa? Hal ini perlu difahami dengan baik, agar kita tidak tersalah dalam mengatur langkah sebagai seorang muslim yang taat dan soleh. Janganlah kerana terburu-buru mengikut nafsu, amar ma’ruf nahi mungkar yang diingini menatijahkan kepada kerosakan yang lebih parah lantaran kaedah yang salah dan menjauhi Sunnah.
Ibnu Nuhas Rahimahullah berkata: ‘Mencegah kesalahan penguasa tidak boleh dengan kekuatan tangan, tidak boleh mengangkat senjata, atau mengumpulkan orang untuk memberontak, kerana akan membangkitkan fitnah, menimbulkan keburukan dan menjatuhkan kewibawaan penguasa, bahkan berupaya mendorong rakyat untuk memberontak, menghancurkan negeri dan yang seumpamanya dan kejelekan yang tidak samar lagi.” (hal. 46)
Imam Ahmad rahimahullah berkata:
“Penguasa tidak boleh ditentang, kerana pedangnya terhunus.” (al-Adab asy-Syar’iah, 1/197)
Imam Ibnu Muflih rahimahullah berkata: “Tidak boleh bagi seorang pun untuk mengingkari penguasa kecuali dengan nasihat dan peringatan dari hukuman dunia dan akhirat, perkara itu wajib dan selain itu tidak boleh.” (al-Adab asySyar’iah, 1/195)
Manhaj Ahlus Sunnah dalam masalah ini adalah berusaha mengumpulkan hati manusia agar mencintai penguasa, menyebarkan rasa cinta di antara rakyat dan penguasa, menunjuki rakyat agar bersabar atas keburukan penguasa walaupun penguasa mereka memonopoli terhadap harta, dan perbuatan zalimnya dan lain-lain. Istiqamah menasihati penguasa dengan rahsia, memperingatkan penguasa dari kemungkaran secara umum tanpa menyebutkan individu orangnya, seperti memperingatkan bahaya zina secara umum, riba secara umum, korupsi (penyelwengan) secara umum dan yang seumpamanya. (Muamalatul Hukkam, hal. 111)
Renungilah penjelasan ini wahai saudaraku, fahamilah dan berfikirlah dengan akal yang sihat, terimalah dengan hati yang terbuka nescaya engkau akan selamat dari jeratan dan hembusan syubhat orang yang menyimpang dari jalan yang lurus ini.
4. Menasihati secara rahsia
Penguasa adalah sebahagian dari kaum muslimin, mereka berhak dinasihati. Akan tetapi menasihati penguasa tidak sama seperti menasihati orang lain, renungilah hadis berikut;
Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa, janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah ia memegang tangannya, kemudian bersendirian dengannya. Apabila penguasa itu mahu menerima nasihat, maka itulah yang diinginkan. Apabila tidak, sesungguhnya dia (yang menasihati) telah menunaikan kewajibannya. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim 2/507, Ahmad 3/403, Hakim 3/290, hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Dhilalil Jannah, hal. 507)
Imam al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan bahawasanya Usamah bin Zaid pernah ditanya:
“Tidakkah engkau menemui Utsman kemudian menasihatinya?” Beliau menjawab: “Apakah kamu fikir aku tidak menasihatinya kecuali harus memberitahumu?! Sungguh aku telah menasihatinya dengan empat mata, dan aku tidak ingin membuka rahsia.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari 6/330, al-Fath 13/48, Muslim 4/2290)
Al-Hafizh Iyadh rahimahullah berkata:
“Maksud Usamah adalah dia tidak ingin membuka pintu pengingkaran kepada penguasa secara terang-terangan, kerana khuwatir timbul akibat yang buruk. Bahkan hendaklah mengingkari dengan lemah lembut, menasihati secara rahsia kerana hal itu lebih mudah diterima.” (Fathul Bari, 13/52)
Tempuhlah cara yang selamat ini wahai saudaraku seiman, nasihati penguasa secara rahsia dan bukanlah dengan terang-terangan (dipertontonkan), jangan menyebarkan keburukkannya di mimbar-mimbar bebas, di tempat-tempat umum, di pentas ceramah, media-media massa & cetak, majalah-majalah & risalah-risalah, demonstrasi, atau apa saja dari cara-cara yang menyelisihi prinsip Ahlus Sunnah. Janganlah kita tertipu dengan kebanyakan orang yang menempuh cara seperti itu walaupun mungkin niat pelakunya baik, kerana cara yang demikian adalah jelas menyelisihi manhaj Ahlus Sunnah.
5. Bersabar atas kezaliman
Bersabar atas kezaliman penguasa termasuk dasar/prinsip Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Dalil-dalil dalam masalah ini sangat banyak, bahkan hadis-hadis dalam masalah ini mencapai darjat yang mutawatir. Allah s.w.t. berfirman;
Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah) (QS. Luqman [31]: 17)
Barangsiapa yang melihat sesuatu yang ia benci dari penguasanya maka hendaklah ia bersabar. Barangsiapa yang meninggalkan jama’ah walau sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7143 & Muslim, 1849)
Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin yang mementingkan diri mereka sendiri, perkara-perkara yang kalian ingkari.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah apa yang engkau perintahkan kepada kami?” Beliau menjawab: “Hendaklah kalian menunaikan kewajiban kalian dan mintalah hakmu kepada Allah. (Hadis Riwayat al-Bukhari 13/5, Muslim 3/1472)
Imam Hasan al-Bashri Rahimahullah menyatakan: “Ketahuilah kezaliman penguasa adalah kemurkaan dari kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah tidaklah dihadapi dengan pedang, akan tetapi dengan takwa, tolaklah dengan do’a, taubat dan menjauhkan dosa.” (Adab, al-Hasan al-Bashri hal. 119)
Imam Ibnu Abil Izzi rahimahullah berkata:
“Adapun taat kepada penguasa tetap wajib sekalipun mereka zalim, kerana keluar dari ketaatan terhadap mereka akan menimbulkan keburukkan yang banyak melebihi kezaliman mereka. Bahkan sabar di atas kezaliman penguasa adalah penghapus dosa, melipat gandakan pahala, kerana tidaklah Allah menimpakan hal itu kecuali kerana keburukkan perbuatan kita sendiri. Balasan itu setimpal dengan perbuatan. Wajib bagi kita untuk bersunguh-sungguh meminta ampun kepada Allah, taubat dan memperbaiki diri. Maka apabila rakyat ingin membebaskan diri dari kezaliman penguasa hendaklah mereka mengawali dengan meninggalkan perbuatan zalim pada diri mereka sendiri.” (Syarah al-Aqidah at-Thohawiyyah, 2/542) (Alangkah bagusnya ucapan Abdul Malik bin Marwan ketika berkata: “Berlaku adillah kepada kami wahai seluruh rakyat. Kalian menghendaki dari kami seperti pemerintahan Abu Bakar dan Umar, akan tetapi kalian tidak mahu berjalan bersama kami dan tidak pula mencontohi di zaman Abu Bakar dan Umar”. (Sirojul Muluk, hal.100))
6. Memberontak?!
Memberontak terhadap penguasa hukumnya adalah haram walau bagaimanapun keadaan dan keburukkan penguasa.
Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya); Sebaik-baiknya penguasa adalah yang kalian mencintainya dan mereka mencintai kalian. Kalian mendo‘akannya dan mereka mendo’akan kalian. Seburuk-buruknya penguasa adalah yang kalian membencinya dan mereka pun membenci kalian, kalian mencacinya dan mereka mencaci kalian.” Rosulullah ditanya: “Wahai Rasulullah tidakkah kita memberontak dengan pedang?” beliau menjawab: “Jangan, selama mereka masih menegakkan solat.” Apabila kalian melihat sesuatu yang kalian benci dari penguasa kalian, maka bencilah perbuatannya dan janganlah kalian mencabut ketaatan dari mereka. (Hadis Riwayat Muslim, 3/1481)
Imam al-Barbahari berkata:
“Tidak halal memerangi penguasa dan memberontak sekalipun mereka itu zalim. Tidak ada di dalam sunnah yang namanya memberontak kepada penguasa, kerana hal itu akan membawa kerosakan agama dan dunia.” (Syarhus Sunnah, hal. 78) (Imam Nawawi berkata: “Adapun memberontak dan memerangi penguasa adalah haram berdasarkan kesepakan kaum muslimin sekalipun mereka zalim dan fasiq”. (Syarah Sahih Muslim, 12/229))
Sungguh sejarah telah mencatat kekejaman seorang yang bernama Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqofi. Dia telah banyak membunuh jiwa, sehingga sahabat yang mulia Abdullah bin Zubair radhiyallahu 'anhu terbunuh. Lantas bagaimana Sikap para sahabat yang lain, apakah mereka menyusun kekuatan untuk memberontak? Wallahi, tidak sama sekali, bahkan mereka tetap menganjurkan untuk mendengar dan taat. Zubair bin Adiy berkata: “Kami mendatangi Anas bin Malik mengeluhkan perihal Hajjaj. Anas menjawab:
“Bersabarlah, kerana tidaklah datang sebuah zaman kecuali yang setelahnya akan lebih buruk sehingga kalian berjumpa dengan Rabb kalian, aku mendengar ini dari Nabi kalian.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 13/20)
Walau bagaimanapun memberontak kepada para penguasa adalah suatu yang haram dan dilarang. Akan tetapi sangat mengecewakan, kerana masih ada (ramai) orang-orang yang menyelisihi hal ini dengan lisan dan perbuatan! Bahkan ada yang begitu gigih bersekutu dengan syaitan untuk memalingkan manusia dari jalan Allah. Mereka menghasut rakyat untuk memberontak dengan melakukan pelbagai makar dan dakwah seperti demonstrasi, ceramah yang mencaci maki, dan seumpamanya kepada penguasa atas nama keadilan, demokrasi, dan amar ma’ruf nahi mungkar!!
Sesungguhnya, perbuatan mereka amat jauh menyimpang dari saranan sunnah Rasulullah dan golongan ulama Salafus soleh sendiri.
Salah satu makar/muslihat Yahudi yang membunuh Utsman bin Affan radhiyallahu 'anhu selalu berwasiat kepada pengikutnya: “Mulailah dengan mencela para penguasa kalian dan tampakkanlah bahawa hal itu sebagai amar ma’ruf nahi mungkar, maka hati manusia akan condong kepada kalian, kemudian barulah ajak mereka untuk memberontak!”. (Tarikh Rusul, 4/340 oleh Ibnu Jarir at-Thabari)
7. Mendo’akan kebaikan
Abu Utsman Said bin Ismail berkata: “Nasihatilah penguasa, perbanyakkan mendo’akan kebaikan bagi mereka dengan ucapan, perbuatan dan hukum. Kerana apabila mereka baik, rakyat akan baik. Janganlah kalian mendo’akan keburukkan dan laknat bagi penguasa, kerana keburukkan mereka akan bertambah dan bertambah pula musibah bagi kaum muslimin. Do’akanlah mereka agar bertaubat dan meninggalkan keburukkan sehingga musibah hilang dari kaum muslimin.” (Su’abul Iman, 13/99)
Fudhail bin Iyadh berkata:
“Andaikan aku mempunyai do’a yang mustajab niscaya akan aku panjatkan untuk penguasa.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim dalam al-Hilyah, 8/91)
Maka kami mengajak seluruh kaum muslimin untuk mendo’akan kebaikan penguasa kita, kerana kebaikan mereka adalah kebaikan rakyat juga. Kami menyeru kepada seluruh khatib, da’i dan alim ulama, do’akanlah kebaikan bagi para pemimpin, sama ada dalam khutbah Juma’at atau yang lain-lain kerana hal itu termasuk sunnah yang telah ditinggalkan (semakin diabaikan).
Imam al-Barbahari berkata:
“Apabila engkau melihat orang yang mendo’akan kejelekan bagi penguasa maka ketahuilah bahwa dia seorang pengikut hawa nafsu. Apabila engkau melihat orang yang mendo’akan kebaikan bagi penguasa, maka dia adalah pengikut sunnah, insya-Allah.” (Syarhus Sunnah, hal. 113)
Berusahalah agar selalu taat kepada Allah, tinggalkan dosa, insya-Allah musibah ini akan hilang, negeri menjadi makmur, dan Allah pun akan memilihkan para nyang baik. (Malik bin Dinar menceritakan bahwa Hajjaj as-Tsaqafi pernah berkata: “Ketahuilah, sesungguhnya setiap-kali kalian berbuat dosa maka Allah akan menimpakan balasannya kepada penguasa kalian.” (as-Syari’ah, hal. 38 oleh al-Ajurri))
Dikisahkan ada seorang Khawarij yang datang menemui Ali bin Abi Thalib lalu berkata:
“Wahai khalifah Ali, mengapa pemerintahanmu banyak dikritik oleh orang tidak sebagaimana pemerintahannya Abu Bakar dan Umar?!.” Sahabat Ali Menjawab:
“Kerana pada zaman Abu Bakar dan Umar yang menjadi rakyat adalah aku dan orang-orang yang sepertiku, sedangkan rakyatku adalah kamu dan orang-orang yang seumpamamu!!” (Syarh Riyadhus Sholihin, 3/43, oleh Ibnu Utsaimin). Wallahu a’lam...
dari blog An Nawawi
“Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”
(Sang Si Perba = Sang Sapurba).
Profesor Harun, USM dalam satu kuliahnya berkata, ‘waadat’ ini menjadi longgar (tidak kuat) dengan adanya ayat ini iaitu “jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah”.
Bagi Demang, beberapa peristiwa yg berlaku spt pembunuhan isteri Laksamana Bentan kerana memakan seulas nangka milik Sultan Mahmud secara automatik membatalkan perjanjian tersebut. Kalau tak silap demang ada beberapa peristiwa lagi tetapi Demang belum sempat menyemaknya semula waktu ini.
Bagi Demang, pembunuhan isteri Laksamana Bentan merungkai persetiaan raja-rakyat tadi. Malah kemangkatan Sultan Mahmud tanpa pewaris menamatkan salasilah Kesultanan Melayu Melaka. Bendahara mengambil alih singgahsana selama beberapa keturunan dan akhirnya terpaksa menyerahkannya kepada keluarga Temenggung (Ibrahim) yang berasal drpd Sulawesi (Bugis). Keturunan tersebut berkesinambungan hingga ke hari ini. Wallahu’alam.
Tidak perlulah kita mengungkit dan menyalahkan sesiapa kerana hidup perlu diteruskan.
Justeru setelah lebih 400 tahun terbelenggu dalam penjajahan, rakyat kembali sedar betapa kesilapan semalam tidak harus dijadikan alasan untuk terus berpatah arang dgn institusi beraja. Ternyata, biar buruk sekalipun sistem tersebut namun ia telah membuktikan keampuhannya dlm membina dan membawa negara ke mercu gemilang dan terbilang.
Untuk huraian seterusnya, komen drpd sahabat ‘tak bernama’ iaitu: “Sikap Rakyat Terhadap Pemerintah Yang Dianjurkan Rasulullah s.a.w...” adalah cukup jelas. (Di hujungnya dicatatkan bahawa beliau salin drpd blog An Nawawi. Saya telah menjengahnya di http://an-nawawi.blogspot.com/
Saya ucapkan terima kasih yg tak terhingga kpd sahabat tersebut yg sudi berkongsi dgn kita sehingga terluncur perkataan ‘masya-Allah’ dan ‘subhanallah’ drpd mulut Demang ketika melihat tulisan tsbt. Nampaknya Allah Taala telah mempermudahkan perbincangan kita.
Saya juga merakamkan penghargaan kpd al-Ustaz pemilik blog An-nawawi dgn memasukkan alamatnya ke dlm blog list waadat.
Terima kasih juga kpd Panglima Perang Cyber krn memulakan topik yg sangat menarik ini.
Insya Allah saya akan cuba mengupasnya nanti dalam artikal khusus mengenainya. Mungkin kita boleh lihat kesan drpd terungkainya ‘waadat’ ke atas hubungan raja-rakyat dan harapan kita selaku rakyat dan warganegara Malaysia.
Waalahu’alam.
assalamualaikum warahmatullah demang.
:) ,
zul rahman
Waalaikum salam, Zul Rahman. Macam ada sesuatu nak kongsikan... kenapa delete?
Wah panjangnya khutbah si tak bernama. Tapi apakah itu saja yang difahami dan disampaikan?
Banyak lagi kitab-kitab dan Nas-Nas yang perlu dibelek-belek dan merenunginya dengan mata hati.
Tapi kenapa pula Anonymous/?
Salam tuan blog...
blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :
beritamalaysiakini
dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.
tq
bagus komen anonymous ttg bab rakyat dgn pemerintah kita sebar sebarkan.
banyak faedahnya.
sbb ramai tak tahu dan melawan penguasa..
:)
assalamualaikum warahmatullah wahai demang lebar daun yang sangat saya kasehi...
maafkan aku terlebih dahulu wahai demang, bukanlah niatku untuk melahirkan rasa curiga diatas permasalahan 'delete' itu, tetapi ketahuilah olehmu demang, sesungguhnya kegetaran hati serta jari-jemari ku yang bergerak-gerak, membuatkan aku 'takut' dan bergetaran, serta aku teliti penulisan satu persatu, maka teruslah aku takuti akan ketersilapan bahasa dan bicara. maafkan aku demang.
saudaraku demang yang aku kasehi, hebat sunnguh penulisanmu di kolum ini yang sudah boleh mencetuskan berbagai-bagai cerita hanya pada satu cerita,
setelah membaca tentang penulisanmu itu, aku tertanya-tanya:
apa sebenarnya cerita yang bercampur-campur dan komenya juga bercampur-campur cerita sehingga aku jadi pening, :) dan aku tertanya, apa yang mahu disampaikan oleh saudaraku ini?
pening aku memikirkan apa yang engkau tulis tentang kepelbagaian cerita... Allah..
lastas,
teringat aku kepada jiwa dan kesenian yang engkau miliki, iani diri sendiri cikguman,
benar, maka benarlah engkau adalah insan puitis lagi berseni atas rahmat dan anugerah Illahi yang ingin menyampaikan kebesaran tentang diriNya yang semuanya terkandung didalam As maul HusnaNya...
demang saudaraku yang aku kasehi,
diawalan ceritamu,
engkau telah menceritakan tentang Ibu,
iani pemegang amanah Tuhan,
kemudian ceritaan tentang pengorbanan,
kemudian kematian,
kemudian cerita tentang ketabahan, tentang rakyat,
kemudian cerita tentang rasuah, kemudian perwkilan
(iani perwakilan 'manusia' bukan 'pemegang amanah Tuhan)
dan kemudian tentang syaithon, kemudian soal nafsu-nafsi,
dan hingga ke akhir cerita
engkau kembali kepada Allah Azzawajalla...
aku tahu engkau sedang bersedih hati wahai saudaraku demang......
...tenang.. tenanglah hati bagi jiwa-jiwa yang tenang... astagfirullahiladzim...
astagfirullahiladzim...
astagfirullahiladzim...
saudaraku demang yang sangat aku kesehi...
'demi masa',
aku juga menulis dengan cinta, kaseh sayang dan airmata sepertimu...
salam hormat dan salam sayang demang,
zul rahman
beritamalaysiakini,
Insya-Allah saya akan menjengah. Terima kasih.
apanama,
Saya telah melayari blog asal rencana tersebut. Memang bagus. Kita harap 'tak bernama' tersebut sudi memperkenalkan diri, kalaupun beliau bukan penulis asal.
Sarfarizmal Saad,
Terima kasih. Saya juga telah memasukkan link ke blog sdra.
zul rahman
Sdra seorg pemerhati yg baik. Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan keinsafan saya terhadap ujian Allah Taala. Semasa kecil dulu saya pernah terpengaruh untuk membatalkan puasa kerana sebiji jambu batu yang rupa-rupanya tak sesedap mana. justeru saya terfikir kini betapa hebatnya ujian yang Allah Taala berika kpd wanita itu.
Kemudian saya terfikir, adakah para perwakilan UMNO nanti mampu menolak rasuah yg dihulurkan kpd mereka dalam keadaan mereka memmang memerlukan wang?
Akhir sekali saya kembalikan kisah ini kepada kita semua termasuk diri saya sendiri dalam apa sahaja keadaan yang sering menggoda dan menduga hati.
Intipati utama ialah pengorbanan!
Terima kasih kepada semua pengunjung.
aku tak mahu menambah apa2 demang...cukup sekadar aku membaca segala penulisan ko dan menganalisis utk pemahaman aku sendiri...
Ok Man Helang, mungkin lain kali...
Salam.
:)
Akmal,
Waalaikum salam.
Amww cikgu:
Demikianlah kan halnya kehidupan. Itulah sebabnya para ulama meletakkan sabar itu dalam 4 perkara iaitu sabar dalam mentaati perintah Allah, sabar dalam meninggalkan larangan Allah, sabar sewaktu menerima nikmat dan sabar dalam menghadapi ujian yang membebankan.
Kadang-kadang sering juga rakan berkata, " kau cakap mudahlah".
Tapi itulah hakikat kehidupan kan. Kita perlu saling memperingati satu sama lain. Tanpa ada yang mengingatkan kita mungkin terlupa akan takdir tuhan di sebalik setiap kejadian.
Salam singgah.
Luaskanmata,
Sebenarnyalah sebagaimana ingatan saudara itu.
Post a Comment