Kali ini mungkin beliau tak dapat lepas lagi
Misi menjerat harimau selesai.
Harimau ini bukan sebarang harimau. Nak menjerat beliau bukan sahaja perlukan kemahiran yang tinggi bahkan muslihat dan strategi juga mestilah aras tinggi.
Seperti kata orang tua², pelanduk biasanya lupakan jerat sedangkan jerat tak pernah lupakan pelanduk.
Kadang² perompak bank yang ditangkap sengaja dilepaskan oleh polis untuk mengesan wang rompakan dan kawan²nya yang masih bebas.
Ada masanya perlu hantar detektif yang menyamar dan berpura² jadi ahli kongsi gelap bagi menumpaskan ketua penjenayah yang amat dikehendaki dan sediketnya.
Baiklah, Demang siarkan kenyataan TG Haji Hadi selaku Presiden PAS yang diberi penghormatan untuk mendedahkan misi ini.
Bagi Demang, kita sudah di hujung cerita. Biduk lalu kiambang bertaut.
Insya-Allah pelanduk sudah di dalam jerat.
Selamat membaca.
Minda Presiden PAS
TUN DISANJUNG, NEGARA DISELAMATKAN
Firman Allah Taala:
﴿قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ٢٦﴾
“Katakan wahai Allah! Tuhanku yang memiliki kuasa terhadap kerajaan. Engkau mengurniakan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kuasa kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan (kekuasaanMu) sahaja berlakunya kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa terhadap tiap tiap sesuatu.” (Surah Ali ‘Imran: 26)
Ayat ini diwiridkan selepas solat, menunjukkan kekuasaan Allah Taala sahaja yang Maha Suci daripada segala sifat kekurangan. Semua makhluk bersifat kekurangan dan kelemahan yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada dosa besar atau dosa kecil, namun Allah Taala Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Iman dan aqidah tetap menjadi tonggak dan prinsip yang diterima oleh Allah SWT bagi mendapat pengampunan, rahmat dan berkatNya.
Kita baru sahaja menghadapi kekusutan politik yang paling rumit kerana kesalahan dan kelemahan diri kita sendiri, sehingga ditimpa masalah yang paling kusut. Oleh itu bagi melepaskan diri, laksana menarik rambut yang kusut yang terperangkap dalam tepung yang liat. Seolah-olah mustahil mengambil tindakan supaya rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak atau berkecai.
Dengan pertolongan Allah Taala jua, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mendapat hidayah dalam menangani masalah politik negara yang tidak melibatkan Baginda secara langsung dalam urusan yang paling kusut dan rumit ini.
Paling susah juga bagi Sabah dan Sarawak, walaupun tidak menjadi penyebab berlakunya krisis yang dimulakan oleh pemimpin politik dari Semenanjung, oleh kerana mereka menjadi kepala kepada jasad negara Malaysia ini, pasti masalah yang timbul menjadi bebanan kepada semua.
Dalam masa yang sama, perlu dihormati YB Tun Mahathir Mohamad yang sangat berjasa kepada negara ini supaya jangan dikorbankan menjadi kambing hitam oleh pemimpin yang gila jawatan sehingga nafsunya mengatasi akal dan sanggup menjadikan matlamat menghalalkan segala cara, tanpa nilai maruah diri, agama, bangsa dan negara. Sehingga mengheret ahli politik melakukan perkara yang kotor, menjatuhkan maruah, mendedahkan keaiban dan dosa yang lebih baik disembunyikan dan bertaubat kepada Allah Taala serta bermaafan.
Dalam situasi yang bercampur aduk sehingga boleh membocorkan bahtera negara apabila ekonomi terganggu, keamanan dan perpaduan rakyat terancam, perpecahan merebak sehingga ke dalam parti-parti komponen Pakatan Harapan yang memerintah, bukan semata-mata kerana adanya kerajaan dan pembangkang. Maka langkah yang segera wajib diambil bagi menyelamatkan negara daripada karam, laksana sabda Rasulullah SAW:
مَثَلُ القائِمِ علَى حُدُودِ اللَّهِ والواقِعِ فيها، كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا علَى سَفِينَةٍ، فأصابَ بَعْضُهُمْ أعْلاها وبَعْضُهُمْ أسْفَلَها، فَكانَ الَّذِينَ في أسْفَلِها إذا اسْتَقَوْا مِنَ الماءِ مَرُّوا علَى مَن فَوْقَهُمْ، فقالوا: لو أنَّا خَرَقْنا في نَصِيبِنا خَرْقًا ولَمْ نُؤْذِ مَن فَوْقَنا، فإنْ يَتْرُكُوهُمْ وما أرادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا، وإنْ أخَذُوا علَى أيْدِيهِمْ نَجَوْا، ونَجَوْا جَمِيعًا. (رواه البخاري)
“Bandingan orang yang dipertanggungjawabkan menjaga sempadan Allah dan orang yang terjatuh terpelanting melanggarnya (berdosa), laksana kumpulan kaum yang menaiki sebuah bahtera. Ada yang berada di tingkat atas dan sebahagiannya berada di bawah. Tiba-tiba orang yang berada di bawah memerlukan air, mestilah naik melangkah mereka yang berada di atas, lalu mereka berkata: Apa salahnya kalau ditebuk sahaja bahtera ini supaya lebih mudah mendapat air, tanpa menyusahkan mereka yang ada di atas. Kalau dibiarkan melakukan apa yang dikehendakinya nescaya mereka semuanya binasa tenggelam. Kalau bertindak menghalangnya nescaya semuanya selamat.” (Riwayat Al-Bukhari)
Kami mengambil langkah menyatukan umat Melayu Islam daripada bawah dengan mengadakan Muafakat Nasional (PAS dan UMNO-BN). Tun Mahathir dan kalangan ilmuwan mengadakan Kongres Maruah Melayu. Kami mengumpulkan yang berpecah sehingga menghasilkan gabungan Perikatan Nasional mengambil alih bersama kerajaan yang terpaksa diselamatkan.
Dalam masa yang sama, melaksanakan kewajipan menjaga perpaduan masyarakat majmuk berkonsepkan adil kepada semua kaum, dan mengawal mereka yang kuat, kaya, rakus dan ekstrem daripada semua pihak.
Masyarakat Melayu dan Islam diseru supaya berpegang kepada konsep wasatiyyah yang sebenar, menjaga hubungan kemanusiaan dan kekeluargaan dengan istiqamah.
Begitu juga kalangan bukan Islam menolak yang ekstrem dengan mengambil penekanan kepada aspek titik persamaan kemanusiaan bermasyarakat majmuk dengan bertasamuh (bertoleransi) dalam perbezaan agama, kaum dan taraf pendidikan, serta penekanan kepada persamaan kehidupan dari aspek moral yang boleh bertaawun (bertolong menolong) dalam perkara kebajikan dan menolak kejahatan.
Tanpa dinafikan semua pihak ada yang bersalah, tetapi semua bersepakat dan tidak ada yang menentang supaya mengambil yang jernih dan membuang yang keruh. Ada yang berdosa kecil boleh dimaafkan dan diampunkan. Ada yang berdosa besar diberi peluang untuk bertaubat. Kita melaksanakan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika kemenangan Fathu Makkah yang sangat berbeza dengan kemenangan Revolusi di negara Barat dan Komunis.
Langkah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja yang tidak berpolitik dapat menangani krisis politik yang sukar ini dengan hidayah Allah Taala diucapkan syukur dan junjung kasih.
Langkah Tun Mahathir Mohamad sejak mengambil alih pentadbiran menangani kerajaan dan pembangkang sejak PRU 14, menanggung tugas mengawal keadaan sehingga selesai dengan aman bagi menolak dan menyingkirkan yang keruh dengan daya upaya dalam usianya tanpa huru hara seperti negara lain adalah menjadi contoh sebagai seorang negarawan dunia terkini yang akan disimpan dan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah.
Sekalung terima kasih kepada Sabah dan Sarawak, para pemimpin dan rakyatnya yang berada dalam jasad Malaysia menahan kesakitan kerana penyakit yang menjangkiti mereka, namun mereka menjadi sebab sehingga negara bersatu walaupun dipisahkan oleh lautan yang luas.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang tidak melobi dan berkempen untuk dirinya sendiri, semoga mendapat kelebihan dengan sabda Rasulullah S.A.W:
لا تسأَلِ الإمارةَ فإنَّكَ إنْ أُعطيتَها عن غيرِ مسألةٍ أُعِنْتَ عليها وإنْ أُعطيتَها عن مسألةٍ وُكِلْتَ إليها وإنْ حلَفْتَ على يمينٍ فرأَيْتَ غيرَها خيرًا منها فَأْتِ الَّذي هو خيرٌ وكفِّرْ عن يمينِكَ. (متفق عليه)
“Jangan meminta menjadi pemimpin. Sekiranya diberi tugas tanpa memintanya nescaya engkau diberi pertolongan (oleh Allah), sekiranya diberi tugas dengan memintanya nescaya engkau dibebankan (tanpa pertolongan Allah) dan apabila engkau bersumpah, tiba-tiba ada yang lebih baik daripadanya, pilih yang terbaik itu dan tunaikan kaffarahnya.” (Muttafaqun ‘Alaih)
Marilah kita bersatu mara ke hadapan, bertaawun dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan, bertasamuh dalam perbezaan agama, kaum dan politik, laksana biduk berlalu kiambang bertaut, membujur lalu melintang patah.
“Islam Memimpin Perpaduan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Rajab 1441 / 3 Mac 2020
Allahu akbar.
Wallahu'alam.
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan bamyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
1 comment:
Ok...
What I'm going to tell you may sound pretty weird, maybe even a little "supernatural"
WHAT if you could simply hit "PLAY" and LISTEN to a short, "magical tone"...
And suddenly bring MORE MONEY into your life??
And I'm talking about thousands... even MILLIONS of DOLLARS!!
Do you think it's too EASY?? Think something like this is not for real?
Well then, I've got news for you..
Usually the largest blessings life has to offer are the easiest to GET!!
In fact, I will provide you with PROOF by allowing you to PLAY a real-life "miracle abundance tone" I developed...
You simply click "PLAY" and watch as your abundance angels fly into your life. starting almost INSTANTLY.
CLICK here to play this marvelous "Miracle Money Tone" - as my gift to you!!
Post a Comment