
Berikut adalah sebahagian catatan yang Demang kutip dari Wikipedia bahasa Melayu di http://ms.wikipedia.org/wiki/Najib_Abdul_Razak
YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir pada 23 Julai, 1953) merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 7 Januari 2004, selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Pekan, Pahang.
Pendidikan
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
Kerjaya politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun.
Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
• 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
• 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
• 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
• 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
• 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
• 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
• 1995-1999 - Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Demikianlah langkah seorang pendekar yang membuatkan Anwar tidak dapat tidur sejak akhir-akhir ini. Berbekalkan pengalaman yang begitu hebat dalam politik tanahair, bukan calang-calang orang mampu menghadapinya. Strateginya begitu halus dan mengelirukan. Beliau membiarkan lawannya berpencak hingga terleka dengan kemenangan sementara. Tatkala lawannya sedang terlalai kerana menyangka yang mereka sedang menjuarai pertandingan beliau memberikan pukulan maut yang meranapkan semua impian lawan.
Bak kata blogger ahli BPN http://merevolusikandiri.blogspot.com/ , dan http://pilihan-anda.blogspot.com/ hilang dua kerusi (parlimen), dapat sebuah negeri.
Anwar memang wajar merasa gerun dengan Najib. Maka tak hairanlah pelbagai muslihat digunakan bagi menyekat kemaraan Najib. Modal terakhir Anwar ialah berusaha mempertahankan kedudukan Paklah agar Najib tidak dapat menjadi PM.
Semaklah rekod politik Najib: Pernahkah beliau bertanding bagi mendapatkan kerusi yang masih diduduki oleh seseorang? Sejak dulu lagi beliau konsisten dalam perjuangan iaitu sekadar memenuhi kekosongan yang ditinggalkan.
Bagaimana dengan Anwar? Beliau juga konsisten yankni sentiasa mengidam tempat orang.
Selama ini rakyat tidak boleh membandingkan kerajaan mana yang lebih baik bagi memerintah Malaysia. Justeru apabila ada seseorang berjanji untuk memberikan yang lebih baik maka rakyatpun memberi peluang. Lagipun, itulah slogan pembangkang iaitu "bagilah peluang".
Kini, rakyat sudah boleh membuat perbandingan antara ilusi dan realiti.
Dalam pada itu beberapa negeri lagi yang masih dikuasai pembangkang juga sedang bergolak. Di Kedah, sekurang-kurangnya empat YB akan berpindah. Kalau Kedah yang agak aman itupun boleh jadi begitu, Demang tak tahulah bagaimana keadaan di Selangor yang... ehm...ehm... tu...
Kejap, Demang nak 'check' SMS yang baru tiba...
Wallahu'alam.