Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, February 16, 2012

Alhamdulillah



Apa kata pagi ini kita bersarapan berat sikit? Sambil tu kita baca artikal yang agak berat. Pasal ekonomi.

Berita Harian pagi ini melaporkan ekonomi negara berkembang 5.1%.

Apa itu 5.1? Lantak dia-lah. Demang pun bukan reti sangat.

Perkembangan tersebut dianggap baik dalam keadaan Eropah disalut kebimbangan akibat kemelut hutang.

Kita mampu bertahan atas faktor permintaan dalam negara yang dijangka terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh kegiatan sektor swasta yang berterusan serta perbelanjaan sektor awam.

Perenggan terakhir di atas bukan Demang kata tetapi analisis pakar ekonomi.

Alhamdulillah. Mari kita sedut kesegaran udara pagi ini sambil mengucap alhamdulillah.

Kita masih di bumi Malaysia yang aman. Maka syukurilah ia dengan melipatgandakan usaha serta tidak terlalu mengejar kesempurnaan yang bersifat fatamorgana.





http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ekonomikembang5_1peratus/Article

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 15, 2012

Anwar tolak cabaran ulama PAS


Cabaran majlis ulama PAS agar Anwar menarik semula kenyataan menyokong negara Israel ditolak dengan helah licik oleh Anwar.

Lihat

http://pilihan-anda.blogspot.com/2012/02/tiada-kenyataan-umum-ds-anwar-jumpa.html?showComment=1329270981648&m=1#c6087379924093468138

posted from Bloggeroid

Bekas peguam Anwar ranapkan impian PKR

Walaupun dah banyak kali Zulkifli membongkar rahsia Anwar namun artikal berikut bakal meranapkan semua usaha Anwar menegakkan benang basahnya.

Awas! Pembangkang tak perlu baca jika masih mahu bersama Anwar.

http://zul4kulim.blogspot.com/2012/02/al-zionis.html

posted from Bloggeroid

Ridhuan Tee perjelas isu angpau putih PERKASA

Pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini telah berlaku satu peristiwa yang melibatkan PERKASA dengan sekumpulan orang cina. 

PERKASA yang selama ini dituduh rasis cuba menolak persepsi tersebut dengan cara mengagihkan angpau kepada hadirin berbangsa cina dalam satu majlis.

Namun niat baik tersebut bertukar menjadi insiden memalukan apabila terdapat pihak yang mendakwa tindakan PERKASA menggunakan SAMPUL PUTIH mencemar adat dan budaya masyarakat cina.

Maka ramailah yang mengejek dan mencela PERKASA kerana tidak prihatin dengan budaya kaum lain. Ramai juga yang menempelak PERKASA kerana tidak membuat kajian tentang budaya cina terlebih dahulu.

Soalnya, adakah orang yang menuduh PERKASA tidak membuat kajian budaya cina itu ada membuat kajian sebelum menuduh PERKASA?

Tuesday, February 14, 2012

Dua alasan PAS keluar Pakatan

Sebenarnya ada banyak isu yang boleh dijadikan sebab untuk PAS keluar daripada komplot pembangkang. Hari ini sahaja media konvensional dan media baru menyiarkan dua isu yang tidak membolehkan PAS meneruskan kerjasama politik.

Pertama, isu kenyataan Anwar Ibrahim dalam isu negara haram Israel. Lihat di sini kenyataan Nik Aziz.

Kedua, Isu Karpal yang mencampuri urusan agama Islam.

Lihat bantahan Pemuda PAS di sini.

Demo NGO Islam di sini.

Bantahan terbuka PAS Tanjung di sini.

lagi NGO bantah Karpal campuri hukum Islam

Sebentar tadi NGO Melayu P.Pinang iaitu PAJIM telah mengadakan demontrasi bantahan terhadap kebiadapan Karpal Singh yang menyokong sambutan hari kekasih. 

Seramai 20 orang ahli NGO ini terdiri daripada ahli ahli PAS berkumpul menyatakan bantahan mereka tentang campur tangan pemimpin Dap ini.

Turut hadir ketika itu adalah timbalan pengerusi PAJIM En Arif Ibrahim bersama Zaidi Abu Bakar beliau ada pengerusi tetap PAS Kawasan Tanjung

Karpal dalam kenyataan telah mempertikaikan tindakan Kerajaan yang melarang sambutan hari Valentine kerana berpendapat ia menyekat hak kebebasan manusia.Beliau turut menyelar PAS kerana membantah mengenai isu ini.

Mat Sabu ,Salleh Man, Yusni Md Piah selaku pemimpin Pas di negeri Karpal ada berani ke menegur dalam isu ini ?


Sumber:

Lebih baik PAS keluar pakatan


SUNGAI BULOH: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berkata, adalah lebih baik PAS keluar daripada parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat-DAP daripada meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal. 

"Nak minta Anwar supaya tarik (balik kenyataan) ... buat apa lagi? Tariklah PAS keluar (daripada pakatan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalinan Mesra KEMAS Parlimen Subang di Kampung Paya Jaras Hilir di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya itu dan menyaman The Wall Street Journal sekiranya kenyataan itu telah diputar belit oleh media berkenaan. - BERNAMA

posted from Bloggeroid

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)