Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, February 14, 2012

PAS cabar Anwar dua pilihan

Walaupun agak lewat namun pendirian PAS mengenai kenyataan Anwar yang menyokong penubuhan negara Israel bakal melemaskan bekas TPM itu kerana dia diberi dua pilihan samada menarik balik kenyataannya atau mengambil tindakan terhadap pihak media yang menyiarkan kenyataan tersebut.

Namun Anwar mengambil pilihan ketiga dengan menimbulkan isu pengundi hantu dan meminta SPR menangguhkan pilihanraya.

KOTA BHARU 13 Feb. - Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ.

"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Anwar dalam wawancara dengan WSJ baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjaga keselamatan negara Israel.Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam, malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.

"Bila kita bersahabat kewajipan kita adalah tegur-menegur, apa yang kita tengok kawan kita tidak betul kita tegur, apa yang kawan kita tengok kita tidak betul dia tegur kita, itu ajaran agama.

"Saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan dan Mursyidul Am Pas supaya dia tarik balik kenyataannya mengenai Israel kerana Israel ini negara haram. Saya telah sebut kepada Duta Amerika Syarikat ketika dia datang ke pejabat saya dua tahun lepas, saya kata kalau selipar Jepun sekali pun tidak ada hak untuk ambil negara kita, inikan pula negara Palestin. Siapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandai-pandai bahagi dua bumi Palestin," katanya.

posted from Bloggeroid

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)