Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, May 30, 2018

Tahniah buat BTN


Tahniah BTN.

Tahniah kerana menjadi agensi yang taat dan setia pada ulil amri hingga ke titisan darah terakhir.

BTN era TM (jika ada) adalah agensi yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan iaitu mempertahankan kerajaan semasa.

Kerajaan yang Demang maksudkan ialah kesultanan Melayu berketuakan Yang Dipertuan Agong (YDA).

Yang ini kena jelas dan faham.

YDA adalah klausa tertinggi yang tidak boleh disentuh hatta diganggu-gugat oleh sesiapa sahaja yang berhajat untuk terus menjadi warga malaysia.

Jika tidak lagi menjadi warganegara, maka bebaslah ia ke mana sahaja, menumpahkan taat setia pada kerajaan yang ia ingini, di tempat lain.

Apapun, meski sudah menjadi warga negara lain ia tidak sekali² dibolehkan mengganggu malaysia walau dengan apa cara sekalipun. Ini termasuklah menghasut rakyat malaysia dalam media sosial seperti FB, blog dan sebagainya.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Demang tahu ada pelarian politik yamg berada di luar negara masih aktif menghentam institusi kesultanan khasnya YDA dalam media sosial.

Suaka politik yang diperolehi menjadikan individu tersebut kebal dan amat aktif menghasut rakyat malaysia melalui FB.

BTN secara amnya terbukti telah benar² taat dan setia pada kerajaan semasa. Hingga ke saat terakhir pengumuman keputusan PRU-14 BTN masih mempertahankan kerajaan.

Namun sebaik rasmi kerajaan baru mengambil tempat, KP BTN dengan tegas meminta para pegawai dan penggerak BTN agar menumpahkan kesetiaan pada kerajaan yang telah terbentuk.

Parti mana yamg menang, atau siapa sahaja yang dilantik oleh YDA sebagai PM yang kemudiannya membentuk kabinet bagi membantu YDA memerintah negara wajib disokong oleh BTN.

Kesetiaan ini akan berterusan sehinggalah YDA memutuskan untuk melantik perdana menteri dan jemaah menteri yang baru. Selagi belum bertukar maka disitulah kesetiaan BTN harus dipaku.

Andaikan BTN tidak setia, bayangkan di saat genting BTN berpaling tadah. Bagaimana nasib kerajaan yang dipilih rakyat dalam PRU sebelum itu?

Selagi belum diputuskan mahkamah atau diarahkan YDA maka BTN wajib berada di pihak kerajaan yang memerintah. Itulah amanah yang diberikan rakyat dan atas sebab itulah para pegawai BTN dibayar gaji. Bukannya bertindak berdasarkan percaya pada khabar angin dalam media sosial.

Demang harap para pengunjung blog Waadat ini cukup jelas dan faham. Demang boleh buktikan arahan KP BTN berkenaan perkara ini jika ada yang menganggap Demang sengaja reka² cerita.

Buat masa ini, biarlah posisi Demang dalam BTN menjadi rahsia.

Wallahualam.

Bersambung

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: TM, Anwar tak boleh bubar BTN

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya





Tuesday, May 29, 2018

Tun, Anwar tak boleh bubar BTN


Kalau ikut logik, TM tak kan bubar BTN.

Ini bukan kerana agensi di bawah JPM itu pernah berjasa besar pada beliau tetapi kerana rangkaian penggeraknya boleh dijadikan pemampan pada kerajaan islam di masa depan, sekiranya benar² berlaku kerajaan dikuasai non muslim.

Jika BTN dibubarkan ia hanya akan menghasilkan satu lagi musuh TM selain umno. Bahkan agensi tersebut lebih kukuh networkingnya. Ini kerana umno sendiri sering dibantu oleh agensi unik tersebut.

Demang guna istilah 'unik' kerana perkataan 'keramat' dah dibasikan umno.

BTN berbeza berbanding JASA ataupun KEMAS.

Salah satu kelemahan najib ialah gagal menggunakan BTN dengan berkesan. Manakala Paklah pula terlebih menggunakan BTN sehingga timbul bantahan senyap dalam kalangan penggerak BTN sendiri.

Ketika anwar ibrahim melancarkan gerakan reformasi pada 1999 TM sepatutnya tumbang. Demang bukan terlebih dakwa namun percaya, BTN-lah penyelamat TM.

Ya, selebihnya kerana kebijaksanaan TM 'mempergunakan' BTN.


Demang guna perkataan 'mempergunakan' sebab tak jumpa perkataan lain yang sesuai. Istilah 'manipulasi' lebih negatif.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Anwar ibrahim juga sepatutnya tidak akan membubarkan BTN. Anwar amat akrab dengan BTN sehingga penyingkirannya. Kelebihan TM ialah bertindak pantas menemui orang kuat BTN ketika itu iaitu nordin kardi.

Dengan cepat juga BTN yang awalnya kelihatan menyebelahi anwar ibrahim mengekalkan kesetiaan pada kerajaan semasa, terutama pada perdana menteri. Ini bertepatan dengan kedudukan btn iaitu berada di bawah JPM.

Dengan kata lain, BTN adalah barisan hadapan dan pertahanan akhir perdana menteri.

Justeru, pembubaran BTN tidak sepatutnya berlaku jika TM bijak. Sememangnya beliau seorang yang bijak.

Namun jika akhirnya BTN terbubar maka itu bukan kehendak TM. Ia adalah desakan daripada rakan² (baca: sekutu) dalam pakatan harapan yang ingin melampiaskan dendam. Atau, mereka memang ingin melihat kerajaan Islam terjunam.

Wallahualam.

Bersambung... Tahniah BTN

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: kerajaan MLM

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


Monday, May 28, 2018

Kerajaan MLM


Apabila Amway sdn bhd letak syarat untuk jadi leader perlu ada group sales rm12500 selama 3 bulan berturut², Fortune marketing muncul dengan tawaran jualan kumpulan rm10k sahaja selama 2 bulan untuk capai pangkat yang sama.

Maka berpusu² ahli Amway lari ke Fortune. Yang belum join mana² syarikat MLM pun ikut serta.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Tiba² datang Revell sdn bhd dengan tawaran yang lebih hebat. Untuk capai 20% bonus dengan pangkat manager tak perlu jual rm12500 atau rm10k. Hanya perlu buat jualan kumpulan rm5k selama sebulan pun dah layak. Bahkan jika dicampur dua bulan jualan, cukup rm5k pun dikira sudah layak.

Maka berduyun² orang ramai dari Amway, Fortune, syarikat² MLM lain serta yang sebelum itu tak berminat dengan MLM pun ikut terpengaruh.

Maka akhirnya... yang tahu, tahulah. Yang sempat melalui zaman tu, fahamlah.

Rupa²nya bulan dan bintang itu nampak saja dekat. Ia lebih tinggi dari awan, tak terjangkau dek tangan.

Namun manusia tak pernah serik menggapai impian, mengejar pelangi indah meski sering tertipu dengan fatamorgana.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Selepas itu muncul pelbagai skim cepat kaya, binari, dan macam² lagi. Lebih lucu lagi, produk pelik² ikut muncul.

Ada produk berupa lintah, ikan arowana, cacing dan lain² yang tak berapa masuk akal. Agaknya dalam MLM ini letak taik sebagai produk pun laku.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Para pemburu impian lebih berani dari dulu. Bank dan koperasi menjadi tempat meminjam modal. Apabila tergolek, bukan sahaja duit dalam tabung hilang malah gaji yang mendatang pun telah dicagarkan.

Semuanya kerana terpedaya dengan janji² manis disulam dengan hujah menarik hati.

Percayalah. Manusia tidak pernah serik. Kesal hanya sebentar sementara lutut yang luka sebab terjatuh itu sembuh. Nanti ada lagi yang berjanji itu dan ini, pasti akan dituruti.

Alasan paling mudah ialah, dulu lain. Hujah dan fakta termasuk angka dipapar dan diperbandingkan supaya kita percaya bahawa kali ini ia akan berjaya. Yang dulu, telah diperbaiki.

Biasanya orang ramai tak suka fakta atau nombor. Maka apabila penganjur skim cepat kaya papar angka banyak² mereka main percaya sahaja.

Oh ya. Revell dan fortune ada lagi? Bagaimana dengan amway? Bagi yang tak tau, Demang nak bagitau: akhirnya baru disedari bahawa Amway yang pernah dituduh teruk itu masih ada hingga kini. Yang lain², datang dan pergi. Kalau masih ada pun, sekadarnya sahaja. Tidak gah macam dulu.

Kebanyakannya, dah dikuburkan. Bermusim.

Wallahualam.

Bersambung : tun tak boleh bubar BTN

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: BTN beri nyawa baru mahathir

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


Saturday, May 26, 2018

PH langgar pantang


Pakatan Harapan langgar hampir semua hukum dan pantang larang.

Peraturannya parti politik tidak boleh amal kronisme dan nepotisme namun PH tetap disokong meski kedua² perkara itu semua orang tahu berlaku dalam PH.

Bukan kronikah apabila PKR mengumpulkan Anwar, isteri, dan anak perempuannya dalam jawatan tertinggi.

PBPM pula meletakkan tun mahathir sebagai PM dan anaknya mukhriz menjadi MB Kedah. Bukan sahaja penyokongnya bahkan orang awam juga tidak membantah. Itu bukan kroni?

Dalam DAP Lim Kiat Siang dan anaknya LIm Guan Eng menguasa parti juga tidak dipeduli.

Mungkin dalam PAS tidak begitu ketara namun keluarga almarhum TG Nik Aziz direstui dalam parti selagi tidak berpaling tadah.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Apakah sebenarnya faktor yang lebih besar dari kronisme dan nepotisme itu?

Padahal itulah bahan yang dibawa Anwar di awal reformasi 1999 sehingga menjatuhkan tun mahathir.

Jika rasuah dikatakan puncanya, kenapa LGE yang sedang menghadapi kes mahkamah dilantik menjadi menteri.

Mat sabu yang pernah berkontaversi dengan tentera pula diangkat menjadi menteri pertahanan.

Sekali lagi Demang ajak anda bertanya, apakah yang rakyat mahu sebenarnya. Atau, apakah yang rakyat benci sebenci-bencinya melebihi hukum dan adat yang biasa.

Wallahualam.

Bersambung

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: BTN beri nyawa baru mahathir

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


Thursday, May 24, 2018

BTN beri nyawa baru pada mahathir

Bagi yang pernah hadir kursus BTN mungkin ingat lelaki tua ini dan sajak perjuangan belum selesai.

Demang bukan ingin menambah bahang politik kita. Demang cuma hairan dan tertanya² apakah yang tersirat di sebalik yang tersurat, yang sedang berlaku sekarang.

Demang nak ulang cerita 1999. Bagi yang melaluinya, akan faham. Bagi yang cuma mendengar dari orang lain, cuba fahamkan.

Selebihnya, biarlah catatan ini menjadi bacaan generasi akan datang.

Reformasi 1999 menyebabkan mahathir muflis sokongan. Apa lagi harga diri yang tinggal setelah digelar mahafiraun dan mahazalim oleh 'rakyat' sendiri?

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Orang kata itu hanya persepsi tetapi dalam politik persepsi adalah realiti.

Biarpun masih menang pru dengan sokongan pengundi bukan melayu, akhirnya mahathir terpaksa melepaskan jawatan.

Ada tak yang menangis dengan pengumuman tun meletak jawatan tersebut?

Ada, iaitu rafidah aziz dan hishamudin tun husin. Manakala majoriti rakyat sebenarnya bersyukur sambil melihat dengan rasa meluat gelagat rafidah dan hisham itu.

Bagi yang melaluinya dan masih ingat, akan ingat lah.

Maka paklah pun dinamakan sebagai pengganti. Dalam pru berikutnya, paklah menang besar.

Namun ada yang masih belum berpuas hati. Mereka adalah anwar dan penyokongnya. Paklah digambarkan begitu lemah untuk menerajui negara. Beberapa pembaharuan yang dilakukan seperti Islam hadhari dengan cepat ditinas mati.

Ketika itulah biro tatanegara atau BTN membantu. BTN disediakan medan khas iaitu penjawat awam yang wajib hadir kursus kenegaraan sebagai syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.

Namun apa peluru dan penangkis bagi menghadapi lawan? Bagaimana menarik semula sokongan pada kerajaan?

Ketika itu jasa paklah belum nampak. Bahkan saban hari media sosial dan internet memainkan isu² yang memperlihat kelemahan paklah.

Dalam riuh rendah itu isu tingkat empat pula mengambil tempat. Itu jasa KJ pada mertuanya. Demang belum nampak KJ buat sesuatu yang menyakinkan bagi menebus kesilapan.

Egonya KJ apabila mensasarkan untuk menjadi PM termuda sebagai cita². Disangkanya anak melayu yang tak pernah belajar di oxford atau cambridge dungu² belaka.

Cuma guru² JQAF ketika itu yang tahu jasa paklah. Namun ramai ustaz/ustazah JQAF sekarang dah lupa atau tidak tahu jasa tersebut.

Tak apalah. Barangkali JQAF itu terlalu kecil dibandingkan perjuangan yang lebih besar menegakkan hudud di Malaysia.

Kebanyakan isu yang diperkatakan ketika itu boleh dianalogi sebagai projek kerajaan yang baru dicadangkan atau masih dalam proses perlaksanaan. Kalau bangunan, baru nampak rangka besi.

Namun para penganalisis upahan atau blogger berkepentingan dengan cepat membuat andaian negatif. Akhirnya projek² yang dirancang itupun gagal kerana tiada sokongan.

Yang menghentam lebih ramai daripada yang membantu menjayakan.

Persepsi akhirnya menjadi realiti.

Oh ya. BTN sebenarnya adalah orang kuat mahathir.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Maka BTN beralih arah kepada Tun yang pernah menjadi PM selama 22 tahun. Selama 22 tahun tak 'kanlah tiada satu projek yang berjaya.

Yang tidak berjaya tak perlulah diceritakan.

Projek mega seperti litar sepang, klia, dan jambatan bengkok (walaupun akhirnya gagal) dihambur pada peserta kursus supaya nampak gah dan hebat.

Para peserta terpegun dengan kehebatan Tun berfikir di luar kotak. Apabila sudah ada rasa kagum maka dikaitkan dan diserak pada perkara² lain yang dilaksana kerajaan.

Dari situ imej Tun pulih kembali. Apabila para peserta pulang ke tempat masing² maka cerita itu tersebar luas dan semakin ramai yang mengagumi Tun.

Dari semasa ke semasa orang semakin melupakan gelaran mahazalim dan mahafiraun. Apatah lagi beliau semakin berusia dan dilihat tidak mungkin Allah kembalikan kuasanya. Agaknya manusia lupa dengan kuasa Allah.

Ketika itu lah imej tun semakin menjulang. Dalam masa yang sama timbul legasi pemikiran mahathir yang kemudiannya membentuk mahathirisme.

Serangan² pembangkang tidak lagi pada Tun. Serangan dialihkan pada Paklah dan kemudiannya Najib. Wajarlah begitu sebab mereka tunggak semasa BN dan UMNO yang ingin ditumbangkan.

Goverment of the day adalah musuh 'pembangakang of the day'.

Rupa²nya kuku dan taring yang dikembalikan  oleh BTN menjadikan Tun kuat kembali. BTN seolah² memberi nyawa semula pada Tun.

Mangsa pertama beliau ialah Paklah yang akhirnya terpaksa melepaskan jawatan.

Mangsa seterusnya tidak perlu diperkenal kerana belum menjadi sejarah. Ia sedang berlaku sekarang.

Setakat ini yang dapat kita simpulkan ialah rakyat malaysia sentiasa mencari seorang hero yang dirasakan mampu menerajui negara.

Wallahualam.

Bersambung... PH langgar pantang

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: calon PM selepas mahathir II

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Sunday, May 20, 2018

Calon PM selepas mahathir


Zahid ada visi islamik. Hisham, entahlah. Sambung legasi keluarga sahaja agaknya.

Tun mahathir kata beliau hanya pegang jawatan PM untuk 2 tahun sahaja.

Siapa selepas itu? Ramai yang kata Anwar akan ambil alih.

Bagi Demang, belum tentu. Setidak²nya, ia tidak semudah itu.

Yang tinggal dalam UMNO ialah zahid hamidi, hisyamudin tun husin, dan khairy jamaludin.

Ali rustam tak perlu dimasukkan dalam senarai lah. Dah dua kali orang melaka tolak beliau. Itu yang rasmi, yang tak rasmi lagi banyak.

Ramai yang rasa ada calon lain lebih baik daripada zahid. Jika demikian, susahlah sebab PM yang sederhana, sukar mengawal keadaan.

Hisyamudin pula sukar berdiri sendiri. Pemimpin umno yang banyak duit itu berada di tempat sekarangpun sebab dia berada di atas rakit yang diterajui sepupunya, najib.

Jarang Demang hentam peribadi tapi jika terpaksa memilih hisyamudin, Demang fikir lebih baik dikuburkan umno. Selagi ada H2O dalam umno, legasi kepimpinan karpet kuning akan berterusan.

Kita sudah ada raja maka tak perlulah lagi kerabat diraja atau berasal-usul dari istana jadi wakil rakyat.

Kita juga ada calon² Perdana Menteri dari PAS, PKR, PAN, dan lain² termasuk dari sabah sarawak, dan jangan lupa DAP. Di situ juga ada calon berpotensi.

Wallahualam.

Bersambung... BTN kembalikan nyawa Mahathir

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: gabungan umno, pas, ph

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


Saturday, May 19, 2018

Pas, umno, PH bergabung


Ramai yang masih pening dan keliru. Team mana yang betul? Nak pilih yang mana?

Kita raikan semua. Tak perlu isi borang dan tunggu kebenaran untuk bekerjasama. Yang penting, buang ego. Makhluk sombong dan bongkak itu syaitan dan iblis.


Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Bagi Demang kita sudahpun memilih dalam pru ke -14. Baru sangat lagi. Maka tak perlulah memilih lagi. Ikut sahaja keputusan yang telah diperolehi.

Kerajaan baru telahpun dibentuk. Tun mahathir menjadi ketua semua menteri. Semasa mesyuarat di dewan rakyat pula, speaker atau yang dipertua akan jadi pengerusi.

Apabila ada perkara berkenaan perundangan yang perlu diputuskan maka undian akan dibuat. Para wakil rakyat tak kira apa partinya akan menyokong, atau membantah, atau berkecuali.

Jangan risau², jangan pening².

Kalau semua ok, maka senanglah kerja PM, mudahlah tugas kerajaan. Nanti ada yang kata, tak aci-lah sebab masa BN jadi kerajaan dulu pembangkang buat kacau.

Ini bukan main aci-aci. Kita nak bina negara. Kita nak majukan negara. Dan lebih penting dari semua itu, kita akan mati dan kekal di akhirat samada dalam syurga atau neraka.

Yang kacau kerajaan sebelum ini bergantung pada cara yang digunakan. Jika dengan fitnah maka dia dapatlah dosa fitnah. Kalau tipu, dia dapatlah dosa menipu. Dan jika dengan fakta yang betul disertai niat kerana Allah taala maka itu adalah amalan solehnya.

Dua orang dari parti yang sama belum tentu masuk syurga atau neraka sama².

Apa pula tugas pembangkang?

Demang setuju dengan PAS bahawa tidak perlu ada pembangkang. Semua bantu membantu cari kaedah terbaik.

Pelik? Memang kita kena buat benda yang pelik sikit untuk lebih berjaya.

Kata nak berubah..! Kannn?


Wallahualam.

Bersambung: calon PM selepas tun

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: umno diharamkan

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)