Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, May 13, 2019

Survival hidup di zaman informasi (1)


Apa trend terkini? Bagaimana pula akan datang?

Ini zaman informasi. Zaman maklumat. Apa yang uniknya?

Kalau zaman logam dan plastik orang berjual beli logam dan plastik maka logiknya di zaman maklumat orang menjual dan membeli maklumat.

Ironinya jangan lupa, plastik dan logam hanya bekas atau sampul sahaja. Manusia tetap mahukan isinya.

Logam dan plastik cuma kulit. Gunanya untuk pelindung. Selebihnya diberi nilai tambah  sebagai hiasan untuk lebih komersial.


Justeru akhirnya maklumat diberi percuma sama seperti plastik. Kos diserap di dalamnya tanpa pengguna sedar.

Kehebatan internet ialah ia menjadi medan perkongsian maklumat. Kalau dulu maklumat hanya disampaikan oleh pihak tertentu dan berautoriti tetapi sekarang sesiapa sahaja boleh menyalurkan maklumat.


Kerana banyaknya maklumat ia menjadi murah dan akhirnya tiada siapa yang perlu membeli maklumat. Contohnya, artikal yang anda sedang baca ini. Percuma.

Satu perkataan yang cepat diterima ialah perkongsian maklumat. Pemahaman umum bagi perkongsian ialah percuma.

Maka sebagai usahawan apakah yang perlu dilakukan dalam arus perdana ini?

Ya, berkongsi. Sesiapa yang enggan berkongsi akan tertinggal dan hanyut dalam arus deras zaman IT.


Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?
Guna kapal seberang
Kubur macam bilik pengantin

Thursday, May 9, 2019

Sigagal yang menang


Jatuh, bangun.
Jatuh lagi, bangun.
Jatuh lagi, bangun lagi.

Masa jatuh semua tau. Semua nampak kita jatuh. Kita sendiri lebih² lagi la. Kita yang jatuh tentulah kita tau. Bukan takat tau,  sakitnya pun kita yang rasa.

Kemudian kita bangun. Tak ramai yang tau. Kita sendiripun kadang² tak perasan yang kita dah berdiri. Maklumlah, kesan sakit masih ada.

Ketika kita berjaya bangun itu sebenarnya satu kejayaan. Ramai yang jatuh tak bangun².

Saya lupa dari mana saya dengar kata² ini:

"Apabila hidup lebih banyak gagal berbanding jaya maka kemampuan hadapi kegagalan itulah kejayaaan."

Subhanallah.



Puasa atau Pause?
Guna kapal seberang
Kubur macam bilik pengantin
Boleh pijak bahu kawan

Wednesday, May 8, 2019

Kembara sang ikan


Jika kita rasa sesuatu kejayaan itu berlaku dengan adanya kita maka kena terima bahawa kegagalan pun begitu juga.

Padahal jaya atau gagal itu takdir Allah.

Apalah nak disombongkan andai jadi kayapun kerana dilahirkan dalam keluarga kaya. Jadi cerdik pun kerana Allah yang jadikan.

Wajah yang cantik atau hensem pun Allah yang buat.

Cantik tak semestinya petanda nasib baik. Ada gadis dirogol dan dibunuh kerana cantik.


Apa lagi yang kita ada tapi bukan daripada Allah taala? Kita lahir ke dunia tanpa kita mohon. Diberi pelbagai bantuan, sokongan,  dan kemudahan yang tidak perlu diminta.

Bahkan diberi kasih sayang dengan sepenuh kasih sayang.

Allah taala yang tentukan dari perut siapa kita lahir. Allah juga yang jodohkan ibu bapa kita yang dari mereka kita lahir.


Allah taala tentukan siapa jadi adik beradik kita dan siapa pula akan jadi jodoh kita. Seterusnya zuriat keturunan kita akan lahir dari pasangan kita.

Bayangkan seekor ikan di lautan luas akhirnya masuk ke pinggan nasi kita. Cuba telusuri perjalanan ikan itu dan lihat bagaimana takdir berlaku.

Berapa banyak suka duka ikan itu dan nelayan yang menangkapnya hanya untuk menyampaikan rezeki kita?

Subhanallah.


Puasa atau Pause?
Guna kapal seberang
Kubur macam bilik pengantin
Boleh pijak bahu kawan

Tuesday, May 7, 2019

puasa atau pause?




Puasa macam 'pause'. Allah suruh hentikan sebentar beberapa rutin harian. Ikut jadual baru pulak. Macam lencongan kat jalanraya yang sedang dibaiki.

Biasanya pagi² kita akan cari sarapan. Selama sebulan ini kita dah tak perlu fikir tentang itu.

Jalan ada lengang sikit. Beberapa tempat yang selalu kereta bersidai di bahu jalan dah tak kelihatan.

Di warung² terdedah nampak bangku telungkup atas meja.


Di tempat kerja dan sekolah kantin tidak lagi jadi tumpuan. Sudut merokok lengang. Bahkan ramai yang mula beralih arah ke surau. Alhamdulillah.

Waktu tengahari pun tak la pening nak fikir nak makan apa. Jemu jugak ngadap menu atau kedai makan yang hampir sama.

Allah maha bijaksana dalam mengawal manusia. Perut adalah kunci pergerakan manusia. Diubah waktu makan, berubahlah banyak perkara.

Lepas asar situasi lesu dan longlai tiba² bertukar jadi meriah. Ummat Islam mula berkisah pasal makan. Tapak² jualan juadah berbuka tumbuh di sana sini.


Nampaknya yang berniaga sarapan atau makan tengahari tidaklah Allah taala tutup pintu rezeki. Cuma Allah mahu kita ubah sikit jadual harian.

Kita masih makan dua kali sehari, cuma diubah masanya.

Di awal tadi saya sebut pasal jalan lencongan sementara. Bagi yang tak berpuasa bermakna mereka tak ikut jalan lencongan yang Allah sediakan. Mereka tetap nak ikut jalan lama.

Jika demikian, agak² mereka selamat tak di dunia dan akhirat? Allah taala yang rugi atau diri mereka sendiri?

Wallahu'alam.


Guna kapal seberang
Kubur macam bilik pengantin
Boleh pijak bahu kawan
Guru rai diri sendiri

Friday, May 3, 2019

Guna kapal seberang lautan

Usaha tak memberi kesan. Semuanya dengan izin Allah taala. 

Kalau nak seberangi sungai jangan hanya berdoa kemudian balik tidur sepanjang hari. Cari lah rakit atau sampan. Paling tidakpun kena berenang.

Doa memang perlu melainkan jika kita dah tau takdir Allah bahawa kita akan sampai ke pulau itu. Jika belum tau, berdoa lah.

Tidak berubah qada melainkan dengan doa.


Ertinya,  qada boleh berubah dengan izin Allah. Kena mohonlah. Perkenan atau tidak, itu hak Allah.

Memang ada kesah wali berjalan atas air. Tapi itu special case. Ghairi adat. Amat jarang berlaku. Sekali dalam sejuta pun belum tentu.

Atau kita rasa dah cukup hebat hinggakan tak perlu berusaha? Jangan dipermain dan digelakkan syaitan dek kebodohan kita.

Wallahu'alam.

Thursday, May 2, 2019

Dipantau tuhan


Apa beza 'tahu' dengan 'lihat'? Jika Allah taala 'maha mengetahui' kenapa perlu ada sifat 'maha melihat'?

Kita buat analogi begini:
Semua orang tahu suami isteri akan melakukan hubungan kelamin. Ibu bapa tau, saudara mara tau, dan jiran² pun tau.

Mereka tahu tetapi mereka tak lihat aktiviti itu.

Demikian halnya dengan Allah taala. Dia bukan sahaja maha mengetahui bahkan Dia juga maha melihat. Dua sifat itu sama tarafnya.

Allah taala melihat kita sepanjang masa, di mana² sahaja kita berada. Dia maha mengetahui.

Saya bukan nak bagi kuliah tentang sifat 20 tapi nak ingatkan diri sendiri bahawa setiap yang dilakukan, apa yang dilakukan, dan di manapun dilakukan sentiasa dilihat oleh Allah taala.

Jika aktiviti halal bersama isteri pun terasa malu dilihat orang maka bagaimana pula aktiviti haram? Tidak malukah dilihat Allah taala? Tidak takutkah melakukan dosa yang dihukumkan dalam alquran?

Wallahu'alam.

Wednesday, May 1, 2019

Kubur seperti bilik pengantin


Teringat kuliah tahun lepas di masjid bukit baru melaka.

"...kubur orang soleh seperti bilik pengantin."

"Macamana pengantin di dalam bilik pengantin di malam pengantin baru?" tanya si pengkuliah.

Seterusnya beliau bercerita:
"Saya pernah tanyakan pada seorang lelaki: ingat tak pengalaman jadi pengantin?"

"Ternyata lelaki yang telah berumur itu hanya tersengih. Maklumlah, dah terlalu lama peristiwa malam pertama tu."


"Saya tanya pula pada seorang lelaki muda soalan yang sama. Jawab lelaki itu sambil tersipu, saya tak sempat nak ingat apa²."

Berderai ketawa jemaah mendengar lelucon tersebut.

"Katakan la anak tuan² nikah siang tu. Agak² tuan² berani tak terjah masuk bilik pengantin tengah² malam?" tanya beliau.

Hadirin mula tersenyum² sendiri.

"Toksah kata terjah masuk, nak ketuk pun tak berani." tambah beliau lagi disusuli tawa para hadirin.

"Begitulah kubur orang soleh. Macam bilik pengantin. Usahkan nak siksa atau nak tanya soalan, nak masuk pun malaikat berkenaan tak buat sesuka hati."

Pengkuliah yang saya ceritakan di atas ialah ustaz abu hasan din alhafiz yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 mei 2019. Kira² jam 7.30 pagi tadi,

Anak lelakinya iaitu Mohamad Yusri Abu Hassan berkata Allahyarham meninggal dunia selepas terjatuh ketika bangun untuk menunaikan solat subuh.

Malamnya, ustaz abu hassan din sempat menyampaikan kuliah bertajuk 'andai ini ramadhan terakhirku'.

Ternyata beliau tidak sempat menemui ramadhan sekali lagi. Malah kita pun belum tentu sempat.

Allahu akbar.

Moga Allah taala tempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.


Boleh pijak bahu kawan
Guru rai diri sendiri
Dalam harinya kita yang tak betul
Dia tak la kata aqidah kita salah

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)