Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, May 13, 2009

Realiti politik di Perak




Nampaknya kemelut politik di Perak terus mendominasi berita-berita di blog. Demang sempat singgah di blog Nobisha yang memaparkan ‘rakaman’ penyertaan beliau dalam satu program di Astro Awani malam sebelumnya. Demang tertarik dengan pendapat Nobisha mengenai ’hak-hak’ yang perlu diambil kira selain dari hak dan kepentingan diri sendiri.

Salah satu hak yang dibangkitkan ialah hak rakyat. Kebetulan gabungan parti pembangkang telah menggunakan istilah ’rakyat’ sebagai pengenalan mereka. Malah Nizar ketika berkemas-kemas untuk keluar daripada pejabat MB juga sempat merungut betapa BN telah membelakangkan rakyat.

Demang bersetuju dengan omelan Nizar itu bahawa hak rakyat tidak boleh dikebelakangkan. Bahkan Najib telah mengemukakan slogan ’rakyat didahulukan...’ bagi meingkatkan mutu perkhidmatan kerajaan. Demang percaya Hj Hadi juga memikirkan hak rakyat apabila mengemukakan konsep kerajaan perpaduan. Malangnya tidak ramai pemimpin PAS yang bersetuju dengan cadangan presiden PAS itu.

Oleh kerana semua pemimpin bercakap tentang rakyat, maka marilah kita melihat semula keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU-12.

Dalam PRU tersebut, rakyat Perak telah membuat keputusan seperti berikut:

UMNO: 27 kerusi
DAP: 19 kerusi
PAS: 6 kerusi
PKR: 4 kerusi
MCA: 1 kerusi

Justeru sudah sepatutnya kita mengikut kehendak rakyat Perak. Ertinya, majoriti rakyat Perak telah memilih UMNO iaitu sebanyak 27 kerusi atau 27 orang ADUN atau 27 orang wakil rakyat mereka.

Cuma 6 kerusi diberi kepada PAS. Justeru, benarkah Nizar dipilih oleh rakyat Perak?

PKR Cuma menempel sahaja. Mereka cuma mendapat 4 kerusi.

Maka fahamlah Demang kenapa DAP beriya-iya inginkan Nizar menjadi MB Perak.


Foto sekadar hiasan: flickr.com

13 Mei


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Adakah ini mustahil boleh berlaku pada negara kita?



Pernahkah mereka menduga negara mereka akan jadi begitu?





"Lihatlah para pemimpinku. Inikah hadiah yang kau berikan padaku? Inilah hasilnya apabila kalian begitu angkuh menegakkan pendapat masing-masing. Adakah kalian memperjuangkan nasib kami atau sebenarnya memperjuangkan keegoan kalian?


Inikah hasil perjuangan untuk rakyat? Berbalah menegakkan pendirian masing-masing sehingga tidak sedar musuh sentiasa mengintai? Sudah lupakah amaran Allah SWT betapa musuh Islam tidak akan sekali-kali berhenti daripada menguasai kita?



Masihkah kalian enggan bersatu? Masih tegarkah kalian mengagungkan demokrasi jika demokrasi menjadikan kita hancur?


Bersatulah sebelum terlambat.

Allah SWT masih memberi peluang pada kita.

(Demang masih terkilan akan kekalahan Nik Abduh dalam pemilihan PAS. Semuga beliau terus tabah berjuang mengembalikan PAS ke landasan yang asal).

Photo: aguidetoasia.com; harunyahya.com; flickr.com; indoforum.org.
Thank you very much

Tuesday, May 12, 2009

Minyak Herba Morhabshi (serbaguna)

Layari http://www.morhabshi.com/morhabshi.html

Chat with me at: http://me.chatango.com


Kenang-kenangan daripada team Nizar




Berikut disenaraikan beberapa perlakuan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009. Mungkin mereka kurang diajar tentang adab sopan oleh ibu bapa mereka semasa kecil dulu, atau dengan kata lain 'KURANG AJAR'.

1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong Mee Meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang bermaksud "pergi mati engkau...." dengan tujuan menghina kepada Y.B. Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.

12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas.

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.

22. 5 – 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

sumber - agendadaily
melalui - email daripada Cute Teddybear
Gambar hiasan - lifeisajoke.com

Keputusan Mahkamah



Keputusan mahkamah semalam sekali lagi membuktikan kebebasan mahkamah masih utuh diamalkan di negara kita. Itu bukan kali pertama BN-UMNO kalah di mahkamah. Malah UMNO pernah diputuskan sebagai sebuah pertubuhan haram suatu ketika dulu. Malah keputusan juri (2-1) dalam penghakiman kes Anwar Ibrahim secara jelas bertentangan dengan kehendak pemimpin UMNO.

Mahkamah tetap mahkamah!

Ternyata semua keputusan tersebut diterima dengan baik oleh orang UMNO biarpun terdapat protes-protes kecil yang tidak mengganggu ketenteraman awam. Para pemimpin UMNO bertindak pantas menenangkan para penyokong mereka agar menghormati keputusan mahkamah.

Tidak lama lagi perbicaraan mahkamah terhadap kes Anwar akan dimulakan. Semoga kita semua dapat menerima dengan fikiran terbuka apa jua keputusan tersebut sebagaimana kita menerima keputusan mahkamah yang lain.

Dalam pada itu, jika terdapat keraguan dan rasa tidak puas hati, merujuklah kepada mahkamah. Pihak mahkamah membuat keputusan berdasarkan keterangan yang diberi.

Berdasarkan tinjauan Demang, masih ada lagi yang mengesyaki penglibatan Najib dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia. Terbaru, sekumpulan anak muda membawa kek harijadi wanita itu untuk diraikan di Putrajaya. Demangpun tidak tahu tujuan mereka. Mungkinkah mereka sekadar bersimpati dengan nasib wanita itu dan ingin menghebahkan perasaan simpati mereka pada orang ramai?

Namun tindakan tersebut membawa pandangan negatif terhadap Najib yang kini adalah PM kita. Jika Najib mengambil tindakan untuk menyaman mereka, belum tentu Najib boleh menang. Mereka bukan bodoh. Mereka boleh beri alasan bahawa mereka tidak berniat menuduh Najib, sekadar menunjukkan simpati kepada mangsa pembunuhan semata-mata.

Justeru, tidak perlulah menunggu Najib menyaman mereka sebaliknya jika anda yakin Najib terlibat, laporkan kepada polis dan biarkan mahkamah menyelesaikannya. Demangpun tidak sudi mempunyai PM seorang pembunuh.

Jika takut untuk membuat laporan seorang diri, berpakatlah beramai-ramai. Apakata lantik Anwar Ibrahim sebagai ketua dan RPK sebagai setiausaha. Bukankah RPK yang memulakan cerita fitnah itu? Kenapa takut membawanya ke mahkamah? Adakan mesyuarat khas. Karpal boleh bertindak sebagai penasihat undang-undang. Lagipun Karpal memang terlibat sebagai peguam pemerhati keluarga Attantuya sebelum ini. Karpal tentu mempunyai banyak maklumat yang kita tidak tahu. Beliau menyimpan semua maklumat kes itu. Takkanlah Karpal tidak mahu menjatuhkan Najib? Sia-sialah perjuangan beliau selama ini jika tidak mahu mengambil peluang keemasan ini.

Kemudian, tetapkan suatu tarikh dan buat 2000-3000 laporan serentak di seluruh negara. Kalau sudah beribu laporan dibuat, takkanlah mampu Najib membunuh semuanya. Kalau ada yang terbunuh juga, anggap sahajalah sebagai fi sabilillah’. Dalam perjuangan perlu ada pengorbanan. Demang percaya, bukan sahaja ulama’ PAS malah mana-mana ulama’ pun akan bersetuju dengan pandangan Demang ini.

Apa nak ditakutkan mati dan pembunuhan sedangkan selama ini kita tidak takutpun pada dosa menyebarkan fitnah. Bukankah memfitnah lebih dahsyat daripada membunuh? Di sisi Allah, penyebar fitnah lebih jijik berbanding pembunuh.

Faham maksudnya? Demang bagi contoh: Jika Sirul dan Azilah tidak pernah memfitnah, maka mereka lebih mulia daripada mana-mana manusia yang tidak pernah membunuh namun saban hari menyebarkan fitnah.

Pembunuh Attantuya itu mempunyai masa yang cukup untuk bertaubat dan mereka cuma ‚terhutang’ dengan Attantuya seorang. Sebaliknya bagi pembuat dan penyebar fitnah mereka bukan sahaja perlu meminta maaf pada orang yang mereka fitnah malah perlu minta maaf pada semua orang yang mendengar dan mempercayai fitnah tersebut!

Demang berani berkata bahawa DS Najib dan DS Rosmah langsung tidak ada kena mengena dengan pembunuhan Attantuya samada sebagai pembunuh, atau orang yang berada di tempat kejadian, mahupun sebagai orang yang mengarahkan pembunuhan tersebut. Hal ini kerana Demang mempunyai fakta dan bukti yang kukuh mengenai perkara ini.

Jika Najib terlibat, kenapa Karpal tak bawa ke mahkamah atau buat laporan polis? Kenapa RPK sekadar tulis dalam blog sedangkan dia kata mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Najib/Rosmah?

Demang katakan di sini bahawa RPK adalah punca FITNAH ini. Janganlah kita tumpang dosa RPK dengan menjadi penyebar FITNAH tersebut.

Insya-Allah Demang akan ulas perkara tersebut nanti dalam blog Waadat ini.

Wallahu’alam.

Monday, May 11, 2009

Nizar mohon restu

Bismillahirrohmanirrohim.

BH 11/05: Nizar akan mohon restu Sultan Perak untuk bubar DUN selepas Mahkamah Tinggi KL hari ini memutuskan beliau masih MB Perak yang sah.

Kenapa nak bubarkan DUN sedangkan sudah berjaya menjadi MB?

Alhamdulillah, rupa-rupanya Nizar masih boleh berfikir. Dia tahu bahawa keputusan mahkamah tersebut bersifat sementara. Beliau hanya akan bertenggek seketika sahaja di bangku MB sbelum disingkirkan secara terhormat.

Cuma Demang khuatir adakah beliau sekadar berfikir demi survival politik atau untuk perjuangan Islam.

Beliau sedar bahawa DUN akan membuat undi tidak percaya dan beliau pasti kalah kerana penyokongnya cuma 28 orang berbanding BN 31 penyokong.

Selain itu beliau juga ragu-ragu dengan keputusan rayuan nanti. Nasib-baik tidak selalu akan berpihak padanya.

Cuma Demang sedih mengenangkan sultan tidak lagi berkuasa di negeri sendiri. Mungkin selepas ini ada tindakan proaktif bagi membetulkan perkara ini. Jika tidak, tunggulah saat dan ketikanya apabila orang Melayu merempat di negeri sendiri.

Jika Andalusia bertahan 700 tahun, Melaka 110 tahun, adakah hayat Malaysia sekitar 60 tahun?

Manusia berasa sedang merancang padahal perancangan tersebut cuma secebis kecil daripada perancangan Allah SWT.

Ambillah kesempatan ini untuk menjadikan perjuangan sebagai satu ibadah.

Wallahu’alam.

Strategi Selamatkan Anwar




Demang membesar di sebuah Felda di Pahang. Negeri Pahang sama juga seperti negeri-negeri lain yang berada di garisan khatulistiwa. Ia tidak mempunyai 4 musim sebagaimana di negara-negara Eropah. Itu Demang pelajari di sekolah rendah dalam subjek Ilmu Alam.

Namun Demang tika itu tidaklah begitu yakin dengan fakta tersebut. Berdasarkan pengalaman Demang, kampung kami juga mempunyai banyak musim. Ada musim panas dan ada musim hujan. Malah ada juga musim buah-buahan. Demang fikir, kalau ada musim buah, sudah tentulah ada musim bunga. kami juga ada musim luruh iaitu waktu semua daun getah gugur ke bumi. Cuma kami tiada musim salji melainkan ketika kemarau, debu-debu berterbangan menutupi muka ketika setiap kali lori hantu atau lori balak menerpa di jalan tidak berturap. Sama macam salji di Eropah, agaknya.

Dalam banyak-banyak musim, musim hujanlah yang paling seronok. Ketika ibu bapa kami mengeluh kerana tidak dapat menoreh getah, kami berpesta meraikan kedatangan musim banjir.

Setiap pagi Demang akan merayau di seluruh kampung untuk memeriksa tahap peningkatan air. Jika aras lebih tinggi dari hari sebelumnya maka itu satu keseronokan. Sebaliknya jika paras air menurun maka kecewalah Demang. Dalam diam-diam berdoa agar hujan turun lagi.

Aktiviti paling seronok ialah bermain rakit. Yang menjadi mangsa kami ialah pokok-pokok pisang yang diikat atau dilekatkan dengan kayu runcing. Maka berakitlah kami di belakang rumah dan di jalan-jalan yang ditenggelami air, meredah kebun, parit dan jamban.

Itulah antara keseronokan zaman kanak-kanak yang tiada taranya. Zaman itu tiada 'games' atau ICT. Malah tak terfikirpun tentang itu. SMS, PS3, MP4… blog; jauh sekali.

Namun musibah tetap musibah biarpun didahului dengan keseronokan. Maka setiap tahun kami kehilangan rakan-rakan yang mati lemas akibat banjir. Namun itu semua tak pernah mengundang serik.

Menyedari bahawa agak sukar menegah kanak-kanak agar tidak bermain sungai atau banjir maka guru-guru dan ibu bapa mencari kaedah alternatif bagi mengurangkan bahaya air. Kami diajar bagaimana mengelakkan kejadian lebih buruk. Hal ini kerana hampir semua kes melibatkan lebih dari seorang mangsa. Malah ada mangsa lemas yang ditemui mati dalam keadaan berpelukan.

Guru-guru Demang memberi petua yang agak kejam. Jika melihat rakan lemas, kami tidak dibenarkan menolong ataupun menghampirinya jika belum betul-betul mahir berenang. Jika sudah betul-betul mahir, ada pula petua yang perlu dipatuhi. Petua yang kelihatan ganas dan kejam.

Namun perlu diingat bahawa kejam bukan bermakna zalim!

Petua pertama ialah buatkan mangsa supaya PENGSAN. Ini boleh dilakukan dengan cara menumbuk muka mangsa sekuat hati. Kedua, tarik mangsa ke tepi dengan cara memegang rambutnya.

Pantang besar: Jangan sekali-kali biarkan mangsa memegang apatah lagi menguasai kamu.

Petua di atas kelihatan kejam namun bukanlah zalim.

Demang yakin bahawa semua pengunjung Waadat adalah budiman dan sentiasa memikirkan kebaikan orang lain, terutama negara kita. Justeru apabila Anwar Ibrahim disingkir daripada kerajaan kira-kira 10 tahun lalu, ramai yang bersimpati. Maka ramailah yang cuba menolong beliau.

Namun kita perlu berfikir secara rasional dan bertindak dengan wajar. Semua orang keliru dengan apa yang berlaku. Benarkah? Fitnahkah? Konspirasikah?

Bagi Demang, samada konspirasi atau bukan, realitinya Anwar sedang kelemasan. Tarikh perbicaraan kes terbaru beliau makin hampir. Banyak pihak percaya bahawa beliau akan tewas kali ini. Kemujuran beliau melepaskan diri kerana masalah teknikal 10 tahun lalu takkan dibiarkan berulang oleh pihak pendakwa. Kalau dulu Azizan dilihat malu dan takut untuk ke depan, Saiful kelihatan lebih berani dan tegas. Malah beliau sanggup menyahut cabaran untuk bersemuka dan melakukan sumpah laknat.

Demang tidak sekali-kali mahu menghukum Anwar sebelum mahkamah membicarakan beliau. Demang juga tidak mahu mempengaruhi pengunjung untuk menuduh Anwar. Biarkan mahkamah menjalankan tanggungjawab mereka. Jika Anwar tidak bersalah, biarkan Anwar membuktikannya di mahkamah.

Cuma Demang nak ingatkan para pengunjung Waadat yang budiman untuk memahami situasi bahawa Anwar adalah seorang manusia yang sedang kelemasan. Orang yang sedang lemas akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan dirinya.

Pesan guru Demang apabila berhadapan dengan orang yang sedang lemas, jangan hampiri dia jika anda tidak cukup mahir. Jangan biarkan dia menguasai kamu sebab dalam keadaan demikian mangsa tidak lagi dapat memikirkan keselamatan orang lain.

Ingat, mangsa lemas berhadapan dengan soal hidup dan mati. Dia boleh melakukan apa sahaja termasuk mendedahkan kita pada bahaya.

Ingat, banyak kes lemas melibatkan lebih dari seorang. Jika orang itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi, redhalah dengan ketentuan Ilahi. Jangan biarkan diri kita terlibat sama.

(Gambar di atas adalah hiasan semata-mata diambil dari flickr.com)

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)