Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, February 12, 2010

Jurus maut Najib


Ketika pembangkang makin terhimpit dan tersepit diasak pelbagai musibah dan malapetaka, Najib menghampiri garisan penamat dengan lebih bergaya.

Mata demi mata dipungut meninggalkan lawan jauh di belakang. Peserta yang dianggap paling hampir di belakang beliau yang memakai jersi berlabel 'Anwar' beberapa kali tersadung batu dan hampir tersungkur.

Peserta bertanda 'Karpal' yang berkerusi roda cuba memintasnya dan seolah berjaya namun rupa-rupanya dia hanya memotong peserta berlabel 'Hadi' yang kebetulan berhenti untuk minum air.

Agak melucukan walaupun pertandingan dikatakan secara solo namun terdapat pasukan yang menghantar dua orang wakil. Masing-masing ditandakan sebagai 'Aziz' dan 'Hadi' yang menggunakan lambang yang sama.

Bagi tidak menghampakan mereka dan demi semangat kesukanan serta kepolitikan maka mereka dibenarkan ikut serta secara bergilir-gilir. Itu yang membuatkan 'Karpal' keliru dan pening kepala tadi.

Sebenarnya Demang baru dapat berita SMS berikut. Walaupun ia bukan berita yang begitu hebat bagi sesetengah orang namun Demang teruja menantinya. Demang sudah dimaklumkan lebih awal mengenai rancangan Najib melalui UiTM tersebut menerusi seorang teman. Namun tak elok lah Demang hebahkan sebelum ia diumum sendiri oleh PM.

Kita baca berita tersebut sama-sama:

"Najib mahu UiTM sedia 5,000 tempat untuk pelajar miskin dan anak yatim setiap tahun bagi memberi mereka peluang mendapat pendidikan tinggi."

5000 tempat tersebut adalah untuk anak yatim dan miskin yang sekadar memiliki kelayakan minimum dalam SPM dan gagal melanjutkan pelajaran ke tempat lain. Ia dipanggil pradiploma.

Jangan pandang rendah pada pemegang pradiploma. Antara orang yang pernah memasuki universiti melalui tiket pradiploma ialah Dato' Saghul sendiri, iaitu VC UiTM sekarang!

Mereka boleh berjaya jika diberi peluang. Najib sedang menggunakan kuasanya bagi menyediakan peluang kepada mereka.

Itulah yang dikatakan 1 Malaysia.

Sumber: BH 12/02 (by SMS)

Foto hiasan:
face kick jpg
sethrobles.com

Najib tidak mahu berpuas hati


Tindakan Zaharin Mohamed keluar PKR tidak mengejutkan tetapi BN tidak harus terbawa-bawa perkembangan politik dalam pakatan pembangkang: PM (BH 12/02)

Demang faham maksud Najib. Beliau tidak mahu UMNO dilihat kuat kerana pembangkang lemah sebaliknya UMNO mesti kuat secara mutlak. 'The best win'.

Percaya lah bahawa kekuatan secara relatif tidak akan kekal lama. Hal ini sedang berlaku pada PAS. Undi simpati serta bersalut emosi juga tidak boleh bertahan. Kemelut yang melanda PKR sekarang sedang membuktikan pendapat itu.

Justeru Najib telah menyediakan satu senarai yang panjang bagi memperkasa UMNO dan BN. Bukan sekadar menunggu pembangkang lemah. Ia sedang dilaksanakan satu persatu.

Sepatutnya pendirian Najib itu menjadi asas pada kecemerlangan rakyat Malaysia dalam semua bidang, bukan dalam politik sahaja.

Dalam diam, Najib sedang merubah paradigma rakyat tentang tafsiran kemenangan.

Ahli Parlimen PKR keluar parti


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim umum keluar PKR dan menjadi wakil Bebas berkuatkuasa hari ini (BH 12/02)

Sama-samalah kita nantikan tindakan Anwar seterusnya dengan berita ini. Apa muslihat beliau nanti?

Nampaknya Anwar hanya mampu menangguhkan kejatuhannya yang sepatutnya berlaku 10 tahun lalu.

Selepas curi Tahun Baru Cina ini dipercayai pelbagai musibah lagi akan melanda PKR.

Selain perbicaraan kes liwat yang akan bersambung minggu depan, beberapa orang pemimpin PKR juga akan dijatuhi hukuman oleh MT parti itu kerana berbalah sesama sendiri.

foto hiasan:
good bye lenin ...at jpg
mygully.com

Thursday, February 11, 2010

Gunakan ISA terhadap blogger melampau



Ekoran tindakan Nik Aziz mengambil tindakan terhadap blogger yang menghinanya, bagi Demang nampaknya Nik Aziz sudahpun membuka jalan agar blogger yang melampau ditangkap polis.

Demang nak bagi maklumat tambahan pada Nik Aziz agar tindakan turut diambil kepda beberapa blogger yang menyiarkan gambar fitnah yang amat tidak bertanggung jawab.

Kalau Nik Aziz rasa meloya, tak selesa, dan 'segan-segan' dengan Anwar kerana 'dipasangkan' dengan Anwar melalui foto tersebut, apa pula perasaan Najib yang berketurunan pejuang Bugis yang banyak berjasa dan berkorban dalam usaha menyebar dan mempertahan Islam di nusantara, kini gambarnya dibuat seolah beliau seorang KAFIR!

Oh ya. Nik Aziz juga eloklah nasihatkan anak buahnya belajar sejarah dengan cara yang betul.





Foto diambil daripada beberapa blog termasuk dari Warisan Pahang

Kisah 3 blogger

Ini beritanya:

Bekas pembantu khas Anwar, Anuar Shaari serah gambar warga Pakistan yang dapat bantu jejak Raja Petra Kamarudin kepada polis Melaka pagi ini (BH 11/02)

Ini pula ulasan Demang:

Walaupun blogger Aduka tidak sedar kepentingan institusi beraja di Malaysia, akhirnya dia terpaksa akur bahawa dia tidak ada tempat lain untuk melarikan diri dan anak bini. Tanah Melayu ini sahajalah bumi yang dia ada. Maka dia menyerah diri.

Blogger Jeffry pula memang menyedari bahawa dia tidak mempunyai negara lain selain Malaysia untuk dihuni, justeru beliau marah dan kecewa pada mana-mana pihak yang cuba merosakkan kestabilan politik negara dan keharmonian antara kaum yang terjalin sekian lama.

Blogger Raja Putra? Demang tidak pasti dalam kategori manakah dia berada. Yang pasti, nampaknya sipengecut itu tidak begitu memerlukan negara ini. Setakat ini dia bebas bergerak di negara lain yang bersedia memberi perlindungan, kemudahan, dan keistimewaan padanya.

Demang fikir, kalau negara ini porak peranda, Raja Putra tak perlu risau apa-apa.

Kudeta di Perak


Nampaknya PAS tetap tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah memutuskan Nizar tidak berhak dan tidak layak menjadi MB Perak.

Asas penolakan parti itu ialah Sultan tiada hak memecat MB. Baginda cuma boleh melantik, bukannya memecat! Suatu peraturan yang cukup aneh.

Sebenarnya sultan tidak pun memecat Nizar, sekadar menasihatkan Nizar agar melepaskan jawatan setelah baginda berpuas hati bahawa Nizar tidak lagi memiliki sokongan majoriti di DUN.

Jika Nizar enggan meletakkan jawatan, bagaimana sultan boleh melantik MB yang baru? Akai ada ka?

Nik Aziz semalam menyifatkan peristiwa di Perak sebagai kudeta. Menuurut Kamus Dewan Edisi Ketiga 'Kudeta' ditakrifkan sebagai 'rampasan (perampasan) kuasa secara ganas atau tidak sah'. Justeru istilah 'kudeta' sering digunakan untuk rampasan kuasa menggunakan senjata.

Kudeta pun, kudeta lah tok guru. Habis... yang Anwar nak rampas kuasa 16 September tu, apa? Sotong kurita? Kenapa masa tu tak timbul pun pasal kudeta? Sebab tok guru ditawarkan takhta?

'Demo buat tak leh, ambo buat takpo'

Apa pun, Demang seronok menonton episod ini. Ia menanggalkan topeng PAS yang berpura-pura menyokong sistem kesultanan selama ini.

(Makin banyak Nik Aziz bercakap, lagi banyak dia buat silap)

foto hiasan tiada kena mengena dengan Nik Aziz dan Anwar. Tolong jangan saman!
Conflict Glob...or jpg
exporting.name

Wednesday, February 10, 2010

PAS dendam institusi beraja?

JOHOR BAHRU 9 Feb. - Seorang lelaki yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, hari ini menyerah diri kepada pihak polis.
Demang bukan nak sokong blogger tersebut tetapi merasa pelik dengan aduan itu.
Cuba lihat foto berikut:



Tidakkah gambar di atas mempersenda DS Rosmah?

Lihat pula foto dibawah? Bukankah DS Dr Zamry merupakan MB Perak yang sah?


Terdahulu, seorang blogger yang terang-terang menghina dan mencemuh Sultan Johor yang mangkat terpaksa menyerah diri kerana takut diancam rakyat yang marah.
Lihat petikan berita di bawah:
“Aduka atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani dari Rumah Rakyat Pancor di Paroi, Negeri Sembilan sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 29 Januari lalu kerana menghina kemangkatan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.”
Demang rasakan bahawa PAS berdendam dengan institusi beraja!
Lihat kenyataan Nizar yang mendakwa keputusan mahkamah dipengaruhi pihak tertentu:

"Tapi keputusan ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa institusi kehakiman masih lagi belum terlepas dan bebas daripada apa-apa pengaruh,"

Siapakah ‘apa-apa pengaruh’ itu? BN atau sultan?

Lihat kenyataan Nizar seterusnya:
"Maknanya kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara,"

Justeru aduan polis terhadap blogger yang menghina Nik Aziz seolah membalas dendam.


Sumber & foto:
blog Malaysiaheaven

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)