Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, February 12, 2010

Najib tidak mahu berpuas hati


Tindakan Zaharin Mohamed keluar PKR tidak mengejutkan tetapi BN tidak harus terbawa-bawa perkembangan politik dalam pakatan pembangkang: PM (BH 12/02)

Demang faham maksud Najib. Beliau tidak mahu UMNO dilihat kuat kerana pembangkang lemah sebaliknya UMNO mesti kuat secara mutlak. 'The best win'.

Percaya lah bahawa kekuatan secara relatif tidak akan kekal lama. Hal ini sedang berlaku pada PAS. Undi simpati serta bersalut emosi juga tidak boleh bertahan. Kemelut yang melanda PKR sekarang sedang membuktikan pendapat itu.

Justeru Najib telah menyediakan satu senarai yang panjang bagi memperkasa UMNO dan BN. Bukan sekadar menunggu pembangkang lemah. Ia sedang dilaksanakan satu persatu.

Sepatutnya pendirian Najib itu menjadi asas pada kecemerlangan rakyat Malaysia dalam semua bidang, bukan dalam politik sahaja.

Dalam diam, Najib sedang merubah paradigma rakyat tentang tafsiran kemenangan.

1 comment:

melayuangkat said...

InsyaAllah Cheguman, sama-samalah kita berdoa untuk yang terbaik buat bangsa dan Agama kita.

Semoga orang Melayu Islam Malaysia menjadi insan yang berSyukur dengan segala nikmat yang melimpah ruah disekeliling mereka dan berTerima Kasih kepada pejuang negara yang menyebabkan mereka berada di tanap sekarang.

Hargailah jasa orang dulu-dulu pada Negara, Bangsa dan Agama. Tidak rugi berSyukur atas segala kurniaan Illahi pada kita dan Negara.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)