Perubahan. Ungkapan keramat yang mendebarkan, bahkan menghairahkan audien. Maka bersembur-sembur ucapan keluar dari mulut sang pemimpin yang kononnya menerajui perubahan. Bagi melengkapkan ucapan maka disulam pula dengan kritikan-kritikan terhadap perkara yang telah diamalkan sekian lama.
Sebenarnya manusia hanya suka bercakap dan mendengar tentang idea perubahan padahal mereka sekadar seronok berdendang mengenainya, bukan sekali-kali untuk mempraktikkan pada diri sendiri.
Anjakan paradigma. Satu lagi ungkapan hebat. Memang sedap bunyinya. Melantun-lantun dan meletup-letup diucap lidah tak bertulang. Namun apa yang nak dianjakkan? Seluar dalam, sarung tetek, atau tilam?
Secara normalnya manusia mudah bosan dengan kelaziman. Rutin. Maka manusia-manusia yang menyedari hal ini dengan mudah memanipulasi kelemahan terbesar manusia ini bagi memancing pengaruh. Oleh kerana manusia bosan dengan sesuatu yang lazim dan stereotype maka diwarnakanlah objek-objek lama dengan kosmetik baru.
Maka mata yang memandang pun tertarik dan tertawan. Apatah lagi kerana ia belum digunakan, maka bertambah terujalah untuk mencubanya.
Padahal apabila diberi peluang untuk dilaksanakan maka tunggang langganglah jadinya.
Demikianlah kita sebagai rakyat Malaysia. Jangan mudah terpesona dengan janji-janji muluk yang belum pasti.
Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.
foto:
CHANGE jpg
gehspace.com
2 comments:
Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirassi ini bertujuan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar Ibrahim. Khalas. Period. Finito. The End. Fin.
Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan maka segala malaon dan pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia maka segala kerja-kerja jahat mereka - harta-harta rasuah mereka - kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat....
Jangan mudah terpesona dengan janji-janji muluk yang belum pasti...sambil tersenyum lebar terus baca disini
Pemilik blog Tukartiub tu adalah pengkhianat negara. Masa mudanya dihabiskan dengan menecmuh dan memburukkan negara. Apa jasa dia? Takde. Hanya orang bodoh yang masih ditipu dek bangsat tu.
Post a Comment