Tangguh punya tangguh akhirnya kes liwat Anwar Ibrahim akan melalui perbicaraan mahkamah esok.
Pihak polis hari ini meminta agar tidak berkumpul ramai-ramai dan akan mengambil tindakan kepada yang engkar.
Namun Demang jangkakan orang ramai akan penuh juga di sana esok. Maklumlah, kebanyakan penyokong pembangkang bukannya ada kerja tetap. Mereka mempunyai banyak masa untuk aktiviti seperti itu.
Tak kurang ramainya esok ialah pemimpin-pemimpin lapisan tengah pembangkang yang terdiri daripada YB-YB yang tiada portfolio tetap. Berhimpun dan menganjurkan perbagai perhimpunan adalah salah satu tugas utama mereka.
Demang jangkakan pemimpin peringkat atasan dalam pembangkang tidak ramai di sana esok. Bukan mereka tidak berminat sebaliknya mereka bimbang disoal pendirian mereka terhadap kes itu. Bimbang terlepas cakap. Maklumlah, lidah bukannya ada tulang.
Walaupun masih di peringkat awal, namun memang ramai pemimpin pembangkang yang jantungnya berdegup kencang.
"...kalaulah Pak Sheikh sangkut, siapa akan ganti untuk jadi PM nanti? Hj Hadi? Siapa pulak nak ganti Hj Hadi? Selama ni, bos aku YB... tak ngam dengan Hj Hadi. Susah jugak ni. Kalau Nik Aziz? Bini aku pun ada jugak bau-bau bacang dengan menantu dia. Hmmm molek jugok tu..."
Sebenarnya bukan orang UMNO sahaja mengharapkan Anwar sangkut!
Jom lihat blog baru
Cheguman Online.
No comments:
Post a Comment