Membaca kenyataan seorang pemimpin wanita PKR mengenai isu Yayasan Basmi Kemiskinan dalam HarakahDaily boleh memberi gambaran pada konsep kesamarataan yang parti itu perjuangkan.
Cukup mudah!
Jika sesebuah syarikat gagal membayar cukai taksiran maka harta mereka akan disita. Justeru YBK yang mewakili rakyat termiskin juga tidak terlepas daripada peraturan tersebut dengan alasan 'ketelusan'!
Jika demikian, siapakah yang akan membela mereka? Kenapa MB Khalid mengambil tindakan begitu mudah? Jawapannya pun mudah: kerajaan yang tidak berpengalaman akan menggunakan cara yang mudah kerana itulah sahaja takat kemampuan mereka.
Langkah menyelar pihak tertentu mempertahankan YBK juga bukan sesuatu yang 'berjiwa rakyat'. Malah menampakkan kecetekan usaha dalam menangani kemarahan rakyat marhaen.
Siapakah yang selama ini mendidik kanak-kanak membenci pemimpin negara? Bukankah itu kerja PAS dan PKR? Malah anak-anak muda mereka sanggup membakar bendera dan mengutuk pemimpin.
Sudah lupakah tentang blogger Aduka Taruna yang menghina almarhum sultan Johor baru-baru ini? Mana ada suara pemimpin pembangkang yang secara serius mengutuk blogger tersebut? Kenapa? Kerana blogger tersebut ahli PAS?
Sudah lupakah tentang kanak-kanak di PASTI yang diajar membenci Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM? Padahal beliau cuma menyahut cabaran pemimpin PAS agar menyiasat dan mengambil tindakan terhadap tuduhan salah laku seks yang dilakukan timbalan beliau itu?
Kenapa apabila Anwar diambil tindakan mereka mengutuk Mahathir pula?
No comments:
Post a Comment