Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, February 16, 2010

PAS muflis


Harakah Daily hari ini menyiarkan tajuk berkenaan UMNO yang menyambut Maulidurrasul dalam masa yang sama mengamalkan rasuah. Malah lidah rasmi PAS tersebut membayangkan seseorang yang melakukan kesalahan itu bukan orang Islam!

Demang malas nak komen kejumudan PAS itu cuma Demang nak tanya, rasuah yang mana? Bila? Siapa pelakunya? Dah report polis?

Demang tak nafikan gejala rasuah memang ada. Bukan di Malaysia sahaja malah di mana-mana negara. Malah di Malaysia, bukan kerajaan UMNO sahaja yang menyalahguna kuasa. Bukan di Pulau Pinang dan Selangor sahaja, di Kelantan yang lama di bawah kuasa PAS pun berlaku rasuah.

Rasuah datang bersama kuasa, bukan datang bersama UMNO atau Barisan Nasional.

Yang penting kerajaan sentiasa mempertingkat usaha memerangi rasuah. Lihat sahaja hampir setiap hari terdapat laporan pembongkaran kes rasuah. Ia tidak sahaja membabitkan pegawai polis di tepi jalan, malah ketua pengarah dan ahli politik di hotel berhawa dingin.

Jika pembangkang ada maklumat, sila kemukakan dan buat laporan. Jangan hanya menebar dakwaan umum begitu sahaja. Itu tidak bertanggung jawab namanya.

Lihat di Indonesia. Negara idola sesetengah pembangkang itu mencatat kadar rasuah yang amat tinggi. Singapura nampak bersih tetapi itu luaran sahaja. Negara itu nampak bersih kerana sistem mereka tidak mendedahkan masalah pemimpin kepada orang awam. Thailand, Filiphina, hatta Amerika juga berlaku penyalahgunaan kuasa.

Rakyat melihat apabila PAS mula main serkap jarang begitu ertinya PAS sudah tandus idea serta muflis isu. Ini membuktikan Najib sudah semakin berjaya membela rakyat.

Ternyata anakanda Tun Razak itu memang layak menakhoda negara.


foto:
382x382 - 64kB - jpg
www.nickworthey.com

3 comments:

Rahman said...

shiaaan org melayu islam.doa dah tak makbul,berkucar kacir,dengki mendengki,hasut menghasut,islamnya entah ke mana.serban makin tebal.janggut punyalah panjang.otak makin nipis.sebabnya makanan harian mcm telah dicampur bahan haram atau bahan kotor.mungkinkan ia sedang berlaku? logikkah? boleh percaya? agak2 siapa yg mungkin mencampurkannya? apa peranan jakim? apa langkah yg patut dilakukan?

Cheguman said...

sebut tentang makanan tercemar, kebetulan saya baru selesai menulis sebuah artikal mengenainya di http://morhabshi.blogspot.com

Anonymous said...

siapa pemimpin PAS yg rasuah.. pemimpin pR yg rasuah??? setaahu aku BN je bnyk rasuah,, jelas la.. nak pilih yg banyak ke sikit rasuah.. cam pilih kopi panas dan suam.. kikiki

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)