Blog adalah seperti sebuah diari. Tempat mencatat pengalaman peribadi. UniQnya blog, pemiliknya membenarkan ia dibaca oleh sesiapa sahaja hatta orang tak dikenali. Bahkan ia dibaca juga oleh musuh samada musuh itu kita kenal atau orang yang diam-diam menganggap kita sebagai musuh.
Blog boleh sahaja menjadi pentas manusia berlakon. Contohnya, seorang penagih dadah boleh sahaja mempunyai sebuah blog yang menggambarkan blogger tersebut seorang doktor pakar ataupun seorang penyangak yang menulis tentang amal maaruf nahi munkar.
Tidak mustahil syaitan juga boleh menjadi blogger asalkan mempunyai akaun Gmail.
Biarpun begitu, sehebat mana sekalipun lakonan akhirnya blogger akan menyingkap keperibadian sendiri. Keikhlasan atau kepuraan tidak mudah untuk dilakonkan, melainkan untuk sebentar sahaja.
Meski ia catatan suara hati sendiri namun apabila dikeluar dan dipamerkan kepada orang ramai makanya ia menjadi bahan umum. Samalah halnya jika kita sakit hati pada seseorang dan kita maki orang itu tak kiralah samada di depan mahupun di belakangnya.
Maka tika itu perkara yang asalnya milik peribadi sudah melibatkan hak orang lain.
Barangkali bukan sahaja Aduka Taruna yang perlu muhasabah diri.
Untuk makluman, saya telah melancarkan blog baru iaitu Cheguman Online yang akan menghimpunkan semua aktiviti saya dalam talian.
Blog eksklusif itu tidak akan menggantikan Waadat namun ia lebih pada bicara nurani yang akan dikunjungi oleh sesiapa sahaja. Maksud saya tanpa mengira agama, bangsa, mahupun fahaman politik.
Dengan segala hormatnya saya menjemput anda ke
sana.
foto hiasan:
blogger paso 1 jpg kerblogger.com
No comments:
Post a Comment