Sesekali Demang terfikir semula. Mengapa Tun memecat Anwar? Sudah nyanyukkah beliau?
Ketika beliau merancang pembinaan jambatan Pulau Pinang, ada pihak yang mendakwa ia sebuah projek gajah putih. Namun selepas itu jambatan kedua pula diminta.
Anda patut tahu perkara tersirat di sebalik pembinaan jambatan Pulau Pinang.
Kemudian beliau membina Putrajaya. Ada pula yang mengaitkannya dengan Taj Mahal serta membazir. Malah mereka mendakwa Putrajaya adalah istana beliau. Ternyata akhirnya Putrajaya menjadi mercu ketamadunan bangsa dan negara, berbanding Kuala Lumpur yang dibina Yap Ah Loy.
Anda patut tahu perkara tersirat di sebalik pembinaan Putrajaya.
Selepas itu litar Sepang pula dirancang. Beberapa pihak lantas menuduh ia adalah hadiah Tun untuk permainan anak-anaknya. Pemiikiran mereka gagal melihat Formula 1 sebagai saluran promosi negara.
Anda patut tahu perkara tersirat di sebalik pembinaan Litar Sepang.
Kenapa Tun memecat Anwar sedangkan beliau menjemput Anwar ke dalam UMNO dalam dulang emas? Anwar disediakan ruang dan lorong seluasnya serta dipercayakan memegang portfolio penting.
Walaupun surat layang dan surat rasmi bertalu-talu diterima beliau menceritakan pekerti Anwar di belakang umum namun Tun enggan menerima bulat-bulat.
Namun Tun tetap Tun.
Walaupun marah kepada Margaret Thacher namun diam-diam mengumpul pelajar terbaik untuk mencuri ilmu di Britain.
Meskipun tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman yang lantang mengkritiknya namun menamakan pusat pentadbiran negara sebagai Putrajaya.
Justeru biarpun tidak mahu mempercayai tuduhan yang dibuat ke atas Anwar, Tun mengarahkan siasatan khas dibuat.
Maka itulah keputusannya.
foto:
Mahathir jpg
kbistari.uum.edu.my
No comments:
Post a Comment