Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, March 10, 2010

Mazlan Aliman ditangkap


Demang membaca berita dalam HarakahDaily dengan dahi berkerut; kebetulan orang dalam gambar di sebelah juga sedang berkerut dahinya. Pening kepala agaknya.


Siapa Mazlan Aliman? Keterangan selanjutnya memberitahu bahawa beliau adalah ketua persatuan anak peneroka atau ANAK.

Sekali lagi dahi Demang berkerut. Namun Demang rasa wanita di bawah lebih banyak kerut dahinya. Kasihan, Kak Wan. Sepatutnya dalam usia begini beliau berehat di rumah bermain dengan cucu atau kucing setelah sekian lama berkhidmat di hospital atau klinik sendiri. Sudahlah perkahwinan tidak direstui ibu bapa sendiri, suami pula macam-macam hal.

Barangkali inilah bahana kahwin lari.



ANAK? Teringat pula lagu sekitar 80an nyanyian Freddy Aguilar.

Demang segera menghubungi sahabat-sahabat di NS dan Pahang yang serupa dengan Demang iaitu anak peneroka Felda. Mereka juga rupa-rupanya tidak begitu mengenali Mazlan yang mendakwa ketua anak peneroka itu. Kalau ketua tak kenal anak buah, itu memang lazim. Namun dalam kes ini ketua yang tak dikenali oleh 'pengikut', apa hal?

Kebetulan, Demang dapati blogger Aspirasi Bangsa juga turut mempersoalkan kewajaran Mazlan Aliman sebagai wakil anak Felda. Bahkan siasatan Demang mendapati pertubuhan tersebut tidak pernah didaftarkan atau diaju pendaftarannya pada kementerian.

Walau bagaimanapun Demang ucapkan tahniah kepada bung Mazlan kerana berjaya memprovokasi pihak berkuasa sehingga ditahan. Penahanan tersebut amat penting kerana ia menjadi modal politik bagi meletakkan nama sebaris dengan pejuang yang pernah ditangkap.

Sebagai meraikan kejayaan tersebut, Demang tujukan lagu ANAK ini kepada Mazlan dan rakan-rakannya:

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia


Demang rasa Mazlan memang sesuai jadi Presiden ANAK tersebut, sesuai dengan lirik lagu di atas.

foto hiasan:
Anwar Ibrahim jpg
minaq-jinggo.fotopages.com
moment anwar 0908 jpg


Lirik:
http://www.liriklagu.com/liriklagu_ei/FreddyAguilar_Anak.html

Tuesday, March 9, 2010

Hj Hadi tolak janda?


Dalam kontaks munakahat, YB Zulkifli Nordin dan rakan-rakan beliau sudah dikira janda. Janda PKR.

Yang mana janda berhias dan yang mana janda biasa? Maaf, Demang sekadar bergurau. Yang sudah berumur tidak semestinya bukan janda berhias dan yang muda belum tentu layak bergelar janda berhias.

Kalau dilihat pada populariti, YB Zul boleh lah dianggap janda berhias. Tak kisahlah 'berhias' itu merujuk pada wajah dan tubuhnya atau 'berhias' dari segi barang kemas dan harta yang dimilkinya.

Pendek kata, sesiapa yang berjaya menambat hati dan memiliki YB Zul memang beruntung.

Aset pertama YB Zul ialah kerusi parlimen yang disandangnya. Kalau UMNO berjaya memikat MP tersebut maka bertambahlah sebuah lagi kerusi kerajaan BN.

Aset kedua YB Zul ialah isu yang sedang dibawanya yang menjadikan beliau wira rakyat. Isu pertama ialah pembongkaran strategi mubaligh kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka bagi menyusup jarum fahaman ke minda anak-anak orang Islam di negara ini.

Tindakan segelintir penganut kristian itu bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan yang dipersetujui bersama malah menaikkan suhu sensitiviti rakyat.

Isu kedua ialah pendedahan beliau bahawa terdapat usaha terancang untuk mengaktifkan ideologi sosialis di tanah air kita. Lain kali Demang perincikan perkara ini.

Kedua-dua isu yang sepatutnya diberi perhatian oleh semua pemimpin tanpa mengira fahaman parti itu rupa-rupanya tidak disenangi beberapa pihak dalam PKR. Justeru YB Zul yang sepatutnya diberi ucapan tahniah menerima nasib sebaliknya. Bahkan beliau disingkir oleh rakan-rakan yang sepatutnya menyokong perjuangan Islam tersebut.

Apabila YB Zul tersebut dicerai oleh Anwar, maksud Demang PKR, Demang sangka Hj Hadi atau PAS lah yang akan melamarnya.

(Kebetulan dalam politik tidak ada tempoh edah. Semalam berpisah, pagi ini dah boleh ijab dengan pasangan baru. Tapi jangan serentak. Itu khianat namanya. Dah ramai yang dibunuh kerana bermain kayu tiga).

Namun PAS tidak tergamak mengahwini janda sahabat sendiri. Demang tidak pasti kenapa. Barangkali perbuatan tersebut dilihat tidak bermoral atau kurang manis. Seolah sebelum ini PAS memang kemaruk pada 'kepunyaan' sahabat sendiri dan berharap dapat memilikinya suatu hari nanti. Barangkali PAS takut dituduh berdoa supaya sahabatnya cepat mati!

Namun bagi Demang, ini bukan soal nikah-kahwin, janda atau anak dara! Hal ini berkaitan perjuangan menegakkan kebenaran menggunakan sumber-sumber dan kaedah yang BENAR. Bukan meletakkan sasaran dan berusaha mendapatkannya tanpa memperdulikan hak atau bathil.

YB Zulkifli Nordin telah mendedahkan dengan lengkap termasuk bukti bahawa penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian bertujuan memalingkan akidah ummat Islam di negara ini.

Lebih merbahaya lagi, sasaran dakyah mereka ialah kanak-kanak di sekolah rendah dan ke bawah. Mereka mengumpan kanak-kanak dengan makanan ringan, mainan kecil, dan komik kartun secara percuma.

Mereka tidak mengatakan Tuhan itu tidak ada. Bahkan mereka mengakui bahawa Tuhan sebenar bernama Allah. Ia sejajar dengan kefahaman asal anak-anak muslim bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah. Pada peringkat awal, mereka tidak menafikan Muhammad Rasulullah. Cuma, meraka tidak menyebut tentang Rasululullah. Ia bukan sesuatu yang tidak disengajakan.

Mereka menggunakan kaedah amat halus sehingga ibu bapa tidak sempat mengesan pemesongan akidah anak mereka sehinggalah kanak-kanak itu akil baligh dan memohon pertukaran agama menjelang dewasa!

Pada masa itu nasi sudah menjadi bubur.

Memang perlembagaan negara kita melarang sama sekali orang Islam menukar agama tetapi malaikat di dalam kubur tidak memerlukan surat JAKIM bagi menghumban anak orang Islam (nauzubillah) ke dalam neraka.

Nampaknya PAS mengkesampingkan itu semua demi menjaga hati dan perasaan rakan-rakan pembangkangnya.

Demang fikir Nik Aziz juga perlu menjalani proses pemulihan akidah sebagaimana para pemimpin Al Arqam suatu ketika dulu. Lagipun Demang rasa Ustaz Ashaari lebih hebat daripada Murshidul Am PAS itu.

Malah, ramai ulama Syiah lebih hebat ilmunya berbanding ulama dalam PAS. Namun itu tidak menghalang mereka daripada terbabas!



foto sekadar hiasan.

Monday, March 8, 2010

Saya Anak Malaysia


Pembantu stesyen petrol menggawang tangan memberi isyarat agar Demang mengundurkan kereta dan memasuki pam melalui sebelah kanan. Sebenarnya Demang terlupa kedudukan tempat pengisian petrol kereta yang Demang pandu itu.

"Itulah, banyak sangat kereta sampai lupa." pembantu pam itu menegur secara berseloroh."

"Sebenarnya kereta ni guna NGV. Jarang guna petrol". Sahut Demang sambil ketawa kecil.

Perbualan tersebut seolah-olah kami sudah saling mengenali padahal itulah kali pertama Demang menjejaki pekan kecil di negeri yang beradat Pepatih itu. Sudah tentu pekerja tersebut hanya serkap jarang apabila berkata 'banyak sangat kereta'.

Sebenarnya tidaklah banyak. Cuma Demang suami isteri masing-masing mempunyai kereta bagi memudahkan ke tempat kerja. Selain itu jika Demang ke luar kawasan, orang rumah tidaklah 'patah kaki'.

Terkaan pekerja stesyen tadi mudah mengena kerana dia berkata berdasarkan kelaziman rakyat Malaysia yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta.

Demang teringat ketika bersekolah dulu Demang biasa mendengar cerita tentang Brunei. Kata orang, setiap keluarga di Brunei mesti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta. Wah, hebatnya Brunei. Sedangkan ketika itu di kampung Demang yang mengandungi lebih 300 keluarga, jumlah kereta sekitar 30 buah sahaja (anggaran nisbah 1 kereta 10 rumah).

Hari ini bukan sahaja setiap keluarga di negara kita memiliki kereta, malah lebih daripada sebuah. Bukan itu sahaja, ramai kalangan kita yang menjadikan aktiviti menukar kereta sebagai suatu hobi. Walaupun Demang tidak termasuk golongan itu namun sejak 1995, Demang sudah 7 kali membeli kereta (purata sekali setiap dua tahun!).

Anehnya, ada rakyat Malaysia yang kata kerajaan tak buat apa-apa sepanjang tempoh 50 tahun merdeka!

foto
malaysia 1 jpg
wettsteinreisen.ch

rayuan Anwar ditolak lagi


Sebentar tadi Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Anwar Ibrahim bagi mengisytihar pemecatannya sebagai TPM dan Menteri Kewangan pada 1998 sebagai tidak sah. (BH SMS)

Sebenarnya Demang pun tak perasan permohonan Anwar tersebut. Bukan sahaja tak perasan malah sedikit terkejut. Bagi Demang permohonan tersebut tidak munasabah sama sekali. Nampak sangat Anwar kehabisan modal.

Takkanlah Anwar secetek itu pengetahuannya tentang undang-undang? Ke mana perginya para penasihat undang-undang serta peguam berkalibernya? Atau Dr Mahathir dulu tidak mengingatkan Anwar bahawa lantikan sebagai TPM bukanlah kewajipan seorang PM?

Setahu Demang PM berhak melantik atau tidak melantik seseorang Timbalannya. Selain itu PM juga berhak membentuk seberapa banyak kabinet serta menentukan menteri beliau.

Demang tahu Anwar dan para penasihat beliau bukan bodoh. Kalau bodoh takkan lah dipercayakan menjadi TPM dan menteri kewangan. Demang juga bukanlah bodoh mempertikai permohonan Anwar. Kalau Demang bodoh, hakim mahkamah tadi bodohlah juga kerana mempunyai pendapat yang sama dengan Demang.

Demang nak ulang kata-kata orang yang arif dengan perundangan bahawa undang-undang perlu dilihat pada semangatnya bukat setakat membaca yang tertera. Justeru pemecatan Anwar adalah relevan.

Persoalan tentang kenapa Anwar membantah mudah sahaja. Orang yang sedang lemas akan mencapai apa sahaja, hatta seketul tahi yang sedang terapung. Jadi tak perlulah kita kata dia bodoh kerana memegang najis itu.


foto:
shit jpg
mysurface.byexamples.com

Sunday, March 7, 2010

impian kesejahteraan kaum cina

Sebentar tadi Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-56 dengan kehadiran lebih 200 perwakilan dan 19 ahli CC.

Demang ucapkan selamat bermesyuarat. Muafakatlah baik-baik sesama kaum dan cari jalan terbaik untuk menambah kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Demang doakan semua perwakilan meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan perjuangan. Terlalu banyak nikmat yang telah kaum Cina kecap daripada kekayaan dan kemakmuran negara.

Demang katakan tadi bahawa berbincanglah sesama kaum. Bersatu dalam kaum sendiri jangan dianggap sebagai bersifat perkauman. Bahkan membantu kalangan kaum sendiri juga bukan sifat rasis yang patut dicemuh.

Cuma, dalam usaha membela kaum sendiri kita perlu sedar bahawa bukan hanya kaum kita yang menghuni negara ini. Kaum-kaum lain ada hati dan perasaan mereka yang tersendiri. Mereka juga ada kehendak dan keperluan yang mahu dipenuhi.

Bantulah orang lain mencapai keinginan mereka nescaya orang lain pula akan membantu mencapai impian kita.

Saturday, March 6, 2010

Penyingkiran Zulkifli suatu konspirasi?

Akhirnya perkhabaran yang tidak begitu mengejutkan Demang tiba jua. Cuma yang Demang tidak menyangka ialah beliau dipecat, bukannya keluar dengan rela. Yang Demang maksudkan ialah berita berikut:

"BH 06/03: Majlis Pimpinan Pusat PKR sebentar tadi pecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, dan didesak kosongkan kerusi Parlimen."

Masih Demang ingat 10 tahun dahulu Anwar dibacakan satu senarai pertuduhan dan diminta penjelasan di hadapan barisan kepimpinan tertinggi UMNO. Seingat Demang ketika itu Anwar diberi peluang seluas-luasnya untuk menafikan semua tuduhan tersebut.

Demang masih ingat betapa sebahagian besar pemimpin pada ketika itu adalah rakan-rakan dan penyokong Anwar sendiri. Malah populariti Anwar dalam UMNO tika itu adakalanya mengatasi Dr Mahathir sendiri.

Namun itu semua tidak bermaksud Anwar akan dipertahankan. Apabila keterangan yang dibuat Anwar gagal menyakinkan majoriti AMT maka Anwar diminta berundur sebagai mengambil pertanggungjawaban. AMT UMNO tidak mahu kesalahan yang dilakukan Anwar terpalit pada UMNO.

Dengan kata lain Anwar sudah menjadi liabiliti kepada parti yang dipimpinnya. Oleh kerana Anwar enggan, maka keputusan terpaksa diambil untuk memaksanya keluar.

Bagaimana pula dengan Zulkifli Nordin?

Beberapa hari lalu Demang menyentuh tentang video YB tersebut yang menunjukkan pendirian beliau dalam isu semasa. Dalam rakaman tersebut mendedahkan dua perkara:

1) PKR sedang mengalami perubahan akibat resapan ideologi sosialis yang terang-terang sedang merubah jasad dan kalbu parti itu.

2) Permohonan pihak tertentu memohon penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka bertujuan untuk menyebarkan agama mereka dalam kalangan orang Islam, terutamanya kanak-kanak.

YB Zulkifli tidak membuat dakwaan kosong sebaliknya mengemukakan bukti-bukti bercetak dan bahan-bahan sebenar.

Jelas bahawa pemecatan Zulkifli adalah satu konspirasi bagi menghentikan pendedahan dan perjuangan beliau bagi menyekat fahaman sosialis dan juga strategi pihak tertentu merosakkan akidah kanak-kanak Islam di negara ini.

Perlu diingat bahawa Perlembagaan negara ini dalam meletakkan Islam sebagai 'agama persekutuan', dan dalam masa yang sama membenarkan agama lain diamalkan oleh penganutnya sama sekali tidak membenarkan penyebaran agama lain kepada penganut Islam. Apatah lagi kanak-kanak sebagaimana yang didedahkan YB Zulkifli Nordin.

Friday, March 5, 2010

PAS terlepas dan melepas

Sebenarnya melepas dengan terlepas tidaklah jauh bezanya. Kedua-duanya daripada kata dasar 'lepas'.

Itu mukaddimahnya, sekadar berbasa basi, kata orang.

Demang dan barangkali ramai lagi rakyat Malaysia beragama Islam melihat betapa PAS telah melepaskan peluang keemasan apabila gagal mengambil kesempatan atas kelemahan UMNO selama 10 tahun ini.

Berapa lama lagi tempoh peluang yang PAS perlukan agaknya? Adakah 10 tahun tidak cukup panjang? Isu apa lagi yang mujarab PAS gunakan? Adakah perpecahan UMNO sehingga terpecatnya timbalan presiden UMNO belum cukup besar untuk PAS gunakan bagi menghenyak UMNO?

Kenapa isu liwat yang didakwa hanya fitnah dan konspirasi tidak mampu menarik simpati rakyat untuk menolak UMNO? Kenapa orang Melayu tetap menyokong UMNO biarpun parti itu dikatakan 'menolak' hudud?

Dengan sebegitu banyak isu sehingga UMNO dianggap seperti sebuah bahtera yang hampir karam, PAS masih gagal menenggelamkan UMNO. Bahkan, PAS pula akhirnya sedang tenggelam!

Justeru Demang fikir para penyokong PAS perlu menilai semula perjuangan PAS. Fikirkan, kenapa Allah Taala tidak izinkan PAS memerintah. Cuba kaitkan dengan doa, solat hajat dan permohonan alim ulama serta sekalian rakyat selama ini.

Bukankah kita pohon Allah Taala beri kemenangan kepada pihak yang benar? Bukankah kita minta Allah Taala tunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah? Kenapa masih enggan akur? Kenapa kita tabirkan kebenaran dengan keegoan?

Sekadar 'terlepas' masih tidak mengapa tetapi jangan sampai 'melepas'. Itu khianat namanya.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)