Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, June 11, 2010

minyak dan syirik


“Percaya pada minyak ni, syirik”. Kata seorang pengunjung bernama Nasir. (info minyak ini)

Pagi ini Demang buka blog Morhabshi dan terjumpa komen di atas. Nampaknya mudah benar menjatuhkan hukum pada orang. Agaknya beliau ini salah seorang penjaga tiket syurga-neraka.

Maknanya, siNasir ini keturunan malaikat lah. Beliau tidak perlu makan, minum, dan berubat. Beliau juga tidak berkahwin dan berkehendak. Beliau tidak perlu berikhtiar kerana beliau bukan manusia.

Selalunya, orang macam Nasir ini adalah penyokong PAS. Kalau idak pun, mereka mempunya persamaan yang jelas.

Baru-baru ini seorang pengunjung lain blog Waadat mendakwa DEB adalah contoh yang membuktikan UMNO adalah parti assobiyah atau perkauman. Namun apabila Demang tanyakan sejarah DEB dan perlaksanaannya, beliau tidak dapat menjawab. Kemudian dilencongkan perbincangan ke arah lain.

Demang faham, penyokong PAS tahu tentang hadis dan Al Quran tetapi mereka tidak faham sangat tentang perjalanan politik negara selain daripada yang diberitahukan oleh pemimpin PAS lain. Bahkan kalau ditanya tentang sejarah negara pun ramai yang tidak begitu mahir.

Lantas mereka berhujah tidak kena pada tempatnya. Mereka kemukakan hadis assobiyah dan mengaitkan dengan DEB. Hadis tersebut betul tetapi mengatakan DEB itu zalim terhadap kaum lain adalah salah sama sekali. BN dan UMNO tidak pernah mengambil lebih daripada hak yang sepatutnya untuk orang Melayu. Bahkan hak orang Melayu lah yang diambil saban waktu.

Contohnya, walaupun populasi orang Melayu-bumiputera ialahh 66.6% namun dalam DEB orang Melayu mendapat peruntukan 30% SAHAJA!

Orang PAS tahu sikit-sikit je tentang ini. Yang sikit itu pun dilupakan demi parti PAS.

baca; Cheguman bercerita tentang asal usul DEB menggunakan contoh sebenar.

Thursday, June 10, 2010

perlukah Melayu dibantu?


Demang percaya penyokong parti chauvinist DAP akan kembali menyerang BN berikutan pembentangan RM ke10 siang tadi.

Sementara itu, beberapa hari lalu terdapat pengunjung Waadat yang mendakwa BN zalim manakala UMNO bersikap assobiah. Dengan selamba pengunjung tersebut mengatakan bahawa DEB merupakan bukti bahawa UMNO itu assobiah.

Maka Demang percaya, PKR juga akan mendendangkan nada yang sama menuduh kerajaan bersikap zalim kepada bukan Melayu apabila mencadangkan pelbagai usaha membantu orang Melayu dan bumiputra.

Bagi yang kurang jelas sebab musabab kerajaan melaksanakan DEB (atau apa sahaja program bagi membantu orang Melayu dan bumiputera) sila lihat sini. Cheguman memaparkan kisah benar yang mendorong kerajaan meneruskan usaha membantu orang Melayu dan bumiputra. Lihat sini.



foto hiasan:
469x368 - 43kB - jpg

dailyfizz.wordpress.com

wajarkah Anwar dipecat?


Ketika hampir terlelap di katil malam tadi, terlihat temubual dengan Tun Mahathir di kaca TV.

"Kenapa bantuan ke Ghaza tidak dilakukan melalui jalan darat?" tanya si penemubual. Mata Demang yang makin layu tak sempat mengecam siapa lelaki itu.

Tun Mahathir tersenyum. Beliau menjelaskan usaha melalui jalan darat sudah dilakukan namun tidak banyak bantuan dapat dibawa. Penduduk di sana tidak hanya memerlukan makanan dan pakaian, bahkan bahan binaan kerana musanah dibedil penjenayah Yahudi.

Beliau juga menjelaskan kesulitan mendapatkan kapal kerana kebanyakan pemilik kapal enggan menyewakan kapal mereka kerana risiko yang tinggi. Malah syarikat insuran pun enggan terlibat.

Penggunaan kapal terbang pula memakan kos yang amat besar.

Rupa-rupanya sudah lama Tun Mahathir berjihad di Ghaza. Jika tidak peristiwa penawanan minggu lepas, kita tidak tahu pun usaha jihad negarawan kita itu selepas persaraan beliau.

Sedangkan pihak lain sibuk bercakap, berpidato, dan berangan-angan nak berbakti... Berbakti dengan bercakap!

Akhirnya Demang terlelap dan pagi tadi Demang dengar berita yang bantuan ke Ghaza akan diteruskan melalui udara pula.

Tun memang tabah dan tetap akan melakukan sesuatu yang diyakininya benar walaupun dihalang!

Demang teringat bagaimana beliau terpaksa memecat TPM (Anwar) walaupun sedar risikonya. Beliau tidak akan melakukannya jika hanya mendengar khabar yang tidak pasti!

Tuesday, June 8, 2010

antara Yahudi dan PAZ


Salah satu keunikan agama Yahudi ialah bangsa lain tidak boleh menganut agama tersebut. Hal ini kerana Yahudi menganggap bangsa lain adalah hina manakala bangsa mereka adalah pilihan Tuhan.

Di Malaysia, ada satu ajaran iaitu berkerjasama dengan kumpulan tertentu hukumnya haram. Bahkan ahli kumpulan yang dimusuhi mereka itu dianggap terkeluar dari Islam walaupun diketahui ahli kumpulan tersebut mengucap dua kalimah syahadah, solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan haji.

Kekafiran kumpulan berkenaan diputuskan kerana kumpulan tersebut cuba melaksanakan undang-undang Islam beransur-ansur sedangkan kumpulan yang satu lagi bercadang melaksanakan sekaligus.

Dulu, kumpulan lawan itu juga dianggap kufur kerana bekerjasama dengan kaum lain. Namun sekarang fatwa tersebut mungkin sudah dimansuhkan kerana kumpulan yang menuduh juga menjalin hubungan dengan kumpulan chauvinist yang menyanjungi komunis.

Apa nama kumpulan songsang yang Demang maksudkan?

Apa nama sekalipun tak penting lagi jika kumpulan tersebut terang-terang menolak perpaduan sesama Islam.

Malah seorang ketua cawangan Perak dengan sombong menyatakan 'lebih baik bergabung dengan kafir daripada bersatu dengan kumpulan Islam lain'.


foto hiasan:
koleksi

Monday, June 7, 2010

Pemuda kita pengecut


Demang dapati setakat ini belum ada satu badan pun daripada golongan muda baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang yang mampu mengetengahkan tindakan lebih berkesan bagi menyekat kelakuan samseng dan tidak bertamadun Zionis daripada berulang.

Pemuda BN masih seperti selalu; mengecam dan mengutuk. Itu sahajakah yang mereka tahu? Begitu juga Angkatan Muda Keadilan yang terus ketandusan idea dan mengulangi lagu lama; mengecam dan mengutuk.

Perkasa cuma bertindak lebih rajin dengan membina patung PM Israel dan mengaraknya keliling bandar untuk direjam dengan batu oleh orang ramai.

Konsepnya sama sahaja; mengecam dan mengutuk.

Manakala pemuda PAS kelihatan ragu-ragu dan belum dilihat bersungguh-sungguh dengan tindakan bantahan. Agaknya masih mencari idea baru atau malu kerana nanti dianggap menyokong usaha Tun Mahathir yang pernah dicap sebagai Mahafiraun oleh mereka.

Apapun, semuanya sama sahaja. Balik-balik kutuk, kecam. Habis-habispun, boikot produk Israel.

Kemudian, segala-galanya akan kembali seperti biasa semula. Orang Islam akan kembali menjalani rutin harian. Produk-produk kegemaran akan dibeli semula tanpa mengira buatan siapa.

Syarikat-syarikat Yahudi tidak perlu risau dengan tindakan kutuk, kecam, dan boikot sebab ia takkan berlaku lama. Paling-paling pun jualan mereka akan merosot beberapa peratus. Dengan sedikit kreativiti dan inovasi dibantu promosi, ia dapat ditingkatkan semula. Silap-silap lebih hebat berbanding sebelum ini.

Padahal semua orang tahu kenapa Yahudi berani berlaku biadap. Malah kita juga tahu bahawa ini adalah mesej jelas daripada Tuhan kepada ummat Islam agar bersatu.

Penat sungguh Rasulullah menyatukan ummat Islam yang akhirnya dipecah belahkan pemimpin politik dan ulama politik.

Bacul sungguh pemuda Islam hari ini. Tidak ada satupun sayap pemuda dari mana-mana parti yang berani menggerakkan perpaduan sejati. Masing-masing sudah dikepit telurnya oleh pemimpin veteran dalam parti masing-masing.

PAS sudah mengisytiharkan bahawa lebih baik bergabung dengan kafir daripada berbaik dengan UMNO.

Maka generasi muda dalam PAS takkan berani menyanggah fatwa tok-tok guru mereka. Mereka bukan sahaja takut dianggap derhaka malah percaya bahawa tindakan menyanggah tok guru boleh menyekat daripada mencium bau syurga.

Apabila tiada penyatuan dalam Islam, Yahudi teruslah bebas bermaharaja lela. Dan, orang Islam dari semasa ke semasa akan berarak di jalanraya mengutuk dan mengecam!

Yahudi amat faham sikap ummat Islam sejak dulu hingga kini. Buatlah apapun; orang Islam sudah terbius dengan pegangan fahaman masing-masing yang diwartakan pemimpin masing-masing. Bahkan, ia lebih dipatuhi berbanding ajaran Islam sebenar!

Demang lihat orang Islam berpolitik seolah menganut agama baru dan pemimpin dipatuhi lebih daripada nabi.

Ajaran Rasulullah agar seluruh ummat Islam bersatu dan patuh pada satu arahan hancur lebur!

Kenapa orang Islam tidak mahu bersatu? Jawabnya, pemimpin lah yang tidak mahu bersatu. Kenapa? Sebab jika tinggal satu kumpulan, siapa yang akan menjadi ketua? Maka biarlah berpecah belah asalkan tetap menjadi ketua yang utama.

Manakala generasi muda pula tak berani langsung menyanggah pemimpin masing-masing walaupun semua orang tahu sebab utama Yahudi berani terhadap orang Islam ialah kerana orang Islam tidak bersatu.

Generasi muda sekarang memang pengecut dan bodoh tanpa mengira parti atau fahaman!



foto:
600x400 - 43kB - jpg

www.myspace.com

Saturday, June 5, 2010

anwar, amerika, rahsia negara

Kapal bantuan Gaza, Rachel Corrie yang turut bawa aktivis Malaysia dilaporkan dikepung beberapa bot Israel, semua komunikasi diputuskan: AFP

Komen Demang? Tak guna dipersalahkan zionist itu. Islam dah memberi peringatan jelas dalam Al-Quran. Fakta sejarah juga penuh tertulis dengan kejahatan mereka.

Yang patut kita ambil tindakan ialah manusia-manusia yang membuka peluang kepada Yahudi menjahanamkan manusia.

Sebentar tadi berita TV3 menyiarkan tindakan seorang bekas tentera Myamar yang mengkhianati negaranya dengan mendedahkan rahsia kepada musuh.

Demang juga membantah pembinaan senjata nuklear oleh mana-mana negara tetapi adalah lebih zalim lagi kalau dunia membenarkan beberapa negara memiliki senjata pemusnah tersebut dan menghalang negara lain membinanya.

Yang penting, individu tersebut adalah pengkhianat. Sesiapa sahaja yang mengadakan hubungan peribadi dengan negara asing yang boleh mengancam kerajaan yang dipilih rakyat adalah pengkhianat besar.

Pendedahan Harakah kelmarin yang membawa maksud adanya hubungan Anwar dengan Amerika adalah suatu yang amat ditakuti.

Dalam kedudukan Anwar yang begitu terdesak untuk melepaskan diri, apakah yang telah dibocorkan kepada Amerika?

Anwar pernah memegang dan menyimpan banyak rahsia besar negara. Demang harap perkara ini tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.


Sumber:
BH 05/06

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)