Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, June 7, 2010

Pemuda kita pengecut


Demang dapati setakat ini belum ada satu badan pun daripada golongan muda baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang yang mampu mengetengahkan tindakan lebih berkesan bagi menyekat kelakuan samseng dan tidak bertamadun Zionis daripada berulang.

Pemuda BN masih seperti selalu; mengecam dan mengutuk. Itu sahajakah yang mereka tahu? Begitu juga Angkatan Muda Keadilan yang terus ketandusan idea dan mengulangi lagu lama; mengecam dan mengutuk.

Perkasa cuma bertindak lebih rajin dengan membina patung PM Israel dan mengaraknya keliling bandar untuk direjam dengan batu oleh orang ramai.

Konsepnya sama sahaja; mengecam dan mengutuk.

Manakala pemuda PAS kelihatan ragu-ragu dan belum dilihat bersungguh-sungguh dengan tindakan bantahan. Agaknya masih mencari idea baru atau malu kerana nanti dianggap menyokong usaha Tun Mahathir yang pernah dicap sebagai Mahafiraun oleh mereka.

Apapun, semuanya sama sahaja. Balik-balik kutuk, kecam. Habis-habispun, boikot produk Israel.

Kemudian, segala-galanya akan kembali seperti biasa semula. Orang Islam akan kembali menjalani rutin harian. Produk-produk kegemaran akan dibeli semula tanpa mengira buatan siapa.

Syarikat-syarikat Yahudi tidak perlu risau dengan tindakan kutuk, kecam, dan boikot sebab ia takkan berlaku lama. Paling-paling pun jualan mereka akan merosot beberapa peratus. Dengan sedikit kreativiti dan inovasi dibantu promosi, ia dapat ditingkatkan semula. Silap-silap lebih hebat berbanding sebelum ini.

Padahal semua orang tahu kenapa Yahudi berani berlaku biadap. Malah kita juga tahu bahawa ini adalah mesej jelas daripada Tuhan kepada ummat Islam agar bersatu.

Penat sungguh Rasulullah menyatukan ummat Islam yang akhirnya dipecah belahkan pemimpin politik dan ulama politik.

Bacul sungguh pemuda Islam hari ini. Tidak ada satupun sayap pemuda dari mana-mana parti yang berani menggerakkan perpaduan sejati. Masing-masing sudah dikepit telurnya oleh pemimpin veteran dalam parti masing-masing.

PAS sudah mengisytiharkan bahawa lebih baik bergabung dengan kafir daripada berbaik dengan UMNO.

Maka generasi muda dalam PAS takkan berani menyanggah fatwa tok-tok guru mereka. Mereka bukan sahaja takut dianggap derhaka malah percaya bahawa tindakan menyanggah tok guru boleh menyekat daripada mencium bau syurga.

Apabila tiada penyatuan dalam Islam, Yahudi teruslah bebas bermaharaja lela. Dan, orang Islam dari semasa ke semasa akan berarak di jalanraya mengutuk dan mengecam!

Yahudi amat faham sikap ummat Islam sejak dulu hingga kini. Buatlah apapun; orang Islam sudah terbius dengan pegangan fahaman masing-masing yang diwartakan pemimpin masing-masing. Bahkan, ia lebih dipatuhi berbanding ajaran Islam sebenar!

Demang lihat orang Islam berpolitik seolah menganut agama baru dan pemimpin dipatuhi lebih daripada nabi.

Ajaran Rasulullah agar seluruh ummat Islam bersatu dan patuh pada satu arahan hancur lebur!

Kenapa orang Islam tidak mahu bersatu? Jawabnya, pemimpin lah yang tidak mahu bersatu. Kenapa? Sebab jika tinggal satu kumpulan, siapa yang akan menjadi ketua? Maka biarlah berpecah belah asalkan tetap menjadi ketua yang utama.

Manakala generasi muda pula tak berani langsung menyanggah pemimpin masing-masing walaupun semua orang tahu sebab utama Yahudi berani terhadap orang Islam ialah kerana orang Islam tidak bersatu.

Generasi muda sekarang memang pengecut dan bodoh tanpa mengira parti atau fahaman!



foto:
600x400 - 43kB - jpg

www.myspace.com

3 comments:

Wake UP! said...

Kecam dan kutuk hanya ucapan. Ucapan tiada makna tanpa tindakan.

Siapa ingin memulakan tindakan? PGPO dah memulakan serangan terhadap Israel dengan menghantar bantuan kemanusiaan.

Serangan harus bijak bukan dengan peluru atau bom tetapi dengan bantuan kepada penduduk Gaza.

Lies by the Israeli terrorists.

Cheguman said...

wake up,
Serangan guna makanan? Klu minggu lepas saudara usulkan begitu, pasti org ramai akan kata ia tindakan bodoh.

Hari ini, baru org tahu wlupun bantuan itu dikira gagal namun ia berjaya mendapatkan bukti kejahatan Israel. Akibatnya seluruh dunia membantah dan Israel sukar memberi alasan lagi.

Tun M memang bijak.

Cheguman said...

wake up,
Serangan guna makanan? Klu minggu lepas saudara usulkan begitu, pasti org ramai akan kata ia tindakan bodoh.

Hari ini, baru org tahu wlupun bantuan itu dikira gagal namun ia berjaya mendapatkan bukti kejahatan Israel. Akibatnya seluruh dunia membantah dan Israel sukar memberi alasan lagi.

Tun M memang bijak.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)