Apa pun yang orang katakan terhadapnya, Najib tetap Najib.
Justeru Demang tidak begitu hairan dengan pengumuman beliau untuk menaikkan elaun guru KAFA semalam. Sejak dulu lagi, jabatan atau kementerian manapun Najib berada, akan berlakulah kenaikan gaji, elaun, dan sebagainya. Bahkan dalam jumlah yang tidak disangka-sangka.
Ketika Demang keluar maktab tahun 1990, gaji kami cuma RM435 sebulan. Sebaik sahaja Najib memegang potfolio pendidikan, serta merta skim gaji guru diubah dan hari ini kita boleh lihat taraf hidup para guru sudah jauh meningkat.
Dengan pengumuman Najib semalam Demang percaya guru-guru KAFA bukan sahaja akan menyambutnya dengan riang bahkan akan mengejapkan sokongan terhadap kerajaan. Lagipun, mereka memang pegawai kerajaan.
Bagi yang masih ragu-ragu dengan akidah orang UMNO, singkirkan semua itu dan insaflah bahawa kita bukan tentu lagi lebih baik daripada orang Islam yang lain. Bahkan iman kita di masa depan pun belum pasti.
Bukankah keimanan kita juga ditentukan Allah SWT?
Kalau nak kata ulama semestinya betul, lihat sahajalah berapa ramai ulama yang dikatakan 'tersungkur di kaki syurga'.
Kalau nak samakan bahawa kelompok anda yang kecil sama seperti kelompok Rasululullah dahulu yang juga kecil, maka ingatlah bahawa kelompok 'Ayah Pin' dan beberapa ajaran sesat lain juga kecil. Mereka juga menentang masyarakat besar.
Adakah anda mahu mengatakan mereka betul?
Jika anda jawab 'mereka belum tentu salah' maka sedarlah bahawa UMNO juga belum tentu salah. Yang nyata, parti 'tidak bertuan' itulah yang telah terbukti berjasa.
Semoga Allah SWT terus memberkati dan meredhai wadah perjuangan Islam itu.
Salam,
No comments:
Post a Comment