Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, June 23, 2010

ulama pas ulama umno


Desas-desus kemasukan Dr MAZA dan sebilangan besar lulusan agama ke dalam UMNO masih belum reda biarpun bekas mufti Perlis tersebut belum memberi kata putus.

'Belum beri keputusan muktamad' bagi saya bermaksud 'sudah ada niat'.

Sebenarnya tanpa penyertaan Dr Asri dan yang tersebut itupun, memang ramai golongan ulama telah dan sedang berjuang bersama UMNO. Cuma, dalam PAS kelihatan ramai 'ulama' kerana apabila bekas penyangak pun yang masuk PAS akan segera memakai ketayap. Yang pernah belajar pondok pula digelar ustaz manakala yang pulang dari Timur Tengah akan mendaftar sebagai ulama.

Selain ulama, ada pula golongan terpelajar aliran bukan agama yang cenderung pada Islam lalu dianggap sebahagian daripada ulama juga. Kata-kata golongan ini juga mudah berbekas di hati orang ramai. Walhal, mereka bukanlah alim sangat melainkan dalam bidang tertentu.

Jika dimbas perjalanan hidup mereka, rata-rata adalah pelajar yang tekun dalam pelajaran dan kurang mengambil tahu dunia sekelililng. Setelah mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR, mereka dimasukkan ke asrama penuh sehingga Tingkatan Lima.

Sepanjang lima tahun itu mereka jarang-jarang pulang ke rumah apatah lagi untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Kenduri kendara pun tak dijengah. Malah saudara mara pun kurang dikenali, apalagi jiran taulan dan masyarakat setempat.

Sebelum keluar keputusan SPM, ada yang sudah membuat persediaan ke luar negara. Sebelum sempat mengenali tanah air sendiri dan merasai denyut nadi ibu pertiwi, sudah berlepas ke rantau orang dan bergelumang dengan pelajaran mengikut pengkhususan.

Pulang ke Malaysia, (kebanyakannya) pekerjaan sudah menanti.

Sayangnya, ramai kalangan mereka tidak tahu bagaimana pekerjaan itu 'diwujudkan'. (maaf, saya terpaksa menggunakan istilah 'wujud' kerana pembaca sudah terbiasa dengan penggunaannya. Terdapat aktivis bahasa yang menyarankan istilah 'wujud' hanya untuk sifat Allah SWT. Harap bezakan maknanya).

Justeru saya tidak hairan apabila terdapat kalangan mereka yang menyokong atau simpati dengan pembangkang. Hal ini kerana pembangkang membawa idea menarik yang disukai orang yang mendengarnya. Dalam hal ini persoalan samada idea itu realistik atau sekadar impian sering dikesampingkan.

Contohnya, apabila disarankan penubuhan negara Islam, dengan mudah golongan terpelajar ini bersetuju. Saya pun begitu juga. Apatah lagi dikemukakan dalil-dalil yang tidak mampu disanggah. Maka mudahlah diri terpesona dengan perjuangan yang dilaungkan.

Baru-baru ini heboh isu kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak. Maka pembangkang mengeksploitasinya dengan bersemangat. Maka ramai yang tidak usul periksa terus percaya. Walhal, lesen itu belum diluluskan dan hanyalah proses 'renew', bukannya memperkenalkan lesen baru.

Hal tersebut samalah dengan lesen arak di Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan meneruskan pemberian lesen arak kerana ia sudah menjadi budaya orang bukan Islam. Malah MB Kelantan (Nik Aziz) sempat mengeluarkan fatwa bahawa hasil cukai judi tersebut halal digunakan kerajaan.

Bukankah lesen judi yang belum diluluskan itu juga bersesuaian dengan budaya kaum Cina? Bukankah telah ditegaskan (dalam syarat lesen) bahawa orang Islam dilarang sama sekali membuat pertaruhan walaupun melalui syarikat berlesen?

Pendaftaran dan lesen tersebut adalah untuk kerajaan memantau aktiviti perjudian yang 'suka atau tidak suka' dilakukan kaum Cina. Buktinya, lihatlah tangkapan yang dilakukan setiap hari. Yang gagal dikesan berapa banyak lagi?

Itu hanya satu contoh bagaimana PAS turut melakukan apa yang mereka bantah apabila BN memerintah. Sebenarnya ada banyak contoh lagi yang apabila diperjelaskan maka orang ramai akan faham kenapa kerajaan bertindak begitu.

Teruskan mengikuti Waadat.





(Blogger bukan ahli UMNO tetapi berpendapat sudah sampai masanya orang Melayu bersatu bagi menghalang kaum bukan Melayu menguasai politik negara melalui pakatan pembangkang yang nampaknya amat dialu-alukan pengundi kaum cina sejak akhir-akhir ini).


foto hiasan:
arab jpg
350 x 500 | 30k rapeden.net

1 comment:

Abu Idris said...

“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [Hadis Riwayat Baihaqi].

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)