Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, July 8, 2010

Maklumat terbaru


Demang dah malas nak ulas isu yang sama berulang kali. Kepada ahli PAS yang benar-benar berjuang untuk Islam demi mendapat keredhaan Ilahi, sila baca sini.

Kepada pemimpin PAS yang masih mempertahankan Anwar dan perlukan hujah untuk menyokong Anwar, sila klik sini.

Kepada rakyat yang sudah semakin bosan dengan permainan politik para politikussss yang memperjudikan nasib rakyat, sila klik salah satu daripada foto-foto di bawah.

Agenda tersembunyi (siri 1)



Nik Aziz
Selain dendam lama kerana merasa dipermainkan pemimpin UMNO terdahulu, beliau juga cenderung pada fahaman Wahabi yang menganggap orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat. Kebetulan majoriti orang UMNO menolak fahaman Wahabi. Lihat sini.

Anwar Ibrahim
Bermula zaman pelajar, beliau sentiasa agresif dalam perjuangan. Ketika demam sosialis sedang merebak, beliau menjadi jaguh dalam isu kemiskinan rakyat.

Apabila kecenderungan masyarakat beralih pada Islam, beliau menggerakkan rakan-rakannya berjuang melalui agama pula.

Seterusnya ketika melihat potensi UMNO lebih besar daripada PAS, beliau dengan bijak menggunakan parti itu untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun di sebalik kehebatan dan kecemerlangan tersebut, Anwar dibelengu beberapa masalah pribadi yang cukup sulit untuk diketepikan. Bermula dengan perkahwinan yang tidak direstui hinggalah pada skandal demi skandal yang sukar dinafikan.

UMNO adalah batu penghalang pada Anwar.

Lim Kit Siang & Lim Guan Eng
Kedua-dua pemimpin paling berpengaruh dalam masyarakat cina ini melihat UMNO lah parti yang menjadi penghalang pada impian mereka menakluki Malaysia.

Tugas mereka menjadi mudah apabila orang Melayu tidak mungkin bersatu kerana politik dan akidah sudah bercampur-baur serta berselirat. Kini mereka cuma perlu memastikan orang Melayu terus berpecah.

Modal mereka ialah dengan menimbulkan isu yang menampakkan kelemahan UMNO.

Pemimpin MCA
Para pemimpin parti ini sudah kenyang dengan pelbagai habuan sepanjang bersama kerajaan. Walaupun simpati pada UMNO namun plan peralihan kuasa yang dicadangkan DAP cukup menarik untuk dilepaskan begitu sahaja. Lagipun majoriti orang cina sudah tahu idea DAP yang lebih menguntungkan kaum mereka. Maka MCA tidak mampu berbuat apa-apa bagi membantu rakan mereka yang bakal dikorbankan.

Bersambung...

Tuesday, July 6, 2010

politikus tanpa fakta



isu Kurikulum sex dan pemansuhan peperiksaan

Riuh rendah juga orang ramai apabila diumumkan cadangan terhadap kurikulum seks di sekolah dan pemansuhan peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR.

Seperti biasa ahli politik (dulu dipanggil politikus) mula bercakap.

Demang tersenyum membaca komen-komen beberapa politikus seperti Nik Aziz. Demang percaya, ramai lagi warga pendidik yang turut tersenyum sinis.

Demang tak salahkan Nik Aziz seratus peratus. Sepatutnya beliau diberi penerangan lanjut dalam isu-isu yang ingin dibincangkan. Nampaknya Mursyidul Am PAS tersebut perlu menyemak semula setiausaha dan penasihat beliau. Jangan makan gaji buta sahaja dan malas buat 'homework'.

Sebenarnya, dalam isu pemansuhan PMR, Muhyidin bukannya sekadar melontarkan cadangan. Sudah terlalu lama hasrat untuk merombak kurikulum pendidikan disuarakan.

Justeru pelbagai kajian telah dilakukan selama berpuluh tahun termasuk meninjau sistem pelajaran di negara maju.

Akhirnya pakar-pakar pendidikan negara kita merumuskan satu model baru yang tidak lagi terikat dengan sistem lapuk peperiksaan dan dicadangkan kepada kerajaan.

Prinsip kerajaan kita ialah tidak menolak cadangan yang baik tetapi tidak pula terus menerimanya. Maka kerajaan mengarahkan kementerian berkenaan melaksananya di beberapa sekolah sebagai percubaan. Untuk itu beberapa buah sekolah dipilih dari setiap negeri untuk diuji dan dikaji.

Tahun ini, kalau Demang tak silap sudah masuk tahun ke 3 sekolah-sekolah terpilih dari seluruh negara melaksanakan.

Oleh kerana kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan rakyat (demokrasi) maka biarpun sistem baru tersebut telah melalui proses yang rapi, kerajaan tetap membuka peluang kepada rakyat untuk membincangkannya.

Itulah sebab kenapa TS Muhyidin mengumumkan kepad rakyat dan bersedia menerima cadangan tambahan.

Bagi Demang, sebagai pembangkang Nik Aziz hatta siapa sahaja berhak untuk mempersoalkannya melalui proses demokrasi. Cuma sepatutnya, para penasihat tok guru berilah taklimat khas terlebih dulu pada beliau. Tidaklah nanti rakyat berkata pemimpin bercakap tanpa fakta!

Monday, July 5, 2010

Isteri dan Menantu Perdana Menteri

Rosmah lagi

Menyedari tiada isu besar yang boleh dimanipulasi, pembangkang sekali lagi mengusik Rosmah. Isunya ialah Najib membawa Rosmah mengiringi beliau ke luar negara.

Ternyata penyakit hasad dengki masih bersarang dalam diri manusia-manusia itu.

Demang nak tanya, pernahkah orang ramai mempertikai isteri Ananda Krishnan atau hartawan-hartawan kaum cina berbelanja?

Sudah tentu tidak. Alasannya, mereka berbelanja dengan duit sendiri, yakni hasil usaha mereka.

Demang nak tanya, adakah mereka memperolehi kekayaan tanpa melibatkan orang ramai dan kerajaan?

Demang tolong jawab; sudah tentu!

Di sebalik kejayaan setiap individu sudah tentu melibatkan orang lain, terutama kejayaan BESAR.

Adakah kita mahu nafikan bahawa kejayaan para hartawan di Malaysia juga merupakan kejayaan pemimpin negara?

Maka Demang nak ingatkan bahawa kerajaan yang dapat melahirkan orang yang berjaya adalah kerajaan yang berjaya. Sekurang-kurangnya itu adalah salah satu kejayaan yang positif.

Jika demikian, adalah tidak adil orang yang terlibat melahirkan orang kaya tidak berhak untuk kaya.

Bagi Demang Najib juga berhak menikmati kekayaan hasil penat lelah beliau dalam kepimpinan negara. Beliau sudah terlalu lama berkhidmat. Maka tidak salah untuk beliau turut merasainya.

Rosmah adalah isteri beliau. Rosmah juga adalah menantu Tun Razak. Adakah Rosmah belum cukup layak untuk turut menikmati kemewahan sebagai isteri PM serta menantu bekas PM?

Berapakah yang dibelanjakan Rosmah setiap bulan? Satu juta?

Jikapun RM1juta, ia masih belum apa-apa. Jika dibahagi dengan 27 juta rakyat Malaysia, tak berapa sen pun duit anda yang diambilnya.

Maka janganlah berdengki sangat! Jika anda jadi PM pun, belum tentu lagi isteri anda tidak akan bermewah. Mungkin lebih teruk daripada Imelda Marcos.

Sunday, July 4, 2010

menjadi Singapura

Tak bolehkah negara tanpa pembangkang?

Boleh. Lihat sahaja Singapura. Meskipun rakyat menolak calon pembangkang, namun keseimbangan pentadbiran dapat dicapai melalui 'pembangkang dari dalam'.

Singapura juga mengamalkan demokrasi. Sesiapa sahaja boleh bercakap asalkan tidak terlalu mengkritik kepimpinan tertinggi.

Perlembagaan Singapura merupakan kesinambungan pada perlembagaan persekutuan Malaysia kerana republik tersebut asalnya sebahagian daripada kita.

Antara yang pernah tercatat dalam perlembagaan Singapura ialah hak orang Melayu sebagai penduduk asal.

Hari ini Singapura amat maju. Malaysia tertinggal jauh di belakang. Kalau anda katakan itu salah UMNO, maka anda masih jahil tentang sejarah tanah air!

Bagaimana nasib orang Melayu di Singapura? Adakah kehidupan dan kedudukan mereka lebih baik daripada orang Melayu di Malaysia?

Sememangnya Demang tidak tahu. Demang harap mereka benar-benar dalam kebahagiaan bernaung di bawah pentadbiran kaum cina.

Demang lihat dalam FB Demang, masih ada orang Melayu Malaysia yang ghairah untuk menumbangkan UMNO. Mungkin mereka tertarik dengan kemajuan Singapura.

Kalau itulah yang dikehendaki sekalian orang Melayu, baiklah. Namun bagaimana jika pilihan tersebut suatu keputusan yang salah?

Apa risiko yang perlu kita dan anak cucu kita bayar?

Saturday, July 3, 2010

oh UMNO oh PAS


Enam belas buah rumah di Kampung Jalan Pokok Asam yang didiami kira-kira 200 orang akan dirobohkan syarikat pemaju perumahan untuk projek pembangunan rumah mewah di Pulau Pinang. - Bernama


PULAU PINANG 30 Jun - ''Kami tidak mahu duit RM75,000 itu, yang kami inginkan hanya sebuah rumah sebagai ganti."


Demikian rintihan kira-kira 50 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini. Mereka adalah antara 200 penduduk asal perkampungan itu yang diusir oleh pemaju hari ini. Pengusiran itu didakwa dibuat oleh pemaju tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu antara kedua-dua pihak.


Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Mohd. Khir Mohd. Said, 44, tindakan pemaju tersebut mengundang kemarahan penduduk ekoran terdapat segelintir kakitangannya yang bersikap kurang ajar semasa mengeluarkan arahan pengosongan rumah.


''Kami bukan pendatang asing yang tinggal di kampung ini secara haram tetapi kami merupakan penduduk asal yang majoritinya menetap di sini lebih 90 tahun. Memang kami mengakui ada menerima notis arahan pengosongan awal pada 17 Jun lalu tetapi apa salahnya sekiranya mereka (pemaju) berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya pada sidang akhbar di kampung berkenaan di sini hari ini.


Mohd. Khir memberitahu, operasi pengusiran penduduk itu pada awalnya dijangka dijalankan pada pukul 8 pagi di mana sebuah jentolak turut dibawa untuk kerja-kerja perobohan. Bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk, pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam telah menangguhkan tempoh pengosongan selama tiga bulan iaitu berkuat kuasa pada tarikh 13 Oktober depan.


''Tetapi kami yang majoritinya bekerja sebagai nelayan belum memberi kata putus sama ada ingin mengosongkan kampung ini ataupun tidak kerana kes rayuan ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen. Lagipun, wang pampasan yang dijanjikan sebanyak RM75,000 itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian kami sepanjang hayat.


''Ketika ini yang kami inginkan hanya pampasan berbentuk rumah kepada setiap ahli keluarga memandangkan setiap lot rumah ini didiami lebih tiga keluarga," jelasnya.

- Utusan


Demang tidak mahu komen banyak. BN pernah melakukan dan kini PR pula melakukannya.

Bezanya:
BN melakukan ketika pembangkang sedang lemah manakala DAP berani melakukannya walaupun UMNO masih berkuasa di peringkat pusat.

BN melakukannya setelah lama berkuasa sebaliknya DAP melakukannya tak lama selepas dapat kuasa.

Apakah yang DAP akan buat jika mereka berkuasa penuh di parlimen? Yang nyata, mereka boleh pinda perlembagaan walaupun dengan kelebihan SATU undi.

PAS? parti serpihan itu tidak akan mampu meng'PAS'kan orang Melayu sebelum PRU-13. Jadi, dalam PRU 13 nanti orang Melayu tetap terpecah TIGA.

Kiraannya;
UMNO 20%
PAS 20%
PKR 20%

Cina 35%
Lain-lain (bukan Melayu) 5%.

Itu sebabnya, apapun yang Najib beri pada cina, mereka tetap undi DAP.


Artikal Cheguman sebelum ini

Thursday, July 1, 2010

PRU13: rampasan kuasa melalui demokrasi

Apabila Parameswara tiba di Melaka, tempat itu hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Tiada penguasa, tiada raja, bahkan majlis perbandaran pun belum ada.

Parameswara tidak datang seorang diri. Bersama baginda ialah seluruh pengikut terdiri daripada pembesar, tentera dan rakyat yang setia.

Dengan restu masyarakat setempat, maka rasmilah baginda menjadi raja. Bagi yang tidak bersetuju, mereka akan berpindah ke tempat lain. Mereka akan membuka pertempatan baru atau menumpang di bawah raja yang lain.

Demikianlah adatnya zaman itu.

Dari semasa ke semasa, terdapat pula kampung-kampung di sekitar Melaka yang ingin berajakan Parameswara. Maka Melaka pun meluas menjadi sebuah negeri berdaulat.

Masa berlalu, hasil pentadbiran yang teratur dan berkesan beberapa negeri lain turut ingin bernaung di bawah Parameswara. Maka Melaka bertukar menjadi sebuah negara.

Terdapat juga negeri yang dirasakan mengancam kedudukan Melaka. Situasi kerajaan zaman itu tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Maka secara terpaksa, negeri-negeri tersebut turut tertakluk di bawah Melaka. Salah satunya melalui peperangan.

Maka terbentuklah empayar.

Jika dilihat perkembangan di atas, kita akan mengesan bahawa berlaku pengambil alihan kuasa oleh satu pihak ke atas pihak lain. Itulah yang disebut sebagai penguasaan, penjajahan atau penaklukan.

Proses di atas tidak sahaja berlaku di Melaka bahkan di seluruh dunia. Ia tidak sahaja dilakukan kerajaan Melaka malah oleh semua kerajaan di dunia, tidak terkecuali kerajaan Islam.

Maka pada suatu ketika, Melaka pula diserang dan dijajah oleh kuasa lain (Portugis, 1511). Setelah itu diambil alih pula oleh Belanda pada tahun 1641.

Seterusnya Inggeris menguasai tanah air kita tetapi dengan cara berbeza. Sesuai dengan sistem kapitalis yang dianuti mereka, pendekatan lebih lembut digunakan berdasarkan tawaran keuntungan: permintaan dan penawaran. Tidak ketinggalan melalui ugutan dan ancaman.

Adakah hal tersebut masih berlaku di zaman atau milinium ini? Fikirkan sendiri. Mungkin anda boleh membandingnya dengan globalisasi.

Secara rasminya, zaman penaklukan melalui peperangan telah berlalu. Namun bukan bermakna penjajahan sudah terhenti.

Jika kita buat sedikit kajian, peralihan kuasa sudah bertukar kaedahnya. Ia dilakukan melalui demokrasi dan globalisasi.

Apabila kita merdeka, mahu tidak mahu kita mewarisi sistem yang ditinggalkan British yang menganut faham kapitalis. Turut diwarisi ialah sistem demokrasi.

Asas demokrasi adalah sebagaimana kata-kata Abraham Lincoln: 'dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat.

Dalam proses demokrasi, setiap individu memiliki satu kuasa undi. Rakyat memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Rasionalnya ialah apabila berlaku sebarang natijah, rakyat sendirilah yang akan menghadapi dan menanggungnya.

Sejak merdeka, negara kita sudak melalui 12 kali pilihan raya. Tidak lama lagi pilihanraya yang ke-13 akan berlangsung. Kelompok mana pula yang akan berkuasa kali ini?

Selama 12 penggal negara ditadbir oleh Perikatan atau Barisan Nasional. Tunggaknya ialah UMNO yang mewakili orang Melayu. Hal ini bermakna setelah kejatuhan Melaka 1511, orang Melayu kembali berkuasa di tanah air sendiri mulai 31 Ogos 1957.

Jika dilihat perkembangan mutakhir, hasrat untuk mengubah tradisi ini semakin ketara. Kemenangan tipis BN dalam PRU-12 menguatkan semangat pihak pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan.

Dalam barisan pembangkang, parti yang paling dominan ialah DAP yang dikuasai kaum Cina dan sedikit Ikaum India. PRU-12 dan beberapa PRK menyaksikan keghairahan pengundi cina untuk memilih parti itu semakin ketara.

Terbaru, kajian statistik mendapati setiap 40 orang pengundi baru yang mendaftar, hanya ada seorang Melayu. Hal ini bermakna apabila berlangsung PRU-13, DAP dengan mudah akan menjadi parti terbesar.

Kenyataan Demang tersebut berdasarkan kecenderungan pengundi cina yang mengundi berdasarkan kaum dan parti. Kajian mendapati sejak dulu hampir semua bandar (pertempatan cina) akan mengundi DAP.

Melihat pada analisis keputusan PRK selepas PRU-12, kecenderungan tersebut bukan sahaja berterusan malah semakin ketara.

Maka Demang jangkakan PRU-13 nanti peralihan kuasa hampir pasti akan berlaku. Orang Melayu akan melihat politik negara dikuasai oleh kaum cina.

Maka sejarah baru akan mencatatkan:
1400 Melayu
1511 Portugis
1641 Belanda
1824 Inggeris (Perjanjian London)
1942 Jepun
1945 Cina Bintang Tiga
1946 Inggeris
1957 Melayu
2011 Cina DAP

Masa tu, barulah orang Melayu faham erti 'putih mata'.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)