Nik Aziz
Selain dendam lama kerana merasa dipermainkan pemimpin UMNO terdahulu, beliau juga cenderung pada fahaman Wahabi yang menganggap orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat. Kebetulan majoriti orang UMNO menolak fahaman Wahabi.
Lihat sini.
Anwar Ibrahim
Bermula zaman pelajar, beliau sentiasa agresif dalam perjuangan. Ketika demam sosialis sedang merebak, beliau menjadi jaguh dalam isu kemiskinan rakyat.
Apabila kecenderungan masyarakat beralih pada Islam, beliau menggerakkan rakan-rakannya berjuang melalui agama pula.
Seterusnya ketika melihat potensi UMNO lebih besar daripada PAS, beliau dengan bijak menggunakan parti itu untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi.
Namun di sebalik kehebatan dan kecemerlangan tersebut, Anwar dibelengu beberapa masalah pribadi yang cukup sulit untuk diketepikan. Bermula dengan perkahwinan yang tidak direstui hinggalah pada skandal demi skandal yang sukar dinafikan.
UMNO adalah batu penghalang pada Anwar.
Lim Kit Siang & Lim Guan Eng
Kedua-dua pemimpin paling berpengaruh dalam masyarakat cina ini melihat UMNO lah parti yang menjadi penghalang pada impian mereka menakluki Malaysia.
Tugas mereka menjadi mudah apabila orang Melayu tidak mungkin bersatu kerana politik dan akidah sudah bercampur-baur serta berselirat. Kini mereka cuma perlu memastikan orang Melayu terus berpecah.
Modal mereka ialah dengan menimbulkan isu yang menampakkan kelemahan UMNO.
Pemimpin MCA
Para pemimpin parti ini sudah kenyang dengan pelbagai habuan sepanjang bersama kerajaan. Walaupun simpati pada UMNO namun plan peralihan kuasa yang dicadangkan DAP cukup menarik untuk dilepaskan begitu sahaja. Lagipun majoriti orang cina sudah tahu idea DAP yang lebih menguntungkan kaum mereka. Maka MCA tidak mampu berbuat apa-apa bagi membantu rakan mereka yang bakal dikorbankan.
Bersambung...
1 comment:
musuh utama dimalaysia sekarang adalah dari dap. kalau masih lalai, kita akan hilang negara ini.
Post a Comment