Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, July 31, 2010

perangi PAS atau UMNO?


Sekali lagi isu perpaduan UMNO-PAS ditimbulkan. Yang mengusulkannya kali ini bukan calang-calang orang. Mufti Harussani sebenarnya antara mufti paling terkenal dan dihormati semua pihak termasuk PAS sebelum ini. Namun apabila pendirian beliau tidak sama dalam beberapa keadaan dengan PAS, maka pemimpin PAS mula mencemik pada usaha tersebut.

Ketika menelaah sebuah buku Prof Dr Hamka, Demang terjumpa ayat berikut:

"Dan jika ada dua golongan daripada orang-orang yang beriman berperang-perangan, hendaklah didamaikan antara keduanya. Kalau keras kepala ialah satu keduanya atas yang lain, hendaklah perangi yang keras kepala itu, sehingga dia surut kepada perintah Allah. Kalau dia telah surut hendaklah damaikan dengan adil. Dan hendaklah kamu menimbang sama tengah." (Al-Hujurat, ayat 9) terjemahan Hamka.

Dalam kepala Demang timbul pula kemusykilan; siapa yang dimaksudkan dengan puak yang keras kepala? Adakah yang tidak dapat melaksanakan hukum hudud atau yang tidak mahu berdamai? Bolehkah kita perangi orang yang tidak mampu melaksanakan hukum hudud di negara yang penduduknya cuma 52 peratus muslim?

Adakah nabi Muhammad tersilap apabila menyeru ummat Islam untuk bersatu?

Adakah ayat Al-Quran yang menyeru ummat Islam bersatu padu tidak relevan digunakan di Malaysia?

Yang Demang faham ialah yang enggan berdamai itulah yang keras kepala.

Kita lihat sekali lagi ayat tersebut:
"Dan jika ada dua golongan daripada orang-orang yang beriman berperang-perangan, hendaklah didamaikan antara keduanya. Kalau keras kepala ialah satu keduanya atas yang lain, hendaklah perangi yang keras kepala itu, sehingga dia surut kepada perintah Allah".

Demang lihat ayat itu jelas menyatakan yang keras kepala itu ialah 'yang enggan berdamai'. Manakala 'perintah Allah' yang dimaksudkan ialah seruan agar ummat Islam bersatu.



foto:

Ambush.
620 × 400 - 32k - jpg
frankmccarthy.com

3 comments:

ISAC said...

Salam Chegu,

Kalau tak silap ada mahfum ayat Al Quran yang bermaksud sebegitu...

Bukan mudah nak buat, keadaan kita dah "menyamai" zaman Saidina Ali r.a. dan Saidina Muawiyyah r.a.

Cuma zaman tu pengikut2 Ali lebih warak... Sebab tu mereka terima ayat Allah suruh berdamai, walaupun mereka sedang memenangi peperangan...

Pengikut Pas pentingkan kuasa dan lebih licik, sebab tu mereka menolak perdamaian...

Bingai @ Bangang said...

Perangi penghasut kepada perpecahan Melayu/Islam

Bukannya perangi UMNO atau PAS.

PKR tu parti Melayu ke?

aku yang bingai
Layakkah Mahasiswa Mengundi di Tendang Terajang

Anonymous said...

salam, berdasarkan terjemahan hamka di atas. pada akhr terjemahan tersebut berbunyi 'sehingga mereka surut pada perintah ALLAH'. Ini bererti, golongan yang dimaksudkan adalah golongan yang tidak mengikut perintah Allah. jd, UMNO la yang perlu diperangi sebab tak ikut perintah ALLAH. Tentang hukum hudud, memang penduduk ISLAM hanya 52 peratus dan hanya sedikit yg amal ISLAM itu dengan mnyeluruh.tp, hukum hudud untuk orang ISLAM saja. jadi, apa masalahnya kalau kita jalankan huku ALLAH ni.bukan kita nk hukum orang cina atau india. kita hukum orang ISLAM saja, orang cina dan india mesti lagi suka kalau dijalankan hukum hudud. sebab akan kurang la pencuri yang nak curi harta di0rang. jadi, hukum hudud releven walau dimana, bila dan apa2 keadaan. siapa lah kita yg nak tolak hukum ALLAH?? KITA NI, ALLAH CIPTA DARI DULU LAGI TAK PAYAH NAK DI UBAH PUN UNTUK DIRELEVENKAN DENGAN ZAMAN. JADI. KENAPA HUKUM YANG ALLAH CIPTA TAK DIJALANKAN. HEBAT SANGAT KA MANUSIA SAMPAI BOLEH BUAT HUKUM GANTI HUKUM ALLAH??

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)