Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, December 6, 2010

mahkamah tolak permohonan Anwar


Sistem mahkamah Malaysia memang tak kenal sesiapa. UMNO yang mendominasi politik negara pun pernah diharamkan apabila gagal mematuhi peraturan walaupun impak risikonya amat tinggi.

Inikan pula cuma bekas TPM!

Pagi ini Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar Ibrahim supaya hakim Datuk Mohamad Zabidin yang mendengar kes liwatnya menarik diri.

Seolah terdengar suara Anwar lantang di depan penyokongnya:
"Kita bukan takut masuk mahkamah, kita cuma mahu hakim tu diganti sebab dia tak layak..."

Sebenarnya, jika bukan hakim Mohamad pun yang dinamakan sebagai hakim dalam kes itu, percayalah... tindakan, alasan, dan ayat yang sama juga kita akan dengar daripada Anwar.

Itulah Anwar. Rakyat dah tahu dah...

Saturday, December 4, 2010

Singapura milik siapa?


Beberapa hari lalu Persatuan Sejarah Kedah menggesa kerajaan menyemak semula status pemilikan dan kedaulatan Pulau Pinang.

Jelas, pendudukan Inggeris di Pulau Pinang hanyalah sebagai orang yang menyewa atau memajak sahaja.

Resminya, orang yang menyewa tidak berhak menyerahkan tanah yang dipajaknya kepada orang lain.

Bagaimana pula dengan Singapura? Demang fikir eloklah dibuka semula manuskrip sejarah negara dan lihat adakah pengambilan Singapura daripada Kesultanan Johor sah?

Friday, December 3, 2010

Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak letak jawatan


Selang sehari selepas dikeluarkan 100 blog politik paling popular yang menyaksikan blog prokerajaan menguasai lebih 60% pasaran, Blogger Albanjari iaitu Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak telah meletakkan jawatan. Beliau juga memaklumkan akan membuat pengumuman bagi melepaskan jawatan-jawatan lain yang dipegang.

Berikut adalah kenyataan yang beliau siarkan di blog Albanjari Online:

Merujuk kepada tajuk diatas, sangat jelas akan hasrat dan niat. Maka dengan ini saya, radens albanjari meletakkan melepaskan jawatan secara rasmi sebagai Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak berkuatkuasa 3 Disember 2010 yang jatuhnya pada hari yang sangat mulia, jumaat yang juga merupakan penghulu segala hari.

Terima kasih kepada rakan2 blogger yang telah memilih saya sebagai Presiden di Konvensyen Bloggers PAS Perak pada januari 2010 yang lalu. Notis rasmi perletakan melepaskan jawatan itu akan saya utuskan secara serahan tangan kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Perak selewat-lewatnya pada minggu depan.

Salam dan terima kasih.

Radens ALB - (*) Pelepasan jawatan yang lain juga akan dinotiskan selewatnya sebelum 2011.

Radens ALB


Demang belum mahu membuat sebarang komen dan sedang menganalisis perkembangan politik semasa.

Demang lihat ada rona kebiruan sedang bergerak di hujung sana. Nampaknya seperti gelombang. Seakan-akan gelombang biru.

Thursday, December 2, 2010

yang telah meninggalkan PKR



Siapa pula selepas ini?


Sumber:
http://www.sahabat-gunung.com

kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah


Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah hari ini meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah selaku pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada 1786.

Pengerusinya Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata usaha itu lebih penting berbanding menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.

"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya pada sidang media, di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.

Pak Teh: sokong 100% dan menunggu reaksi UMNO dan PAS terhadap isu ini.


sumber: Bernama

Wednesday, December 1, 2010

Lagi orang kuat PKR akan keluar parti

Sebagaimana dijangka, kemelut dalam pemilihan PKR baru-bari ini telah mengundang keretakan dan seterusnya perpecahan yang bukan sedikit.

Hal ini diburukkan lagi dengan ucapan penutup presiden parti yang mungkin merupakan ucapan terakhir bagi mesyuarat terakhhir parti serpihan UMNO itu.

Kemarahan orang Melayu terhadap kenyataan Wan Azizah yang berterus terang menolak konsep ketuanan Melayu bukan sedikit kesannya dan pasti menggugah hati sebahagian besar pemimpin parti itu yang masih mampu berfikir waras.

Desas desus yang tersebar menunjukkan pemimpin yang akan keluar itu ialah Chegubad. Memang ada asasnya berita itu memandangkan kesilapan Anwar kerana berpihak pada calon tertentu dalam pemilihan baru-baru ini begitu mengguris hati pemuda itu.

Cuma barangkali yang mampu menahan daripada terjadinya perkara ini ialah Anwar sendiri. Anwar perlu menemui Chegubad secara peribadi dan beri jaminan untuk memujuknya agar terus kekal bersama PKR.

Namun ia bukan mudah memandangkan rakyat sudah menolak PKR.

Blog Prokerajaan kini menguasai


Utusan Malaysia hari menyiarkan 100 blog paling popular melalui bancian Alexa meliputi empat kategori iaitu blog prokerajaan, propembangkang, blog pemimpin, dan blogger neutral.

Barangkali ini kali pertama sejak 12 tahun, blog dan web penyokong kerajaan mengatasi web yang menyebelahi pembangkang. Betulkan jika saya silap.

Secara keseluruhan, blog prokerajaan menguasai 60% berbanding pembangkang yang cuma mendapat 20%. Selebihnya ialah blog pemimpin seperti Tun Mahathir dan DS Najib serta blogger berkecuali yang berjaya mencuri 20% daripada tempat yang disediakan.

Lebih menarik, walaupun tempat pertama masih dikuasai portal Tranungkite yang sudah lama terkenal, namun enam daripada 10 teratas ialah blogger prokerajaan yang dikira baru. Cuma dua buah blog yang menyokong pembangkang masih berada dalam 10 blog paling popular.

Tidak kurang menarik daripada statistik tersebut ialah terdapat blogger dan webmaster yang suatu ketika dahulu amat membenci kerajaan kini bertukar 360 darjah seperti Blogger Mahazalim, Mahafiraun, GAP dan beberapa orang lagi.

Alhamdulillah. Bancian tersebut memberi petunjuk positif terhadap peralihan persepsi yang selama ini merugikan negara lantaran kerajaan yang memerintah dianggap amat lemah sehingga sukar membuat keputusan, atau keputusan yang dibuat akhirnya merugikan rakyat untuk jangka panjang.

Ia juga satu perubahan pemikiran daripada kecenderongan menerima satu sumber (pembangkang) kepada pelbagai sumber yang terdapat dalam internet.

Seperkara yang perlu semua pihak sedari ialah kebanyakan blogger adalah 'tidak bertuan' dan boleh beralih angin mengikut situasi semasa.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)