Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, December 10, 2010

pengganti Najib


"PM umum bantuan RM90.6 juta daripada Kerajaan Pusat kepada kira-kira 32,000 mangsa banjir di Kedah dan Perlis, termasuk bantuan pertanian."

Demang percaya sedikit sebanyak bantuan tersebut akan membantu meringankan beban kesulitan mangsa banjir.

Di satu pihak, sudah tentu akan menganggap bantuan tersebut sebagai pelembut hati berikutan bahang PRU-13 yang sudah mula dirasa.

Bagi Demang, apapun tanggapan orang ramai, itulah realitinya.

Dan, realiti jugalah yang akan membenam PR ke dalam gaung kehancuran. Kalaupun bukan untuk selamanya, sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun ini DS Najib akan diberi mandat baru oleh rakyat.

Tempoh 10 tahun itu dianggap adil untuk menilai Najib. Jika beliau gagal, bolehlah kita fikirkan penggantinya.

Sumber berita:
BH 09/12

Wednesday, December 8, 2010

negara kita ada minyak...


Entah channel mana, entah tajuk apa; mata Demang tiba-tiba tertarik pada tayangan yang memaparkan sekumpulan singa sedang memerhati sekawan kerbau liar. Entah di hutan mana.

Seketika mengawasi, singa-singa mula merapati dan mengepung seekor kerbau yang paling besar dalam kawanan itu.

Kumpulan singa mula menyerang. Ada yang memanjat belakang kerbau, ada yang cuba menangkap tengkuk, dan ada pula yang menyerang bahagian perut. Serentak.

Ternyata kerbau liar tidak mudah ditawan. Saiznya yang tiga-empat kali ganda berbanding sang penyerang kelihatan begitu gagah untuk diterjah.

Sementara kerbau jantan menghadapi lawannya yang ramai, kerbau-kerbau lain hanya memerhati sahaja.

Biarpun belum tumbang, namun keletihan tampak ketara pada haiwan besar itu. Bahkan singa-singa yang menyerangnya juga mulai letih dan kelihatan kecewa. Mereka mula menyisih tetapi masih enggan meninggalkan bakal mangsa.

Seketika, seekor kerbau yang kedua terbesar menghampiri kerbau yang sedang kepenatan itu.

Langsung Demang tidak menyangka bahawa rupa-rupanya kerbau itu bukan datang untuk membantu, malah mula menyerang haiwan yang sejenis dengannya itu.

Kali ini kerbau yang sudah letih itu tidak mampu bertahan lagi menahan serangan rakan sendiri yang hampir sebesarnya. Akhirnya sang kerbau tersungkur dan rebah menyembah bumi.

Tanpa berlengah, para singa mengambil alih serangan dan menamatkan riwayat sang kerbau.

Maka tumbanglah kerbau malang itu dibaham pemangsanya yang kelaparan.

Kerbau yang menyerangnya tadi berlalu bersama kerbau-kerbau lain dengan megah kerana kini dia-lah yang menjadi KETUA baru bagi kumpulannya.

...

Termenung sebentar Demang menonton rancangan TV itu. Fikiran Demang ligat menerawang ke seluruh dunia mencari titik pertemuan antara kisah haiwan dengan kehidupan manusia.

Akhirnya Demang bertanya sendiri, kenapa perang saudara selalunya berlaku di negara Islam? Adakah ia suatu kebetulan?

Kenapa di setiap persengketaan pasti ada negara lain yang campur tangan? mana yang mula dahulu; persengketaan sesama sendiri atau hasutan anasir luar?

Demang terkenang Saddam Husein yang begitu gagah suatu ketika dahulu memerintah Iraq hinggakan Iran yang dibantu Rusia tidak dapat mengalahkan mereka. Quwait yang dilindungi Amerika juga diredah begitu sahaja.

Malah Amerika sendiri gagal menawan Iraq.

Amerika mengendurkan serangan terhadap Iraq. Dunia mengagumi Saddam dan memperlekeh kemampuan Amerika.

Namun tidak lama kemudian, beberapa pemimpin kiri yang melarikan diri ke Eropah dan Amerika mula memburuk-burukkan Saddam. Rahsia kelemahan Saddam disalurkan pada Amerika.

Para pemimpin kiri yang berada di Iraq turut memainkan peranan dari dalam.

Akhirnya kedudukan Saddam menjadi goyah. Tentangan dari dalam ternyata menjadi tekanan yang sukar di atasi.

Akhirnya Amerika mengemukakan alasan mudah: Iraq memiliki senjata pemusnah. Makanya Iraq perlu dimusnahkan.

Kisah seterusnya, anda boleh ikuti setiap hari melalui mana-mana media yang anda suka.

Tiba-tiba Demang teringat bahawa Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan Iraq.

Setidak-tidaknya, negara kita ada minyak.

air percuma untuk rakyat


Baru-baru ini Demang dimaklumkan bahawa pihak SYABAS ingin menyebarkan maklumat melalui blog bagi menafikan tohmahan yang dibuat terhadap mereka selama ini.

Oleh kerana Demang tidak berkesempatan bertemu pihak SYABAS sendiri, maka tidak dapatlah Demang menulis lanjut.

Apapun, sahabat Demang, GAP telah menyiarkan video tersebut di blog beliau. Klik sini.

Tuesday, December 7, 2010

terkini: UMNO hampir pasti dapat mandat semula


"Selamat tinggal rakyat Malaysia. Maafkan daku..."

Survey terbaru!

BN kini menguasai 122 daripada 222 kerusi parlimen. Maknanya sudah melepasi majoriti 1/2. Sebagaimana teori domino, 'kawasan putih' itu akan merebak dalam masa terdekat, menjangkiti 'kawasan kelabu' pula.

Ertinya, ahli PKR akan kembali menjalani kehidupan biasa yang tak pedulikan politik sebagaimana 10 tahun lalu.

Potrait logo PKR akan disimpan di muzium sebagai kenang-kenangan.

PAS akan kembali menjadi pembangkang bagi mengimbangi kuasa UMNO.

DAP akan menjadi pembangkang untuk kepentingan kaum Cina.

MIC kembali setia pada BN dengan lebih matang.

Generasi muda MCA akan lebih memahami kenapa mereka perlu menyokong BN.

Amati perkembangan terkini negara, anda akan rasa suam-suam bahang pilihanraya...

Di belakang tabir kerajaan Selangor


Penahanan dan pendakwaan ke atas bekas MB Selangor semalam membuatkan sebilangan rakyat Selangor menarik nafas gembira. Manakan tidak, akhirnya keputusan mereka memberi undi kepada pakatan pembangkang dalam PRU12 menampakkan hasil.

Tahniah kepada para penceramah pembangkang (ketika itu) yang berjaya mendedahkan pelbagai kepincangan dalam kerajaan.

Salah satu yang dibangkitkan ialah isu pemilikan banglow mewah kepunyaan DS Khir Toyo berharga RM24 juta. Sama-samalah kita ikuti proses perbicaraannya. Harapan kita ialah Khir Toyo tidak mengemukakan rayuan agar hakim yang membicarakan beliau ditukar atau mengemukakan rayuan agar kes digugurkan sebagaimana dilakukan Anwar Inrahim.

Setakat ini Khir Toyo bersikap berani!

Dalam pada itu, mari kita lihat pula isu-isu baru sepanjang pemerintahan kerajaan yang baru (PKR/DAP), dalam tempoh masa yang dikira masih sangat baru.

1. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat apabila membeli hutang syarikat korporat Talam Corp. bernilai RM392 juta menggunakan wang rakyat.

2. Kerajaan Negeri telah gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corp seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar dalam sidang DUN

3. Kerajaan Negeri membatalkan pebinaan UITM Selangor di Serendah , Hulu Selangor

4. Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat yang diamanahkan kepada YBK di Hulu Selangor

5. Kerajaan Negeri menutup institusi latihan kemahiran untuk bumiputera Institut kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

6. Kerajaan negeri menyita , mendenda dan menyewa tanah tanah untuk projek terusan dan kolam takungan padi di Tanjung Karang

7. Kerajaan Negeri gagal mentadbir Universiti Selangordengan baik sehinggan ia mengalami kerugian yang besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru amat ketara.

8. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengfan membelanjakan RM 800 000 dalam program sambutan hari jadi Yayasan selangor

9. Kerajaan Negeri gagal mengurus perlombongan yang mengakibatkan kecurian pasir dan kerosakan alam sekitar

10. kerajaan negeri menipu DYMM Tuanku sultan Selangor dan rakyat apabila gagal mengutip RM 150 juta hasil pasir di engeri selangor

11. Kerajaan Negeri gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dengan cermat dengan memberi bonus yang tidak munasabah kepada kakitangan syarikat tersebut

12. kerajaan negeri gagal mengurusa Institusi Pejabat menteri besar dengan baik senhingga ada intipan kamera litar dalam bilik Menteri Besar

13. Kerajaan negeri gagagl mengurus kontrak bekalan kerajaan tempatabn dengan baik sehingga berlaku Surat Sokongan oleh Ahli Majlis dan pengerusi JKKK Kampung Baru untuk mendapatkan kerja kontark

14. Kerajaan Negeri menyeleweng bila mana Exco dari pandamaran di biar lepas bebas walaupun dia menggunakan kepadala surat dan Cop beliau untujk melobi kerja kontrak

15. Kerajaan Negeri gagal mentadbir PKNS dengan Baik Sehingga ia telah mengadaikan semua hartanah PKNS kepada REIT, yang mengakibatkan PKNS sekarang tidak punya premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi

16. PKNS telah membelanjakan dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah

17. PKNS telah membazirkan wang rakyat dengan membiayai sebanyak RM520000 majlis perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebut dalam sidang DUN

18. PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar RM731000 kepada sebuah syarikat yang melaksanakan perkhidmatan tele marketing

19. PKNS telah membazir wang rakyat sebanyak RM935000 kepada konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan

20. kerajaan negeri gagal mengurus air diselangordengan baik sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari pahang yang boleh menyebabkan Selangor akan mengalami krisis air menjelang 2014

21. Kerajaan Negeri juga gagal memberikan air percuma seperti yang disebut dalam manifesto mereka dalam pilihanraya2008. Mereka sebaliknya menipu rakyat dengan memutarbelitkan dan mempolitikan isu air yang akhirnya rakyat akan jadik mangsa apabila berlaku krisis air pada tahun 2014

22. Kerajaan Negeri menipu rakyat apabila membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM50 billlion pada tahun lalu namun sehingga sekarang ia belum dilaksanakan

23. Kerajaan Negeri selangor melalui Exconya dari DUN Pandamaran telah menghalang penguatkuasaaan sekatan jualan arak MBSA di Shah Alam

24. Kerajaan negeri selangor talh mebiarkan institusi masjid menjadi gelanggan gpolitik

25. Kerajaan Negeri mengurus Sumber kewanghan dengan bain pada tahun 2008 deefisit belanjawan menjadi RM 49 juta, kemudiaa 2009 defisit menjaqdi RM66 juta dan meningkat lagi 2010 menjadi lebih RM144 juta ni berbanding dengan pemerintahan BN pada tahun 2006-RM72.5 juta dan 2007-surplus belanjawan RM131.8 juta

26. Kerajaan Negeri tidak cekap dalam merancang dan mengurus kewangan negeri apabila telah memohon 3 kali perbelanjaan tambahan bagi tahun 2010 iaitu pada mac 2010 sebanyak RM69 juta, Julai RM117 juta dan november 2010 sebanayak 8 juta

27. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM330367.96 kos rawatan YB Dr Cheah Wing Yin di pusat Perubatan Sunway akibat kemalangan . kenapakah perlu beliau meneria rawatan di pusat perubatan swasta yang sudah diketahui perbelanjaannya berbanding dengan pusat perubatan kerajaan. ini merupakan dasar bermewah-mewahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri

28. kerajaan negeri lebih pro mengutip hasil cikai pusat hiburan yang kini terdapat lebih dari 4000 premis hiburan,spa, pusat urut dan judi di negeri selangor

29. Kerajaan negeri menyalahgunakan kepada surat pejabat menteri besar untuk mengutip dana parti sewaktu 1000 hari pentadbiran kerajaan negeri

30. Kerajaan Negeri telah engkar kepada pelbagai titah DYMM Sulatan Selangor yang amat dukacita dengan pelbagai kelemahan pentadbiran di Negeri Selangor


Salinan daripada pendedahan:
GAPS-Gabungan Anti Penyelewengan Selangor

Monday, December 6, 2010

Pemain utama globalisasi


“Kepada semua Muslimin dan Muslimat.. Selamat Tahun Baru Hijriah 1432h.

Tanamkan azam baru untuk menjadi Khairul Ummah pada masa akan datang... “

Demikian ucapan yang dicatat blogger Aspirasi http://aspirasi-bangsa.blogspot.com sebentar tadi.

Sementara itu blogger Panglima Perang Cyber http://penembak-tepat.blogspot.com menyiarkan doa akhir tahun dan awal tahun untuk semua pengunjungnya.

Demang pula ingin mengajak semua ummat Islam menguatkan barisan dan bergerak bersama untuk memimpin dunia.

Jadikanlah usaha untuk menjadi pemain utama globalisasi sebagai jihad mulai hari ini, 1 Muharram 1432h, Insya-Allah.

Kita-lah ummat terbaik.

Saiful sumpah di Mekah?


"You tunggu I, tau... jadi isteri kena setia..."


"I bukan tak percaya kat You... tapi foto ni macamana?"


Artikal berikut bukan Pak Teh tulis, namun ia menguatkan posting Pak Teh pagi tadi.

Saiful bukhari telah mengaku dia di liwat oleh anwar buat kali kedua di tanah suci mekah, siapa yang boleh pertikaikan pengakuan saiful itu? mungkin sudah muak dengan mulut-mulut sial puak pembangkang, saiful sekali lagi mengaku dia memang di liwat oleh anwar, itu pengakuan saiful ketika dia mengerjakan ibadah haji, rukun kelima dalam rukun islam.

Pak Teh peringatkan, ayat "Saiful bukhari telah mengaku dia di liwat oleh anwar buat kali kedua di tanah suci mekah..." bukan bermaksud Saiful diliwat di Mekah untuk kali kedua sebaliknya bermaksud pengakuan tersebut adalah pengakuan yang kedua, dan kali ini dibuat di Mekah.

Harap maklum.

Baca seterusnya

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)