Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, April 6, 2011

3 soalan yang Azizah tak jawab



Soalan pertama: Di manakah jam tangan Omega Anwar?

Ditanya berhubung jam tangan Omega milik Anwar yang dikatakan berada dalam simpanannya, Wan Azizah enggan menunjukkan barang bukti itu sebaliknya mempersoalkan tindakan wartawan yang dianggap cuba bertindak seperti polis.

"Kenapa saya mesti tunjuk kepada anda (wartawan), awak semua bukan pendakwa," katanya.

Wan Azizah tak jawab soalan.

Nota:
Jam tangan Omega dipercayai milik Anwar diserah trio Datuk T kepada polis bagi membantu siasatan rakaman video seks tersebut.

Soalan kedua; bersediakah melakukan sumpah secara Islam?
Wan Azizah ketika ditanya mengenai kesediaan pihaknya untuk melakukan sumpah secara Islam atau dibukti secara saintifik menggunakan mesin poligraf menegaskan, kedua-dua kaedah itu tidak relevan kerana ia taktik UMNO.

Sekali lagi Wan Azizah tak jawab soalan.

Soalan ketiga: Perlukah ditubuhkan suruhanjaya bebas?
Beliau turut menolak cadangan beberapa pihak supaya diwujudkan suruhanjaya diraja bagi siasatan terperinci skandal video seks tersebut atas alasan rakaman video itu sudah tersebar.

Kali ini Wan Azizah jawab. Ye lah... sekadar jawab!

Semua jawapan Kak Wan di atas bukanlah rekaan Demang sebaliknya diambil daripada Utusan Online

persamaan lelaki Y dengan Anwar

Tak nak percaya pun susah juga.

Demang bertanya dengan beberapa sahabat dari kalangan profesional termasuk profesor dalam pendidikan samada terdapat persamaan yang jelas antara Anwar dengan lelaki dalam video 'tersebut'.

Di luar jangkaan Demang, kesemua mereka yakin bahawa terdapat persamaan yang jelas antara kedua-dua mereka.

Demang percaya, ramai yang enggan percaya namun tidak mampu memujuk hati kecil sendiri.

Sumber:
Blog MIM

Wan Azizah jawab isu video

Kematian murid di sekolah PAS

KANGAR 5 April – Pas negeri hari ini memohon maaf berhubung kematian seorang murid sebuah sekolah agama kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini kelmarin yang dipercayai akibat dipukul gurunya, baru-baru ini.

Sambil merakamkan rasa dukacita di atas kejadian di salah sebuah institusi pendidikan di bawah kelolaan parti berkenaan, Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin dalam satu kenyataan hari ini turut memohon maaf kepada seluruh warga pendidik.

Menurutnya, ini disebabkan peristiwa tersebut turut mencalarkan imej dan persepsi umum terhadap golongan itu.

Kata beliau, Pas negeri mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta pihak keluarga guru asrama yang terbabit dalam kejadian itu.

Kenyataan tersebut dibuat berikutan kematian seorang murid, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, kelmarin dipercayai akibat dipukul gurunya di asrama sekolah berkenaan.

Hashim berkata, kejadian berkenaan memeranjatkan pihaknya setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan parti itu.

Sehubungan itu, kata beliau, Pas negeri berharap supaya proses siasatan dan perbicaraan kes tersebut dijalankan secara rapi bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak.

Menurut beliau, Pas negeri telah menjalankan tanggungjawab dan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak keluarga murid, keluarga tertuduh dan agensi keselamatan bagi menguruskan kes itu.

Di samping itu, kata beliau, Pas juga mengambil langkah-langkah wajar bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti berkenaan beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.




Bagi Demang, PAS boleh meminta maaf dan mengemukakan pelbagai alasan. 


Cuma Demang nak tanya, bagaimana jika ia berlaku di sekolah kerajaan?Sumber: 
Utusan Malaysia 
Inspirasi Remaja

Lagi NGO gesa tubuh suruhanjaya bebas

KUALA LUMPUR 5 April – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta kerajaan menyegerakan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang agar ia tidak menjadi polemik politik yang tidak memberi manfaat kepada rakyat....


Baca seterusnya

Serang Waadat: Papa Gomo tak tahu menahu

Semalam Demang dihubungi beberapa blogger bagi mendapatkan penjelasan isu 'serangan Papa Gomo' ke atas Waadat.

Malah sebelum itu Papa Gomo sendiri menghubungi Demang bertanyakan hal yang sama.

Kenapa pula Papa Gomo pula yang bertanya? Ya, sebab komen berbentuk serangan itu sebenarnya bukan ditulis beliau sebaliknya oleh seorang penyamar.

Oleh itu Demang memohon maaf kepada Papa Gomo dan para pengunjung atas salah faham tersebut.

Namun kejadian tersebut memberi pengajaran agar Demang lebih berhati-hati. Dalam keadaan pergolakan politik begini macam-macam kaedah digunakan untuk membunuh lawan. Salah satu caranya ialah dengan melaga-lagakan pihak musuh agar bertelingkah sesama sendiri.

Begitu jugalah hal-nya dengan negara kita. Sebagai sebuah negara Islam (rujuk Perlembagaan Persekutuan Perkara 3), memang banyak negara yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara musuh mereka. Sekurang-kurangnya sebagai pesaing yang perlu dikalahkan.

Pihak musuh akan melakukan apa sahaja asalkan kita hancur. Kaedah paling lazim dan mudah tetapi amat berkesan ialah dengan melaga-lagakan kita sesama kita.

Itulah sebabnya Demang sudah tuliskan ratusan kali (dalam Waadat) bahawa sebarang bentuk perpecahan perlu dihindar. Jika perpecahan itu bersumber pada seseorang maka orang itu wajib disingkirkan.

Demang percaya, majoriti kita sudah jelas tentang siapakah yang menjadi punca kemelut ini.

Ya, orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim.

Pada 1999, Anwar Ibrahim telah diminta berundur sementara daripada politik berikutan laporan pihak polis dan dikuatkan dengan bahagian perisikan bahawa aduan yang diterima PM berkenaan salah lakunya mempunyai asas.

Malah pihak pembangkang iaitu PAS dan DAP telah menggunakan isu tersebut secara terbuka serta mencabar kerajaan agar tidak melindungi Anwar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Saksi dan bukti yang dikemukakan memang sukar diketepikan.

Akhirnya, setelah nasihat agar berundur tidak dipatuhi maka pihak AMT terpaksa membuat keputusan agar Anwar Ibrahim dilucutkan daripada semua jawatan dalam kerajaan.

Namun Anwar tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Anwar bertindak keluar menemui rakyat dan memberitahu bahawa dia tidak bersalah sebaliknya difitnah.

Malangnya Anwar sehingga sekaarang gagal memberitahu rakyat samada melalui bukti atau saksi bahawa dia tidak bersalah. Anwar juga gagal dalam perbicaraan mahkamah bagi membuktikan dia tidak bersalah dalam kes salah laku seks.

Cuma Anwar yang diwakili barisan peguam terhebat bernasib baik apabila berlaku kesilapan teknik dalam pendakwaan.

Seterusnya Anwar juga sehingga saat ini gagal memenuhi permintaan rakyat agar bersumpah bahawa dia tidak terlibat dengan aktiviti yang didakwa.

Bagi Demang, jika pun anda tidak percaya dengan semua tuduhan yang diajukan pada Anwar yang anda sayangi itu namun hakikatnya Anwar adalah personaliti yang diselubungi pelbagai misteri dan keraguan yang tidak wajar menjadi pemimpin negara.

Tuesday, April 5, 2011

Papa Gomo serang Waadat


PAPA GOMO said...
kamu ni nampaknya dah mula menyokong pakatan haram gamaknya....celaka betullah kamu dan pakatan rosak kamu tu

Kesibukan Demang sejak akhir-akhir ini memaksa Demang mengurangkan posting ke blog Waadat. Tambahan pula HTC Touch Pro2 Demang gagal digunakan pada ‘blogger dashboard’.
Namun Demang tidak risau lagi kerana mulai petang tadi, Galaxi Tab sudah mengambil alih tugas HTC tersebut!

Kepada yang berminat, sila dapatkan maklumat terkini gadget canggih tersebut di kedai-kedai.

Dalam pada itu sahabat Demang ‘Pak Menakan’ yang sekali sekala menulis dalam Waadat telah menyentuh isu video hangat siang tadi. Rupa-rupanya pandangan Pak Menakan telah menimbulkan kemarahan Papa Gomo.

Demang tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Baik Pak Menakan mahupun Papa Gomo kedua-duanya sahabat Demang.

Sebagaimana Demang tidak membuang komen Papa Gomo tersebut, Demang juga tidak akan menghalang Pak Menakan dari terus menulis di sini (Waadat).

Terpulanglah untuk pembaca menilai.

Lihat posting tersebut di sini

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)