Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, June 18, 2011

undian maharajalawak dan demokrasi masjid

Konsert ML malam tadi menyaksikan regu Jambu nyaris tersingkir. Ahmad Idham yang merasa bersalah kerana memberi komen yang kurang menyebelahi pasangan tersebut cepat-cepat menggunakan imunitinya bagi menyelamatkan mereka.

Jambu bukanlah peserta paling popular. Malah Demang sendiri menonton Maharaja Lawak kerana ingin menonton persembahan Nabil dan Jozan.

Namun dari minggu ke minggu persembahan Jambu sentiasa di tahap 'international level'. Malah semasa konsert di Pulau Pinang, ketika hampir semua peserta membuat persembahan hambar, Jambu tampil menyelamatkan keadaan. Persembahan mereka Demang kira berjaya memujuk penonton yang agak kecewa malam itu.

Secara peribadi, Demang dapati Nabil tidak begitu stabil. Namun populariti semasa meletakkannya di level undian selamat berbanding R2 yang juga tidak begitu stabil. Padahal bagi Demang persembahan R2 yang diberi peluang kedua malam tadi lebih baik berbanding Nabil dan Jozan.

Apapun, Jozan berjaya mengekalkan kualiti setiap persembahan kecuali malam tadi. Ia bukan salahLinda Onn tetapi lawak budak-budak sudah dianggap ketinggalan zaman dan setaraf dengan 'lawak bodoh'.

Bagi Demang kaedah penentuan Maharaja Lawak adalah bukti kelemahan sistem demokrasi. Melalui undian, kualiti calon bukanlah syarat mutlak untuk menjadi pemenang. Baik Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, mahupun Juara Lagu (dan sebagainya), populariti peserta adalah syarat penting untuk menang.

Selain itu faktor persepsi pengundi juga penting. Jika pengundi mengandaikan orang lain akan mengundi seseorang peserta, maka dia juga akan cenderung mengundi peserta tersebut. 

Itulah sebabnya dalam Islam kaedah pengundian ala demokrasi barat tidak diamalkan. Kita terpaksa laksanakan demokrasi kerana itulah pilihan yang ada pada kita sejak merdeka.

Anehnya, kerajaan Pulau Pinang cuba melaksanakan sistem pengundian dalam memilih jawatan kuasa masjid di negeri itu.

Dan PAS pun ikut menyokongnya. Memang hamPAS!

Jom lihat pemikiran aktivis anti ISA

Ketika Demang bersarapan di warung pagi tadi, berhenti sebuah MPV betul-betul di sebelah simpang empat depan warung tersebut.

Pada cermin tingkap kenderaan itu terlekap poster Selamatkan Rakyat Malaysia bersaiz besar.

Dari dalam kereta itu keluar seorang lelaki separuh umur berkepiah putih dituruti seorang wanita yang memimpin kanak-kanak perempuan kecil.

Sebelum terlupa, Demang catatkan di sini bahawa lelaki itu juga memakai t-shirt bercetak HAPUSKAN ISA.

Pada pandangan Demang mereka adalah pasangan suami isteri manakala gadis kecil itu macam tak berapa sesuai menjadi anak mereka. Cucu barangkali.

Tapi tak mustahil juga anak mereka sebab sekarang ini memang banyak ubat power terutama dijual secara online. Demang pun ada stok kalau nak cuba.

Kita anggap sahaja budak itu cucu mereka. Tapi, di mana ibubapanya? Mungkinkah sedang ditahan di Kemunting (ISA)?

Untuk makluman, yang ditahan ISA termasuklah pengedar dadah, pemilik senjata api secara haram, penjenayah besar, dan pengkhianat negara. Jangan ingat yang anjur perhimpunan BERSIH sahaja di situ.

Demang buat contoh andaian sahaja.

Itu bukanlah masalahnya. Yang Demang tak puas hati ialah kenderaan mereka diletakkan di simpang jalan. Tak terfikirkah lelaki itu bahawa perbuatannya boleh menyebabkan kemalangan dan silap-silap mengundang maut terhadap orang lain?

Inilah masalahnya. Konon nak selamatkan rakyat padahal tindakan mereka lebih mendedahkan rakyat pada kebinasaan.

Demang bukan nak menyebok tapi sebaik sahaja lelaki itu masuk ke warung, Demang terus menegur perbuatannya.

Anda tahu respon lelaki itu? Dia buat muka bengong, cangak-cangak ke luar seperti berfikir, kemudian duduk di kerusi berhampiran Demang macam tak buat salah apa-apa.

Ingat-ingatlah. Beginilah tingkah mereka nanti jika negara kita jadi huru hara seperti Iraq akibat tindakan bodoh mereka mengadu domba rakyat menentang kerajaan yang sah.

Masa tu, kalau kita lempang mereka pun dah tak guna lagi. Justeru, sebelum mereka berjaya musnahkan kedamaian kita, lebih baik kita humban mereka ke sel penjara di Kemunting.

Friday, June 17, 2011

konspirasi bantah titah Agong batal pilihanraya masjid

Petang tadi Yang DiPertuan Agong telah mengeluarkan titah perintah agar pilihanraya masjid idea puak Islam liberal dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang dibatalkan.

Tidak sampai 4 jam, Demang dapat khabar bahawa ada usaha pihak tertentu untuk mengingkari titah tersebut.

Berikut adalah berita dari blog Pisau:
"Mantan AJK PAS Kawasan Batu Kawan Mejar (B) Jaafar mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri lebih kurang 40 orang terdiri daripada AJK PAS dan ahli ahli PAS Cawangan Kebun Sireh. Mejar Jaafar menegaskan mereka akan tetap meneruskan agenda mereka walaupun titah Tuanku Mizan agar dihentikan dan dalam masa yang sama mereka turut mengatur calon calon untuk pilihanraya masjid."

Kita harap mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang kerana menentang perintah Yang DiPertuan Agong selaku ketua negara.

kejayaan terbaru pemuka Islam liberal

Islam Liberal
Agenda liberalisasi Islam terus berjalan lancar. Di Pulau Pinang, kaedah pemilihan dan perlantikan jawatankuasa masjid akan datang tidak lagi menggunakan kaedah yang diwarisi Rasulullah dan para sahabat.

Demokrasi tajaan barat sudah menyusup ke dalam rumah Allah dan meresap ke ruang ibadah ummat Islam. Bahkan jika dibiarkan akan memasuki urusan ibadah seterusnya mempengaruhi perkara akidah.

Ramai yang masih menyangka musuh akan datang dari depan dengan senjata di tangan.

Agaknya, oleh kerana sudah ramai yang tidur tanpa selimut maka mereka sudah lupa tentang peribahasa 'musuh dalam selimut'.

Terbaru, (Utusan online) seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.

Pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid berkenaan esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.

Abdul Malik juga berkata, pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang. - Bernama

Wednesday, June 15, 2011

Jom berdemonstrasi di jalanan

Demang rasa elok juga perhimpunan BERSIH tu dibiarkan saja. Siapa yang teringin sangat nak berdemo, biarkan lah.

Demang dengar ada dua puak yang akan keluar berhimpun di jalanraya. Kumpulan pertama ialah kumpulan yang menyokong kempen BERSIH.

Manakala kumpulan kedua ialah kumpulan yang menentang kumpulan BERSIH itu.

Nanti kedua-dua kumpulan itu akan bertembung. Masing-masing sedang bersemangat. Sorak menyorak, ejek mengejek pasti berlaku. Tambah seronok lagi akan ada baling membaling objek.

Demang cadangkan kita buat kumpulan ketiga iaitu kumpulan pemerhati. Demang pun teringin nak ikut sama. Agen CIA pun boleh tumpang sekaki, menyamar sebagai pelancong.

Demang percaya, jika dibiarkan perhimpunan itu pasti meriah. Nama Malaysia akan berkumandang ke seluruh dunia. Semua media akan bertumpu di Malaysia.

Kalau kita lihat di Iraq dulu, bukanlah Amerika yang datang menyerang asalnya. Ia bermula dengan rasa tidak puas hati beberapa pemimpin kiri. Kemudian mereka lari ke luar negara.

Di luar negara, mereka burukkan negara sendiri. Apabila orang luar sokong, mereka gembira dan rasa diri mereka hebat.

Akhirnya Amerika serang Iraq. Saddam Hussein yang mereka benci itupun ditangkap dan dibunuh. Mereka pun dilantik menjadi pengganti.

Namun, adakah kehidupan rakyat Iraq lebih baik sekarang berbanding dulu?

Tuesday, June 14, 2011

bekas peguam anwar bercakap tentang melayu

zul4kulim.blogspot.com

"Umat Islam itu umpama lidi, bila ia diikat seberkas, ia menjadi kuat dan boleh mnyapu segala sampah yang ada besar atau kecil, tetapi bila dirungkai menjadi taburan lidi, habuk sebesar hama pun ia tidak mampu membuangnya".

Sebab itu kesatuan, perpaduan dan persaudaraan itu sangat dititik beratkan oleh Islam. Perkara pertama yang Rasululllah saw lakukan selepas mendirikan Masjid Nabawi semasa peristiwa hijrah ialah menyatukan umat Islam Makkah-Auz-Khazraj menjadi Muhajirin & Ansar yang bersatu sabagai satu umat - umat Islam.

Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikaitkan dengan agama. Dita'rifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam dibawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya berdasarkan undang-undang.

Namun malang umat Islam bangsa Melayu; yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab dan Satu Qiblat, tetapi gagal menjadi satu bangsa yang bersatu. Sedangkan ALLAH jelas menyebut bahawa umat Islam wajib bersatu padu dibawah naungan Al Quran.

Dan yang lebih malang, bukan sekadar tidak bersatu, ada kalangan umat Islam bangsa Melayu yang bersedia menjadi barua non-Muslim bukan Melayu semata-mata untuk memenuhi nafsu masing-masing; yang akhirnya menyebabkan bangsa Melayu itu menjadi lemah, lesu dan layu.

Sejarah bangsa Melayu membuktikannya. Kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka bukan kerana kekuatan Portugis. Tetapi hanya kerana pengkhianatan bangsa sendiri yang bernafsu mahu menjadi Bendahara. Maka pengkhianat-pengkhianat ini sanggup bersekongkol dengan penjajah. Akhirnya tumbang Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, tidak bangkit-bangkit sehingga hari ini.

Begitu juga kejatuhan Kerajaan-Kerajaan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Ianya bukan kerana kekuatan British. Mereka hanya sedikit. Tetapi British pandai mengadu-domba bangsa Melayu, sehingga mencetuskan perang saudara dikalangan orang Melayu. Akhirnya Kerajaan-Kerajaan Melayu tumbang, dan British yang jumlahnya terlalu sedikit berjaya berkuasa dan menjajah Tanah Melayu. Bangsa Melayu hanya terlopong menjadi bangsa merempoat dinegara sendiri.

Kesilapan paling besar yang dibuat oleh bangsa Melayu ialah apabila mereka terlalu ghairah mahu merdeka, mereka sanggup menggadaikan kewarganegaraan Tanah Melayu kepada bangsa asing.

Walaupun ditentang hebat, segelintir Melayu sanggup bersekongkol dengan British dan menerima prinsip "jos solai - hak kewarnegaraan mutlak berdasarkan kelahiran". Dan hak ini diberi berserta dengan hak memiliki tanah, hak menentukan kerajaan pemerintah dan pelbagai hak lain. Akhirnya, walaupun merdeka dari segi politik, tetapi menjadi hamba tambatan dinegeri sendiri. Tepat saperti yang disebut dalam satu hadis Melayu, "menang sorak kampung tergadai!!!".

Dan kesan daripada itu, bangsa Melayu hari ini membayar dengan harga yang mahal akan kesilapan nenek moyang mereka. Hari ini dimana-mana pun sering dikompangkan bahawa kuasa Melayu bergantung kepada undi Cina. Pengundi Cina adalah penentu. Pelik, dibumi tanah Melayu tetapi bukan Melayu dikatakan menjadi penentu. Maka riuhlah parti orang Melayu menggadai prinsip menjual perjuangan demi undi Cina. Dan hari ini, warisan pengkhianatan dan persekongkolan silam diteruskan oleh bangsa Melayu.

Kita lihat dihadapan mata kita hari ini bagaimana bangsa Melayu menjadi begitu lemah. Bukan sahaja mereka gagal memperkasakan kuasa politik yang sedia ada untuk menafaat dan kebajikan bangsa sendiri, malah hak mereka yang sedia ada pun habis dicabar dan tergadai.

Lihat bagaimana isu biasisiswa yang diperuntukkan didalam Perlembagaan khas hanya untuk bangsa Melayu, akhirya bukan sahaja bangsa lain mendapat habuan besar, hak Melayu sendiri terhakis; ramai anak Melayu menangis sepi tidak mendapat hak biasiswanya, dan dinafikan hak pendidikan yang dimaktubkan kepadanya.

Kita lihat pula isu perhimpunan haram yang hendak dibuat pada bulan Julai ini. Ada segelintir bangsa Melayu yang bersedia diperkudakan oleh himpunan haram yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreevanasan. Sedangkan mereka tahu inilah kumpulan yang kuat menentang Islam, penganjur IFC, penyokong kes murtad Lina Joy. Tetapi demi memenuhi nafsu ghairah kekuasaan, segelintir Melayu ini sanggup menjadi kalkatu yang rela diperkudakan kerana terpukau dengan sinaran palsu kekuasaan! Melayu-Islam menjadi lemah dan rosak akibat "tangan-tangan kotor" mereka sendiri!

Dan yang paling hina, ada segelintir bangsat dikalangan orang Melayu yang bersedia menjual agamanya atas nama "political survival", ditopengkan dengan label 'arab "siasah syara'iah. Maka halal lah bibel Melayu versi Indonesia! Proses menghina diri ini sampai kepuncaknya apabila orang Melayu sanggup menjual kalimah ALLAH nama tuhannya demi mendapat sedikit pangkahan kuffar!!! Walau ulama'nya sendiri mengisytiharkan kafir sesiapa yang meredhai kemungkaran itu! Namun para politikus lacuran ini terus menerus melacurkan diri, sehingga ke peringkat anak isteri jadi bahan dagangan politik.

Bangsa yang sanggup menggadai agamanya, hatta Tuhannya sendiri, dan menganggap anak isteri sebagai komoditi politik murahan adalah bangsa yang sedang membunuh dan menghancurkan diri sendiri! Apakah begitu parah dan bansgatnya segelintir Melayu-Islam hari ini?

Kerana apa terdapat segelintir politikus Melayu-Islam yang sampai begitu sanggup melacurkan perjuangan dan prinsipnya? Adakah kerana Melayu tiada kuasa politik? Jawapannya tidak. Hakikatnya kuasa politik Melayu berkuasa mutlak. Kita punya majoriti mutlak dalam Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Muslim bangsa Melayu hari ini lebih daripada 130 orang, sudah boleh membentuk Kerajaan Persekutuan bersendirian tanpa perlu bangsa lain.

Dan dengan kuasa mutlak itu, kita bulkan sahaja boleh membela dan memperkasakan bangsa Melayu, malah boleh memartabat dan mendaulatkan Islam.

Tetapi kenapa itu semua gagal dicapai? Kerana umat Islam bangsa Melayu bukan sahaja tidak bersatu, malah bersedia bersekongkol dengan golongan kafir anti Islam anti Melayu; semata-mata untuk memenuhi nafsu mahu berkuasa. DAP tidak kuat! MCA tidak hebat! Gerakan tidak mantap! MIC tinggal nama!

Yang hebatnya UMNO, yang gagahnya PAS! Tetapi dek kerana sikap pengkhianatan dan persekongkolan songsang, kehebatan menjadi kebejatan, kegagahan menjadi kedayusan. Malah ada yang sanggup menjual roh perjuangannya, tunduk kepada tuntutan rakan kongkolan. Akhirnya menjadi parti "mayat hidup", tinggal nama tanpa roh perjuangan!!!

Lihat apa yang terjadi di Iraq, Afghanistan, dan sekarang Libya. Kerana nafsu segelintir yang mahu berkuasa, mereka sanggup bersekongkol dengan kafir untuk menjahanamkan negara sendiri. Akhirnya menderita, yang sengsara, yang merempat ialah umat Islam bangsa sendiri.

Lihat apa yang terjadi Syria. Hanya kerana keghairahan mahu berkuasa, mereka sanggup merosakkan negara, menyebabkan Kerajaan dan Angkatan Tentera Syria sibuk mempertahankan negara. Dan kesempatan itu diambil oleh Israel zionis la'natullah untuk membunuh dan menyembelih umat Islam Falastin di sempadan Golan-Syria yang tidak dapat dipertahankan dan dibela oleh tentera Syria!

Wahai umat Islam bangsa Melayu! Bangkitlah! Sedarlah! Kamu sedang menjadi kaum yang "self-destructive" - menghancurkan diri sendiri. Jangan ulangi kesilapan silam. Jangan diwarisi sikap pengkhianatan dan persekongkolan songsang ini. Kita sebenarnya kuat! Kita sebenarnya hebat! Kita sebenarnya gagah!

Apa yang penting sekarang semua wadah dan platform umat Islam bangsa Melayu, samada parti politik, NGO, pertubuhan atau individu-individu berpengaruh; wajib duduk satu meja dan mengadakan muzakarah dan perbincangan untuk memperbetulkan saf dan halatuju perjuangan umat Islam bangsa Melayu. Saya cadangkan diadakan Himpunan Melayu-Islam bagi tujuan mencari satu "win-win formula" bagi memartabatkan, memperkasakan dan membela agama dan bangsa.

Dimana sebenarnya kekuatan bangsa Melayu? Pada ekonominya kah? Atau kekayaannya kah? Sebenarnya kekuatan Melayu terletak kepada huruf "Mim" - Mim Lam Alif Ya Wau - Melayu. Tanpa huruf "Mim" bangsa ini akan jadi "Layu". Dan huruf "Mim" itu adalah kerana Melayu itu Muslim. Disitulah letaknya kekuatan bangsa Melayu - iaitu pada agamanya!

Oleh itu, formulanya mengembalikan kekuatan dan keperkasaan Melayu hanya satu! Survival bangsa Melayu hanya satu. Bersatu, berpadu dibawah naungan Al Quran. Persoalan besar yang perlu ditanya oleh umat Islam bangsa Melayu hari ini ialah: adakah Melayu mahu hidup hanya untuk berpolitik, atau Melayu mahu berpolitik kerana agama dan bangsa! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Jangan nanti kita menjadi hanya sebatang lidi yang tidak mampu berbuat apa-apa. Tetapi ikatlah lidi-lidi menjadi seberkas penyapu yang kuat, dan dengan penyapu itu umat Islam bangsa Melayu boleh menyapu semua sampah yang boleh menganggu gugat umat dan bangsa. Jika tidak, anasir luar akan dengan mudah mematah-riukkan kita menjadi hancur dan lebur.

Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH mengampunkan kita, dan memberi kekuatan ukhwah serta istiqomah demi kesinambungan umat Islam bangsa Melayu didalam negara Tanah Melayu ini.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Rejab 1432
12 Jun 2011

kronologi penangkapan mat sabu-norma

Urutan penangkapan mat sabu-norma di bilik 121
(Disiarkan di http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=2458&mode=threaded&pid=162835 sejak tahun 2002 tanpa bantahan)

Penangkapan Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat), Mat Sabu, 41, (sekarang dah berumur 48 tahun), dan pasangannya Norma Abdul Halim, 36, (sekarang sudah berumur 43 tahun), menjadi maklumat semasa yang ingin diketahui oleh pelbagai lapisan masyarakat. Masing-masing membuat pelbagai andaian terhadap penangkapan itu, ada yang positif dan tidak kurangnya juga yang negatif berhubung dengan kes ini. Semakin banyak andaian dibuat apabila perbicaraan yang sepatutnya berjalan setiap hari terpaksa ditangguhkan dari semasa ke semasa oleh pihak pendakwa dengan alasan siasatan mereka belum selesai untuk mengumpul fakta-fakta perlu. Berikut disiarkan urutan peristiwa penangkapan Mat Sabu-Norma berdasarkan maklumat bertulis yang ada dalam simpanan pihak pendakwa Mat Sabu:
__
31hb Januari 1995, jam 2.40 pagi:

Mat Sabu telah check in di kaunter reception Hotel Perdana. Ketika itu hanya seorang petugas saja bertugas di kaunter berkenaan. Selepas mendaftar, petugas itu meminta Pengawai Kanan Keselamatan menunjukkan bilik 121 di tingkat satu kepada Mat Sabu.

 Jam 9 pagi:

Seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang berpakaian preman bersama seorang rakannya telah menemui Senior Receptionist yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian telah meminta senarai penginapan tetamu. Satu salinan senarai penginapan tetamu telah diserahkan oleh Senior Receptionist kepada Inspektor berkenaan. Tindakan itu dikatakan biasa dilakukan oleh pihak hotel apabila dikehendaki oleh polis. Selepas menerima salinan senarai penginapan tetamu, Inspektor berkenaan dan rakannya beredar ke Coffee House. Pegawai polis itu kemudian memesan minuman panas. Sambil menikmati minuman, Inspektor itu seolah-olah berada dalam keadaan memerhati sesuatu. Keadaan itu diperhatikan oleh seorang Waitress Coffee House yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian meninggalkan Coffee House itu secara tergesa-gesa tanpa menghabiskan minumannya.

 Jam 10 pagi:

Mat Sabu dilihat pulang ke hotel bersendirian dengan memandu kereta berwarna biru. Ia disedari oleh Bellboy yang bertugas ketika itu. (Dia dikatakan keluar dari biliknya kira-kira jam 7.30 pagi).

Jam 10.10 pagi:

Iaitu selepas lima minit Mat Sabu masuk ke biliknya, seorang Housekeeping Supervisor hotel yang secara kebetulan berada di hadapan bilik 128 di tingkat satu untuk membuat pemeriksaan bilik telah terserempak dengan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang berpakaian serba hitam iaitu seluar, baju dan tudung sedang menekan loceng bilik 121. Tanpa mengesyaki sesuatu, Housekeeping itu meninggalkan tempat berkenaan dan waktu itu, wanita berpakaian serba hitam masih berada di depan pintu bilik 121.

Jam 10.15 pagi:

Seorang Room Steward yang sedang mengemas bilik 128, telah didatangi oleh dua orang anggota polis berpakaian preman. Polis itu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa. Mereka bertanyakan kepada Room Steward sama ada dalam bilik 121 itu ada tetamu atau tidak. Room Steward kata mungkin ada, mungkin juga tidak ada dan berkata, mengikut senarai penginapan tetamu, tetamu bilik 121 akan check out pagi itu. Bagaimanapun, polis meminta Room Steward membuka pintu bilik 121, tetapi Room Steward enggan kerana peraturan kerja tidak membenarkan petugasnya berbuat demikian. Anggota polis itu terus mendesak dan Room Steward akhirnya akur dan menghampiri bilik 121. Beliau menekan loceng bilik sebanyak tiga kali, tetapi pintu tidak dibuka. Beliau kemudian cuba menggunakan kunci pendua dan belum sempat kunci itu dimasukkan, tiba-tiba pintu bilik 121 dibuka oleh seorang tetamu dari dalam. Ketika itu, tujuh orang iaitu Pegawai Pencegah Maksiat yang bersembunyi tiba-tiba menyerbu masuk ke bilik berkenaan bersama anggota polis. Tidak lama kemudian kumpulan pihak berkuasa itu membawa turun Mohamad Sabu dan Norma.

Jam 10.50 pagi:

Mat Sabu turun dari biliknya untuk menjelaskan bil penginapan. Bayaran telah diterima oleh seorang Cashier bertugas. Pada waktu itu Mat Sabu kelihatan tenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi berhubung dengan penangkapan beliau. Pada waktu itu juga tidak ada sesiapa bersama beliau. Sekumpulan pihak berkuasa berada agak jauh sedikit dari Mat Sabu untuk menutup keaibannya dan tidak mahu orang ramai tahu mengenai peristiwa yang berlaku ke atas Mat Sabu dengan Norma.

Jam 11 pagi:

Mat Sabu dilihat berligar sekejap di lobby hotel. Kumpulan pihak berkuasa sudah menunggunya di luar hotel dan terus mengiringi Mat Sabu ke keretanya. Kejadian itu disedari oleh seorang Bellboy. Pagi 1 Februari 1995: Berita mengenai penangkapan Mat Sabu dengan suri rumah, Norma Abdul Halim disiarkan oleh akhbar-akhbar harian utama dan masih menjadi bahan berita utama sehingga sebulan lamanya.

Nota:
Kes ini digugurkan kerana masalah teknikal iaitu terdapat percanggahan nombor bilik.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)