Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, September 5, 2011

KOMUNIS hanya helah PAS

Nampaknya PAS begitu bersungguh-sungguh membantu Anwar Ibrahim dari luar mahkamah. Justeru isu komunis dimanipulasi sepenuhnya bagi menarik perhatian rakyat agar terlupa kes liwat yang sedang dibicarakan.

PAS langsung tidak peduli sensitiviti rakyat yang ahli keluarga mereka pernah menjadi mangsa keganasan komunis. Bahkan PAS tidak peduli kesan permainan politik tersebut bakal merosakkan sejarah tanah air. Mereka menuduh sejarah dipalsukan sedangkan mereka sendiri ketandusan hujah bagi menyangkal fakta sejarah.

Kesilapan PAS ialah menganggap semua ini boleh diperbetulkan kembali selepas BN-UMNO ditewaskan. PAS juga yakin mereka boleh mengawal DAP apabila pembangkang menang. Hakikatnya PAS tidak lebih sebagai kaldai kepada DAP.

Tidak cukup dengan modal komunis, isu kematian wartawan yang membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia juga dieksploitasi. Padahal, ini bukan kali pertama wartawan yang menyertai misi kemanusian atas kerelaan sendiri terbunuh. Pernahkah sebelum ini dunia menghentam pihak yang menganjurkan misi kemanusiaan? Bukankah sepatutnya pihak yang menyerang dan membunuh wartawan dan sukarelawan yang dikutuk?

Aneh sungguh pendirian pembangkang di Malaysia.

Sebenarnya tidak aneh jika kita sedar bahawa PAS sudah mengambil keputusan untuk melakukan apa sahaja asalkan UMNO kalah, hatta bantuan syaitan pun akan diterima.

Mat Sabu seleweng kos perubatan

Kaki kelentong merangkap timbalan Parti Ajaran Sesat kantoi lagi apabila didapati berbohong dalam tuntutan perubatan. Lihat http://novandri.blogspot.com/2011/09/terkini-akhirnya-mat-sabu-mengaku-juga.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

maaf, kena copy paste link di atas. Ikon link rosak.

Sunday, September 4, 2011

dialog sulit Mat Indera dengan Chin Peng

"Hello Mat Indera. Wa panggil lu ini hari pasai ada hal manyak musat mau kasi lu bikin," ujar Chin Peng sambil mengurut-urut muncung pistolnya.

"Tugas apa boss?" tanya Mat Indera dengan hidung kembang kempis.

"Lu pun tau, kan? Sampai sikalang Inggelis masih tak mau keluar dari ini negeli. Wa manyak binci ini penjajah. Wa cadang mau halau Inggelis kasi berambus. Nanti Inggelis sudah tadak, lu moleh perintah ini negeli. Lu moleh mikin ini negeli ikut lu punya suka." Chin Peng menerangkan sambil membelek-belek muncung pistolnya.

"Habis, bos camana?" Mat Indera memberanikan diri untuk bertanya.

"Lu jangan bimbang pasai gua. Wa akan balik China." jawab Chin Peng dengan sayu.

"Tapi, bos kan warga Britain?" Mat Indera musykil.

"Oo, sori la. Wa ingat lu tak tau. Takpa, wa moleh duduk mana-mana la." Balas Chin Peng. "Lu moleh take over ini negeli".

"Betul bos tak mau jadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis?" tanya Mat Sabu bersungguh-sungguh.

"Buat apa gua tipu lu? Gua mana pernah tipu olang. Lu pi serang itu balai polis. Itu polis manyak jahat pasai kelija sama Inggelis. Dia olang jaga Inggelis, bukan jaga negala." Chin Peng menerangkan bersungguh-sungguh.

"Bos janji sama gua ha..? Lepas gua bunuh semua polis dan kita menang, lu mesti kasi orang Melayu jadi ketua negara." tanya Mat Sabu lagi.

"Ok, ok. Gua janji. Gua tak mahu ini negeli. Wa nak halau Inggelis saja. Itu ideologi komunis pun tak payah guna. Lu boleh buat negala Islam." kata Lim Kit Siang lagi.

Maka Mat Sabu pun percayalah pada kata-kata Lim Kit Siang itu. Sayugia Mat Sabu pun sibuklah mempengaruhi orang PAS agar percaya dengan janji-janji Lim Kit Siang dan parti PAP.


Bersambung...

Nampak gambar ni...

Teringat dia nie...





Mat Sabu serang Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu



Jangan terperanjat jika selepas ini Mat Sabu mengeluarkan kenyataan bahawa raja-raja Melayu perlu dibuang!

Malah jangan terperanjat bahawa gerakan ini sudah pun bermula dalam senyap dan menjalar dalam kepala otak golongan yang pro pembangkang.

Apa nak diherankan dengan Mat Sabu yang menganut fahaman Syiah itu!

Secara rasminya sultan-sultan Melayu sudah kehilangan kuasa mereka sebaik menandatangani perjanjian Malayan Union. Namun UMNO lah yang memulih dan mengembalikan kedudukan raja-raja Melayu.

Justeru raja-raja Melayu sekarang adalah sebahagian daripada UMNO!

Itu realiti.

Kenapa Demang keluarkan kenyataan ini sekarang? Sebab Demang tahu bahawa apabila Mat Sabu dan beberapa pemimpin tertinggi PAS mengeluarkan kenyataan menyokong komunis maka yang mereka serang sebenarnya termasuklah Yang DiPertuan Agong dan raja-raja Melayu.

JIka Mat Sabu sanggup menghina polis sebagai pihak yang mempertahan dan melindungi penjajah Inggeris, apa kurangnya peranan raja-raja Melayu dalam memberi laluan pada penjajahan Inggeris?

Demang keluarkan peringatan ini apabila PAS dan pembangkang mula mempolitikkan isu kematian peserta delegasi kemanusia ke Somalia kelmarin.

Perhatikan, pembangkang sedang dan sudah buat apa sahaja bagi merosakkan kerajaan sedia ada.

Mereka lupa bahawa mereka sedang merosakkan negara!

Saturday, September 3, 2011

Hj Hadi samakan komunis dengan Rasulullah


Memang tidak masuk akal apabila Hj Hadi yang digelar tok guru turut mempertahankan serangan komunis ke atas Bukit Kepong pada 1950.

Namun itulah hakikatnya sebagaimana yang disiarkan di akhbar hari ini dan dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia.

Hj Hadi mengatakan jika Mat Indera yang mengetuai segerombolan komunis berbangsa cina menyerang dan membunuh anggota polis beragama Islam serta keluarga mereka itu dianggap pengkhianat, maka bagaimana dengan Rasulullah yang menyerang Mekah? (rujuk Utusan Malaysia 3 September 2011).

Demang percaya semua ummat Islam faham maksud kenyataan Haji Hadi tersebut. Justeru tak perlulah Demang ulas.

Yang penting Demang mahukan kepastian adakah kenyataan tersebut benar-benar dikeluarkan oleh Hj Hadi atau telah direka pihak media. Jika dusta maka Hj Hadi wajib membuat penafian.

Demang tunggu respon Hj Hadi.

Persoalan 1:
Rasulullah dan tentera Islam menyerang dan menawan kota Mekah daripada kafir Quraish dalam keadaan Baginda sebagai ketua tertinggi. Jika menang, Baginda lah yang akan menjadi ketua negara di Mekah. Baginda tidak dibantu puak kafir.

Mat Indera pula mengetuai sekumpulan orang kafir ingin memerdekakan Tanah Melayu dalam keadaan Mat Indera bukan pemimpin tertinggi PKM, jauh sekali sebagai ketua tertinggi. Jika menang adakah Mat Indera atau seseorang lain yang beragama Islam akan menjadi ketua negara? Bagaimanakah bentuk negara yang didirikan melalui perjuangan komunis itu?

Adakah anggota komunis yang 90% adalah kafir itu berkorban nyawa demi menubuhkan negara Islam? Relakah mereka menyabung nyawa dan selepas itu menyerahkan kuasa kepada orang Islam yang jelas menentang komunis ketika itu?

Persoalan 2:
Jika Mat Indera dikatakan seorang guru agama, bagaimana dengan Ayah Pin? Adakah Ayah Pin seorang yang jahil dalam ilmu agama?

Adakah ulama yang mempertahankan fahaman Syiah, Wahabi, Muktazilah, Jabariah, Khawarij dan sebagainya itu bukan ulama?

Thursday, September 1, 2011

PAS penuhi syarat komunis

PAS sudah boleh diisytihar sebagai ranting komunis cawangan Malaysia apabila 3 pemimpin termasuk Timbalan Presiden merestui dan menyokong serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Untuk makluman, serangan yang membunuh hampir semua pegawai polis (dan anak isteri) berbangsa Melayu dan beragama Islam itu dilancarkan oleh sekumpulan komunis berbangsa cina tetapi dikatakan diketuai seorang Melayu.

Jadi janganlah hairan sangat apabila ada orang Melayu yang menyokong komunis di zaman sekarang.

Mujahid yang juga anak Yusof Rawa mendakwa serangan tersebut adalah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah Inggeris tetapi tahukah Mujahid bahawa jika komunis berjaya siapakah yang akan memerintah Tanah Melayu? Adakah selepas Inggeris dihalau, komunis akan menyerahkan Tanah Melayu kepada orang Melayu?

Tahukah Mujahid bahawa orang Melayu ketika itu sedang berunding untuk mendapat kemerdekaan dengan mengekalkan penguasaan orang Islam di Tanah Melayu?

Sedarkah Mujahid bahawa komunis sedang bersaing dengan orang Melayu untuk menguasai Tanah Melayu? Tak ingatkah Mujahid bahawa pendirian asal orang Melayu ialah meminta Ingeris menghantar pulang imigran ke negara asal mereka?

Sebenarnya itulah antara sebab utama komunis melancarkan serangan bagi merampas Tanah Melayu daripada Inggeris. Mereka tidak mahu dihantar pulang dan dalam masa yang sama ingin menguasai Tanah Melayu.

Lebih tepat lagi cina komunis tidak mahu orang Islam membentuk kerajaan di Tanah Melayu. Hal ini sangat wajar kerana komunis memang anti agama!

Wednesday, August 31, 2011

kekayaan Mahathir terbongkar







Seorang blogger daripada kumpulan serpihan (http://pkrl.blogspot.com/2011/08/mahathir-jumlah-kekayaan-beliau.html) dengan bangganya menyiarkan rencana yang dikatakannya sebagai 'membongkar kekayaan mahathir'.

Kata Demang, sudah-sudah lah mendengki! Apa salahnya seseorang yang menghabiskan hampir seluruh hidupnya untuk negara menikmati kekayaan yang melimpah ruah begitu? Tidak banggakah kita negarawan beragama Islam berada pada martabat begitu?

Kenapa tidak dipertikaikan bilioneir kaum cina dan India yang kekayaannya berlipat ganda dari itu? Apa sumbangan besar mereka secara langsung pada negara? Apa pengorbanan keluarga mereka pada negara?

Orang yang hatinya busuk, penuh dengan dengki khianat memang mudah diperdaya syaitan. Tak sudah-sudah mencari salah orang! Tak habis-habis dengki dengan kejayaan saudara sendiri. Sedangkan diri sendiri malas nak mampus!

Demang nak tanya sekali lagi. Apa sumbangan besar Ananda Krishnan pada negara? Mungkin ada tetapi cuba bandingkan dengan sumbangan Tun Mahathir.

Demang pun akan marah pada Mahathir (dll) sekiranya beliau sahaja yang kaya raya sedangkan rakyatnya seperti rakyat Indonesia yang menyabung nyawa menjadi kuli di negara orang. Demang pun akan marah jika rakyat Malaysia seperti di Somalia. Malah Demang akan marah pada pemimpin jika rakyat Malaysia macam rakyat Myamar, Bangladesh dan kebanyakan negara Islam lain yang masih mundur.

Tapi kita di Malayasia tidak begitu. Sedarlah, tidak semua orang boleh kaya raya dan tidak mungkin kemiskinan hapus 100% TETAPI, keadaan di negara kita tidak begitu. Walaupun belum mencapai negara maju tetapi para pemimpin kita berjaya memberi kebajikan yang hampir menyeluruh kepada warganegara. Lihat sini dan sini.

Itupun data dan statistik beberapa tahun lalu. Mutakhir dan akan datang kita dapat lihat pelbagai rancangan dibuat dan dilaksanakan untuk kebajikan rakyat.

Jika ingin turut sama membantu, jom kita bersama di arus perdana, bukannya berada di kumpulan serpihan kerana itu akan menambah lagi perpecahan ummah.

Lihat pengiktirafan ulama dunia terhadap Tun Mahathir.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)