Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, September 20, 2011

bicara eksklusif: juara isu

Lemparan isu 'komunis pejuang sebenar, polis alat penjajah' yang dibuat Mat Sabu tampak seolah bola tanggung kepada pihak kerajaan namun adakah libasan yang dibuat jatuh di gelanggang lawan serta memberi mata penuh pada UMNO?

Sesungguhnya ia bukan satu soalan yang mudah.

Ada beberapa perkara yang menjadi kelebihan pada pembangkanog dalam isu ini dan fakta bukanlah sesuatu yang penting kepada para pemain isu.

Pertama, Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS. Maka sudah tentulah mempunyai penyokong unik yang akan mati-matian membenar dan mempertahankan beliau.

Gelanggang utama selain Harakah dan ceramah yang agak terhad, sudah tentulah media alternatif yang semakin canggih dan mesra pengguna seperti blog, Facebook, Tweeter, dan sebagainya.

Jangan lupa Wikipedia yang kini digunakan sebagai rujukan para pelajar di universiti sering dikuasai pihak yang propembangkang.

Propaganda pertama yang sudah disebar awal-awal ialah 'sejarah yang ada sekarang ditulis oleh UMNO dan diwarisi daripada tangan orientalis barat. Justeru ia perlu ditulis semula dan isu Mat Indera di Bukit Kepong adalah permulaannya.

Prapemikiran ini memberi impak yang besar dalam 'games' seterusnya dan menjadi pendinding terhadap hujah pihak yang memulakan.

Dalam perang persepsi, kebenaran bukan syarat untuk menang. Pernyataan yang diulang-ulang serta disalur daripada individu kepada individu yang lain selalunya lebih berkesan.

Jika pendapat di atas benar, maka tindakan yang harus diambil tidak harus terbatas pada usaha memberi penerangan. Golongan atas pagar terbahagi dua iaitu sebahagian melihat pada fakta manakala ramai yang suka menumpang keputusan orang lain.

Justeru pihak yang berhajat memenangi perang persepsi harus menambah soldadu untuk turun ke medan.

Tolong jangan tanya di mana medan peperangan! Pengundi hari ini tiada masa untuk menghadiri kursus, mendengar ceramah, atau melangut di kedai kopi mendengar orang tua-tua berborak politik.

Orang sekarang masih duduk berlonggok tetapi masing-masing memegang laptop, tablet, iphone dan sebagainya sambil berkomunikasi dengan komuniti syber.

Jika UMNO bersedia mengeluarkan biaya perang melalui jamuan, ceramah, kursus, media cetak, dan sebagainya sehingga jutaan ringgit, kenapa terlalu berkira dengan media internet?

Adakah terlalu sukar merangka strategi dan membuat budget khusus untuk perang cyber? Adakah jijik dan hina mengeluarkan perbelanjaan untuk media baru yang dah lama ini?

Monday, September 19, 2011

kes liwat anwar tidak berseorangan?

Nampaknya isu sekarang bukan lagi benar atau tidak Anwar meliwat Saiful tetapi 'bukan Anwar seorang meliwat Saiful'.

Dalam perkara ini seorang sahabat Demang yang juga seorang peguam mengingatkan bahawa taktik yang sama digunakan dalam kes Hanif Basri yang dituduh membunuh Norita. Peguam Hanif akhirnya berjaya menimbulkan keraguan dan akhirnya tertuduh dilepaskan.

Soalannya yang tak berjawab hingga sekarang ialah siapa pembunuh sebenar Norita?


Jika peguambela Anwar berjaya menggunakan taktik yang sama, Anwar akan bebas dan pembangkang akan berkata: "lihat, Anwar tidak bersalah." Padahal...

Selepas beberapa bulan rakyat akan lupa fakta sebenar dan pembangkang menang pilihanraya. Anwar pun jadi PM manakala Karpal Singh tersenyum menyimpan fakta rahsia besar Perdana Menteri kita itu.

Lihat salinan berita berkenaan:


Pakar: Ahli kimia 'sembunyi' maklumat DNA ketiga
Hafiz Yatim | 19 Sep, 11 1:31pm
http://m.malaysiakini.com/news/176215?fb_comment_id=fbc_10150286399291479_18411206_10150286569016479

Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

Tumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.
Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.

Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald (kanan) berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon - tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.

"Mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut untuk memperkuatkan penemuan tentang 18 allele itu," kata McDonald.

Katanya, berdasarkan laporan pakar kimia tempatan itu, mereka telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Dr McDonald berkata Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan 'lelaki Y'.

"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," katanya.

Apabila ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengapa ini adalah perlu, Dr McDonald menjawab kerana lebih banyak ujian diperlukan bagi mengenal pasti milik siapa DNA itu (pada 18 allele).

"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan."

Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

"Dia tidak boleh mengatakan ia milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," katanya lagi.

Saturday, September 17, 2011

cerita mat sabun terkentut dalam lif

Alkisah, beberapa minggu selepas peristiwa ditangkap khalwat dengan bini orang maka Mat Sabun pun teringin nak mengunjungi semula tempat penuh kenangan tersebut.

Semasa dalam lif yang kebetulan penuh sesak, tetiba tanpa sebarang bunyi semboyan mahupun sebarang letupan senapang komunis maka tersebarlah bau yang cukup haprak. Barangkali si penyimpannya telah memeramnya selama beberapa minggu.

Maka riuh rendah lah para penumpang lif itu saling tuduh menuduh.

Namun dengan selamba, Mat Sabun terus membuat pengakuan bahawa dia lah pemilik sebenar punca bau itu.

Kenyataan tersebut rupa-rupanya tidak mampu meredakan keadaan yang hingar bingar malah menimbulkan beberapa polemik baru. Antaranya:

1) Kenapa baunya begitu kuat?
2) Mana lebih busuk, kentut atau tahi?
3) Siapakah yang menghidangkan makanan untuk Mat Sabun?
4) Apakah yang patut dilakukan pada Mat Sabun?
5) Siapa yang patut dipersalahkan? Tukang masak atau tukang pergi pasar?

Dalam kelam kabut itu tiba-tiba seorang kanak-kanak berkata:

"daripada pakcik makcik Semua bertengkar, kan lebih baik tutup je hidung. 'kan semua orang dah tahu bahawa Mat Sabun ni memang kaki kentut! Buat apa nak layan?".

Friday, September 16, 2011

ISA dihapuskan tapi

"demi Malaysia, bertawakkal lah kita dan berserah pada Allah."

Demikian Najib menutup ucapan yang di dalamnya terkandung kenyataan penghapusan ISA.

Memang ia satu keputusan yang amat sukar. Hanya budak-budak yang tidak faham sejarah sahaja yang mengatakan "Hapuskan sahaja ISA".

Sama-samalah kita lihat bagaiamana pula respon pembangkang dalam isu ini.

Alaa, pembangkang lah katakan.

Awas, jika banyak sangat membangkang, otak akan rosak sedikit demi sedikit. Kalau berkawan dengan pembangkang, kita pun akan ikut rosak. Apatah lagi jika pasangan kita pembangkang.

Wednesday, September 14, 2011

tanda akhir zaman pembangkang

Persekitaran kondusif sektor kewangan akan diwujudkan - Najib
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan, dalam bidang kuasa mereka, untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan sektor kewangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelabur asing boleh harapkan IPO besar - TPM
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, percaya akan ada beberapa tawaran awam awal (IPO) yang besar-besar dalam beberapa tahun akan datang di Malaysia.

Pengerusi jamin kebajikan pekerja MAS tak terjejas
PETALING JAYA 14 Sept. - Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Mohamad Nor Yusof memberi jaminan bahawa pekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu tidak akan terjejas meskipun wujud sistem baru ekoran proses pertukaran saham dengan AirAsia.

Laporan perhimpunan Bersih sudah diserah kepada Menteri
KANGAR 14 Sept. - Laporan penuh berkaitan pelbagai tuduhan terhadap polis semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lepas telah dikemuka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

47 Penguasa Bomba Gred KB44 dilantik memangku Gred KB48
PUTRAJAYA 14 Sept. - Seramai 47 Penguasa Bomba Gred KB44 dilantik memangku Gred KB48 berkuatkuasa 15 September ini.

Pertambahan kenderaan punca OPS Sikap ke-24 gagal
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya seluruh negara ketika sambutan Aidilfitri yang lepas dikenal pasti sebagai antara punca kegagalan Ops Sikap ke-24 mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya.

MCA kemuka cadangan rampas Selangor - Donald Lim
PUTRAJAYA 14 Sept. - MCA Selangor akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Barisan Nasional (BN) negeri dan kebangsaan bagi merampas kembali Selangor dari pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata ketuanya Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai hari ini.

Penentuan tarikh pilihan raya “hak istimewa” kerajaan - Tun M
PUTRAJAYA 14 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah “hak keistimewaan” kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya.

Resort hospital pertama di Malaysia dibina di Melaka
MELAKA 14 Sept. - Hospital Pakar Resort Hang Tuah Jaya, sebuah hospital pakar berkonsepkan “Resort Hospital” yang pertama di Malaysia akan dibina di Melaka dalam usaha mempromosikan pelancongan kesihatan.

Notis tuntut maaf diserahkan di pejabat Guan Eng
GEORGETOWN 14 Sept. - Satu notis oleh UMNO Pulau Pinang telah diserahkan di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menuntut beliau memohon maaf dalam tempoh tujuh hari atau berdepan dengan saman fitnah RM30 juta.

Tak perlu lah Demang ulas semua berita yang Demang 'snap' daripada satu muka surat Utusan online itu. Bagi yang 'reti' membaca yang tersirat dan tersurat akan segera nampak bahawa kerajaan sedang mengukuhkan sokongan daripada rakyat dengan rangkaian program yang melebar ke akar umbi dan mencapah kepada semua sasaran mengikut status kepentingan masing-masing.

Monday, September 12, 2011

DAP PKR PAS berebut jawatan PM

Memang lucu apabila PAS yang cuma ada 23 kerusi menuntut agar jawatan PM diberikan pada mereka. Permintaan tersebut sudah tentu menjengkelkan PKR yang ditubuhkan untuk menaikkan Anwar Ibrahim. Saripudin dengan segera mempertikaikan igauan Mustafa Ali itu. Alaa.. Saifudin. Apa nak dibisingkan. PAS CUMA MENGIGAU. Takkan lah orang mengigau pun hang nak ambil kira? Lebih baik hang tengok DAP. Dalam diam depa dah ada 30 kerusi. Jika orang cina terus bersatu, bilangan tersebut akan bertambah dan hampa akan hampa saja lah. UMNO sekarang ada lebih 80 kerusi. Jika nak berkurangpun, mungkin sedikit sahaja. Namun kalau dilihat pada realiti di luar, sokongan terhadap kerajaan semakin meningkat. Sememangnya, kalau pun belum pulih sepenuhnya namun BN sudah semakin teguh. Yang nyata sokonyan kaum India telah berbalik pada kerajaan melalui.parti-parti selain MIC. Ini dapat dilihat dalam beberapa PRK terkini. Dalam pada itu jaringan kerja kerajaan yang memerintah semakin giat dijalankan. Banyak NGO baru ditubuhkan dan bergerak aktif. Justeru, kalaupun masih ramai yang merajuk dengan UMNO, pendekatan melalui NGO berjaya menarik mereka untuk mempertahankan kerajaan sedia ada demi negara, bukan demi UMNO. Dengan pertelagahan jawatan PM yang tidak pernah habis dalam kalangan pembangkang, rakyat sudah tentu tidak.akan mengambil risiko dengan memberi undi kepada pembangkang. Lihat pertelagahan pembangkang di http://taipingmali.blogspot.com/2011/09/pas-masih-berangan-untuk-jadi-pm.html?m=1

Tuesday, September 6, 2011

dokumen bukit kepong

Dokumen mengenai serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong. Bacalah dengan mata hati dan jangan buta perut Klik seterusnya

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)