Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, January 10, 2012

Shyyy Shaari Sungip pula selepas ini


KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungip diberi amaran kerana mengeluarkan kenyataan mendahului parti berhubung soal senarai bakal calon pilihan raya umum, bulan lalu.
Amaran itu telah dikeluarkan pada satu pertemuan dengan empat pemimpin kanan Pas di ibu negara, kelmarin.
Wah, nampaknya budaya 'Shyy' semakin menjadi-jadi dalam PAS. Ketika UMNO dilihat semakin terbuka, bertoleransi, dan transfaren; PAS semakin menjumudkan diri.


Shyyy.... sapa pulak selepas ini? Jangan banyak cakap, nanti kena pecat!

Maksud Bebas Bukannya Adil

Kenyataan PM berkenaan pembebasan Anwar semalam Demang kira paling tepat. Sebelum itu ada pihak yang mentafsirkan Keputusan tersebut sebagai adil!

Demang bukan kata keputusan itu tidak betul. la betul dari sudut perundangan tetapi belum tentu adil kepada orang lain.

Pernyataan paling sesuai ialah keputusan tersebut tambah menyakinkan rakyat bahawa mahkamah di Malaysia bebas dalam melaksanakan tugasnya.

Sebelum ini pun banyak keputusan mahkamah tidak memihak pada kerajaan yang memerintah. Kes terbesar ialah pengharaman UMNO.

Yang kita bimbang ialah adakah kerana Anwar ada hubungan intim dengan negara luar maka...

Kalau tak ada apa-apa langsung, Demang tak fikir ada pertuduhan terhadap bekas TPM itu.

Tidak salah jika rakyat nenolak Anwar kerana Anwar adalah satu liabiliti.

posted from Bloggeroid

cara Islam ke?

Kenapa Anwar bebas?

Di sini ada penerangan agak mudah kenapa Anwar terpaksa dibebaskan.
http://ohpolitik.blogspot.com/2012/01/jawapan-kepada-yang-tertanya-tanya.html

posted from Bloggeroid

Monday, January 9, 2012

bijak atau jahat?

“Anwar memang bijak!” kata seorang teman.

“Kenapa?” tanya Demang.

“Masa Anwar beriya-iya mengelak agar tidak dipaksa menyerahkan sampel DNAnya, ramai yang hairan mengapa Anwar takut sangat sampel DNAnya diambil.” Teman itu menjawab.

“Ternyata tindakan tersebut menguntungkannya. Apabila pihak pendakwa mengemukakan sampel DNA yang diambil tanpa izin Anwar, maka dengan mudah peguambela menimbulkan keraguan kemungkinan DNA tersebut bukan milik Anwar.” Tambah teman itu lagi.

“Kalau begitu, dia bukan lah bijak. Itu, jahat namanya.” Demang membantah.

“Jika itu dipanggil bijak, maka perompak juga dikategori sebagai bijak apabila berjaya merompak.” Tambah Demang lagi.

“Habis, nak guna istilah apa? Manipulasi? Eksploitasi” tanya teman itu lagi.

“Manipulasi tak boleh, eksploitasi pun tak boleh. Semua istilah tu masih ada sudut positif dan negatifnya bergantung pada kesan dan natijah yang terhasil.” Demang mengemukakan pendapat.

"Kita perlu gunakan istilah yang tepat kerana jika tidak kita sudah berlaku zalim."

“Istilah bijak adalah milik khusus untuk pelakuan yang positif. Selagi tindakan tersebut tidak menganiaya orang lain, maka kita boleh gunakan namun tindakan yang menyebabkan orang lain teraniaya, tidak boleh dikategori sebagai BIJAK sebab BIJAK adalah khusus untuk yang bersifat positif.

Ya. Istilah yang lebih tepat ialah JAHAT.

Awas pemfitnah Saiful

Demang baca posting Azli Shukri berkenaan ulasan ringkas Saiful berikutan keputusan hakim pagi tadi.

Maka ramai lah tukang tambah yang ikut komen.

Antaranya:

Anonymous Anonymous said...

Nyata tuduhan yang dikenakan merupakan rekacipta semata2 mahu menjatuhkan keperibadian seseorang. Jika kejadian benar berlaku, yang benar pasti bermati2an mempertahankan maruahnya. Dalam kes ini, kita dapat lihat siapa yang benar2 berjuang mempertahankan maruah dan siapa yang merasa amat lega setelah hakim menjatuhkan hukuman. Saiful lega kerana tiada lagi hutang dengan anwar akibat fitnah yang terpaksa beliau lakukan. Itupun kalau anwar memaafkan beliau. Bagi saiful, keputusan mahkamah sudah cukup untuk melepaskan dirinya dari dibelenggu sepanjang hayat. Baca balik perkataan 'hutang kebenaran' yang saiful nyatakan.
January 9, 2012 11:08 AM

Anon yang pengecut itu cuba berlagak baik sambil menuduh orang lain merekacipta cerita bagi menjatuhkan orang lain. Padahal dia sendiri memfitnah pula Saiful dalam ayat:

"Saiful lega kerana tiada lagi hutang dengan anwar akibat fitnah yang terpaksa beliau lakukan."

Mana Anon tahu Anwar tidak meliwat Saiful? Kenapa mudah sangat Anon menuduh Saiful menipu sedangkan perkara tersebut anon tidak pasti?

ulasan saiful


Demang amat terharu dan simpati.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)