Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, March 12, 2012

Shahrizat letak jawatan

Ada orang yang hadapi tuduhan lagi teruk pun masih berangan nak jadi PM. Lenguh dah rakyat tunggu penafian bersumpah. Harapkan di mahkamah, asyik silap teknik je.

http://bumiyang.blogspot.com/2012/03/sah-datuk-seri-shahrizat-abdul-jalil.html?m=1

posted from Bloggeroid

Sunday, March 11, 2012

Rumah KM Melaka baru



Apa respon anda terhadap tajuk di atas?

Ali Rostam mungkin tersedak.

Mata pembangkang mungkin terbeliak.

Sebenarnya itu rumah orang kampung Demang yang baru siap. Demang ke situ semalam bagi meraikan rumah baru beliau.

Mungkin bagi sesetengah orang rumah tersebut tiada makna pada mereka. Maklumlah, bukan ada kena mengena pun.

Barangkali ada pula orang yang mempersoalkan apa perlunya membina rumah agam tersebut yang berharga kira-kira RM10 juta?

Malah agaknya ada yang cuba mempertikai sumber pendapatan tuan rumah itu termasuklah mengaitkan dengan politik atau kronisme.

Namun bagi Demang, rumah tersebut adalah bukti orang Islam juga mampu mengecap kejayaan. Setidak-tidaknya jika kita tidak berjaya, dapatlah kita tumpang berbangga.

Tidak lah sebagaimana selalu, asyik-asyik orang bukan Melayu sahaja yang kaya raya.

Lebih dari itu ia juga membuktikan kecacatan fizikal bukanlah penghalang pada kecemerlangan.

Ada seseorang berbisik pada Demang: "agak-agaknya, jika Ali Rostam ditarik ke pusat menjadi menteri, boleh tak dia jadi pengganti?"

Hmm... Demang fikir pun kalau dah Ali Rostam mahu ke pusat, molek juga kita cuba orang yang dah terbukti berjaya menggantikan beliau.

Apatah lagi orang itu memang selama ini banyak buat kebajikan dan mesra dengan rakyat bawahan.

Rasanya sedikit kecacatan fizikal bukanlah penghalang sebab kita bukan nak beliau buat kerja kasar.

posted from Bloggeroid

Saturday, March 10, 2012

Bodoh sangat ke Najib ni?

Itulah pertanyaan yang timbul dalam kepala Demang apabila membaca berita yang dikatakan 'pendedahan' oleh PKR pagi tadi.

Agak-agak la kalau nak menipu rakyat. Takkan lah dek kerana Najib baru umumkan kenaikan pendapatan kakitangan kerajaan maka PKR gelabah sangat.

Isteri Demang yang mendengar berita tersebut turut mencemik sambil berkata: "dah abis modal la PKR tu."

Rupa-rupanya Papagomo juga berfikir yang sama. Malah blogger top1 itu turut memberi contoh pembohongan PKR sebelum ini di blognya sebentar tadi.

http://www.papagomo.com/2012/03/bodoh-sangatkah-najib-razak.html?m=1

posted from Bloggeroid

Kenapa menara Teluk Intan senget ke kiri?


Menara Teluk Intan


Menara Pisa pula senget ke kanan?

rasanya tak perlulah Demang komen sebab semua orang tahu jawapannya.

posted from Bloggeroid

Surat Anwar kepada Yahudi



Sebagai pewaris ‘diari merah’, dia tahu semua urusan surat menyurat Anwar termasuk syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi luar yang dianggotai oleh bosnya itu.

Baca seterusnya...

http://www.pisau.net/2012/03/nik-nazmi-sahkan-anwar-ibrahim-minta.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed%3A+pisau%2FBlSP+%28PISAU.NET%29&m=1

posted from Bloggeroid

Friday, March 9, 2012

PKR kecewa tambahan 6 bilion untuk kakitangan awam



BERNAMA melaporkan Datuk Seri Najib Razak berkata, pelarasan gaji berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkannya semalam berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) membabitkan peruntukan tambahan RM6 bilion. 

Perdana Menteri berkata, jumlah itu termasuk peruntukan untuk kenaikan elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).

Nampaknya tok-tok dalang dalam PKR dan DAP pasti akan meradang dengan keputusan ini memandangkan mereka mahu penjawat awam dikurangkan dan peruntukan gaji kakitangan awam yang majoritinya cucu cicit Demang Lebar Daun dikecilkan.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelarasangajibabitkanperuntukantambahanRM6bilion/Article

posted from Bloggeroid

Timbalan menteri isytihar belot daripada kerajaan



Sambil bersarapan sempat meninjau berita di Berita Harian online.

Apa cerita pagi ini? Banyak. Antaranya:

BH: Abdo Hussameddin Timbalan Menteri Minyak Syria menjadi pegawai kerajaan paling kanan pentadbiran Presiden Bashar al-Assad berpaling tadah selepas mengumumkan peletakan jawatannya yang segera disambut baik oleh pembangkang manakala Amerika Syarikat mendedahkan niat memberi bantuan bukan senjata kepada penentang Bashar.

Demang: apa nak hairan. Kat sini pun ada. Bukan timbalan menteri tapi bekas timbalan perdana menteri.

Amerika nak beri bantuan bukan senjata? Alaa... Senjata pun boleh.

BH: Abdo Hussameddin mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu video yang dihantar aktivis ke YouTube dan menyatakan langkah menteri itu menyokong pembangkang.

“Saya, jurutera Abdo Hussameddin, Timbalan Menteri Minyak mengumumkan pembelotan daripada kerajaan dan meletakkan jawatan.

“Saya menyertai revolusi penduduk yang menolak ketidakadilan dan kempen kekerasan pemerintah yang mahu menghancurkan tuntutan rakyat mendapatkan kebebasan dan harga diri,” katanya. Beliau juga mengutuk Russia dan China kerana menyokong pemerintah Syria dengan menyifatkan mereka ‘bukan sahabat rakyat Syria tetapi bersubahat membunuh penduduk.’ 

Demang: kalau Amerika dibolehkan menyokong pemberontak Syria apa pasal nak marah Rusia dan China sokong kerajaan sah di Syria?

BH: Pemimpin berusia 57 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, berkata beliau sudah bekerja selama 33 tahun dengan kerajaan dan tidak mahu mati ‘berkhidmat dengan rejim penjenayah.’ 

“Itulah sebabnya saya menyertai pihak yang benar kerana pemerintah akan membakar rumah saya, keluarga saya dan memberi alasan palsu,” katanya yang dilantik menteri pada Ogos 2009. 

Demang: kat sini pun bekas TPM kami pernah kata kerajaan nak bunuh dia. Ha ha ha.

BH: Dia juga menasihatkan rakan supaya turut sama keluar daripada kerajaan Bashar. 

Demang: kat sini bukan takat ajak malah dia nak beli 30 ahli parlimen supaya dia dapat jadi PM.

BH: Pembelotan itu segera disambut baik pemimpin pembangkang Burhan Ghalion sambil menjangka lebih ramai pegawai dan ahli politik mengambil langkah sama. 

“Saya menyambut baik tindakan menteri itu yang berpaling tadah dan menggesa semua anggota kerajaan dan pekerja meninggalkan pemerintah dan menyertai pihak yang memperjuangkan kebebasan dan harga diri. 

“Saya jangka pegawai kerajaan yang lain dan ahli politik juga akan turut sama,” kata Ghalioun, pengerusi Majlis Kebangsaan Syria. 

Demang: kat sini Karpal Sigh, Nik Aziz dan pembangkang lain pun sokong pembelot kami.

BH: Penentang Bashar terus mendapat berita baik apabila wakil khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan membuat rayuan di Kaherah. Annan memberitahu wartawan di Kaherah, beliau menggesa penentang Syria bekerjasama dengannya bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. 

Annan berada di ibu kota Mesir untuk mengadakan rundingan dengan pegawai lain sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Kelmarin, ketua kemanusiaan PBB, Valerie Amos mengunjungi Baba Amr dekat Homs. 

Bagaimanapun, Amos dihalang memasuki kawasan di Homs yang dalam kawalan pembangkang. – AFP

Demang: Kofi Annan? Apa nak hairan, dia pun 2x5 je. Demang tak hairan langsung dengan Kofi tu sebab pagi ini pun Demang sarapan dengan Nescaffe. Lagi kow!

posted from Bloggeroid

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)