Apa respon anda terhadap tajuk di atas?
Ali Rostam mungkin tersedak.
Mata pembangkang mungkin terbeliak.
Sebenarnya itu rumah orang kampung Demang yang baru siap. Demang ke situ semalam bagi meraikan rumah baru beliau.
Mungkin bagi sesetengah orang rumah tersebut tiada makna pada mereka. Maklumlah, bukan ada kena mengena pun.
Barangkali ada pula orang yang mempersoalkan apa perlunya membina rumah agam tersebut yang berharga kira-kira RM10 juta?
Malah agaknya ada yang cuba mempertikai sumber pendapatan tuan rumah itu termasuklah mengaitkan dengan politik atau kronisme.
Namun bagi Demang, rumah tersebut adalah bukti orang Islam juga mampu mengecap kejayaan. Setidak-tidaknya jika kita tidak berjaya, dapatlah kita tumpang berbangga.
Tidak lah sebagaimana selalu, asyik-asyik orang bukan Melayu sahaja yang kaya raya.
Lebih dari itu ia juga membuktikan kecacatan fizikal bukanlah penghalang pada kecemerlangan.
Ada seseorang berbisik pada Demang: "agak-agaknya, jika Ali Rostam ditarik ke pusat menjadi menteri, boleh tak dia jadi pengganti?"
Hmm... Demang fikir pun kalau dah Ali Rostam mahu ke pusat, molek juga kita cuba orang yang dah terbukti berjaya menggantikan beliau.
Apatah lagi orang itu memang selama ini banyak buat kebajikan dan mesra dengan rakyat bawahan.
Rasanya sedikit kecacatan fizikal bukanlah penghalang sebab kita bukan nak beliau buat kerja kasar.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment