Kali ini bukan Khalid sang menteri Selangor tetapi Khalid Nordin menteri pengajian tinggi.
Kesian Demang pada si Khalid ni. Tak sepatutnya beliau diperlaku begitu.
Demang dapat berita berikut di blog Brojinggo.
"Kira-kira 15 orang Mahasiswa Universiti yang mewakili Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hadir ke pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya. Tujuannya adalah untuk menyerahkan Memorandum Menuntut Pilihanraya Kampus agar segera diadakan.Memorandum berkenaan diserahkan kepada En Khairi Abdul Malek, Setiausaha Politik kepada Menteri KPT, DS Khaled Nordin. Yang paling melucukan apabila mereka turut menghadiahkan batu nesan kepada Menteri KPT."
Demang rasa Khalid adalah menteri yang bagus tetapi mungkin lebih bagus jika tidak dilantik langsung.
posted from Bloggeroid
2 comments:
IIUM takde pula masaalah. Wakil-wakil pelajar terbuka hati dengan penjelasan univesiti, sementara pilihanraya wakil pelajar dibuat september ini, wakil pelajar-pelajar yang tempohnya tamat, diperbaharui untuk bulan berkenaan oleh Rektor melalui kuasa eksekutifnya. Selesai masaalah.
batu nisan ialah lambang kematian atau terkubur. sebelum terkubur, kementerian kuburkan aje mahasewel tu habis cerita.
Post a Comment