Pagi ni sarapan nasi goreng. RM1.50. Harganya sama dengan bayaran caruman insuran budak sekolah selama setahun.
Bezanya, Demang bayar untuk sekali makan manakala insuran dibayar sekali sahaja untuk satu tahun.
Faedah nasi goreng ini ialah dapat mengenyangkan perut Demang sepagian sedangkan insuran 'cover' untuk sepanjang tahun.
Demang bukan nak perjuangkan insuran sebab Demang tak pernah jadi agen mana-mana syarikat insuran. Demang cuma nak bagitau bahawa jika ibu bapa sanggup keluarkan RM1.50 setahun ertinya kerajaan dapat jimat lebih RM8 juta untuk kegunaan lain.
Demang amat yakin yang ibu bapa tak pernah ralat mengeluarkan RM1.50 setahun untuk kebajikan anak-anak. Malangnya ahli politik mengeksploitasi semua isu demi mempengaruhi pengundi.
Lebih malang lagi apabila perbuatan tersebut merugikan semua pihak.
Justeru sebagai rakyat kita jangan mudah terpedaya.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment