Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, April 17, 2012

Pelajar mogok lapar pula



Demonstrasi membantah PTPTN pada Sabtu lalu bukan sahaja gagal malah menjadikan rakyat semakin meluat dan benci dengan pembangkang.

Seorang peniaga warung yang Demang kenali yang selama ini menyokong pembangkang menggeleng kepala menonton video yang memperlihatkan betapa biadapnya budak-budak muda tersebut.

"Kurang ajar!" kata lelaki berusia 40an yang sebelum ini sering berkempen untuk PAS.

Manakan tidak kurang ajar apabila perkara akidah dieksploitasi? Patutkah seseorang yang mengucap dua kalimah sahadah diperlaku seolah beliau seorang kafir (hindu)?

Ini sudah melangkaui garis sempadan yang tidak boleh diberi toleransi. Soal akidah bukan perkara main-main.

Akidah adalah hubungan manusia dengan Allah. Tiada manusia yang berhak mengatakan orang ini Islam dan orang itu tidak Islam apabila kedua-duanya mengakui Lailaha illallah dam Muhammad itu pesuruh Allah.

Soal akidah juga tidak boleh dilakonkan. Sebab itu seseorang Islam tidak boleh memegang watak seorang yang tidak percaya pada Allah.

Berita terbaru yang Demang terima terdapat pelajar yang mengugut untuk mogok lapar pula.

Mereka belajar dari mana tindakan mogok lapar ni?

Bagi Demang, berani buat berani tanggung. Mari kita sama-sama lihat berapa lama mereka sanggup berlapar?

posted from Bloggeroid

Monday, April 16, 2012

Pecat menteri pecat pensyarah



Nampaknya pembangkang berjaya menjadikan isu yang asalnya berkaitan teknikal menjadi seolah isu besar yang boleh menumbangkan kerajaan!

Itulah kelebihan Anwar PKR: Pakar Kempen Retorik.

Kenapa sampai jadi begini? Golongan pelajar adalah golongan yang sedang belajar. Mereka hanya menerima sesuatu yang logik pada akal mereka. Maka jika ada yang boleh merasionalkan mereka, sudah tentu mereka akan terima.

Susah sangatkah nak rasionalkan mereka? Bagi yang memang biadap sejak lahir tu kita abaikan sahaja. Kita selamatkan kumpulan yang salah faham sahaja.

Beritahu mereka fakta sebenar. Jika memang kerajaan bersalah dalam hal ini, inilah masanya untuk diperbetulkan. Jangan jadikan ia alasan untuk pembangkang menangguk di air keruh.

Dalam hal ini Menteri Pengajian Tinggi perlu proaktif. Jika tidak, elok diganti orang lain sahaja.

Susah sangatkah nak memberi kefahaman pada pelajar di universiti? Kalau sesi taklimat atau ceramah tidak mencukupi, buatkan kursus khas sehingga mereka benar-benar faham. Sediakan satu kertas khas dan peruntukkan kreditnya sebagaimana kertas lain.

Dalam membina negara kita perlu lebih jujur. Jangan takut andai fakta yang ada tidak menguntungkan emosi kita. Terima kenyataan dan perbaiki.

Demang percaya dengan cara itu mahasiswa akan mengerti dan akhirnya akan terbit rasa simpati pada kerajaan yang bertungkus lumus membina negara.

Para pensyarah perlu mengajar dengan penuh tanggung jawab. Untuk itu para pensyarah perlu terlebih dahulu faham kedudukan sebenar.

Silap sikit-sikit tu, biasa la. Pemimpin bukan nabi dan kita pun bukanlah bertaraf sahabat nabi. Zaman tu dah berlalu.

Malangnya terdapat pensyarah yang cenderung pada parti tertentu dan mempengaruhi pelajar dalam dewan kuliah.agar condong pada pegangan mereka.

Pensyarah yang sebegitu mudah sahaja melayannya. Tak perlukan modal besar. Hanya sekeping kertas tunjuk sebab kenapa mereka tidak boleh diberhentikan!

Kenapa menteri berkenaan gagal mengawal universiti? Kenapa masih terdapat ramai pensyarah yang tidak faham realiti negara sendiri masih dibenarkan bertugas di universiti dan menghentam kerajaan?

Kalau setakat tahu fakta tapi tak tahu 'roh' perjuangan bangsa, suruh mereka pergi duduk dalam gua sahaja!

Bila Demang sebut 'bangsa' akan ada pula yang kaitkan dengan assobiyah. Itu sudah dikira kejahilan melampau dalam pentafsiran!

Lebih malang lagi apabila pensyarah yang asyik menghentam kerajaan yang menyuapkannya nasi sejak terpancut daripada perut ibu itu dapat kenaikan pangkat kerana kelayakan akademik mereka!

Penat la camni bro... Dok ulang benda yang sama berkali-kali tapi tak faham-faham juga.

Wassalam.

'Malaysia Lebih Aman Tanpa Anwar'.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 15, 2012

Hutang PTPTN yang dilupuskan



Bukan semua pengguna perkhidmatan PTPTN perlu membayar kembali wang yang telah digunakan mereka.

Pihak PTPTN ada statistik peminjam yang tidak perlu membayar kembali pinjaman.

Cuma yang kita tidak pasti ialah berapa ramaikah daripada yang telah mendapat kemudahan tersebut telah membayar kembali budi yang mereka dapat daripada kerajaan?

Bak pantun orang tua-tua kita:

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Sebagai ingatan, bukan hanya pemimpin BN sahaja yang plan PTPTN ini sebaliknya ramai pakar yang terlibat bagi mencari formula terbaik untuk pendidikan negara.

Adakah semua pakar daripada pelbagai bidang itu bodoh-bodoh belaka manakala hanya Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya itu sahaja yang pandai?

Ataukah semua pakar-pakar yang terlibat merancang PTPTN itu semuanya berkonspirasi untuk menjahanamkan negara sebagaimana semua pihak dikatakan berkonspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim?

Ada lagi satu pantun bonus daripada Demang:

Hendak gugur, gugurlah nangka,
Jangan ditimpa YB Permatang Pauh,
Hendak maju, majukanlah negara,
Jangan diratap Anwar yang dah jatuh.



"Malaysia lebih indah tanpa Anwar Ibrahim"

Foto diambil drpd blog Angin Perubahan. Terima kasih bro.

posted from Bloggeroid

Anwar SANGGUP



Demang muflis kata-kata bagi memggambarkan isu PTPTN yang dimanipulasi semahunya oleh pembangkang mutakhir ini.

Apa lagi nak dikata? Anwar langsung tidak memikirkan implikasi pada negara dalam usahanya untuk mendapatkan undi pilihanraya.

Meskipun banyak pihak berpendapat menggunakan mahasiswa adalah alat terakhir Anwar namun Demang percaya Anwar masih ada lagi beberapa senjata terakhir.

Mengeksploitasi kumpulan tertentu dengan memanipulasi kepentingan mereka adalah strategi yang berkesan.

Ia bukan satu rahsia kerana semua orang tahu tentang itu.

Cuma persoalannya, sanggup atau tidak kita memperjudikan nasib rakyat dan negara dengan memperalatkan sesuatu isu?

Setakat ini sudah banyak kali Anwar membuktikan bahawa dia SANGGUP!

posted from Bloggeroid

Anak siapa ni?




Demang amat bimbang melihat mereka. Demang cabar para pemimpin PAS beri komen secara jujur berkanaan ini.


Friday, April 13, 2012

PKR sorok fakta








Melihat pada muslihat dan tipu helah merka, tak usahlah hairan apabila mereka sanggup mengejek sultan.

posted from Bloggeroid

Thursday, April 12, 2012

Tian chua biadap di upacara pertabalan



Published by AIDC on April 11, 2012

Write by: Dr Rahman Kadir

11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sejarah, kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.

Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi.

Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing.

Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka.

Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri.

Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat.

Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu.

Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian.

Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda.

Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.

Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

Daulat Tuanku.


Sumber:
Salinan ddrpd blog AIDC. Terima kasih.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)